my destiny

My photo
.>seterusnya akan tertegak kembali khilafah atas minhaj kenabian"

Saturday, 26 March 2011

mencari kekuatan yang hilang

Wujudnya perasaan takut dalam diri manusia adalah perkara yang lumrah (fitrah). Perasaan takut itu merupakan salah satu penonjolan daripada naluri untuk meneruskan kehidupan (gharîzah al-baqâ’) yang ada di dalam diri manusia. Ketika naluri ini tergerak untuk melakukan sesuatu, maka manusia akan melakukannya melalui dorongan akidah yang dimilikinya, serta menentukan perilaku yang sesuai dengan pemahamannya tentang sesuatu yang telah membangkitkan rasa takut dalam dirinya. Jika pemahamannya ini salah, maka ia akan melahirkan perilaku yang salah. Sebaliknya, jika pemahamannya ini benar, maka akan ia melahirkan perilaku yang benar.

Melalui perasaan takut, ia mungkin melahirkan sifat pengecut dan rendah diri. Jika ia dihasilkan daripada rasa takut terhadap manusia, ia akan mendekatkan diri pada manusia untuk mencari kerelaan mereka, bertujuan untuk mendapatkan kesenangan duniawi yang dimiliki oleh mereka. Sebaliknya, perasaan takut dapat melahirkan keperkasaan dan kemuliaan jika ia dihasilkan melalui rasa takut hanya kepada Allah SWT, dengan mencari redhaNya dan kenikmatan syurgaNya.

Sungguh penting sekali bagi kaum Muslimin yang menginginkan kebangkitan daripada segala bencana dan malapetaka yang mewarnai kehidupan mereka sepanjang hari agar mereka tidak takut kecuali hanya kepada Allah Yang Maha Kuasa atas sekalian hambaNya. Sehingga mereka menjadi orang-orang yang perkasa dalam ibadahnya, serta menjadi orang-orang yang paling mulia ketika hidup dan matinya.

Allah SWT berfirman:
 
وَإِذَا سَمِعُواْ مَآ أُنزِلَ إِلَى ٱلرَّسُولِ تَرَىٰٓ أَعۡيُنَهُمۡ تَفِيضُ مِنَ ٱلدَّمۡعِ مِمَّا عَرَفُواْ مِنَ ٱلۡحَقِّۖ يَقُولُونَ رَبَّنَآ ءَامَنَّا فَٱكۡتُبۡنَا مَعَ ٱلشَّـٰهِدِينَ (٨٣) وَمَا لَنَا لَا نُؤۡمِنُ بِٱللَّهِ وَمَا جَآءَنَا مِنَ ٱلۡحَقِّ  وَنَطۡمَعُ أَن يُدۡخِلَنَا رَبُّنَا مَعَ ٱلۡقَوۡمِ ٱلصَّـٰلِحِينَ (٨٤) فَأَثَـٰبَهُمُ ٱللَّهُ بِمَا قَالُواْ جَنَّـٰتٍ۬ تَجۡرِى مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡهَـٰرُ خَـٰلِدِينَ فِيہَاۚ وَذَٲلِكَ جَزَآءُ ٱلۡمُحۡسِنِينَ (٨٥)

 “Dan apabila mereka mendengar apa yang diturunkan kepada Rasul (Muhammad), kamu melihat mata mereka mencucurkan air mata disebabkan kebenaran (Al-Qur’an) yang telah mereka ketahui (dari kitab-kitab mereka sendiri) seraya berkata: “Wahai Tuhan kami, kami telah beriman, maka catatlah kami bersama orang-orang yang menjadi saksi (atas kebenaran Al-Qur’an dan kenabian Muhammad SAW). Mengapa kami tidak akan beriman kepada Allah dan kepada kebenaran yang datang kepada kami, padahal kami sangat ingin agar Tuhan kami memasukkan kami ke dalam golongan orang-orang yang soleh?” Maka Allah memberi mereka pahala terhadap perkataan yang mereka ucapkan, (iaitu) syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya, sedang mereka kekal di dalamnya. Dan itulah balasan (bagi) orang-orang yang berbuat kebaikan.” [TMQ Al-Maidah (5):  83-85].

Allah SWT juga berfirman:
 
ٱللَّهُ نَزَّلَ أَحۡسَنَ ٱلۡحَدِيثِ كِتَـٰبً۬ا مُّتَشَـٰبِهً۬ا مَّثَانِىَ تَقۡشَعِرُّ مِنۡهُ جُلُودُ ٱلَّذِينَ يَخۡشَوۡنَ رَبَّہُمۡ ثُمَّ تَلِينُ جُلُودُهُمۡ وَقُلُوبُهُمۡ إِلَىٰ ذِكۡرِ ٱللَّهِۚ ذَٲلِكَ هُدَى ٱللَّهِ يَہۡدِى بِهِۦ مَن يَشَآءُۚ وَمَن يُضۡلِلِ ٱللَّهُ فَمَا لَهُ ۥ مِنۡ هَادٍ (٢٣)

 “Allah telah menurunkan perkataan yang paling baik (iaitu) Al Qur’an yang serupa (mutu ayat-ayatnya) lagi berulang-ulang, gementar kerananya kulit orang-orang yang takut kepada Tuhannya, kemudian menjadi tenang kulit dan hati mereka di waktu mengingati Allah. Itulah petunjuk Allah, dengan kitab itu Dia memberi petujuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Dan barangsiapa yang disesatkan Allah, maka tidak ada seorang pun pemberi petunjuk baginya.“ [TMQ Az-Zumar (39) :  23].

Sebagaimana firman Allah SWT yang lain:
 
وَٱلَّذِينَ يَصِلُونَ مَآ أَمَرَ ٱللَّهُ بِهِۦۤ أَن يُوصَلَ وَيَخۡشَوۡنَ رَبَّہُمۡ وَيَخَافُونَ سُوٓءَ ٱلۡحِسَابِ (٢١) وَٱلَّذِينَ صَبَرُواْ ٱبۡتِغَآءَ وَجۡهِ رَبِّہِمۡ وَأَقَامُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَأَنفَقُواْ مِمَّا رَزَقۡنَـٰهُمۡ سِرًّ۬ا وَعَلَانِيَةً۬ وَيَدۡرَءُونَ بِٱلۡحَسَنَةِ ٱلسَّيِّئَةَ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ لَهُمۡ عُقۡبَى ٱلدَّارِ (٢٢)

“Dan orang-orang yang menghubungkan apa-apa yang Allah perintahkan supaya dihubungkan, dan mereka takut kepada Tuhannya dan takut kepada hisab yang buruk. Dan orang-orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka, baik secara sembunyi-sembunyi atau terang-terangan serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang-orang itulah yang mendapat tempat kesudahan (yang baik).“ [TMQ Ar-Ra’d (13) :  21-22].

Dan begitu juga dengan ayat-ayat yang lain yang sentiasa memuji mereka, iaitu yang di dalam hati mereka begitu besar rasa takutnya kepada Allah SWT. Disebabkan mereka sangat takut tentang murka dan seksaanNya sepanjang masa, mereka berusaha untuk meraih redhaNya dan begitu berharap untuk mendapatkan pahala daripadaNya.

Apabila warna seperti ini telah terbentuk dalam hati manusia, maka ia akan menjadi seseorang di antara mereka yang Allah sebutkan di dalam Al-Qur’an sepertimana firmanNya:
 
مِّنَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ رِجَالٌ۬ صَدَقُواْ مَا عَـٰهَدُواْ ٱللَّهَ عَلَيۡهِۖ فَمِنۡهُم مَّن قَضَىٰ نَحۡبَهُ ۥ وَمِنۡہُم مَّن يَنتَظِرُۖ وَمَا بَدَّلُواْ تَبۡدِيلاً۬ (٢٣)

“Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah. Maka di antara mereka ada yang gugur (syahid). Dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu-nunggu dan mereka sedikitpun tidak merubah (janji mereka).“
[TMQ Al-Ahzab (3) : 23].

Dan firmanNya:
 
رِجَالٌ۬ لَّا تُلۡهِيہِمۡ تِجَـٰرَةٌ۬ وَلَا بَيۡعٌ عَن ذِكۡرِ ٱللَّهِ وَإِقَامِ ٱلصَّلَوٰةِ وَإِيتَآءِ ٱلزَّكَوٰةِۙ يَخَافُونَ يَوۡمً۬ا تَتَقَلَّبُ فِيهِ ٱلۡقُلُوبُ وَٱلۡأَبۡصَـٰرُ (٣٧) لِيَجۡزِيَہُمُ ٱللَّهُ أَحۡسَنَ مَا عَمِلُواْ وَيَزِيدَهُم مِّن فَضۡلِهِۦۗ وَٱللَّهُ يَرۡزُقُ مَن يَشَآءُ بِغَيۡرِ حِسَابٍ۬ (٣٨)

“Laki-laki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan tidak (pula) oleh jual beli daripada mengingati Allah, dan mendirikan solat dan menunaikan zakat, mereka takut kepada suatu hari yang (di harinitu) hati-hati dan penglihatan menjadi goncang. (Mereka mengerjakan yang demikian itu) supaya Allah memberi balasan kepada mereka (dengan balasan) yang lebih baik daripada apa yang telah mereka kerjakan, dan supaya Allah menambah kurniaNya kepada mereka. Dan Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya tanpa batasan.” [TMQ An-Nur (24) : 37-38].

Dengan demikian, jika tanaman bersih dan baik yang mana benihnya telah ditanam dalam hati seseorang mukmin dan telah berakar, maka ia akan berbuah dan memberikan banyak kebaikan. Berbeza dengan hati yang sakit, ia tidak layak dan tidak sesuai untuk benih yang bersih ini disebabkan tanahnya yang tandus, tidak layak kecuali pada yang keji dan kotor semata-mata.

Oleh kerana itu, hati ini terdapat dua jenis:

Pertama, hati yang baik dan bagus, yang takut kepada Allah baik ketika bersendirian mahupun ketika beramai-ramai. Ia takut akan rosaknya hubungan antara dirinya dengan Allah SWT sehingga ia berusaha sekuat tenaga
untuk mendapatkan keredhaanNya, walaupun ia harus dibeli dengan murka daripada orang lain.

Kedua, hati yang sakit dan rosak, tidak takut kepada Allah, secara terang-terangan melakukan kemaksiatan, tidak peduli dengan hubungan yang menghubungkan dirinya dengan Allah, dan tidak menghiraukan hisab (perhitungan) apa pun (termasuk perhitungan di hari akhirat). Ia dilihat mahu meraih kesenangan dan keredhaan daripada orang lain sehingga sanggup mendapatkan kemurkaan daripada Allah ke atas dirinya.

Berdasarkan kedua-dua jenis hati ini, maka kita dapat klasifikasikan manusia melalui pelbagai aktiviti-aktiviti yang mereka lakukan. Tindakan seseorang yang mendatangi penguasa yang zalim dan menasihatinya, lalu dia ditangkap dan dibunuh oleh penguasa tersebut. Ini sudah semestinya berbeza dengan tindakan seseorang yang diberi oleh Allah pengetahuan tentang hukum-hukum agama, tetapi ia duduk bersama-sama penguasa zalim serta membuatkan fatwa-fatwa yang menghalalkan pelbagai aktiviti-aktiviti dan kemungkaran yang dilakukan oleh penguasa tersebut. Manusia seperti inilah yang banyak dapat kita lihat pada zaman sekarang.

Bagi orang yang pertama tadi, ia adalah orang yang menyampaikan Islam. Apabila ia dibunuh oleh seseorang penguasa zalim pada saat ia menyampaikan nasihat (muhasabah) terhadapnya, maka ia merupakan syahid. Sedangkan bagi orang yang kedua, ia adalah orang-orang yang menjadikan serban-serban putih mereka dan kopiah-kopiah mereka sebagai kuasa untuk mengubah kata-kata dari maksud (dalil dan nas) yang sebenar. Dalam erti kata lain, mereka sanggup untuk berbohong atas nama Allah dan memutar belitkan nas-nas dalam memalingkan maksud-maksud isinya, lalu disesuaikan dengan keinginan mereka dalam rangka untuk menyenangkan hawa nafsu penguasa. Inilah yang difirmankan Allah SWT:
 
إِنَّ ٱلَّذِينَ يَكۡتُمُونَ مَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ مِنَ ٱلۡڪِتَـٰبِ وَيَشۡتَرُونَ بِهِۦ ثَمَنً۬ا قَلِيلاًۙ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ مَا يَأۡكُلُونَ فِى بُطُونِهِمۡ إِلَّا ٱلنَّارَ وَلَا يُڪَلِّمُهُمُ ٱللَّهُ يَوۡمَ ٱلۡقِيَـٰمَةِ وَلَا يُزَڪِّيهِمۡ وَلَهُمۡ عَذَابٌ أَلِيمٌ (١٧٤)

“Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah diturunkan oleh Allah daripada Al-Kitab dan menjualnya dengan harga yang sedikit (murah), mereka itu sebenarnya tidak memakan (tidak menelan) ke dalam perutnya melainkan api neraka, dan Allah tidak akan berbicara kepada mereka pada hari kiamat, dan tidak akan mensucikan mereka, dan bagi mereka seksaan yang amat pedih.”
[TMQ Al-Baqarah (2) : 174].

Dan dalam firmanNya yang lain:
 
وَإِنَّ مِنۡهُمۡ لَفَرِيقً۬ا يَلۡوُ ۥنَ أَلۡسِنَتَهُم بِٱلۡكِتَـٰبِ لِتَحۡسَبُوهُ مِنَ ٱلۡڪِتَـٰبِ وَمَا هُوَ مِنَ ٱلۡكِتَـٰبِ وَيَقُولُونَ هُوَ مِنۡ عِندِ ٱللَّهِ وَمَا هُوَ مِنۡ عِندِ ٱللَّهِ وَيَقُولُونَ عَلَى ٱللَّهِ ٱلۡكَذِبَ وَهُمۡ يَعۡلَمُونَ (٧٨

 “Sesungguhnya di antara mereka ada segolongan yang memutar-mutar lidahnya ketika membaca Al-Kitab, supaya kamu menyangka yang dibacanya itu adalah sebahagian daripada Al-Kitab, padahal ia bukan daripada Al-Kitab, dan mereka mengatakan: “Ia (yang dibaca itu datang) dari sisi Allah”, padahal ia bukan dari sisi Allah. Mereka berkata dusta terhadap Allah, sedang mereka mengetahui.“ [TMQ Ali Imran (3) : 78].

Begitulah juga bagi hati yang buta, yang tidak ada ketakwaan dan rasa takut kepada Allah sama sekali, ia hanya dipenuhi dengan rasa takut kepada para thaghut dan para wali syaitan. Oleh kerana itu, apabila hati telah buta, maka yang diambilkira pertama-tamanya adalah kemurkaan penguasa zalim sehinggakan mereka melupakan kemurkaan daripada Allah. Pahala dan seksaan akhirat dilihat remeh bagi mereka dan mereka sanggup untuk menukarnya dengan kesenangan dunia yang fana dan murah!!

Jadi adalah tidak menghairankan jika wujudnya fatwa-fatwa pelik yang dikeluarkan oleh orang-orang seperti mereka ini. Contohnya fatwa yang membolehkan untuk berdamai dengan negara haram Yahudi, membolehkan untuk meminta bantuan daripada kaum kafir untuk memerangi kaum Muslimin, membolehkan untuk membunuh (bughat atau kaum pemberontak) yang membangkang para penguasa yang melakukan kekufuran secara nyata (kufran bawahan). Membolehkan untuk menumpahkan darah, merampas harta dan kehormatan orang-orang yang ikhlas di antara umat ini, iaitu mereka-mereka yang melakukan amar makruf dan nahi munkar kerana mereka dianggap sebagai “teroris, ekstrimis dan penderhaka kepada penguasa”, dan fatwa-fatwa lain yang dibuat oleh mereka yang telah menjual dirinya kepada para penguasa jahat. Apapun tindakan dan ketetapan yang mereka lakukan, kesemuanya akan berhujung dengan kejahatan dan jenayah syari’e.

No comments: