my destiny

My photo
.>seterusnya akan tertegak kembali khilafah atas minhaj kenabian"

Saturday, 19 December 2009

Tiada Lagi Alasan Untuk Membedah Mayat kaum Muslimin!

Menuju Kebangkitan Syabab ul-Islam






Sekumpulan doktor dari Switzerland kini melakukan bedah siasat atau autopsi tanpa membedah tubuh si mati. Ini kerana mereka menggunakan pengimbas tiga dimensi (3D) yang boleh mengesan sehingga 80 peratus punca kematian berdasarkan laporan Reuters baru-baru ini.
Michael Thali, seorang profesor di University of Berne, Switzerland dan rakan-rakan sekerjanya telah membangunkan satu sistem yang dinamakan virtopsi. Ia sebenarnya telah digunakan sejak tahun 2006 untuk memeriksa si mati yang mati secara mengejut atau punca yang aneh.
"Tanpa membuka atau memotong tubuh badan, kami boleh mengesan 60 hingga 80 peratus kecederaan dan punca kematian," terang Thali yang berdiri di sebelah pengimbas itu di makmalnya.
Kelebihan autopsi maya itu ialah ia bersifat digital, mempunyai rekod tetap yang dicipta untuk membolehkan perkongsian menerusi Internet.
Semasa autopsi yang mengambil masa kira-kira 30 minit, si mati diletakkan di atas meja pemeriksaan manakala permukaan pengimbasnya yang lebih besar daripada kotak dihubungkan dengan lengan robotik yang menjejaki kontur seluruh tubuh.
Dua juruteknik yang berpakaian kot putih kemudian menggunakan komputer untuk menilai penemuan.
"Pada masa ini hanya kami di dunia ini yang menggabungkan imbasan permukaan dengan imbasan bergema magnetik CT, bedah siasat angiografi dan bedah siasat biopsi," kata Thali yang memberitahu kos pemasangannya lebih daripada AS$1.98 juta (RM6.7 juta).
Pengimbas CT membentuk imej kecederaan tengkorak manakala pengimbas magnetik mengeluarkan imej-imej tisu yang lebih halus, kata Thali. Angiografi pula memberikan visual dalaman kapilari darah.
"Ia mempunyai kelebihan yang besar kerana anda tidak perlu merosakkan tubuh si mati dan anda boleh melihatnya dalam bentuk 3D dan lakukan analisis," kata Thali. -Kosmo online-


Komentar:

Terdapat dua pendapat tentang autopsi, iaitu ada yang menghalalkan kerana kemaslahatan dan ada yang mengharamkan autposi kerana mencabul kehormatan si mati. Tentang pendapat membolehkan autopsi, ini pendapat Hasanain Makhluf, Said Ramadhan Al-Buthi, dan beberapa lembaga fatwa seperti Majma' Fiqih Islami OKI, Hai`ah Kibar Ulama (Saudi), dan Fatwa Lajnah Da`imah (Saudi). (As-Sa'idani, Al-Ifadah Al-Syar'iyah fi Ba'dh Al-Masa`il Al-Thibiyah, h. 172; As-Salus, Mausu`ah Al-Qadhaya Al-Fiqhiyah Al-Mu'ashirah, h. 587; Al-Syinqithi, Ahkam Al-Jirahah Al-Thibiyah, h. 170; Al-Hazmi, Taqrib Fiqh Al-Thabib, h. 90).

Adapun pendapat kedua, iaitu mengharamkannya ialah pendapat Taqiyuddin An-Nabhani, Bukhait Al-Muthi'i, dan Hasan As-Saqaf. (Al-Syinqithi, Ahkam Al-Jirahah Al-Thibiyah, h. 170; Nasyrah Soal Jawab, 2/6/1970). Hal ini didasarkan kepada hadith "Memecahkan tulang mayat sama dengan memecahkan tulangnya saat dia hidup." (kasru 'azhmi al-mayyit ka-kasrihi hayyan). (HR Abu Dawud, sahih).

Jundu asy-Syabab mengambil pendapat kedua adalah pendapat yang lebih rajih termasuk autopsi yang dijalankan oleh para doktor pelatih kerana;

  •  Pendapat yang membolehkan berdalil kemaslahatan (Mashalih Mursalah), padahal Mashalah Mursalah bukan dalil syar'i yang kuat. Menurut Imam An-Nabhani, Mashalih Mursalah tidak layak menjadi dalil syar'i. (An-Nabhani, Al-Syakhshiyah Al-Islamiyah, 3/444).
  • Terdapat hadis-hadis sahih yang melarang melanggar kehormatan mayat, seperti mencincang, menyayat, atau memecahkan tulangnya sebagaimana di atas.
Namun, keharaman otopsi ini hanya untuk mayat muslim. Sedang jika mayatnya non muslim, hukumnya boleh. (Al-Syinqithi, Ahkam Al-Jirahah Al-Thibiyah, h. 179; Nashiruddin Al-Albani, Ahkam Al-Jana`iz, h. 299). Sebab di samping hadis dengan lafal mutlaq (tak disebut sifatnya, yaitu semua mayat), ternyata ada hadis sahih dengan lafal muqayyad (disebut sifatnya, yaitu mayat mu`min/muslim), yakni sabda Nabi SAW, "Memecahkan tulang mu`min yang sudah mati, sama dengan memecahkannya saat dia hidup." (kasru 'azhmi al-mu`min maytan mitslu kasrihi hayyan.) (HR Ahmad, no 23172 & no 25073; Malik, Al-Muwathha`, 2/227; Ad-Daruquthni, 8/208; Ibn Hajar, Fathul Bari, 14/297; at-Thahawi, Musykil Al-Atsar, 3/281; Al-Albani, Shahih wa Dhaif Al-Jami' Ash-Shaghir, 9/353). Kaidah ushuliyah menyebutkan, "Lafal mutlak tetap dalam kemutlakannya hingga datang lafal yang muqayyad." (Al-muthlaqu yabqa 'ala ithlaaqihi maa lam yarid dalil at-taqyid).

Kesimpulannya, autopsi hukumnya haram jika mayatnya muslim. Tetapi jika mayatnya non muslim, hukumnya boleh (sumber: khilafah1924.org). Mengenai penemuan teknolgi yang canggih seperti di atas, maka mayat muslim tidak perlu dibedah lagi, bersesuaian dengan pendapat yang rajih yang telah digali kerana teknologi tersebut boleh membantu para doktor untuk mengenal pasti punca kematian atau perkara yang berkaitan tanpa perlu membedah secara fizikal ke atas si mati. Wallahua'lam bissowab.

No comments: