my destiny

My photo
.>seterusnya akan tertegak kembali khilafah atas minhaj kenabian"

Saturday 19 December 2009

Sejarah Hak Cipta dan Huraiannya





Umat Islam hari ni masih keliru dengan hukum hak cipta yang diamalkan sekarang. malahan
ada ulama dan alim yang mengatakan hak cipta adalah selari dengan Islam, sebagaimana
mereka mengatakan demokrasi itu sendiri ada dalam Islam. Sesungguhnya tidak ada satupun ayat quran atau hadith yang membenarkan hak cipta. Tapi bagaimanakah ada sebahagian alim yang membenarkannya?

Sejarah Hak Cipta

Hak cipta (copyright) ialah satu bentuk harta intelektual yang memberi hak ekslusif kepada penulis asalnya untuk tempoh masa tertentu berhubung dengan hasil kerjanya, termasuklah pengeluarannya, pengedarannya dan pengambilan isi-isinya yang berkuatkuasa selepas hasil kerjanya itu memasuki dunia awam. Hak cipta telah diasaskan bersama Statute of Anne di Britain, yang bertujuan untuk mempromosi sains dan seni yang berguna dengan melindungi hasil kerja tersebut dengan memberikan hak ekslusif kepada penulis dan penciptanya.

Kenapa Hak Cipta?

Apa yang selalu dibimbangkan mengenai pengedaran atau peniruan sesuatu hasil kerja ialah manfaat atau lebih mudah dikatakan wang yang diperoleh ditakuti akan merosot kerana hasil
kerja yang sama boleh diperoleh di satu tempat lain dengan harga yang lebih murah. Di sini ana ingin mengupas satu demi satu hal-hal yang berkaitan dengan hak cipta dan perbandingannya dengan Islam.

1) Hak cipta pada asalnya lebih ditekan oleh pihak penerbit berbanding pihak penulis atau pencipta kerana lebih menguntungkan pihak penerbit. Berdasarkan fakta bahawa penerbit-penerbit kini biasa memperoleh hak cipta daripada pengarang sebagai syarat untuk menerbitkan karya mereka, salah satu daripada kritikan sistem terkini adalah bahawa undang-undang hak cipta lebih memanfaatkan penerbit berbanding pengarangnya.

2) Royalti merupakan perkara yang utama yang diinginkan oleh pihak yang menekankan hak cipta. Hal ini jelas membuktikan pengaruh kapitalis dalam minda mereka. sesuatu yang dihasilkan diberi penekanan ke atas manfaat atau faedah kepada diri sendiri, berbanding faedah
kepada yang akan diperolehi umat. Islam tidak menyekat perkembangan ilmu malah menggalakkan lagi perkembangan ilmu. Hal yang terjadi hari ini amat berbeza dengan apa yang dilakukan oleh ilmuwan Islam terdahulu. Para ilmuwan Islam (ada yang ditaja oleh khilafah) berusaha mencari ilmu dan meneroka bidang-bidang baru kerana inginkan manfaatnya diperoleh umat atau dengan kata lain untuk kemaslahatan umat. Dan umumnya diketahui bahawa ilmuwan Islam kebanyakan daripada mereka adalah orang miskin dan mereka tidak menjadi kaya secara tiba-tiba dengan ilmu yang mereka peroleh. berdasarkan fakta ini, kita boleh lihat bahawa ilmuwan Islam zaman khilafah tidak memandang wang sebagai sandaran kepada apa yang mereka lakukan. Sebagai contoh, Ibnu Haitham merupakan ilmuwan yang gemar melakukan penyelidikan. Penyelidikannya mengenai cahaya telah memberikan ilham kepada ahli sains barat seperti Boger, Bacon, dan Kepler mencipta mikroskop serta teleskop. Ia merupakan orang pertama yang menulis dan menemui pelbagai data penting mengenai cahaya. ibn haitham juga dikenali sebagai orang yang miskin dari segi material, tetapi tidak dari segi ilmu yang dimilikinya. hal ini cukup membuktikan bukan wang yang ingin diperoleh, tetapi redho Allah yang ingin dikecapi dengan memberikan jalan untuk kemaslahatan manusia. tidak pernah tercatatdi dalam lembaran sejarah bahawa Ilmuwan Islam zaman dahulu bangkit dan marah kerana hasil kerja mereka dipelajari barat malahan Umat Islam berbangga kerana umat lain menghormati kaum Muslim kerana kejayaan para ilmuwan Islam.

3) Pandangan yang menyokong Hak Cipta dan mengatakan hak cipta selari dengan Islam adalah mereka yang mengatakan bahawa hukum tentang hak cipta digali daripada kemaslahatan umum (maslahah mursalah) padahal jelas pada kita bahawa sumber hukum dalm Islam hanyalah Quran, sunnah, dan ijma' sahabat. Ada juga mengatakan Hukum Islam menempatkan adat dan opini publik sebagai salah satu sumber hukumnya, bila tidak bertentangan dengan ketentuan umum hukum Islam. yang ini lebih mengelirukan umat kerana mengatakan hukum Islam itu diperoleh daripada adat dan opini publik. Bolehkah deen yang datang dari wahyu ini diambil hukumnya berdasarkan adat yang dicipta manusia dan pandangan majoriti manusia biasa?

4) Ada juga mengatakan membuat salinan sesuatu barang yang mempunyai hak cipta umpama mencuri hak pencipta barang tersebut. Hal ini merupakan satu fakta yang kelakar. Jadi bagaimana kalau kita membeli CD lagu lalu kita membuat salinan lain? CD itu dibeli bukan dicuri. Jika akadnya sah, maka segala apa yang kita beli dalam CD itu semuanya jadi hak kita, bukan lagi hak pencipta lagu itu. jadi apa hak pencipta lagu itu untuk menghalang kita melakukan apa-apa kepada isi CD tersebut? Jadi istilah cetak rompak itu tidak ada dalam Islam tetapi cetak rompak itu merupakan istilah yang dicipta para kapitalis untuk memastikan mereka berterusan berenang dalam lautan wang ringgit.

5) kalau kita melihat kitab-kitab ilmu yang ditulis oleh imam-imam terdahulu yang sekarang telah dicetak berulang kali, ada tak mereka berfikir tentang hak cipta atau menulis hukum tentang idea hak cipta? kalau betul mereka mengamalkan hukum hak cipta ni, tak bolehlah cetak kembali karya ulama-ulama terdahulu kerana mereka semua sudah mati! Bagaimana nak minta izin pada ulama2 tersebut? adakah di bawah kulit kitab almuwatta' karya imam malik tertulis 'hak cipta terpelihara'? Tidakkah ini satu lagi fakta yang kelakar?

6) para tabiin, tabi't tabi'in dan ulama'-ulama' terdahulu tidak pernah membincangkan idea hakcipta terpelihara, padahal mereka ialah orang-orang yang alim lagi memahami tentang hukum mencuri atau merampas hak orang lain dalam Islam. Ulama zaman sekarang hanya mula membincangkan setelah akidah sekular kapitalis mula membawa masuk idea hak cipta ini dan mempengaruhi umat Islam untuk menyekat perkembangan ilmu.

untuk menyelesaikan masalah Hak Cipta ini bukanlah semudah ABC melainkan akar-akar sekular kapitalis ini dicabut dan dibersihkan dengan sebersih-bersihnya. Kerana selagi dalam pemikiran manusia itu mencari dan mengkaji ilmu kerana duit, mencipta sesuatu teknolgi baru kerana duit, buat CD nasyid kerana duit, maka idea hak cipta ini akan terus subur dan mekar dalam kotak pemikiran mereka kerana apa yang paling dirisaukan ialah duit. Jika khilafah yang akan menjalankan hukum syara' secara kaffah tertegak kembali, nescaya umat tidak lagi menjadikan duit sebagai sandaran bagi apa yang mereka kerjakan, melainkan redho Allah semata-mata. jadi memyelesaikan masalah hak cipta tapi kapitalism masih lagi dipegang erat dan dijunjung umpama melakukan perkara yang sia-sia. hanya Islam yang kaffah sebagai jalan keluarnya.

Tiada Lagi Alasan Untuk Membedah Mayat kaum Muslimin!

Menuju Kebangkitan Syabab ul-Islam






Sekumpulan doktor dari Switzerland kini melakukan bedah siasat atau autopsi tanpa membedah tubuh si mati. Ini kerana mereka menggunakan pengimbas tiga dimensi (3D) yang boleh mengesan sehingga 80 peratus punca kematian berdasarkan laporan Reuters baru-baru ini.
Michael Thali, seorang profesor di University of Berne, Switzerland dan rakan-rakan sekerjanya telah membangunkan satu sistem yang dinamakan virtopsi. Ia sebenarnya telah digunakan sejak tahun 2006 untuk memeriksa si mati yang mati secara mengejut atau punca yang aneh.
"Tanpa membuka atau memotong tubuh badan, kami boleh mengesan 60 hingga 80 peratus kecederaan dan punca kematian," terang Thali yang berdiri di sebelah pengimbas itu di makmalnya.
Kelebihan autopsi maya itu ialah ia bersifat digital, mempunyai rekod tetap yang dicipta untuk membolehkan perkongsian menerusi Internet.
Semasa autopsi yang mengambil masa kira-kira 30 minit, si mati diletakkan di atas meja pemeriksaan manakala permukaan pengimbasnya yang lebih besar daripada kotak dihubungkan dengan lengan robotik yang menjejaki kontur seluruh tubuh.
Dua juruteknik yang berpakaian kot putih kemudian menggunakan komputer untuk menilai penemuan.
"Pada masa ini hanya kami di dunia ini yang menggabungkan imbasan permukaan dengan imbasan bergema magnetik CT, bedah siasat angiografi dan bedah siasat biopsi," kata Thali yang memberitahu kos pemasangannya lebih daripada AS$1.98 juta (RM6.7 juta).
Pengimbas CT membentuk imej kecederaan tengkorak manakala pengimbas magnetik mengeluarkan imej-imej tisu yang lebih halus, kata Thali. Angiografi pula memberikan visual dalaman kapilari darah.
"Ia mempunyai kelebihan yang besar kerana anda tidak perlu merosakkan tubuh si mati dan anda boleh melihatnya dalam bentuk 3D dan lakukan analisis," kata Thali. -Kosmo online-


Komentar:

Terdapat dua pendapat tentang autopsi, iaitu ada yang menghalalkan kerana kemaslahatan dan ada yang mengharamkan autposi kerana mencabul kehormatan si mati. Tentang pendapat membolehkan autopsi, ini pendapat Hasanain Makhluf, Said Ramadhan Al-Buthi, dan beberapa lembaga fatwa seperti Majma' Fiqih Islami OKI, Hai`ah Kibar Ulama (Saudi), dan Fatwa Lajnah Da`imah (Saudi). (As-Sa'idani, Al-Ifadah Al-Syar'iyah fi Ba'dh Al-Masa`il Al-Thibiyah, h. 172; As-Salus, Mausu`ah Al-Qadhaya Al-Fiqhiyah Al-Mu'ashirah, h. 587; Al-Syinqithi, Ahkam Al-Jirahah Al-Thibiyah, h. 170; Al-Hazmi, Taqrib Fiqh Al-Thabib, h. 90).

Adapun pendapat kedua, iaitu mengharamkannya ialah pendapat Taqiyuddin An-Nabhani, Bukhait Al-Muthi'i, dan Hasan As-Saqaf. (Al-Syinqithi, Ahkam Al-Jirahah Al-Thibiyah, h. 170; Nasyrah Soal Jawab, 2/6/1970). Hal ini didasarkan kepada hadith "Memecahkan tulang mayat sama dengan memecahkan tulangnya saat dia hidup." (kasru 'azhmi al-mayyit ka-kasrihi hayyan). (HR Abu Dawud, sahih).

Jundu asy-Syabab mengambil pendapat kedua adalah pendapat yang lebih rajih termasuk autopsi yang dijalankan oleh para doktor pelatih kerana;

  •  Pendapat yang membolehkan berdalil kemaslahatan (Mashalih Mursalah), padahal Mashalah Mursalah bukan dalil syar'i yang kuat. Menurut Imam An-Nabhani, Mashalih Mursalah tidak layak menjadi dalil syar'i. (An-Nabhani, Al-Syakhshiyah Al-Islamiyah, 3/444).
  • Terdapat hadis-hadis sahih yang melarang melanggar kehormatan mayat, seperti mencincang, menyayat, atau memecahkan tulangnya sebagaimana di atas.
Namun, keharaman otopsi ini hanya untuk mayat muslim. Sedang jika mayatnya non muslim, hukumnya boleh. (Al-Syinqithi, Ahkam Al-Jirahah Al-Thibiyah, h. 179; Nashiruddin Al-Albani, Ahkam Al-Jana`iz, h. 299). Sebab di samping hadis dengan lafal mutlaq (tak disebut sifatnya, yaitu semua mayat), ternyata ada hadis sahih dengan lafal muqayyad (disebut sifatnya, yaitu mayat mu`min/muslim), yakni sabda Nabi SAW, "Memecahkan tulang mu`min yang sudah mati, sama dengan memecahkannya saat dia hidup." (kasru 'azhmi al-mu`min maytan mitslu kasrihi hayyan.) (HR Ahmad, no 23172 & no 25073; Malik, Al-Muwathha`, 2/227; Ad-Daruquthni, 8/208; Ibn Hajar, Fathul Bari, 14/297; at-Thahawi, Musykil Al-Atsar, 3/281; Al-Albani, Shahih wa Dhaif Al-Jami' Ash-Shaghir, 9/353). Kaidah ushuliyah menyebutkan, "Lafal mutlak tetap dalam kemutlakannya hingga datang lafal yang muqayyad." (Al-muthlaqu yabqa 'ala ithlaaqihi maa lam yarid dalil at-taqyid).

Kesimpulannya, autopsi hukumnya haram jika mayatnya muslim. Tetapi jika mayatnya non muslim, hukumnya boleh (sumber: khilafah1924.org). Mengenai penemuan teknolgi yang canggih seperti di atas, maka mayat muslim tidak perlu dibedah lagi, bersesuaian dengan pendapat yang rajih yang telah digali kerana teknologi tersebut boleh membantu para doktor untuk mengenal pasti punca kematian atau perkara yang berkaitan tanpa perlu membedah secara fizikal ke atas si mati. Wallahua'lam bissowab.

Bila Pula Operasi Menghalau Tentera AS?


PDF Print E-mail
altOperasi di Waziristan Selatan dihentikan

ISLAMABAD 12 Dis. - Pakistan telah menamatkan operasi tenteranya di Waziristan Selatan bagi memburu militan Taliban, dan akan meneruskan usaha menghapuskan militan di wilayah puak Orakzai, terletak jauh di utara negara ini.

"Operasi di Waziristan Selatan telah ditamatkan. Kini kita akan bercakap tentang Orakzai,'' kata Gilani kepada pemberita dari timur bandar Lahore, namun beliau tidak memberikan maklumat lanjut.

Tentera Pakistan melancarkan serangan darat ke atas militan Taliban di Waziristan Selatan pada pertengahan Oktober lalu yang mencetuskan tindakan balas daripada kumpulan militan yang melakukan lebih banyak serangan bom ke atas kemudahan strategik di Pakistan termasuk balai polis dan bangunan-bangunan kerajaan di seluruh negara ini.

Sebanyak 30,000 tentera Pakistan terlibat dalam operasi ketenteraan di Waziristan Selatan dan ramai militan dipercayai lari ke kawasan kabilah lain terutamanya di Waziristan Utara dan Orakzai. - AP
Sumber : Utusan Malaysia, 13/12/2009

Bila Pula Operasi Menghalau Tentera AS?

Sejak Oktober lalu, tentera Pakistan terus melancarkan serangan ofensif ke atas kedudukan Taliban di selatan Waziristan. Serangan ini telah dijalankan kononnya untuk menghapuskan “ancaman luar” terhadap Pakistan. Sebelum itu, operasi  di Lembah Swat menyaksikan beribu-ribu umat Islam menjadi pelarian di bumi sendiri. Angka korban pembunuhan besar-besaran ke atas umat Islam ini bukanlah dilakukan oleh puak kuffar, tetapi dilakukan oleh tangan-tangan pemimpin kaum Muslimin sendiri. Kenapa ini boleh berlaku walhal musuh sebenar umat Islam adalah kaum kuffar? Perkara ini berlaku apabila pemimpin yang ada merupakan pemimpin yang mencari keredhaan musuh-musuh Islam seperti Amerika Syarikat dan bukannya mencari keredhaan Allah.  Di tambah pula dengan semangat assobiyyah di hati mereka menjadikan pembunuhan atas saudara seagama menjadi perkara yang tidak dirasakan keji.
Allah telah berfirman di dalam Al Quran :

“Barang siapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja maka balasannya ialah Jahanam, kekal ia di dalamnya dan Allah murka kepadanya, dan melaknatnya serta menyediakan azab yang besar baginya.” [TMQ Al-Nisa’ (4):93]

Operasi yang dilakukan pihak tentera Pakistan ini pastinya amat mendukacitakan. Muncung senapang yang sepatutnya dihalakan kepada tentera Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya telah beralih kepada saudara sendiri. Ini lebih-lebih lagi dengan pengumuman  Presiden AS, Barack Obama yang akan menghantar askar tambahan sebanyak 30,000 orang ke Afghanistan.  Pastinya situasi ini akan menjadikan umat Islam di sana semakin tersepit. Apa yang jelas, tindakan Pakistan ini adalah umpama “menyediakan karpet merah” untuk tentera AS yang akan tiba di Afghanistan, ‘mengurangkan’ risiko AS daripada ancaman para Mujahideen.

Sampai bilakah kita hendak melihat pemimpin-pemimpin kaum Muslimin ini terus mengkhianati  umat Islam? Tidakkah kita mahu melihat seorang pemimpin umat Islam yang berani, yang akan melancarkan jihad ke arat Amerikan dan menghalau seluruh tentera Amerika dari tanah-tanah kaum Muslimin? Ini pastinya tidak akan berlaku selama mana sistem yang mengatur urusan umat Islam sekarang bukannya sistem yang diturunkan oleh Allah.  Tanpa sang khalifah yang akan menerapkan sistem Islam ke atas seluruh umat dan melancarkan jihad melawan musuh-musuh Islam, umat Islam akan terus tersepit dan terus diperkotak-katikkan.

Rasulullah SAW bersabda: “Bahawasanya Imam itu bagaikan perisai, dari belakangnya umat berperang dan dengannya umat berlindung.”  [HR. Muslim]
 

OIC Bukan Platform Penyatuan Ummah


PDF Print E-mail

altOIC gagal menyatukan ummah

KUALA LUMPUR 15 Dis. - Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari negara Islam disaran menyatupadukan umat Islam di seluruh dunia memandangkan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) gagal melaksanakan tanggungjawab itu.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, rangkaian NGO dari negara Islam di seluruh dunia boleh menjadi pemangkin kepada perpaduan ummah masa depan.

"Jika kerajaan Islam (dalam OIC) tidak dapat mewujudkan satu perpaduan ummah dan usaha individu adalah terlalu kecil untuk memberi sebarang kesan, kenapa tidak umat Islam memilih NGO untuk mencapai matlamat bersatu padu.

"NGO Islam yang bersatu padu ini perlu berkempen dari semasa ke semasa mengenai kepentingan memiliki pendidikan sempurna sebagai kewajipan umat Islam," katanya.

Dr. Mahathir menyampaikan ucaptama pada Konvensyen Kedua Uniti Muslim anjuran NGO Islam dari United Kingdom (UK), Yayasan Ramadhan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Jelas beliau, NGO Islam juga perlu melaksanakan kempen menghentikan pemikiran segelintir umat Islam yang sentiasa ingin membalas dendam kepada musuh Islam sehingga mengambil pelbagai tindakan secara membuta tuli.

"... Di negara-negara yang diceroboh, rakyatnya dipenjara dan diseksa sementara beratus-ribu lagi dibunuh dalam peperangan yang tidak adil.

"Umat Islam yang marah meluahkan rasa marah kepada semua orang termasuk masyarakat Islam lain. Mereka letupkan diri sendiri untuk membalas dendam dan membunuh namun tidak banyak musuh Islam yang menjadi mangsa melainkan masyarakat mereka sendiri," katanya.

Kata Dr. Mahathir, selepas kehilangan nyawa, tidak ada apa yang mereka peroleh dari semua perbuatan tersebut.

"Dan semua perbuatan tersebut sedikit pun tidak menghalang musuh umat Islam ini daripada terus menindas dan membunuh," katanya.

Justeru, tambah Dr. Mahathir, umat Islam perlu berfikir, merancang dan merangka strategi supaya pengorbanan yang mereka lakukan jika perlu adalah berbaloi.

"NGO perlu menggalakkan perpaduan masyarakat Islam demi mempertahankan ummah.
"Namun jika kita gagal menjadikan seluruh umat Islam bersatu kita perlu bersedia untuk menerima perpaduan sebahagian daripada umat Islam sahaja," katanya.

Konvensyen yang dirasmikan Dr. Mahathir itu hari ini akan berakhir esok.
Ia menghimpunkan lebih 500 ulama dari 20 negara yang akan berkongsi pandangan mengenai perpaduan umat Islam.

Sebelum ini Konvensyen Uniti Muslim pertama berlangsung di Manchester, UK) pada 2005.

Sumber : Utusan Malaysia, 16/12/2009

OIC bukan platform penyatuan Ummah

Ya, memang benar OIC tidak dapat menyatukan ummah. Ikatan dasar yang membentuk keahlian OIC merupakan ikatan yang batil, iaitu ikatan negara bangsa dan bukannya  berdasarkan ikatan aqidah Islam. Mana mungkin ikatan dasar yang batil ini membuahkan sesuatu yang benar. Inikan pula untuk menyatukan umat Islam yang telah berpecah-belah dipisahkan oleh sempadan yang dilakarkan oleh penjajah. Sudah berbakul-bakul resolusi, sudah bekoyan-koyan wang rakyat dihabiskan untuk penganjuran persidangan, namun hasilnya cumalah air liur basi  yang tidak bermakna.

Seruan menghentikan pemikiran dendam oleh umat Islam terhadap musuh-musuh Islam oleh Tun Dr.Mahathir merupakan seruan yang bertentangan dengan sifat kaum kuffar terhadap umat Islam. Ini telah dijelaskan oleh Allah di dalam Al Quran :

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu ambil menjadi teman kepercayaanmu orang-orang yang di luar kalanganmu (kerana) mereka ini tidak henti-henti (menimbulkan) kemudharatan bagimu. Mereka menyukai apa yang menyusahkan kamu. Telah nyata kebencian dari mulut mereka, apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sungguh telah Kami terangkan kepadamu ayat-ayat (Kami), jika kamu memahaminya.” [TMQ Ali Imran (3):118].

Sebagai umat Islam yang menjadikan Islam sebagai ideologi untuk memandu mereka, sudah semestinya ayat ini perlu difahami dengan jelas agar jangan sampai ada yang menyeru kepada suatu yang bertentangan dengan ayat Allah ini. Namun, apa yang berlaku amatlah menyedihkan. Sudahlah platform penyatuan salah, ditambah pula dengan seruan yang salah, pastilah akan memberi natijah yang salah. Seruan yang sepatutnya dilontarkan oleh Tun Dr Mahathir beserta lebih 500 ulama itu adalah seruan penyatuan seluruh kaum Muslimin di bawah naungan Daulah  Khilafah. Sudah tiba masanya kita mencampakkan OIC ke dalam lohong sejarah kegagalan manusia dan membuka lembaran baru kekhilafahan yang akan memayungi seluruh umat Islam.
 

Saturday 14 November 2009

Bagaimana Syariat Islam Membebaskan Wanita Dengan Menutup Aurat


PDF Print E-mail
altSaat ini merupakan satu detik dan ketika yang amat tepat untuk Muslimah menghentikan perdebatan dan berbagai rupa serangan ke atas cara pemakaian Muslimah.  Sememangnya sudah tiba masanya kita mendedahkan segala pembebasan palsu keatas wanita Muslimah yang didakwa oleh konsep kebebasan ala Barat.  Serangan-serangan oleh para pemimpin dan politikus Barat ke atas pemakaian hijab, jilbab(jubah) dan niqab (purdah) menunjukkan mereka sebenarnya menggunakan ‘purdah’ mereka untuk menutup kegagalan mereka dalam meyakinkan wanita Muslimah tentang cara hidup sekular.

Muslimah di Britain juga memainkan peranan untuk membuktikan kepada sebahagian besar masyarakat bahawasanya hukum buatan manusia dan kehendak manusia yang sebenarnya menindas golongan wanita – bukannya Islam.  Seandainya ada tudung ataupun kerudung yang perlu disingkap, ianya tak lain tak bukan adalah tudung penipuan dan fitnah yang menyelubungi isu pemakaian menutup aurat dan perlakuan sebenar Islam ke atas wanita.

 “Dan siapakah yang lebih baik perkataannnya daripada orang yang menyeru kepada Allah dan mengerjakan kebajikan dan berkata, “Sungguh aku termasuk orang-orang Muslim (yang berserah diri)?” [TMQ Al Fussilat (41) : 33]

Dengan demikian, apabila ada golongan yang berkata, pakaian yang menutup aurat ini menindas kita, respon yang sepatutnya adalah, TIDAK!  Pakaian inilah yang menceritakan semula bagaimanakah hubungan lelaki dan wanita di dalam sebuah masyarakat, iaitu bukan sebagai satu objek pemuas nafsu serakah manusia, tetapi sebagai satu makhluk yang mempunyai sumbangan penting dalam pembinaan individu-individu yang membentuk halatuju sebuah masyarakat.

Pada ketika terdapat golongan yang berkata, kita dipaksa oleh kaum lelaki untuk memakai pakaian yang menutup aurat, jawapannya –TIDAK!  Sebenarnya kaum lelaki lah yang dipaksa oleh pakaian ini untuk menghargai wanita sebagai warga masyarakat yang mempunyai taraf yang sama dengan mereka dan bukannya sebagai satu boneka pemuas nafsu ghairah mereka.

Begitu juga apabila terdapat golongan yang berkata, pakaian menutup aurat ini merampas kebebasan kita, respon yang sepatutnya adalah “ Apa masalahnya??! – Mengapakah kita perlu untuk menerima “nilai kebebasan” yang telah membawa seribu satu macam penyeksaan kepada sebahagian besar wanita ini.  Nilai-nilai yang kononnya dikatakan sebagai kebebasan ini, telah di zahirkan dengan jelas oleh negara-negara Barat dengan pengharaman hijab – iaitu ianya ternyata sebuah “kebebasan yang datang pada hari ini dan pergi keesokan harinya!”  

Seperkara lagi yang perlu diperjelaskan adalah, sesungguhnya kaum Muslimah tidak berpakaian kerana mereka bebas memilih apa yang ingin di pakai – kerana sekiranya kita menerima idea kebebasan memilih cara pemakaian sesuka hati, ini bermakna kita juga menerima kebebasan untuk golongan wanita bebas tidak berpakaian mengikut sesuka hati mereka.  Sudah tentu kita sebagai seorang yang beriman tidak akan melakukan perkara sebegini.

Hakikatnya, kita sebagai Muslimah, berpakaian menutup aurat semata-mata kerana ianya adalah satu Perintah dari Maha Pencipta.  Cara pemakaian Islam (menutup aurat) dan undang-undang sistem sosial Islam yang lain seperti larangan ikhtilath(percampuran) antara lelaki dan wanita, larangan pornografi dan pelacuran dalam masyarakat, larangan sumbang mahram dan berzina adalah hukum-hukum syarak yang yang diturunkan Allah untuk menjamin martabat wanita tidak dihina.  Ianya juga adalah hukum-hakam yang benar-benar memastikan hubungan seksual dan yang sepertinya hanya dibenarkan dengan ikatan perkahwinan yang sah.  Inilah juga hukum-hakam yang memelihara interaksi diantara lelaki dan wanita di dalam masyarakat di mana sebarang perasaan ataupun emosi yang mungkin wujud di antara kedua-dua jantina ini semasa berinteraksi, disalurkan mengikut hukum syarak dan tidak menghalang hubungan yang sihat untuk kedua-dua jantina ini bekerjasama sebagai satu masyarakat.

Inilah pembebasan sebenar yang bakal dibawa oleh masyarakat Islam dibawah naungan Daulah Khilafah ke atas wanita dan masyarakat.  Wallahu 'alam bi shawab


 

Bagaimana Syariat Islam Membebaskan Wanita Dengan Menutup Aurat


PDF Print E-mail
altSaat ini merupakan satu detik dan ketika yang amat tepat untuk Muslimah menghentikan perdebatan dan berbagai rupa serangan ke atas cara pemakaian Muslimah.  Sememangnya sudah tiba masanya kita mendedahkan segala pembebasan palsu keatas wanita Muslimah yang didakwa oleh konsep kebebasan ala Barat.  Serangan-serangan oleh para pemimpin dan politikus Barat ke atas pemakaian hijab, jilbab(jubah) dan niqab (purdah) menunjukkan mereka sebenarnya menggunakan ‘purdah’ mereka untuk menutup kegagalan mereka dalam meyakinkan wanita Muslimah tentang cara hidup sekular.

Muslimah di Britain juga memainkan peranan untuk membuktikan kepada sebahagian besar masyarakat bahawasanya hukum buatan manusia dan kehendak manusia yang sebenarnya menindas golongan wanita – bukannya Islam.  Seandainya ada tudung ataupun kerudung yang perlu disingkap, ianya tak lain tak bukan adalah tudung penipuan dan fitnah yang menyelubungi isu pemakaian menutup aurat dan perlakuan sebenar Islam ke atas wanita.

 “Dan siapakah yang lebih baik perkataannnya daripada orang yang menyeru kepada Allah dan mengerjakan kebajikan dan berkata, “Sungguh aku termasuk orang-orang Muslim (yang berserah diri)?” [TMQ Al Fussilat (41) : 33]

Dengan demikian, apabila ada golongan yang berkata, pakaian yang menutup aurat ini menindas kita, respon yang sepatutnya adalah, TIDAK!  Pakaian inilah yang menceritakan semula bagaimanakah hubungan lelaki dan wanita di dalam sebuah masyarakat, iaitu bukan sebagai satu objek pemuas nafsu serakah manusia, tetapi sebagai satu makhluk yang mempunyai sumbangan penting dalam pembinaan individu-individu yang membentuk halatuju sebuah masyarakat.

Pada ketika terdapat golongan yang berkata, kita dipaksa oleh kaum lelaki untuk memakai pakaian yang menutup aurat, jawapannya –TIDAK!  Sebenarnya kaum lelaki lah yang dipaksa oleh pakaian ini untuk menghargai wanita sebagai warga masyarakat yang mempunyai taraf yang sama dengan mereka dan bukannya sebagai satu boneka pemuas nafsu ghairah mereka.

Begitu juga apabila terdapat golongan yang berkata, pakaian menutup aurat ini merampas kebebasan kita, respon yang sepatutnya adalah “ Apa masalahnya??! – Mengapakah kita perlu untuk menerima “nilai kebebasan” yang telah membawa seribu satu macam penyeksaan kepada sebahagian besar wanita ini.  Nilai-nilai yang kononnya dikatakan sebagai kebebasan ini, telah di zahirkan dengan jelas oleh negara-negara Barat dengan pengharaman hijab – iaitu ianya ternyata sebuah “kebebasan yang datang pada hari ini dan pergi keesokan harinya!”  

Seperkara lagi yang perlu diperjelaskan adalah, sesungguhnya kaum Muslimah tidak berpakaian kerana mereka bebas memilih apa yang ingin di pakai – kerana sekiranya kita menerima idea kebebasan memilih cara pemakaian sesuka hati, ini bermakna kita juga menerima kebebasan untuk golongan wanita bebas tidak berpakaian mengikut sesuka hati mereka.  Sudah tentu kita sebagai seorang yang beriman tidak akan melakukan perkara sebegini.

Hakikatnya, kita sebagai Muslimah, berpakaian menutup aurat semata-mata kerana ianya adalah satu Perintah dari Maha Pencipta.  Cara pemakaian Islam (menutup aurat) dan undang-undang sistem sosial Islam yang lain seperti larangan ikhtilath(percampuran) antara lelaki dan wanita, larangan pornografi dan pelacuran dalam masyarakat, larangan sumbang mahram dan berzina adalah hukum-hukum syarak yang yang diturunkan Allah untuk menjamin martabat wanita tidak dihina.  Ianya juga adalah hukum-hakam yang benar-benar memastikan hubungan seksual dan yang sepertinya hanya dibenarkan dengan ikatan perkahwinan yang sah.  Inilah juga hukum-hakam yang memelihara interaksi diantara lelaki dan wanita di dalam masyarakat di mana sebarang perasaan ataupun emosi yang mungkin wujud di antara kedua-dua jantina ini semasa berinteraksi, disalurkan mengikut hukum syarak dan tidak menghalang hubungan yang sihat untuk kedua-dua jantina ini bekerjasama sebagai satu masyarakat.

Inilah pembebasan sebenar yang bakal dibawa oleh masyarakat Islam dibawah naungan Daulah Khilafah ke atas wanita dan masyarakat.  Wallahu 'alam bi shawab


Bahana Ajaran Sekular-Kapitalisme : Rogol Anak, Nikah Emak


PDF Print E-mail
Rogol Anak, Nikah Emak
Oleh Mohamed Farid Noh

Juruteknik disabit 2 tuduhan; Dipenjara 10 tahun, 6 sebatan

PETALING JAYA: Seorang juruteknik dihukum penjara 10 tahun dan enam sebatan oleh Mahkamah Sesyen semalam, atas dua tuduhan merogol remaja berusia 15 tahun, 10 hari sebelum bernikah dengan ibu remaja berkenaan, lima tahun lalu.

Hakim Rozina Ayob menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan enam sebatan bagi tuduhan pertama manakala tuduhan kedua pula enam tahun ke atas Hamdan Ahadluddin, 49.

Bagaimanapun hukuman itu berjalan serentak dari tarikh tangkap 7 Februari 2005, iaitu 10 tahun saja.
Dalam keputusannya, mahkamah mendapati Hamdan yang membela diri sendiri gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes berkenaan.

"Tertuduh menafikan berada di tempat kejadian dengan mengatakan dirinya berada di tempat kerja, tetapi melalui keterangan saksi utama iaitu mangsa dan ibunya, mahkamah mendapati bukti berkenaan sebagai hanya penafiannya semata-mata.

“Pengecaman yang dilakukan oleh mangsa serta keterangannya mengenai kesan koyak pada selaput daranya adalah konsisten dan disahkan pakar perubatan," katanya.

Hamdan dituduh cuba merogol mangsa ketika itu berusia 15 tahun di sebuah rumah di Lembah Subang, kira-kira jam 2 petang, pada November 2004 manakala tuduhan kedua, dia merogol mangsa di lokasi sama seminggu sebelum Aidiladha, jam 2 petang 21 Januari 2005.

Hamdan didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan, yang boleh membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Shah Rizal Abdul Manan memohon mahkamah memberi hukuman berat terhadap tertuduh sebagai pengajaran kepada masyarakat.

"Tertuduh sebagai bakal bapa tiri kepada mangsa dan akan berkahwin dengan ibu mangsa 10 hari sebelum kejadian terbabit seharusnya tidak mengambil kesempatan dengan memusnahkan hidup remaja berkenaan," katanya.
Tertuduh yang juga duda tiga anak dalam rayuannya pula memberitahu mahkamah bahawa dia sudah insaf dan memohon mahkamah memberikannya peluang untuk membina keluarga serta menjadi warga negara yang berjasa kepada agama, bangsa dan masyarakat.

Rozina selepas membacakan keputusannya turut menasihatkan tertuduh supaya mengotakan janjinya kepada mahkamah untuk menjadi manusia berguna selepas menjalani hukuman nanti.

"Saya melihat kelakuan kamu sepanjang prosiding dalam mahkamah sebagai profesional ketika membela diri sendiri dan berpotensi menjadi seorang peguam," katanya. 

Sumber : Berita Harian 08/11/2009

Inilah Bahana Penerapan Ajaran Sekular-Kapitalisme
Mungkin ada yang bersimpati, jijik atau meluat terhadap apa yang berlaku ke atas gadis tersebut.  Sudah terlampau banyak kisah-kisah sebegini yang dilaporkan oleh akhbar-akhbar tempatan.  Inilah realiti masyarakat kita pada hari ini.  Perkara sebegini akan terus berlaku apabila sebahagian besar individunya tidak menjadikan Islam sebagai asas pemikiran, perasaan dan sistem yang diterapkan.

Sampai bilakah kita akan dipaparkan dengan berita-berita hina dan memualkan ini?  Ya, sudah pasti selagi mana sistem sekular Kapitalisme yang mengagungkan kebebasan bertingkahlaku ini terus diterapkan oleh pemerintah yang ada pada hari ini, maka tidak akan ada yang dapat mencegah peristiwa-peristiwa seperti di atas daripada terus berlaku.  Untuk kes di atas, siapakah yang bersalah dan harus dipersalahkan?  Adakah individu (lelaki itu sendiri) yang telah melanggar hukum syara’,  atau masyarakat yang tidak memainkan peranan untuk melakukan amar makruf dan mencegah mungkar, ataupun yang paling besar sekali adalah negara kerana tidak menerapkan sistem sosial Islam?

Sebagai contoh, Islam telah memerintahkan kepada manusia, samada lelaki atau pun wanita untuk menundukkan pandangan. Allah Subhanahu wa Taala berfirman: “Katakanlah kepada lelaki Mukmin, hendaklah mereka menahan pandangannya (daripada melihat yang terlarang) dan menjaga kehormatannya (daripada zina), sesungguhnya Allah Maha Tahu atas apa yang mereka lakukan. Katakanlah kepada wanita Mukmin, hendaklah mereka menahan pandangannya (daripada melihat yang terlarang) dan menjaga kehormatannya (daripada zina)  [TMQ Surah an-Nur (24): 30-31].   Sekiranya panduan yang digariskan ini diikuti, pasti ianya dapat mencegah manusia daripada terjebak dalam perkara-perkara yang mendorong ke arah penyimpangan seksual.

Undang-undang yang ada pula dengan mudah dipermainkan apabila nilai denda/hukuman yang dikenakan langsung tidak menggerunkan, malahan seperti satu gurauan terhadap pesalah itu.   Pihak pemerintah dan penguasa memandang masalah sosial ini sebagai isu individu dan bukannya satu jenayah besar yang mesti dibanteras sekeras-kerasnya.  Padahal Allah Subhanahu wa Ta’ala telah berfirman: “Maka demi tuhanmu, mereka (pada hakikatnya) tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu hakim dalam perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa keberatan dalam hati mereka terhadap putusan yang kamu berikan dan mereka menerima dengan sepenuhnya”. [TMQ an-Nisa’ (4): 65]

Dalam perlaksanaan sistem yang dianjurkan oleh Islam, tanggungjawab untuk memastikan ketetapan-ketetapan yang telah digariskan oleh Islam terletak ditangan setiap ahli masyarakat dan juga negara.  Masyarakat wajib mengubah kemungkaran yang dilihatnya, manakala Negara pula adalah satu institusi pelaksana (qiyan tanfizi) yang penting, yang mana Negaralah yang akan menghukum (uqubat) setiap orang yang melanggar hukum Allah.  Jadi, dengan kata lain kehidupan itu wajib diatur dengan sistem Islam, dan jika masih wujud pelanggaran, maka Negaralah yang akan mengenakan hukuman terhadap setiap pelaku maksiat tersebut dan hukuman itu mestilah uqubat Islam, bukannya hukuman akal ciptaan manusia.

Perlaksanaan hukuman Islam ini akan mewujudkan dua fungsi iaitu sebagai zawajir (pencegahan) dan jawabir (penebus dosa di akhirat).  Allah berfirman, “Dan tidaklah patut bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, apabila Allah dan Rasul-Nya menetapkan mengenai sesuatu perkara (tidaklah patut mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan Rasul-Nya maka sesungguhnya ia telah sesat dalam kesesatan yang jelas nyata”. [TMQ Surah Al-Ahzab (33): 36]

Permasalahan sosial yang kita lihat masa kini, benar-benar memerlukan sebuah negara bagi menerapkan hukum Islam secara kaffah(menyeluruh).  Selagi tiadanya Daulah Khilafah yang akan menerapkan hukum-hukum Allah secara kaffah di dunia ini, selagi itulah kita akan menyaksikan masalah kehidupan yang bertali arus, yang tiada kesudahannya.

Hanya mereka yang memiliki ketakwaan yang tinggi sahaja yang akan sanggup bergadai nyawa untuk mengenggam hukum Allah ini, walaupun ia umpama mengenggam bara api.  Bagi para pelaku maksiat yang tidak memiliki ketakwaan ini, maka golongan tersebut hanya boleh diubah dengan adanya sebuah sistem yang datangnya dari Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Saidina Usman bin Affan pernah berkata, “Sultan (kekuasaan) itu akan meluruskan manusia yang tidak dapat diluruskan oleh Al-Quran.” Maksudnya, jika manusia itu tidak mengikuti apa yang diperintahkan oleh Al-Quran, maka penguasalah (Khalifah) yang akan menghukum mereka (dengan kata lain meluruskan  mereka kembali).

Semoga kekuasaan (Khilafah) ini segera muncul dan pasti mampu meluruskan kembali manusia dengan Al-Quran serta mengembalikan kehidupan Islam sama ada di dalam kehidupan individu, bermasyarakat dan juga bernegara. InsyaAllah
 

Tembok Berlin Runtuh: Lari Dari Mulut Harimau Masuk Mulut Singa


PDF Print E-mail

altUpacara peringati Tembok Berlin runtuh

BERLIN 8 Nov. - Domino gergasi berwarna-warni yang dicat oleh pelajar-pelajar Jerman, disusun di sepanjang bekas tapak Tembok Berlin bagi memperingati ulang tahun ke-20 runtuhnya tembok yang memisahkan bandar itu selama hampir tiga dekad.  Kebanyakan domino setinggi 2.3 meter yang diperbuat daripada plastik itu membawa pelbagai mesej seperti 'Kami adalah rakyat yang sama'.   Kira-kira 1,000 domino sepanjang 1.5 kilometer akan ditumbangkan esok dalam sebahagian daripada perayaan runtuhnya tembok tersebut.  

Salah satu daripada domino itu dilabelkan 'jantung berdarah' dengan gambar pedang menembusi bandar Berlin, menyebabkan aliran darah yang penuh dengan salib.   "Semua orang mempunyai tembok dalam fikiran masing-masing. Adalah baik untuk meruntuhkannya dan saya rasa ia adalah simbol yang bagus," kata seorang penduduk Berlin, Stefan Schueler ketika melihat sendiri barisan domino tersebut.  Bekas pemimpin Poland, Lech Walesa yang mana pergerakan prodemokrasi Solidarity pimpinan beliau memainkan peranan penting dalam menamatkan komunisme Eropah Timur, akan menjatuhkan domino pertama esok dalam persembahan artistik sepanjang 1.5 kilometer itu.   Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Hillary Clinton; Perdana Menteri Britain, Gordon Brown; Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy dan Presiden Rusia, Dimitry Medvedev juga dijangka hadir esok dalam upacara rasmi pembukaan tembok itu pada 9 November 1989.   "Kejatuhan Tembok Berlin adalah acara yang sangat bersejarah, dan saya fikir kebanyakan penduduk Berlin sangat berterima kasih kepada mereka yang merealisasikannya," kata seorang lagi penduduk Berlin, Guenter Nowak sambil berdiri di sebelah salah satu domino. – AP

Sumber: Utusan Malaysia 09/11/09

Itulah ibarat dari apa yang berlaku dengan runtuhnya Tembok Berlin di Jerman. Ia merupakan tanda bahawa ideologi Komunis telah hancur dan diganti dengan ideologi Kapitalisme. Jika kita meneliti kedua-dua ideologi ini maka kita akan mendapati bahawa kedua-duanya mempunyai persamaan yang cukup ketara. Kedua-duanya adalah ideologi yang dihasilkan oleh akal manusia yang bersifat mahkluk, terbatas dan saling bergantung kepada yang lain. Yang pastinya juga, kedua-dua ideologi ini adalah ideologi yang tidak sesuai dengan fitrah manusia dan tidak akan mampu memuaskan akal walau se’genius’ mana sekalipun manusia yang melahirkan ideologi tersebut. Mengapa wajar dikatakan bahawa kedua-dua ideologi ini batil dan salah? Ini adalah kerana faktanya, Komunisme adalah ideologi yang menafikan kewujudan Pencipta manakala Kapitalisme adalah ideologi yang menghadkan kuasa Pencipta. Secara rasionalnya kewujudan Pencipta itu adalah suatu yang PASTI dan kekuasaanNya tidak boleh dibatasi dari aspek apa sekalipun. Jelas, kedua-dua ideologi ini tidak berpijak pada asas yang rasional. 

Dunia dapat melihat keburukan dan kerosakan yang pernah dibawa oleh Komunisme dan kini dunia juga tidak dapat memyembunyikan kebusukan dan kehancuran yang sedang dipaparkan oleh Kapitalisme. Kini hanya Islamlah satu-satunya ideologi yang mampu membawa kesejahteraan dan penyelesaian kepada seluruh masalah yang melanda dunia saat ini. Ini kerana telah terbukti dalam sejarah kegemilangannya, Islam yang pernah memayungi kehidupan dunia selama 1400 tahun telah membawa rahmat ke sekelian alam, tidak sebagaimana kedua-dua ideologi di atas yang hanya me”makmurkan” segolongan kelompok manusia sahaja dan menzalimi yang lain. Firman Allah SWt: “Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam”. [TMQ al-Anbiyaa’ (21) : 107]. Memerhatikan keadaan dunia yang semakin parah dengan pelbagai kerosakan dan kehancuran, sudah tiba saatnya untuk Islam memimpin dunia melalui Khilafah yang akan melangsungkan kembali kehidupan Islam dan mengembangkannya ke seluruh alam dengan dakwah dan jihad.
 

Sunday 8 November 2009

Kejatuhan Amerika Syarikat, Sistem Kapitalis telah Gagal, Khilafah pasti akan berdiri

Kegagalan sistem buatan manusia iaitu sistem kapitalis telah menampakkan kerosakan dan kegagalannya. Sembilan buah bank yang telah diisytiharkan muflis oleh kerajaan Amerika Syarikat  pada hari Jumaat yang lalu merupakan jumlah tertinggi dalam masa sehari sejak krisis ekonomi global bermula. Sebanyak 115 bank di Amerika Syarikat telah muflis dalam tahun 2009. Ini merupakan jumlah tertinggi sejak 1992.
Dua puluh lima buah bank telah gagal pada tahun lalu berbanding hanya tiga buah bank yang gagal pada tahun 2007.

Bank Kebangsaan California yang berpusat di Los Angeles merupakan salah satu daripada sembilan bank yang diisytiharkan muflis dan ini adalah kegagalan bank AS yang keempat terbesar tahun ini.

Pada hari Jumaat yang lalu, US Bancorp memperoleh sembilan buah bank yang telah diserahkan oleh FBOP Corp serta menyita USD 15.4  juta daripada deposit dan USD 8.4 juta aset.

“Kami sedang bersiap sedia untuk mengubah segala sesuatu terhadap Bank AS,” kata Roberta Valdez, seorang jurucakap bagi Federal Deposit Insurance Corp. Beliau menambah, “Mereka akan terus beroperasi seperti biasa buat sementara,” merujuk kepada pemberian pinjaman yang diperoleh daripada FBOP.

Selain Bank Kebangsaan California, bank-bank lain yang disita adalah Bank USA, NA di Phoenix, Bank Kebangsaan San Diego, Bank Kebangsaan Pacific di San Fransisco, Bank Taman Kebangsaan di Chicago, Bank Komuniti Lemont di Illinois, Bank Houston Utara, Bank Negara Madisonville, dan Bank Nasional Citizens di Teague di mana  semuanya berada di Texas.

Bank-bank  ini telah hancur kerana kegagalan dalam pinjaman perumahan. Bank-bank  yang telah member pinjaman kepada syarikat-syarikat dijangka menghadapi kerugian . Projek-projek pembangunan juga gagal dan perlahan-lahan gulung tikar.

Menurut senarai bank bermasalah FDIC, jumlah bank pada senarai melonjak naik sehingga 416 bank pada akhir Jun berbanding sebanyak 305 bank dalam suku pertama, yang merupakan peningkatan tertinggi sejak Jun 1994. Sekitar 13 peratus dari bank-bank yang didaftarkan tersebut akhirnya gulung tikar.

Sementara itu, Bank UKM terbesar di AS, CIT Group, akhirnya menyenaraikan perlindungan muflis pada minggu ini. Bank tersebut  yang telah menerima dana bantuan daripada pemerintah AS sebanyak USD 2.33 juta itu kini menjadi salah satu bank muflis  yang terbesar di AS.

20 Bank Muflis Terbesar

CIT didirikan pada tahun 1908 dan mencatatkan sejarah sebagai salah satu bank untuk segmen UKM yang terbesar di AS. Seiring dengan berlakunya krisis, CIT Group juga tidak terlepas daripada kerugian. Bank yang sudah berusia 101 tahun itu melaporkan jumlah aset sebanyak USD 71 juta dengan liabiliti USD 65 juta, kini tersenarai sebagai salah satu rekod muflis terbesar.

Berikut adalah senarai 20 bank muflis terbesar di AS beserta nilai asetnya sejak tahun 1980 yang dipetik daripada AFP  pada hari Isnin lalu:

1. Lehman Brother (bank), 15 September 2008, USD 691 juta.
2. Washington Mutual (bank), 26 September 2008, USD 327.9 juta.
3. WorldCom (telekomunikasi), 21 Julai 2008, USD 103.9 juta.
4. General Motors (automotif), 1 Jun 2009, USD 91 juta.
5. CIT (bank ), 1 November 2009, USD 71 juta.
6. Enron (perdagangan & tenaga), 2 Disember 2001, USD 65.5 juta.
7. Conseco (insuran), 17 December 2002, USD 61.4 juta.
8. Chrysler (automotif), 30 April 2009, USD 39.3 juta.
9. Pacific Gas and Elctric (peralatan), 6 April 2001, USD 36.1 juta
10. Texaco (minyak), 21 April 1987, USD 34.9 juta.
11. Financial Corporation of America (bank), 9 September 1988, USD 33.8 juta.
12. Refco (perdagangan), 17 Oktober 2005, USD 33.3 juta.
13. Indymac (bank), 31 Julai 2008, USD 32.7 juta.
14. Global Crossing (telekomunikasi), 28 Januari 2002, USD 30.1 juta.
15. Bank of New England (bank), 7 Januari 1991, USD 29.7 juta.
16. Lyondell (kimia), 6 Januari 2009, USD 27.4 juta.
17. Calpone (tenaga eletrik), 20 Disember 2005, USD 27.2 juta.
18. New Century Financial Corporatuon (perdagangan), 2 April 2007, USD 26.1 juta.
19. United Airlines (penerbangan), 9 Disember 2002, USD 25.2 juta.
20. Colonial Bank (bank), 14 Ogos 2009, USD 25 juta.

Jika kapitalis telah gagal, masihkah kita berharap kepadanya? Demikianlah, telah nyata bahawa sistem kapitalis sudah gagal. Kini Amerika mulai muflis, dan kini sedang menanti negara kuasa besar baru yang akan menggantikannya. Itulah Khilafah Rasyidah yang sesuai dengan jalan kenabian yang akan menerapkan sistem penyelesai krisis yang telah terbukti kejayaannya selama berabad-abad. Insya Allah ia telah hampir dan tidak akan lama lagi. 

Saturday 17 October 2009

Bro, Apalah Kau Ni...

Menuju Kebangkitan Syabab ul-Islam





Berikut adalah soal jawab seorang pemuda biasa dengan seorang pemuda yang berideologikan Islam.

S: Aduhai, kenapa perempuan ramai tak pakai tudung? Diorang ni tak belajar agama ke?

J: Asyik bertanya tetapi tak tahu jawapannya. Kau sendiri nak pergi marah lepas tu paksa dia pakai tudung? Kau agak dia nak dengar ke cakap kau? Bajet la weeehhhhh! Kau siapa nak suruh dia pakai tudung? Memanglah kau ikhlas buat semua tu kerana Allah, tapi kau ingat sikit, apa kuasa yang kau ada nak paksa dia pakai tudung? Kalau perempuan tu bukan anak kau, bukan bini kau, tapi perempuan ntah mana-mana ntah, apa kau boleh buat nak suruh dia pakai tudung? TAK DAPAT BUAT APA-APA BEB! Balik-balik benci dengan hati jelah! Tapi yang peliknya lepas tu kau berpendapat nak ubah seluruh masyarakat kena ubah sorang-sorang sampai semua jadi baik, jadi soleh solehah! Kat mana kau letak otak kau, kat lutut? Mana mungkin kau nak ubah sorang-sorang sampai semua jadi baik! Nabi sendiri pun tak boleh nak ajak semua ahli keluarga dia peluk Islam, lagikan kau manusia biasa! Wah, hebat kau? Jadi apa solusinya? Masa nilah kau kena gerakkan sikit kepala hotak kau tu, bahawa memegang kekuasaan itu sangat penting untuk mengubah masyarakat! Dengan kekuasaan baru kau dapat PAKSA masyarakat berubah! Sebab perubahan tu berlaku bila adanya kekuasaan pada satu-satu pihak! Itu pasal la kau tengok adanya pemerintahan junta, ada yang menggulingkan kerajaan dengan kekerasan, ada cubaan bunuh pemerintah. Sebab apa tu? Sebab kekuasaan la bang. Siapa berkuasa, dialah yang boleh ubah semuanya. Balik pada cerita tak pakai tudung tadi. Aku bagi contoh senang la. Kau tengok universiti lain selain UIA. Ada saja student perempuan tak pakai tudung yang Islam tu. Sebab apa? Sebab undang-undang universiti tu takda mewajibkan pakai tudung, jadi diorang pun amalkan prinsip Hak Asasi Manusia la. Kalau kau tengok UIA pulak, UIA paksa student pakai tudung. Nah, kan semua student perempuan situ pakai tudung! Takda pulak yang buat partition nak mansuhkan undang-undang tu? Aku cakap UIA tu bukan nak banggakan UIA, sebab UIA tu pun banyak sangat maksiat, tapi kurang sikit la banding universiti lain. Lagi pun aku nak bagi contoh untuk kau paham pentingnya kekuasaan tu. Dah paham? Kalau dah paham, buangkan dalam pemikiran kau yang politik tu tak penting atau kau tak nak terlibat dalam politik kononnya politik tu kotor dan patut tak terlibat. Begitulah kalau kau nak tegakkan Islam, nak tegakkan hukum Allah. Kalau kau yang pegang kekuasaan tu, kau yang jadi PMnya, apa lagi, mansuhkan perlembagaan yang ada, terapkan Quran dan Sunnah, barulah lepas tu semua perempuan tutup aurat. Bukan je orang Islam, orang bukan Islam pun kena ikut undang-undang yang kau dah terapkan tu!


S: Tapi aku tengok politik ni memang kotor, banyak terlibat dengan dosa, tak kan la aku nak join gak? Aku tak nak share saham kat neraka.

J: Bro, kau ni salah paham maksud politik la bro. Kau sebut-sebut politik tu kau tau ke apa maksud politik tu bro? Kalau kau paham politik tu melalui kaca mata Machiavelli, memang kau akan nampak politik tu kotor sesangat la beb! Sebab politik Machiavelli tu la yang benarkan kau buat apa je janji kau peroleh apa yang kau nak. Ala yang orang sibuk cakap matlamat menghalalkan cara tu, tak kan tak pernah dengar kot? Tak caya kau boleh tengok buku The Prince yang Machiavelli tulis tu. Eh, kau ni tau tak Islam ada cara politik dia sendiri? Ni la politik yang aku suruh kau involve tu, politik Islami, bukan Macehiavelli yang ada sekarang ni. Apa pulak maksud politik Islam ni, kau tau tak? Maksudnya mengatur segala urusan umat berdasarkan hukum syara’. Kan kau nak semua perempuan tutup aurat, jadi kena la terlibat dengan politik Islam yang sebenarnya! Kau pergi ambik Quran jap, kau bukak surah Ali Imran ayat 104. Ayat apa tu? Ayat politik la weh. Kan selari maksud ayat tu dengan maksud politik yang aku bagitau tadi. Sekarang kau tengok politik yang diamalkan tu kotor sangat, jadi kau la kena terjun di kalangan kotoran tu untuk bersihkan balik tahi-tahi yang bersepah tu! Lagi satu yang aku nak bagitau kau ni, politik tu wajib beb. Kalau Islam tu takde politik, tak lengkap la Islam tu. Kan dah bertentangan dengan ayat Quran alyauma akmaltu deenakum tu? Islam ada system ekonomi, pergaulan, sanksi, dan macam-macam lagi. Jadi ingat, nak ubah masyarakat kena memegang kekuasaan politik. Dan kalau kau tengok sirah pun, itu yang nabi buat dulu. Kau ingat tak peristiwa nabi dakwah kat Thaif sampai berdarah kena baling batu? Kau ingat sebab apa tu? Sebab nabi mintak tolong kat diorang la. Nabi offer nak jadi ketua Negara, nak terapkan Islam dan diorang taat pada nabi. Itu yang penduduk Thaif benci tu dan baling batu kat nabi. Dah tu last-last nabi jumpa puak Aus dan Khazraj. Diorang nilah yang bai’at nabi. Lepas tu la baru kau nampak nabi jadi ketua Negara, terapkan Islam. Itulah MADINAH beb! Tu kan politik semua tu? Tak kan kau tak paham lagi kot?


S: Oh ok-ok sekarang aku dah nampak sikit. Apa lagi, jom lah angkat senjata, tembak orang-orang yang pegang kekuasaan ni, kita ambik alih pulak untuk terapkan Islam!

-wowowo relax bro. Semangat la plak budak ni. Itu emosi weh, bukan rasional. Saidina Ali pun bunuh musuh sebab Allah tau, bukan sebab emosi, tu pasal dia tak pancung musuh yang ludah kat dia time perang tu. Kau ni, aku baru cerita tadi, kau dah gopoh. Mana ada nabi buat macam tu. Nabi yang berdarah ada la, tapi nabi tak tumpahkan darah orang lain. Nabi buat secara aman je. Mana ada tumpah-tumpah darah ni.


S: Oh aku paham sekarang. Macam ni takda cara lain, join demokrasi yang ada ni la. Betol tak idea aku ni?

J: Kau ni semangat bagus dah, cuma thoriqoh kau tu tak ikut syariat la plak. Aku lupa nak bagitau kau, demokrasi tu haram. Sebab apa haram? Sebab demokrasi tu mendaulatkan rakyat. Maknanya rakyat hidup dengan undang-undang mereka sendiri. Diorang berhak nak pinda atau mansuh undang-undang berdasarkan suara majority. Ala 2/3 tu, takkan tak biasa dengar. Sebab tu la ada wakil rakyat kat parlimen. Tu wakil kepada kehendak rakyat la. Sebenarnya bukan macam tu pun. Sedangkan Islam pulak kedaulatan tu pada Allah. Allah yang berhak menggubal hukum. Kita ni pelaksana hukum je. Nama pun hamba, buatlah stail hamba. Ni hamba nak berlagak jadi tuhan la pulak nak buat undang-undang lain setelah Allah dah tetapkan. Jadi terlibat dengan demokrasi tu haram.


S: So sekarang ni aku dah paham. Tapi kan, kau sibuk duk cakap pasal system Islam ni, apa ada dengan system Islam? Maksud aku apa beza dengan system yang ada sekarang dan apa jaminan kau system Islam ni boleh ubah keadaan sekarang?

Aha kali ni kepala hotak kau dah boleh berpusing sikit, kalau tak beku je dari tadi. Meh sini aku tunjukkan perbandingan sikit la, tapi kita ambik roughly je. Kang kalau tulis detail habis, penuh la pulak ruangan jundu asy-Syabab ni dengan dialog kita dua orang je hehe. Kita mula dengan ekonomi dulu. Kau tengok reality kehidupan sekarang. Yang kaya jadi makin kaya, yang miskin jadi makin miskin. Kau tau tak kenapa jadi macam tu bro? Tu la yang dinamakan kecelakaan dalam system kapitalis. Kapitalis tu pemegang modal kau tau tak. Orang yang pegang modal ni dia banyak benda dia boleh buat, banyak duit la katakan. Jadi manusia-manusia yang otak rosak ni menetapkan yang diaorang boleh miliki apa saja. APA SAJA kau tau tak. Semua jenis galian, sumber alam, pendidikan, perubatan dan lain-lain lagi. Diorang akan buat pelaburan dengan modal yang diorang ada untuk miliki perkara-perkara yang aku sebut tadi tu. Diorang tak sedar yang diorang dah merampas suatu benda yang tak boleh dimiliki oleh sesiapa pun. Kau pernah baca kisah bagaimana susahnya kehidupan Muslim di satu kawasan tanah arab dulu pada zaman nabi sebab sumber air diorang dikawal oleh seorang kafir yang menjadikan air tu bahan niaga. Dah tu orang ada duit jela yang dapat beli air tu. Macam ngok ngek je. Lalu nabi tanya sesiapa yang boleh beli satu perigi tu untuk kaum Muslim lalu ada la seorang sahabat yang mulia beli perigi tu dan lepas tu kaum Muslimin dah takda masalah nak dapatkan air secara percuma. Kau tengok la dengan reality sekarang bro. Air, jalan, elektrik semua diswastakan, diniagakan. Itu semua hak kita bro! mana boleh orang ambik lepas tu jual kat kita. Kau pernah baca hadith yang mengatakan kita ni berkongsi dalam air, rumput dan api? Jelas dah beb! Sebab tu yang kaya makin kaya, sebab yang ada modal ni dia buat untung dengan hak umat, pastu orang yang miskin ni jadi lagi miskin la sebab diorang terpaksa keluarkan harta diorang untuk dapatkan sesuat yang patutnya diorang dapat FREE bro!

Kau tengok pulak pendidikan. Kenapa zaman dulu Islam menguasai pendidikan, tapi kenapa sekarang Islam antara umat yang mundur dan jumud dalam pendidikan? Sebab ramai yang tak dapat belajar sebab takda duit bro! yuran mahal-mahal. Takda scholarship tak dapat belajar kalau orang susah. Yang ada duit pulak belajar main-main. Dulu zaman khilafah cari ilmu free, jadi orang cari ilmu bersungguh-sungguh. Tu yang munculnya khawarizmi, ibn haytham, al-farabi, ibn sina, algebra, imam 4 mazhab, imam muslim, bukhari, abu daud dan ramai lagi la. Ada yang khilafah support lagi untuk diorang tulis buku, cari ilmu dan sebarkan. Tu yang umat dulu maju gila daripada barat. Barat pun salute gila dengan kaum Muslim masa tu. Sekarang ni ada pelajar yang hak mereka dinafikan untuk sambung belajar. Sebab apa, sebab takda duit! Sampai ada yang buat part time, malahan ada yang jadi pelacur! Aku ni pun nasib baik la dapat cari duit sikit nak bayar yuran, kalau tak aku memang kena halau je dari university tu sebab tak bayar yuran. Ni ke dikatakan pemimpin yang ada tu berjiwa rakyat? Macam Saidina Umar? Bajet la wehh. Dah tu barat perkenalkan pulak copyright. Kau ingat sebab apa tu? Sebab mereka nak mendominasi la lagi-lagi dalam bidang Ilmu. Supaya orang akan terhegeh-hegeh pada diorang untuk mintak kebenaran nak ambik ilmu diorang. Lagi sedih pulak, umat Islam sekarang tabanni la pulak copyright tu jadi hukum baru dalam Islam. APA BENDA NI WEH? Dah buku-buku ilmu tak boleh nak copy. Kalau copy kena saman. MATERIALISTIK! Lepas tu ramai lah yang jadi bodoh, pemikiran makin mundur, ilmu pun makin hilang.

Jadi kau bayangkan betapa umat Islam ni boleh jadi canggih balik kalau diterapkan system yang dulu mereka pegang, iaitu system Islam. Tapi aku nak bagitau kau satu lagi benda penting ni. Islam bagi benda tu benda ni percuma sebab tu hak umat, dan Allah dan RasulNya perintahkan kita buat demikian. Beza dengan sosialis. Diorang bagi certain benda tu free sebab diorang kecewa dengan kapitalis, bukan sebab aqidah diorang yang mewajibkan perkara tu. Islam pulak mewajibkan apa yang milik umat itu diagihkan kepada umat. Sangat berbeza la pulak.


S: Ush mantap la hujah kau ni. Soalan aku terakhir pulak. Mana kau belajar benda-benda ni hah? Pelek aku dengar. Kau bukan study bab-bab bangunan ke? Macam mana boleh cakap pasal system Islam pulak?

Hah tu la kau aku ajak datang halaqah maftuhah hizbut tahrir kau tak nak. Ni semua aku belajar dengan depa la, syabab-syabab hizbut tahrir. Kalau nak belajar jugak, jom ikut sama.

Lalu ikutlah pemuda tadi tu dengan kawan dia ke halaqah maftuhah. Begitulah kisah bukan sebenar seorang daris menarik seorang contact baru hehehe…

Keutamaan Menuntut Ilmu Agama


Dari Mu’awiyah bin Abi Sufyan radhiallahu ‘anhu dia berkata: Aku mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
من يرد الله به خيرا يفقهه في الدين
“Barangsiapa yang Allah kehendaki baginya kebaikan maka Dia akan memahamkan baginya agama (Islam).” [1]

Hadits yang mulia ini menunjukkan agungnya kedudukan ilmu agama dan keutamaan yang besar bagi orang yang mempelajarinya, sehingga Imam an-Nawawi dalam kitabnya Riyadhush Shalihin [2], pada pembahasan “Keutamaan Ilmu” mencantumkan hadits ini sebagai hadits yang pertama.

Imam an-Nawawi berkata: “Hadits ini menunjukkan keutamaan ilmu (agama) dan keutamaan mempelajarinya, serta anjuran untuk menuntut ilmu.” [3]
Imam Ibnu Hajar al-’Asqalaani berkata: “Dalam hadits ini terdapat keterangan yang jelas tentang keutamaan orang-orang yang berilmu di atas semua manusia, dan keutamaan mempelajari ilmu agama di atas ilmu-ilmu lainnya.” [4]
Mutiara hikmah yang dapat kita petik dari hadits ini adalah:
  1. Ilmu yang disebutkan keutamaannya dan dipuji oleh Allah Ta’ala dan Rasul-Nya adalah ilmu agama. [5]
  2. Salah satu ciri utama orang yang akan mendapatkan taufik dan kebaikan dari Allah Ta’ala  adalah dengan orang tersebut berusaha mempelajari dan memahami petunjuk Allah Ta’ala dan Rasul-Nya shallallahu ‘alaihi wa sallam dalam agama Islam. [6]
  3. Orang yang tidak memiliki keinginan untuk mempelajari ilmu agama akan terhalang untuk mendapatkan kebaikan dari Allah Ta’ala. [7]
  4. Yang dimaksud dengan pemahaman agama dalam hadits ini adalah ilmu/pengetahuan tentang hukum-hukum agama yang mewariskan amalan shaleh, karena ilmu yang tidak dibarengi dengan amalan shaleh bukanlah merupakan ciri kebaikan. [8]
  5. Memahami petunjuk Allah Ta’ala dan Rasul-Nya shallallahu ‘alaihi wa sallam dengan benar merupakan momentum bagi manusia untuk mencapai darjat takwa kepada Allah Ta’ala. [9]
  6. Pemahaman yang benar tentang agama Islam hanyalah bersumber dari Allah semata, oleh karena itu hendaknya seorang muslim disamping giat menuntut ilmu, selalu berdoa dan meminta pertolongan kepada Allah Ta’ala agar dianugerahkan pemahaman yang benar dalam agama. [10]
***
Penulis: Ustadz Abdullah Taslim, M.A.
Artikel www.muslim.or.id

Footnote:
[1] HSR al-Bukhari (no. 2948) dan Muslim (no. 1037).
[2] 2/463- Bahjatun Naazhiriin.
[3] Syarah Shahih Muslim (7/128).
[4] Fathul Baari (1/165).
[5] Lihat keterangan Syaikh Muhammad bin Shaleh al-’Utsaiman dalam kitab al-Ilmu (hal. 9).
[6] Lihat kitab Miftaahu Daaris Sa’aadah (1/60).
[7] Lihat kitab Fathul Baari (1/165) dan Miftaahu Daaris Sa’aadah (1/60).
[8] Lihat kitab Miftaahu Daaris Sa’aadah (1/60).
[9] Lihat kitab Syarah Shahih Muslim (7/128) dan Faidhul Qadiir (3/510).
[10] Lihat Bahjatun Naazhiriin (2/463).

Friday 16 October 2009





Nasionalisme & Patrotisme Penghancur Kesatuan Umat Islam




Nasionalisme adalah satu konsep yang bercanggah dengan ajaran Islam kerana ia mengikat dan menyatukan manusia atas dasar bangsa atau keturunan, walhal satu-satunya cara yang benar untuk mengikat dan menyatukan umat Islam adalah berdasarkan ikatan akidah. Bersatu atas dasar jalur keturunan atau bangsa jelas-jelas diharamkan oleh Islam. Abu Daud meriwayatkan bahawa Rasullullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda,

“Bukanlah dari kami orang-orang yang menyeru kepada assabiyyah, berperang atas dasar assabiyyah dan mati kerana (mempertahankan) assabiyyah”.

Terdapat banyak peristiwa di dalam sirah di mana Rasulullah mencela mereka yang cuba mempertahankan sikap assabiyyah ini. Dalam satu kejadian, sekumpulan Yahudi merancang untuk memecahkan kesatuan kaum Muslimin setelah dengki melihat bersatunya Auz dan Khazraj atas dasar Islam. Mereka menghantar beberapa orang pemuda untuk melaga-lagakan Aus dan Khazraj dengan mengungkit semula kisah Perang Bu’ath di mana golongan Aus berjaya mengalahkan Khazraj. Hasilnya terjadilah perkelahian antara Aus dan Khazraj dan hal ini kemudiannya sampai ke pengetahuan Rasulullah.

Nabi dengan tegas lalu bersabda,

“Wahai kaum Muslimin, ingatlah kalian kepada Allah, ingatlah kalian kepada Allah! Kenapa kalian mengikuti seruan Jahiliyyah, padahal aku masih berada di tengah-tengah kalian. Dan Allah sebelumnya telah memberi petunjuk kepada kalian dengan Islam, memuliakan kalian dengannya, memutuskan segala kejahiliyyahan dari kalian, menyelamatkan kalian dari kekafiran dan menyatukan hati kalian.”

Apabila mendengar sabda Nabi ini, kaum Aus dan Khazraj terus sedar bahawa seruan Jahilliyah adalah tipuan syaitan, dan salah satu dari makar musuh Allah terhadap mereka. Mereka terus menangis dan berpelukan antara satu sama lain. Peristiwa ini merupakan asbabun nuzul Surah Ali Imran (3):102-103. [Sirah Ibn Hisyam].

At-Thabrani dan al-Hakim melaporkan bahawa pada suatu hari beberapa orang sedang berbual tentang Salman al-Farisi dengan merendah-rendahkan bangsa Parsi berbanding bangsa Arab. Apabila mendengar hal ini, Rasulullah terus bersabda, “Salman adalah dari ahli al-bait (keluarga Rasulullah).” Kata-kata Nabi ini sebenarnya memutuskan segala bentuk ikatan berdasarkan keturunan atau bangsa.

Dikisahkan juga oleh Ibn Al-Mubarak di dalam dua kitabnya, Al-Birr dan As-Salah bahawa terjadi perselisihan antara Abu Zar dan Bilal, lalu Abu Dzar berkata kepada Bilal, “Engkau anak orang hitam.”“Engkau sudah melampau wahai Abu Dzar. Orang yang mempunyai ibu yang putih langsung tidak ada kelebihan di atas orang yang mempunyai ibu yang hitam.” Kata-kata Rasulullah ini memberi kesan yang mendalam ke atas Abu Dzar sehingga beliau meletakkan kepalanya ke tanah dan bersumpah tidak akan mengangkat kepalanya selagi Bilal tidak memijak kepalanya. Rasulullah amat marah mendengar kata-kata Abu Zar ini lalu bersabda,

Peristiwa-peristiwa di atas menunjukkan kepada kita bahawa ikatan assabiyyah dan wathaniyyah langsung tidak ada tempat di dalam Islam. Kaum Muslimin diperintahkan agar bersatu atas dasar persamaan akidah dan tidak membezakan antara satu sama lain hanya disebabkan oleh perbezaan bangsa atau asal keturunan.
Rasulullah mengingatkan kita bahawa kaum Muslimin adalah umpama tubuh yang satu, jika salah satu bahagian sakit maka keseluruhan tubuh akan terasa sakit. Ini bermakna setiap Muslim tidak kira Arab, Melayu, Cina, Turki, Kurdi, Pakistan dan sebagainya adalah ummatan wahidah dan kita tidak boleh dibezakan antara satu sama lain berdasarkan bangsa mahupun tanahair.

Sesetengah orang mendakwa bahawa Rasulullah membenarkan assabiyyah berdasarkan peristiwa hijrah di saat Rasulullah bersabda tentang Mekah dengan air mata membasahi pipinya, “Engkau (Mekah) adalah bumi Allah yang paling aku sayangi.” Sebenarnya kata-kata Nabi ini langsung tidak ada kena-mengena dengan assabiyyah (nasionalisme) mahupun wathaniyyah (patriotisme). Kesalahfahaman ini timbul kerana hadis ini selalunya tidak dibaca atau dipetik secara sepenuhnya, yang berbunyi, “Engkau (Mekah) adalah bumi Allah yang paling aku sayangi kerana engkau adalah bumi yang paling Allah sayangi”.

Oleh itu, kecintaan Rasulullah kepada Mekah adalah kerana kedudukannya yang suci yang Allah berikan dan bukannya kerana Rasulullah dilahirkan di sana. Setiap Muslim justeru mesti cinta dan sayangkan Mekah kerana bumi ini adalah bumi yang paling Allah sayangi dan hal ini langsung tidak ada hubung-kaitnya dengan nasionalisme atau patriotisme!

Sesungguhnya keharaman assabiyyah dan wathaniyyah adalah jelas dan nyata, sebagaimana jelasnya malapetaka dan perpecahan yang dibawa keduanya.

Justeru, adalah menjadi kewajiban setiap Muslim untuk menghilangkan sifat dan sikap ini dari diri mereka, seterusnya bergerak dan berusaha bersungguh-sungguh ke arah melenyapkan kekufuran ini di mana jua mereka temui.

Setiap Muslim juga wajib memuhasabah (bukannya bersekongkol dengan) pemimpin yang mengamalkan fahsya’ (kekejian) ini dan berusaha menyatukan kaum Muslimin di bawah bendera ‘La ilaha illallah Muhammad Rasulullah’ tanpa mengenal batas sempadan, bangsa mahupun keturunan.

Dalam konteks ini, seluruh negeri kaum Muslimin sepatutnya bergabung membentuk satu negara dan melantik seorang Khalifah yang akan menerapkan pemerintahan berdasarkan Al-Kitab dan As-Sunnah. Jika dulu Rom dan Parsi yang asalnya negara kufur, boleh tunduk dan bergabung di bawah satu Daulah, apatah lagi kini, Malaysia dan Indonesia yang sememangnya negara kaum Muslimin, tentunya lebih mudah untuk digabungkan, Insya Allah.

Apakah ertinya kemerdekaan ini?

Setelah 52 tahun merdeka dan memerintah sendiri dan mempunyai kuasa untuk menentukan nasib sendiri, anehnya Malaysia masih mematuhi syarat yang telah ditetapkan British lebih 52 tahun dahulu.

Apakah jika Malaysia melanggar syarat ini sekarang, maka Malaysia terpaksa diserahkan semula (atau otomatik jatuh) ke tangan British?

Atau apakah musuh Islam ini akan datang menyerang Malaysia sekali lagi jika syarat kemerdekaan tersebut dilanggar?

Atau apakah Malaysia sebenarnya ‘sengaja’ mengekalkan segala yang diwarisi dari penjajah ini kerana pemikiran para pemimpin yang ada sudah sebati dengan akidah sekular yang telah dibawa oleh penjajah?

Jadi, merdekakah umat ini sebenarnya, dengan hanya menyaksikan British keluar dari bumi Malaysia, walhal sistem dan undang-undang British masih bertapak kukuh?

Merdekakah umat ini apabila Perlembagaan yang digubal dan ditinggalkan oleh British masih menjadi undang-undang tertinggi negara yang lebih tinggi dari Al-Quran dan As-Sunnah?

Merdekakah umat ini apabila pemikiran mereka sebenarnya masih lagi terjajah?

Sungguh aneh apa yang dikatakan ‘kemerdekaan’ ini; kita mohon kemerdekaan dari John kerana benci dengan apa yang dia bawa, lalu John menganugerahkan kemerdekaan. Setelah merdeka, kita melantik Johan sebagai pemimpin, yang membawa idea sama sebagaimana John, lalu kita mengatakan kita telah merdeka!

Kemerdekaan Hakiki

Wahai kaum Muslimin! Kami ingin bertanya, adakah kalian akan bergembira jika Kelantan terpisah dari Malaysia, lalu menyambut kemerdekaan? Adakah kalian akan bergembira jika Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia dan mereka menyatakan bahawa mereka telah merdeka, sebagaimana Singapura mencapai kemerdekaan dari Malaya dahulu? Adakah penduduk Johor dan penduduk Malaysia lainnya akan berpesta kegembiraan jika Johor berjaya keluar dari Malaysia dan merdeka? Apakah ini yang dikatakan kemerdekaan, dan apakah kita bergembira dengan kenyataan ini, kenyataan bahawa negeri-negeri umat Islam menjadi terpecah belah, semakin lemah dan kecil dan terpisah antara satu sama lain dan mewujudkan pemerintahan sendiri-sendiri?

Jika kalian gembira dengan sambutan kemerdekaan ini, kalian sebenarnya sedang berkongsi kegembiraan dengan kafir Barat, yang setiap tahun tersenyum menyaksikan sambutan kemerdekaan yang diadakan besar-besaran di negeri kaum Muslimin.

Golongan kuffar ketawa riang menyaksikan kejayaan mereka memecah-belahkan kaum Muslimin dengan negara-bangsa yang ‘merdeka’, yang dahulunya mereka berjaya pisahkan dari satu bumbung pemerintahan yakni Daulah Khilafah.

Kini, semuanya terpecah belah dan ‘merdeka’ dengan berjalan mengikut ketetapan penjajah. Wahai saudaraku, bukankah kita umat yang satu dan Rasulullah telah menyatukan kita dengan kalimah syahadah yang baginda bawa, tanpa memerhatikan lagi bangsa dan negara manakah kita berada. Begitulah juga dengan para Khalifah sesudah baginda dan para pejuang-pejuang Islam yang ikhlas berjuang menyatukan umat Islam dan memerdekakan mereka dari belenggu kekufuran. Kesemua mereka ini membawa kemerdekaan yang hakiki untuk umat Islam.

Mereka membebaskan manusia dari hidup di dalam kekufuran dan kezaliman menuju rahmat Allah, membebaskan manusia dari berada di bawah telunjuk dan naungan kufur kepada petunjuk dan cahaya Islam.

Firman Allah,

“Allah Pelindung orang-orang yang beriman. Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan menuju cahaya. Adapun orang-orang kafir, pelindung-pelindung mereka adalah syaitan, yang mengeluarkan mereka dari cahaya menuju kegelapan.” [TMQ al-Baqarah (2):256]

Rab’i bin Amir, Hudzaifah bin Mihshin, dan Mughirah bin Syu‘bah ketika ditanya oleh Jeneral Rustum (Parsi) secara bergantian pada hari yang berbeza pada Perang Qadisiyah, di mana Rustum bertanya,

“Apa yang menyebabkan kalian datang ke sini?”. Mereka menjawab, “Allah telah mengutus kami untuk membebaskan/memerdekakan siapa saja dari penghambaan kepada hamba (manusia) menuju penghambaan hanya kepada Allah semata, dari kesempitan dunia menuju keluasanNya, dan dari kezaliman agama-agama selain Islam menuju keadilan Islam...” [Tarikh at-Thabari, II/401].

Thursday 15 October 2009

Tantawi Menyemarakkan Agenda Anti-Islam Kerajaan Barat

Pada hari Isnin, 5 Oktober, ketika mengunjungi sebuah sekolah perempuan di Kaherah, Syeikh Mohamed Sayyed Tantawi, Rektor Universiti Al-Azhar, Mesir, telah mengarahkan seorang pelajar perempuan supaya membuka purdahnya dan menyatakan bahawa dia akan mengarahkan agar penutupan muka diharamkan di semua sekolah yang berkaitan dengan Al-Azhar. Kenyataannya telah memberi lampu hijau kepada usaha beberapa kerajaan Barat seperti Perancis, Belanda dan Belgium dalam mengharamkan purdah di negara masing-masing, ini suatu tindakan yang disifatkan oleh kebanyakan Muslim sebagai salah satu sekutu (Barat) yang terdesak dalam usaha menipu untuk mengheret mereka ke arah nilai-nilai sekular dan menjauhkan dari Islam. Sehari selepas komen tersebut dikeluarkan, Liga Utara (parti politik bersayap kanan dan ahli sekutu Silvio Berlusconi) mencadangkan perundangan dituju pada pengharaman penutupan wajah di Itali.



Dr. Nazreen Nawaz, wakil Media Muslimat Hizbut-Tahrir Britain memberi kenyataan:



“Sheikh Tantawi bukanlah orang yang asing dalam memukul gendang mengikut irama kerajaan sekular Barat. Antara perkara yang telah dilakukan termasuklah menyokong pengharaman tudung di Perancis, menasihati perempuan-perempuan Muslim untuk membuka tudung mereka dalam memenuhi kehendak undang-undang, serta bersalaman dengan Presiden Israel Shimon Peres – seorang penyembelih yang mana tangannya berlumuran dengan darah ribuan rakyat Palestin.



“Berlatarbelakangkan kerajaan Eropah yang sedang berusaha untuk mencantas kebangkitan Islam dalam masyarakat mereka dan memaksa untuk menerapkan nilai-nilai Barat melalui undang-undang seperti pengharaman tudung dan purdah, kata-katanya telah dijadikan sebagai hujah dalam agenda mereka. Tambahan pula, kenyataannya yang mutakhir ini telah menyediakan bantuan kepada propaganda peperangan kerajaan Barat terhadap Islam dan pakaian wanita Muslim. Oleh itu, daripada dia menyuruh para remaja Muslim untuk menanggalkan tudung mereka, adalah lebih baik dia menyorokkan wajahnya yang memalukan”.



“Dia menunjukkan kemarahan terhadap wanita yang berpurdah tetapi langsung tidak menghiraukan kebenaran kerajaan yang diberikan kepada para pengunjung wanita untuk berarak separuh bogel di dalam pusat percutian di Mesir. Dia mempergunakan Islam untuk berhujah bahawa wanita Muslim mestilah membuka wajah mereka tetapi mendiamkan diri terhadap pemerintahan sekular rejim Mubarak yang zalim yang cuba sedaya upaya dalam menyingkirkan Islam dari masyarakat, termasuk memenjara dan menyeksa sesiapa yang menyeru kepada pemerintahan Islam”.



“Tantawi dan orang yang seumpama dengannya adalah orang-orang yang bersedia untuk memberi khidmat apabila dibayar, yang menawarkan perkhidmatan memberi fatwa atas permintaan dalam menandatangani dan bersetuju tanpa sebarang persoalan terhadap tindakan pemerintahan autokratik dan kerajaan Barat, dia tidak mempunyai kewibawaan di kalangan umat Islam. Maka para pemimpin Barat tidak sepatutnya diperbodohkan dengan mempercayai bahawa perintah daripada ulamak kerajaan sebegini akan dapat meyakinkan kaum Muslimin untuk beralih arah daripada pegangan kepercayaan Islam yang kuat kepada menerapkan nilai-nilai yang korup, cacat dan rendah moral. Jika inilah harapan mereka, maka merekalah yang perlu membuka tudung daripada mata mereka dan bukannya wanita Muslim”.

Friday 9 October 2009

Politik Wajib di dalam Islam?



Politik yang dianjurkan Islam…

Wujud segolongan ulama Islam yang selalu berhujah bahawa agama Islam terpisah sama sekali dari politik. Islam adalah wahyu sedangkan politik adalah kejahatan, propaganda dan permainan manusia. Bagi mereka, mencampurkan Islam dengan politik merupakan perbuatan memburukkan kesucian agama Islam contohnya, kelakuan orang yang menggunakan dalil al-Quran untuk menjastifikasikan agenda politik mereka. Maka Islam dan politik seharusnya terpisah!

Kesan fakta ini turut mempengaruhi “mind setting” sebilangan masyarakat kampus yang “elergi” dengan suasana menjelangnya pilihanraya kampus yang penuh dengan pemainan politik. Perasaan ini diperkukuh dengan suasana politik tahah air yang dikatakan cukup sensitif. Perlu berhati-hati apabila berbicara tentang politik jika tidak mahu ditangkap pihak penguasa. Realiti ini menyebabkan penyelewengan kuasa politik dan pertelingkahan di antara parti politik dan gerakan mahasiswa adalah lumrah dalam berpolitik. Artikel ini hadir untuk menjawab pertanyaan adakah benar Islam terpisah dari politik? Dan, apakah perspektif politik yang sepatutnya difahami oleh kita semua?


Politik Sebahagian Daripada Islam

Politik di dalam bahasa arab dikenali dengan istilah siyasah. Oleh sebab itu, di dalam buku-buku para ulama salafus salih dikenal istilah siyasah syar’iyyah, misalnya dalam Al-Muhith, siyasah berakar kata sasa-yasusu. Kalimah Sasa addawaba yasusuha siyasatan bererti Qama alaiha wa radlaha wa adabbaha (mengaturnya, melatihnya, dan mendidiknya). Bila dikatakan sasa al-amra ertinya dabbarahu (mengatur sesuatu perkara).

Pada asalnya, makna siyasah (politik) digunakan dalam pengurusan dan latihan pengembalaan. Kemudian, kata tersebut digunakan dalam pengaturan urusan-urusan manusia. Pengurus urusan-urusan manusia tersebut dinamakan sebagai siyasiyun (ahli politik). Jadi, Ulul-amri (pemimpin) tugasnya adalah mengurus, mengatur, dan menjaga rakyatnya. Maka benarlah pujangga Arab yang bermaksud “mana mungkin keadaan rakyat akan baik apabila pemimpinnya rosak seperti anai-anai yang menghancurkan kayu”. Kesimpulannya, politik adalah riaayah (pemeliharaan), islah (perbaikan), taqwim (pelurusan), irsyad (pemberi arah petunjuk), dan ta`dib (pendidikan).

Pengertian yang lebih jelas lagi, telah dibuat oleh seorang ulama’ timur tengah, Syaikh Abdul Qadim Zallum di dalam Kitab-nya Al-afkaru Siyasi iaitu ”Siyasah bermaksud aktiviti mengatur urusan umat baik di dalam dan di luar negera berlandaskan batas-batas syarak”. Definisi inilah yang dipraktikkan oleh Rasullullah saw dan para sahabat yang sering digelar sebagai ahli politik oleh sarjana barat. Rasulullah saw. sendiri pernah menggunakan istilah politik (siyasah) seperti sabdanya;

“Adalah Bani Israil, mereka diurusi urusannya oleh para nabi (tasusuhumul anbiya). Ketika seorang nabi wafat, nabi yang lain datang menggantinya. Tidak ada nabi setelahku, namun akan ada banyak para khalifah yang mengurusi kalian” (HR. Bukhari dan Muslim).

Definisi ini semestinya jauh sekali dengan perspektif yang difahami oleh mahasiswa dan masyarakat kita diluar sana. Inilah pengertian politik Islam berdasarkan dalil yang terkuat. Aktiviti politik melibatkan pemerintah negara dan juga masyarakat. Negara adalah institusi penerapan secara praktikal dan masyarakat pula memuhasabah pemerintah dalam melakukan urusan rakyatnya. Sebagai mahasiswa di kampus, kita berpolitik untuk memuhasabah sesama sendiri dan menegur kesalahan pihak atasan universiti. Juga sebagai seorang muslim, kita perlu “terjun ke dalam aktiviti politik” iaitu memperhatikan keadaan kaum muslimin untuk memastikan kezaliman tidak berlaku dan melenyapkan kejahatan dari musuh-musuh kita, kafir laknatullah.

Oleh itu, kita tidak sepatutnya benci dan mengelakkan diri dari terlibat dengan politik. Malah, setiap muslim yang mengaku beriman kepada Allah swt. perlu berpolitik iaitu peka dengan isu yang berlaku di dalam dan di luar negara, membongkar keburukan, menuntut keadilan, menasihati pemimpin yang menderhakai rakyatnya, serta memeranginya kekufuran yang nyata (kufran bawaahan). Peranan ini adalah perintah dari Allah swt melalui kekasih-nya, Rasulullah saw seperti di dalam sebuah hadis yang bersifat mutawattir bi makna ini,

“Siapa saja yang bangun pagi dengan perhatiannya bukan Allah maka ia bukanlah (hamba) Allah, dan siapa saja yang bangun pagi namum tidak memperhatikan urusan kaum muslimin maka ia bukan dari golongan mereka" (HR. Al Hakim).

Dalam hadis yang lain, Rasulullah saw ditanya oleh sahabat tentang apakah jihad yang paling utama. Baginda menjawab :

“Kalimah yang haq disampaikan kepada penguasa yang keji” (HR. Ahmad).

Kefahaman politik yang beraqidahkan ideologi sekularisma yang berprinsip “matlamat menghalalkan cara” untuk meraih kuasa hendaklah dihapuskan sepenuhnya. Pemikiran berbahaya inilah yang selama ini menjahanamkan kesatuan mahasiswa dan masyarakat dengan konflik politik busuk, mencaci maki, jatuh-menjatuhkan dan sampai ke tahap kafir-mengkafir! Mahasiswa muslim yang ikhlas dalam memperjuangkan Islam jangan terperangkap dengan permainan yang disogok dan dicipta oleh musuh Islam untuk memesongkan tujuan sebenar kita.

Wahai sahabat-sahabat, siswa-siswi dan semua pembaca ukhwatul muslimin sekalian. Sedarlah sebagai seorang muslim, kita secara qathi’e (mutlak) harus melaksanakan Islam secara kaffah (sempurna) dan menyeluruh seperti yang diamalkan oleh umat Islam terdahulu iaitu jauh dari segala perkara yang bertentangan dengan hukum-hukum Islam baik taklifan berbentuk urusan individu (solat, puasa, zakat dsb.) mahupun melibatkan interaksi sesama manusia. Setiap muslim haram baginya melakukan pendustaan, kezaliman, khianat, tipu daya, dan sebagainya seperti yang dilakukan oleh golongan sekular atas nama politik.

Hapuskanlah propaganda-propaganda yang digunakan untuk menutupi kesilapan kita dan perancangan jahat menjatuhkan pihak lawan. Kewajipan politik kita sekarang adalah memperbaiki kebengkokan yang ditempuh ahli-ahli politik yang masih belum sedar, gerakan-gerakan mahasiswa yang terleka, pihak autoriti dan penguasa agar semuanya dapat bersama-sama menyerukan kalimatul haq dan menghapuskan kezaliman agar sesuai dengan ajaran Islam.

Politiknya seorang muslim tidak boleh lari dengan usaha menerapkan dan menegakkan ajaran Islam dalam segala aspek kehidupan. Jika kita mengelak, kitalah yang sebenarnya menjadikan Islam jauh dari aktiviti politik, iaitu: pertama, menyimpang dari perintah Allah swt. untuk mengurus dan memperhatikan urusan kaum muslimin. Kedua, membenarkan pengertian politik seperti yang digambarkan ideologi kapitalisma dan sosialisma padahal politik demikian adalah politik yang bertentangan dengan politik Islam. Ketiga, melarang sesuatu yang merupakan perintah Allah swt dan Rasul-Nya.

Islamlah satu-satunya sumber politik seorang Muslim seperti diteladankan oleh baginda Nabi Muhammad saw. Politik atas dasar ajaran Islam adalah mengimplementasikan seluruh hukum-hukum Islam dalam setiap aspek kehidupan. Dengan demikian politik bukanlah terpisah dari ajaran Islam.

Konflik yang tersimpul dengan 1001 jalinan ini perlu dileraikan. Kezaliman, penindasan dan pergaduhan sesama saudara seaqidah ini perlu dihentikan. Untuk itu, setiap individu perlu melakukan perubahan sikap dan cara berfikir. Pertama, menggunakan sudut pandang syariat pada setiap pemecahan permasalahan. Kedua, yang digali dari ajaran Islam dimunculkan dalam bentuk konsepsi strategik mahupun praktikal, bukan sekadar taklid buta atau aqal semata-mata. Ketiga, perilaku berdasarkan roh Islam iaitu terpancar sifat-sifat Islam padanya. Keempat, bertegas kepada kebenaran dan kemaslahatan seluruh masyarakat sesuai syariat Islam kerana rahmatan lil ‘alamin (rahmat sekalian alam) hanya tercapai dalam penerapannya. Hanya dengan ini, kita mampu merubah suasana politik kampus dan seterusnya mencorak pandangan politik baru di masyarakat luar.

Wallahu muwafiq ila aqwamit thariq..