my destiny

My photo
.>seterusnya akan tertegak kembali khilafah atas minhaj kenabian"

Saturday, 19 December 2009

Bila Pula Operasi Menghalau Tentera AS?


PDF Print E-mail
altOperasi di Waziristan Selatan dihentikan

ISLAMABAD 12 Dis. - Pakistan telah menamatkan operasi tenteranya di Waziristan Selatan bagi memburu militan Taliban, dan akan meneruskan usaha menghapuskan militan di wilayah puak Orakzai, terletak jauh di utara negara ini.

"Operasi di Waziristan Selatan telah ditamatkan. Kini kita akan bercakap tentang Orakzai,'' kata Gilani kepada pemberita dari timur bandar Lahore, namun beliau tidak memberikan maklumat lanjut.

Tentera Pakistan melancarkan serangan darat ke atas militan Taliban di Waziristan Selatan pada pertengahan Oktober lalu yang mencetuskan tindakan balas daripada kumpulan militan yang melakukan lebih banyak serangan bom ke atas kemudahan strategik di Pakistan termasuk balai polis dan bangunan-bangunan kerajaan di seluruh negara ini.

Sebanyak 30,000 tentera Pakistan terlibat dalam operasi ketenteraan di Waziristan Selatan dan ramai militan dipercayai lari ke kawasan kabilah lain terutamanya di Waziristan Utara dan Orakzai. - AP
Sumber : Utusan Malaysia, 13/12/2009

Bila Pula Operasi Menghalau Tentera AS?

Sejak Oktober lalu, tentera Pakistan terus melancarkan serangan ofensif ke atas kedudukan Taliban di selatan Waziristan. Serangan ini telah dijalankan kononnya untuk menghapuskan “ancaman luar” terhadap Pakistan. Sebelum itu, operasi  di Lembah Swat menyaksikan beribu-ribu umat Islam menjadi pelarian di bumi sendiri. Angka korban pembunuhan besar-besaran ke atas umat Islam ini bukanlah dilakukan oleh puak kuffar, tetapi dilakukan oleh tangan-tangan pemimpin kaum Muslimin sendiri. Kenapa ini boleh berlaku walhal musuh sebenar umat Islam adalah kaum kuffar? Perkara ini berlaku apabila pemimpin yang ada merupakan pemimpin yang mencari keredhaan musuh-musuh Islam seperti Amerika Syarikat dan bukannya mencari keredhaan Allah.  Di tambah pula dengan semangat assobiyyah di hati mereka menjadikan pembunuhan atas saudara seagama menjadi perkara yang tidak dirasakan keji.
Allah telah berfirman di dalam Al Quran :

“Barang siapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja maka balasannya ialah Jahanam, kekal ia di dalamnya dan Allah murka kepadanya, dan melaknatnya serta menyediakan azab yang besar baginya.” [TMQ Al-Nisa’ (4):93]

Operasi yang dilakukan pihak tentera Pakistan ini pastinya amat mendukacitakan. Muncung senapang yang sepatutnya dihalakan kepada tentera Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya telah beralih kepada saudara sendiri. Ini lebih-lebih lagi dengan pengumuman  Presiden AS, Barack Obama yang akan menghantar askar tambahan sebanyak 30,000 orang ke Afghanistan.  Pastinya situasi ini akan menjadikan umat Islam di sana semakin tersepit. Apa yang jelas, tindakan Pakistan ini adalah umpama “menyediakan karpet merah” untuk tentera AS yang akan tiba di Afghanistan, ‘mengurangkan’ risiko AS daripada ancaman para Mujahideen.

Sampai bilakah kita hendak melihat pemimpin-pemimpin kaum Muslimin ini terus mengkhianati  umat Islam? Tidakkah kita mahu melihat seorang pemimpin umat Islam yang berani, yang akan melancarkan jihad ke arat Amerikan dan menghalau seluruh tentera Amerika dari tanah-tanah kaum Muslimin? Ini pastinya tidak akan berlaku selama mana sistem yang mengatur urusan umat Islam sekarang bukannya sistem yang diturunkan oleh Allah.  Tanpa sang khalifah yang akan menerapkan sistem Islam ke atas seluruh umat dan melancarkan jihad melawan musuh-musuh Islam, umat Islam akan terus tersepit dan terus diperkotak-katikkan.

Rasulullah SAW bersabda: “Bahawasanya Imam itu bagaikan perisai, dari belakangnya umat berperang dan dengannya umat berlindung.”  [HR. Muslim]
 

No comments: