my destiny

My photo
.>seterusnya akan tertegak kembali khilafah atas minhaj kenabian"

Saturday 19 December 2009

Sejarah Hak Cipta dan Huraiannya





Umat Islam hari ni masih keliru dengan hukum hak cipta yang diamalkan sekarang. malahan
ada ulama dan alim yang mengatakan hak cipta adalah selari dengan Islam, sebagaimana
mereka mengatakan demokrasi itu sendiri ada dalam Islam. Sesungguhnya tidak ada satupun ayat quran atau hadith yang membenarkan hak cipta. Tapi bagaimanakah ada sebahagian alim yang membenarkannya?

Sejarah Hak Cipta

Hak cipta (copyright) ialah satu bentuk harta intelektual yang memberi hak ekslusif kepada penulis asalnya untuk tempoh masa tertentu berhubung dengan hasil kerjanya, termasuklah pengeluarannya, pengedarannya dan pengambilan isi-isinya yang berkuatkuasa selepas hasil kerjanya itu memasuki dunia awam. Hak cipta telah diasaskan bersama Statute of Anne di Britain, yang bertujuan untuk mempromosi sains dan seni yang berguna dengan melindungi hasil kerja tersebut dengan memberikan hak ekslusif kepada penulis dan penciptanya.

Kenapa Hak Cipta?

Apa yang selalu dibimbangkan mengenai pengedaran atau peniruan sesuatu hasil kerja ialah manfaat atau lebih mudah dikatakan wang yang diperoleh ditakuti akan merosot kerana hasil
kerja yang sama boleh diperoleh di satu tempat lain dengan harga yang lebih murah. Di sini ana ingin mengupas satu demi satu hal-hal yang berkaitan dengan hak cipta dan perbandingannya dengan Islam.

1) Hak cipta pada asalnya lebih ditekan oleh pihak penerbit berbanding pihak penulis atau pencipta kerana lebih menguntungkan pihak penerbit. Berdasarkan fakta bahawa penerbit-penerbit kini biasa memperoleh hak cipta daripada pengarang sebagai syarat untuk menerbitkan karya mereka, salah satu daripada kritikan sistem terkini adalah bahawa undang-undang hak cipta lebih memanfaatkan penerbit berbanding pengarangnya.

2) Royalti merupakan perkara yang utama yang diinginkan oleh pihak yang menekankan hak cipta. Hal ini jelas membuktikan pengaruh kapitalis dalam minda mereka. sesuatu yang dihasilkan diberi penekanan ke atas manfaat atau faedah kepada diri sendiri, berbanding faedah
kepada yang akan diperolehi umat. Islam tidak menyekat perkembangan ilmu malah menggalakkan lagi perkembangan ilmu. Hal yang terjadi hari ini amat berbeza dengan apa yang dilakukan oleh ilmuwan Islam terdahulu. Para ilmuwan Islam (ada yang ditaja oleh khilafah) berusaha mencari ilmu dan meneroka bidang-bidang baru kerana inginkan manfaatnya diperoleh umat atau dengan kata lain untuk kemaslahatan umat. Dan umumnya diketahui bahawa ilmuwan Islam kebanyakan daripada mereka adalah orang miskin dan mereka tidak menjadi kaya secara tiba-tiba dengan ilmu yang mereka peroleh. berdasarkan fakta ini, kita boleh lihat bahawa ilmuwan Islam zaman khilafah tidak memandang wang sebagai sandaran kepada apa yang mereka lakukan. Sebagai contoh, Ibnu Haitham merupakan ilmuwan yang gemar melakukan penyelidikan. Penyelidikannya mengenai cahaya telah memberikan ilham kepada ahli sains barat seperti Boger, Bacon, dan Kepler mencipta mikroskop serta teleskop. Ia merupakan orang pertama yang menulis dan menemui pelbagai data penting mengenai cahaya. ibn haitham juga dikenali sebagai orang yang miskin dari segi material, tetapi tidak dari segi ilmu yang dimilikinya. hal ini cukup membuktikan bukan wang yang ingin diperoleh, tetapi redho Allah yang ingin dikecapi dengan memberikan jalan untuk kemaslahatan manusia. tidak pernah tercatatdi dalam lembaran sejarah bahawa Ilmuwan Islam zaman dahulu bangkit dan marah kerana hasil kerja mereka dipelajari barat malahan Umat Islam berbangga kerana umat lain menghormati kaum Muslim kerana kejayaan para ilmuwan Islam.

3) Pandangan yang menyokong Hak Cipta dan mengatakan hak cipta selari dengan Islam adalah mereka yang mengatakan bahawa hukum tentang hak cipta digali daripada kemaslahatan umum (maslahah mursalah) padahal jelas pada kita bahawa sumber hukum dalm Islam hanyalah Quran, sunnah, dan ijma' sahabat. Ada juga mengatakan Hukum Islam menempatkan adat dan opini publik sebagai salah satu sumber hukumnya, bila tidak bertentangan dengan ketentuan umum hukum Islam. yang ini lebih mengelirukan umat kerana mengatakan hukum Islam itu diperoleh daripada adat dan opini publik. Bolehkah deen yang datang dari wahyu ini diambil hukumnya berdasarkan adat yang dicipta manusia dan pandangan majoriti manusia biasa?

4) Ada juga mengatakan membuat salinan sesuatu barang yang mempunyai hak cipta umpama mencuri hak pencipta barang tersebut. Hal ini merupakan satu fakta yang kelakar. Jadi bagaimana kalau kita membeli CD lagu lalu kita membuat salinan lain? CD itu dibeli bukan dicuri. Jika akadnya sah, maka segala apa yang kita beli dalam CD itu semuanya jadi hak kita, bukan lagi hak pencipta lagu itu. jadi apa hak pencipta lagu itu untuk menghalang kita melakukan apa-apa kepada isi CD tersebut? Jadi istilah cetak rompak itu tidak ada dalam Islam tetapi cetak rompak itu merupakan istilah yang dicipta para kapitalis untuk memastikan mereka berterusan berenang dalam lautan wang ringgit.

5) kalau kita melihat kitab-kitab ilmu yang ditulis oleh imam-imam terdahulu yang sekarang telah dicetak berulang kali, ada tak mereka berfikir tentang hak cipta atau menulis hukum tentang idea hak cipta? kalau betul mereka mengamalkan hukum hak cipta ni, tak bolehlah cetak kembali karya ulama-ulama terdahulu kerana mereka semua sudah mati! Bagaimana nak minta izin pada ulama2 tersebut? adakah di bawah kulit kitab almuwatta' karya imam malik tertulis 'hak cipta terpelihara'? Tidakkah ini satu lagi fakta yang kelakar?

6) para tabiin, tabi't tabi'in dan ulama'-ulama' terdahulu tidak pernah membincangkan idea hakcipta terpelihara, padahal mereka ialah orang-orang yang alim lagi memahami tentang hukum mencuri atau merampas hak orang lain dalam Islam. Ulama zaman sekarang hanya mula membincangkan setelah akidah sekular kapitalis mula membawa masuk idea hak cipta ini dan mempengaruhi umat Islam untuk menyekat perkembangan ilmu.

untuk menyelesaikan masalah Hak Cipta ini bukanlah semudah ABC melainkan akar-akar sekular kapitalis ini dicabut dan dibersihkan dengan sebersih-bersihnya. Kerana selagi dalam pemikiran manusia itu mencari dan mengkaji ilmu kerana duit, mencipta sesuatu teknolgi baru kerana duit, buat CD nasyid kerana duit, maka idea hak cipta ini akan terus subur dan mekar dalam kotak pemikiran mereka kerana apa yang paling dirisaukan ialah duit. Jika khilafah yang akan menjalankan hukum syara' secara kaffah tertegak kembali, nescaya umat tidak lagi menjadikan duit sebagai sandaran bagi apa yang mereka kerjakan, melainkan redho Allah semata-mata. jadi memyelesaikan masalah hak cipta tapi kapitalism masih lagi dipegang erat dan dijunjung umpama melakukan perkara yang sia-sia. hanya Islam yang kaffah sebagai jalan keluarnya.

Tiada Lagi Alasan Untuk Membedah Mayat kaum Muslimin!

Menuju Kebangkitan Syabab ul-Islam






Sekumpulan doktor dari Switzerland kini melakukan bedah siasat atau autopsi tanpa membedah tubuh si mati. Ini kerana mereka menggunakan pengimbas tiga dimensi (3D) yang boleh mengesan sehingga 80 peratus punca kematian berdasarkan laporan Reuters baru-baru ini.
Michael Thali, seorang profesor di University of Berne, Switzerland dan rakan-rakan sekerjanya telah membangunkan satu sistem yang dinamakan virtopsi. Ia sebenarnya telah digunakan sejak tahun 2006 untuk memeriksa si mati yang mati secara mengejut atau punca yang aneh.
"Tanpa membuka atau memotong tubuh badan, kami boleh mengesan 60 hingga 80 peratus kecederaan dan punca kematian," terang Thali yang berdiri di sebelah pengimbas itu di makmalnya.
Kelebihan autopsi maya itu ialah ia bersifat digital, mempunyai rekod tetap yang dicipta untuk membolehkan perkongsian menerusi Internet.
Semasa autopsi yang mengambil masa kira-kira 30 minit, si mati diletakkan di atas meja pemeriksaan manakala permukaan pengimbasnya yang lebih besar daripada kotak dihubungkan dengan lengan robotik yang menjejaki kontur seluruh tubuh.
Dua juruteknik yang berpakaian kot putih kemudian menggunakan komputer untuk menilai penemuan.
"Pada masa ini hanya kami di dunia ini yang menggabungkan imbasan permukaan dengan imbasan bergema magnetik CT, bedah siasat angiografi dan bedah siasat biopsi," kata Thali yang memberitahu kos pemasangannya lebih daripada AS$1.98 juta (RM6.7 juta).
Pengimbas CT membentuk imej kecederaan tengkorak manakala pengimbas magnetik mengeluarkan imej-imej tisu yang lebih halus, kata Thali. Angiografi pula memberikan visual dalaman kapilari darah.
"Ia mempunyai kelebihan yang besar kerana anda tidak perlu merosakkan tubuh si mati dan anda boleh melihatnya dalam bentuk 3D dan lakukan analisis," kata Thali. -Kosmo online-


Komentar:

Terdapat dua pendapat tentang autopsi, iaitu ada yang menghalalkan kerana kemaslahatan dan ada yang mengharamkan autposi kerana mencabul kehormatan si mati. Tentang pendapat membolehkan autopsi, ini pendapat Hasanain Makhluf, Said Ramadhan Al-Buthi, dan beberapa lembaga fatwa seperti Majma' Fiqih Islami OKI, Hai`ah Kibar Ulama (Saudi), dan Fatwa Lajnah Da`imah (Saudi). (As-Sa'idani, Al-Ifadah Al-Syar'iyah fi Ba'dh Al-Masa`il Al-Thibiyah, h. 172; As-Salus, Mausu`ah Al-Qadhaya Al-Fiqhiyah Al-Mu'ashirah, h. 587; Al-Syinqithi, Ahkam Al-Jirahah Al-Thibiyah, h. 170; Al-Hazmi, Taqrib Fiqh Al-Thabib, h. 90).

Adapun pendapat kedua, iaitu mengharamkannya ialah pendapat Taqiyuddin An-Nabhani, Bukhait Al-Muthi'i, dan Hasan As-Saqaf. (Al-Syinqithi, Ahkam Al-Jirahah Al-Thibiyah, h. 170; Nasyrah Soal Jawab, 2/6/1970). Hal ini didasarkan kepada hadith "Memecahkan tulang mayat sama dengan memecahkan tulangnya saat dia hidup." (kasru 'azhmi al-mayyit ka-kasrihi hayyan). (HR Abu Dawud, sahih).

Jundu asy-Syabab mengambil pendapat kedua adalah pendapat yang lebih rajih termasuk autopsi yang dijalankan oleh para doktor pelatih kerana;

  •  Pendapat yang membolehkan berdalil kemaslahatan (Mashalih Mursalah), padahal Mashalah Mursalah bukan dalil syar'i yang kuat. Menurut Imam An-Nabhani, Mashalih Mursalah tidak layak menjadi dalil syar'i. (An-Nabhani, Al-Syakhshiyah Al-Islamiyah, 3/444).
  • Terdapat hadis-hadis sahih yang melarang melanggar kehormatan mayat, seperti mencincang, menyayat, atau memecahkan tulangnya sebagaimana di atas.
Namun, keharaman otopsi ini hanya untuk mayat muslim. Sedang jika mayatnya non muslim, hukumnya boleh. (Al-Syinqithi, Ahkam Al-Jirahah Al-Thibiyah, h. 179; Nashiruddin Al-Albani, Ahkam Al-Jana`iz, h. 299). Sebab di samping hadis dengan lafal mutlaq (tak disebut sifatnya, yaitu semua mayat), ternyata ada hadis sahih dengan lafal muqayyad (disebut sifatnya, yaitu mayat mu`min/muslim), yakni sabda Nabi SAW, "Memecahkan tulang mu`min yang sudah mati, sama dengan memecahkannya saat dia hidup." (kasru 'azhmi al-mu`min maytan mitslu kasrihi hayyan.) (HR Ahmad, no 23172 & no 25073; Malik, Al-Muwathha`, 2/227; Ad-Daruquthni, 8/208; Ibn Hajar, Fathul Bari, 14/297; at-Thahawi, Musykil Al-Atsar, 3/281; Al-Albani, Shahih wa Dhaif Al-Jami' Ash-Shaghir, 9/353). Kaidah ushuliyah menyebutkan, "Lafal mutlak tetap dalam kemutlakannya hingga datang lafal yang muqayyad." (Al-muthlaqu yabqa 'ala ithlaaqihi maa lam yarid dalil at-taqyid).

Kesimpulannya, autopsi hukumnya haram jika mayatnya muslim. Tetapi jika mayatnya non muslim, hukumnya boleh (sumber: khilafah1924.org). Mengenai penemuan teknolgi yang canggih seperti di atas, maka mayat muslim tidak perlu dibedah lagi, bersesuaian dengan pendapat yang rajih yang telah digali kerana teknologi tersebut boleh membantu para doktor untuk mengenal pasti punca kematian atau perkara yang berkaitan tanpa perlu membedah secara fizikal ke atas si mati. Wallahua'lam bissowab.

Bila Pula Operasi Menghalau Tentera AS?


PDF Print E-mail
altOperasi di Waziristan Selatan dihentikan

ISLAMABAD 12 Dis. - Pakistan telah menamatkan operasi tenteranya di Waziristan Selatan bagi memburu militan Taliban, dan akan meneruskan usaha menghapuskan militan di wilayah puak Orakzai, terletak jauh di utara negara ini.

"Operasi di Waziristan Selatan telah ditamatkan. Kini kita akan bercakap tentang Orakzai,'' kata Gilani kepada pemberita dari timur bandar Lahore, namun beliau tidak memberikan maklumat lanjut.

Tentera Pakistan melancarkan serangan darat ke atas militan Taliban di Waziristan Selatan pada pertengahan Oktober lalu yang mencetuskan tindakan balas daripada kumpulan militan yang melakukan lebih banyak serangan bom ke atas kemudahan strategik di Pakistan termasuk balai polis dan bangunan-bangunan kerajaan di seluruh negara ini.

Sebanyak 30,000 tentera Pakistan terlibat dalam operasi ketenteraan di Waziristan Selatan dan ramai militan dipercayai lari ke kawasan kabilah lain terutamanya di Waziristan Utara dan Orakzai. - AP
Sumber : Utusan Malaysia, 13/12/2009

Bila Pula Operasi Menghalau Tentera AS?

Sejak Oktober lalu, tentera Pakistan terus melancarkan serangan ofensif ke atas kedudukan Taliban di selatan Waziristan. Serangan ini telah dijalankan kononnya untuk menghapuskan “ancaman luar” terhadap Pakistan. Sebelum itu, operasi  di Lembah Swat menyaksikan beribu-ribu umat Islam menjadi pelarian di bumi sendiri. Angka korban pembunuhan besar-besaran ke atas umat Islam ini bukanlah dilakukan oleh puak kuffar, tetapi dilakukan oleh tangan-tangan pemimpin kaum Muslimin sendiri. Kenapa ini boleh berlaku walhal musuh sebenar umat Islam adalah kaum kuffar? Perkara ini berlaku apabila pemimpin yang ada merupakan pemimpin yang mencari keredhaan musuh-musuh Islam seperti Amerika Syarikat dan bukannya mencari keredhaan Allah.  Di tambah pula dengan semangat assobiyyah di hati mereka menjadikan pembunuhan atas saudara seagama menjadi perkara yang tidak dirasakan keji.
Allah telah berfirman di dalam Al Quran :

“Barang siapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja maka balasannya ialah Jahanam, kekal ia di dalamnya dan Allah murka kepadanya, dan melaknatnya serta menyediakan azab yang besar baginya.” [TMQ Al-Nisa’ (4):93]

Operasi yang dilakukan pihak tentera Pakistan ini pastinya amat mendukacitakan. Muncung senapang yang sepatutnya dihalakan kepada tentera Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya telah beralih kepada saudara sendiri. Ini lebih-lebih lagi dengan pengumuman  Presiden AS, Barack Obama yang akan menghantar askar tambahan sebanyak 30,000 orang ke Afghanistan.  Pastinya situasi ini akan menjadikan umat Islam di sana semakin tersepit. Apa yang jelas, tindakan Pakistan ini adalah umpama “menyediakan karpet merah” untuk tentera AS yang akan tiba di Afghanistan, ‘mengurangkan’ risiko AS daripada ancaman para Mujahideen.

Sampai bilakah kita hendak melihat pemimpin-pemimpin kaum Muslimin ini terus mengkhianati  umat Islam? Tidakkah kita mahu melihat seorang pemimpin umat Islam yang berani, yang akan melancarkan jihad ke arat Amerikan dan menghalau seluruh tentera Amerika dari tanah-tanah kaum Muslimin? Ini pastinya tidak akan berlaku selama mana sistem yang mengatur urusan umat Islam sekarang bukannya sistem yang diturunkan oleh Allah.  Tanpa sang khalifah yang akan menerapkan sistem Islam ke atas seluruh umat dan melancarkan jihad melawan musuh-musuh Islam, umat Islam akan terus tersepit dan terus diperkotak-katikkan.

Rasulullah SAW bersabda: “Bahawasanya Imam itu bagaikan perisai, dari belakangnya umat berperang dan dengannya umat berlindung.”  [HR. Muslim]
 

OIC Bukan Platform Penyatuan Ummah


PDF Print E-mail

altOIC gagal menyatukan ummah

KUALA LUMPUR 15 Dis. - Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari negara Islam disaran menyatupadukan umat Islam di seluruh dunia memandangkan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) gagal melaksanakan tanggungjawab itu.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, rangkaian NGO dari negara Islam di seluruh dunia boleh menjadi pemangkin kepada perpaduan ummah masa depan.

"Jika kerajaan Islam (dalam OIC) tidak dapat mewujudkan satu perpaduan ummah dan usaha individu adalah terlalu kecil untuk memberi sebarang kesan, kenapa tidak umat Islam memilih NGO untuk mencapai matlamat bersatu padu.

"NGO Islam yang bersatu padu ini perlu berkempen dari semasa ke semasa mengenai kepentingan memiliki pendidikan sempurna sebagai kewajipan umat Islam," katanya.

Dr. Mahathir menyampaikan ucaptama pada Konvensyen Kedua Uniti Muslim anjuran NGO Islam dari United Kingdom (UK), Yayasan Ramadhan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Jelas beliau, NGO Islam juga perlu melaksanakan kempen menghentikan pemikiran segelintir umat Islam yang sentiasa ingin membalas dendam kepada musuh Islam sehingga mengambil pelbagai tindakan secara membuta tuli.

"... Di negara-negara yang diceroboh, rakyatnya dipenjara dan diseksa sementara beratus-ribu lagi dibunuh dalam peperangan yang tidak adil.

"Umat Islam yang marah meluahkan rasa marah kepada semua orang termasuk masyarakat Islam lain. Mereka letupkan diri sendiri untuk membalas dendam dan membunuh namun tidak banyak musuh Islam yang menjadi mangsa melainkan masyarakat mereka sendiri," katanya.

Kata Dr. Mahathir, selepas kehilangan nyawa, tidak ada apa yang mereka peroleh dari semua perbuatan tersebut.

"Dan semua perbuatan tersebut sedikit pun tidak menghalang musuh umat Islam ini daripada terus menindas dan membunuh," katanya.

Justeru, tambah Dr. Mahathir, umat Islam perlu berfikir, merancang dan merangka strategi supaya pengorbanan yang mereka lakukan jika perlu adalah berbaloi.

"NGO perlu menggalakkan perpaduan masyarakat Islam demi mempertahankan ummah.
"Namun jika kita gagal menjadikan seluruh umat Islam bersatu kita perlu bersedia untuk menerima perpaduan sebahagian daripada umat Islam sahaja," katanya.

Konvensyen yang dirasmikan Dr. Mahathir itu hari ini akan berakhir esok.
Ia menghimpunkan lebih 500 ulama dari 20 negara yang akan berkongsi pandangan mengenai perpaduan umat Islam.

Sebelum ini Konvensyen Uniti Muslim pertama berlangsung di Manchester, UK) pada 2005.

Sumber : Utusan Malaysia, 16/12/2009

OIC bukan platform penyatuan Ummah

Ya, memang benar OIC tidak dapat menyatukan ummah. Ikatan dasar yang membentuk keahlian OIC merupakan ikatan yang batil, iaitu ikatan negara bangsa dan bukannya  berdasarkan ikatan aqidah Islam. Mana mungkin ikatan dasar yang batil ini membuahkan sesuatu yang benar. Inikan pula untuk menyatukan umat Islam yang telah berpecah-belah dipisahkan oleh sempadan yang dilakarkan oleh penjajah. Sudah berbakul-bakul resolusi, sudah bekoyan-koyan wang rakyat dihabiskan untuk penganjuran persidangan, namun hasilnya cumalah air liur basi  yang tidak bermakna.

Seruan menghentikan pemikiran dendam oleh umat Islam terhadap musuh-musuh Islam oleh Tun Dr.Mahathir merupakan seruan yang bertentangan dengan sifat kaum kuffar terhadap umat Islam. Ini telah dijelaskan oleh Allah di dalam Al Quran :

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu ambil menjadi teman kepercayaanmu orang-orang yang di luar kalanganmu (kerana) mereka ini tidak henti-henti (menimbulkan) kemudharatan bagimu. Mereka menyukai apa yang menyusahkan kamu. Telah nyata kebencian dari mulut mereka, apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sungguh telah Kami terangkan kepadamu ayat-ayat (Kami), jika kamu memahaminya.” [TMQ Ali Imran (3):118].

Sebagai umat Islam yang menjadikan Islam sebagai ideologi untuk memandu mereka, sudah semestinya ayat ini perlu difahami dengan jelas agar jangan sampai ada yang menyeru kepada suatu yang bertentangan dengan ayat Allah ini. Namun, apa yang berlaku amatlah menyedihkan. Sudahlah platform penyatuan salah, ditambah pula dengan seruan yang salah, pastilah akan memberi natijah yang salah. Seruan yang sepatutnya dilontarkan oleh Tun Dr Mahathir beserta lebih 500 ulama itu adalah seruan penyatuan seluruh kaum Muslimin di bawah naungan Daulah  Khilafah. Sudah tiba masanya kita mencampakkan OIC ke dalam lohong sejarah kegagalan manusia dan membuka lembaran baru kekhilafahan yang akan memayungi seluruh umat Islam.