my destiny

My photo
.>seterusnya akan tertegak kembali khilafah atas minhaj kenabian"

Wednesday, 16 September 2009

kesatuan pemikiran dan pergerakan bapa-bapa munafik abad19,20 dan 21

ASSALAMU'ALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH !
‘
BismiLlahi Rahmaan nir Rahiim
'
Alhamdu liLlahi wa salamun 'ibadihil ladhi-n-astafa
Rabbi zidni 'ilma, war zuqni fahma
'
RABBI A’UUZUBIKA MIN HAMAZAATIS SHAYAATIIN,


WA A’UUZBIKA RABBI AN YAHDURUUN!'
‘
Firman Allah subhanahu wata’ala, maksudnya;
“Allah menyatakan bahwasanya tidak ada Tuhan [yang berhak disembah] melainkan Dia, Yang menegakkan keadilan. Para malaikat dan orang-orang yang berilmu [juga menyatakan yang demikian itu]. Tiada Tuhan [yang berhak disembah] melainkan Dia, Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (18) Sesungguhnya Agama [yang diridhai] di sisi Allah hanyalah Islam. Tiada berselisih orang-orang yang telah diberi Al Kitab kecuali sesudah datang pengetahuan kepada mereka, karena kedengkian [yang ada] di antara mereka. Barangsiapa yang kafir terhadap ayat-ayat Allah maka sesungguhnya Allah sangat cepat hisab-Nya. (19) Kemudian jika mereka mendebat kamu [tentang kebenaran Islam], maka katakanlah: "Aku menyerahkan diriku kepada Allah dan [demikian pula] orang-orang yang mengikutiku". Dan katakanlah kepada orang-orang yang telah diberi Al Kitab dan kepada orang-orang yang ummi: "Apakah kamu [mau] masuk Islam?" Jika mereka masuk Islam, sesungguhnya mereka telah mendapat petunjuk, dan jika mereka berpaling, maka kewajiban kamu hanyalah menyampaikan [ayat-ayat Allah]. Dan Allah Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya. (20) Sesungguhnya orang-orang yang kafir kepada ayat-ayat Allah dan membunuh para nabi yang memang tidak dibenarkan dan membunuh orang-orang yang menyuruh manusia berbuat adil, maka gembirakanlah mereka bahwa mereka akan menerima siksa yang pedih. (21) Mereka itu adalah orang-orang yang lenyap [pahala] amal-amalnya di dunia dan akhirat, dan mereka sekali-kali tidak memperoleh penolong. (22) Tidakkah kamu memperhatikan orang-orang yang telah diberi bahagian yaitu Al Kitab [Taurat], mereka diseru kepada kitab Allah supaya kitab itu menetapkan hukum di antara mereka; kemudian sebahagian dari mereka berpaling, dan mereka selalu membelakangi [kebenaran]. (23)”
(Surah Aali-Imran)
‘
Al-Imam Al-Qadhi Sheikh Yusuf bin Isma’il An-Nabhani As-Syafi’e Al-Asha’ari rahmatuLlah ‘alaih (Lahir 1848M – Wafat Ramadhan 1932M) di Ijzim, Haifa, Tanah Palestin yang dijajah Al-Masih Ad-Dajjal Yahudi Zionis Israel adalah di antara Ulama Mujahid Islam yang ditaqdirkan oleh Allah subhanahu wata’ala dengan UjianNya untuk berhadapan dengan angkatan penguasa pertama generasi anak haram Ad-Dajjal yang telah berjaya menguasai bumi Ummat Islam yang diporak-perandakan oleh musuh Allah subhanahu wata’ala laknatuLlah ‘alaihim ajmaiin. Generasi Ad-Dajjal ini lahir dan diselubungi oleh nifaq hasil dari gerakkerja dan perkesedudukan haram di antara ketua kaum Munafiqin Abad 19M/20M; Abu Al-Uzza Ibn Qatm JamaludDin Al-Afghani Al-Masuni serta pengikut-pengikutnya, dan Tentera Bersekutu Al-Ahzab yang diketuai oleh Yakjuj Makjuj British laknatuLlah alaihim ajmaiin di ketika itu. Peranan Yakjuj Makjuj itu kini diambilalih oleh Amerika dan kini saat kehancuran Yakjuj Makjuj sedang menyapa mereka di pintu-pintu rumah Baitul Ankabut Rumah Laba-Laba mereka.
'

SHEIKH YUSUF AN-NABHANI RAHMATULLAH 'ALAIH
‘
Objektif utama serangan kekufuran dan nifaq itu adalah untuk menghilangkan bai’ah taatsetia wala’ Ummat Islam kepada Khilafah Islamiyyah, menggantikan bai’ah taatsetia kepada sistem-sistem ideologi demokrasi berperlembagaan hawanafsu serta sangkaan akal penyembah Iblis dan Taghut, menyelinap-masukkan pengaruh kepercayaan serba-tuhan freemasonri dan falsafah teosofi, melahirkan masyarakat plural liberal majmuk, mengenepikan ajaran Wahyu Syari’at Al-Qur’an Al-Hakim serta menjadikannya sebagai terbahagi-bahagi dan terpisah-pisah dari kehidupan masyarakat, menyama-tarafkan Agama Islam dengan lain-lain Agama Sekular dan menghancurkan Dasar Sistem Warisan Keilmuan Islami yang haq. Matlamat mereka adalah satu, iaitu untuk memadamkan Cahaya Khilafah Allah subhanahu wata’ala yang membayangi mukabumi untuk diambil alih oleh bayangan kegelapan dan kesesatan Iblis dan Syaitan.
‘
Atas tujuan jahat kafirin dan munafiqin laknatuLlah ‘alaihim ajmaiin itu, ulama-ulama mujahid-Din rahmatuLlah alaihim ajmaiin seperti Sheikh Yusuf An-Nabhani rahmatuLlah ‘alaih difitnah, diejek dan diolok-olokkan sebagai ulama pondok kampung yang kehuluan sifatnya, ortodoks pekat, konservatif dan ekstrimis Agama semata-mata kerana beliau dan lain-lain Ulama Mujahid rahmatuLlah ‘alaihi ajmaiin bermati-matian mempertahankan dasar-dasar dan asas-asas Agama dari dilacurkan oleh Kaum Munafiqin Generasi Abad 19M/20M itu. Mereka juga memfitnah Sheikh Yusuf An-Nabhani rahmatuLlah ‘alaih dan lain-lainnya Ulama Mujahid dengan berbagai-bagai fitnah bagi mengelabui dan menyerongkan pandangan Ummat Islam terhadap wadah warisan Islami yang dipertahankannya.
‘
Rasa kagum dengan kejayaan mereka ini dapat kita kesan dari rekod sejarah penulisan Wilfrid Scawen Blunt, Agen Perisik Perhubungan Luar British yang merupakan rakan kesedudukan Jamalud-Din Al-Afghani Al-Masuni dan Muhammad Abduh Al-Masuni di dalam penulisan Blunt yang bertajuk “The Future Of Islam” pada tahun 1882. Blunt berkata dengan penuh kehalusan dan khianat, sebagaimana Kuffar masakini yang mempromosi dialog antara-agama dan kesatuan agama, juga dengan bercerita tentang cita-cita reformasi dan liberalisma di dalam karangannya yang berjudul The Future Of Islam sebagaimana berikut;
‘
“Since the last of these essays was written, their author has returned to Egypt, and has there had the satisfaction of finding the ideas, vaguely foreshadowed by him as the dream of some few liberal Ulema- of the Azhar, already a practical reality. Cairo has now declared itself as the home of progressive thought in Islam, and its university as the once more independent seat of Arabian theology. Secured from Turkish interference by the national movement of the Arabs, the Ulema of the Azhar have joined heart and soul with the party of reform. The importance of this event can hardly be overrated ; and if, as now seems probable, a liberal Mohammedan Government by a free Mohammedan people should establish itself firmly on the Nile, it is beyond question that the basis of a social and political Reformation for all Islam has been laid. It is more than all a hopeful sign that extreme moderation with regard to the Caliphate is observed by the Egyptian leaders. Independence, not opposition, is the motto of the party ; and no rent has been made or is contemplated by them in the orthodox coat of Islam. Abd el Hamid Khan is still recognized as the actual Emir el Mumenin, and the restoration of a more legitimate Caliphate is deferred for the day when its fate shall have overtaken the Ottoman Empire. This is as it should be. Schism would only weaken the cause of religion, already threatened by a thousand enemies ; and the premature appearance of an Anti-Caliph in Egypt or Arabia, however legitimate a candidate he might be by birth for the office, would divide the Mohammedan world into two hostile camps, and so bring scandal and injury on the general cause. In the meantime, however, liberal thought will have a fair field for its development, and can hardly fail to extend its influence wherever the Arabic language is spoken, and among all those races which look on the Azhar as the centre of their intellectual life. This is a notable achievement, and one which patience may turn, perhaps in a very few years, to a more time he is convinced that he serves their interests best by speaking what he holds to be the truth regarding their situation. Their day of empire has all but passed away, but there remains to them a day of social independence better than empire. Enlightened, reformed and united in sympathy, Mussulmans need not fear political destruction in their original homes, Arabia, Egypt, and North Africa ; and these must suffice them as a Dar el Islam till better days shall come. If the author can do anything to help them to preserve that independence they may count upon him freely within the limits of his strength, and he trusts to prove to them yet his sincerity in some worthier way than by the publication of these first essays.”
‘
Ringkasnya, Blunt menjelaskan rasa puashatinya selepas kembali ke Mesir pada 1881 kerana mendapati idea-idea yang dahulunya hanya suatu impian dan harapan sesetengah Ulama Liberal Al-Azhar (dahulu pada tahun 187o—an iaitu Afghani dan Abduh) telah menjadi realiti yang terlaksana. Kaherah kini sudah menjadi rumah kepada fesyen-fesyen baru wadah pemikiran progresif Islam yang berjaya dibebaskan dari gangguan Khilafah melalui gerakan kebangsaan Arab dan pembebasan. Dan kini kemungkinannya adalah amat besar bahawa Kerajaan Liberal Umat Muhammad yang bebas boleh ditubuhkan di bumi Nil Mesir kerana segala asas-asas keperluan bagi reformasi sosial dan politik telahpun disempurnakan penyiapannya. Blunt seterusnya menyatakan bahawa usia ajal pemerintahan Khilafah Islamiyyah sudah amat dekat kerana telah wujud dua gerakan anti-khilafah satunya di Mesir (Salafi-Muktazili) dan satu lagi di Tanah Arabia (Wahhabi-Su’udi). Dengan itu, ianya memberi ruang kepada gerakan liberal untuk mengembangkan pengaruhnya dengan berselindung di sebalik Ulama-Ulama Liberal Al-Azhar. Hari-hari Pemerintahan Khilafah telah sampai ke penghujungnya dan hari-hari kemerdekaan setiap kelompok-kelompok sosial (pecahan negara-negara kebangsaan) yang sedang menunggu yang sudah dari mencukupi berbanding dengan Negara Islam (Dar el Islam Khilafah).
‘
Ketika Blunt berada di Tanah Arabia atas tujuan-tujuan risikan, beliau memasang propagandanya melalui penerbitan sebuah Suratkhabar di Mesir oleh orang gajinya seorang Kristian Mesir yang bernama Sabunji. Suratkhabar tersebut dinamakan Al-Khilafa (The Caliphate) atau El-Khelaphat yang mengandungi serangan-serangan yang kuat terhadap Khilafah Islamiyyah dan menceritakan hikmah-hikmah manfaat yang menunggu rakyat Mesir jika mereka membebaskan diri dari Khilafah.
‘
Idea kekufuran dan agama sekular ini disambut mesra oleh Kepala-Kepala Munafiq yang bersekutu dengan musuh-musuh Allah subhanahu wata’ala tersebut selari dengan kata Jamalud-Din Al-Afghani Al-Masuni yang ghairah dengan pendekatan aliran falsafah liberal ketika berlakun mendebati Renan (juga seorang freemason tegar) di Paris, Peranchis di dalam Journal des Débats, 18 Mei 1883;
‘
“No agreement and no reconciliation are possible between these religions (Islam and Christianity) and philosophy. Religion imposes on man its faith and its belief, whereas philosophy frees him of it totally or in part. How could one therefore hope that they would agree with each other when the Christian religion, under the most modest and seductive forms, entered Athens and Alexandria, which were, as everyone knows, the two principal centers of science and philosophy, trying to stifle both under the bushes of theological discussions, to explain the inexplicable mysteries of the Trinity, the Incarnation, and Transubstantiation? It will always be thus. Whenever religion will have the upper hand, it will eliminate philosophy; and the contrary occurs when it is philosophy that reigns as sovereign mistress. So long as humanity exists, the struggle will not cease between dogma and free investigation, between religion and philosophy; a desperate struggle in which, I fear, the triumph will not be for free thought, because the masses dislike reason, and its teachings are only understood by some intelligent members of the élite, and because, also, science, however beautiful it is, does not completely satisfy humanity, which thirsts for the ideal and which likes to exist in such dark and distant regions as the philosophers and scholars can neither perceive nor explore.”
‘
(Terjemah - Tiada persetujuan dan rekonsiliasi yang mungkin ada di antara agama-agama ini dan falsafah. Agama memaksakan ke atas manusia keimanan dan kepercayaannya, sedangkan falsafah membebaskan manusia secara keseluruhannya atau sebahagiannya dari agama. Mana mungkin seseorang itu kemudiannya mengharap bahawa ianya bersetuju di antara satu sama lain sedangkan bila Agama Kristian memasuki Athen, Rom dan Iskandariah, Mesir; pusat sains dan falsafah di ketika itu, ia menekan kedua-duanya di bawah kongkongan perbincangan-perbincangan teologi dalam membincangkan misteri-misteri Agama Kristian?, dan ianya akan selalu sebegitu. Apabila Agama memiliki kuasa, ianya akan menghapuskan falsafah; dan yang di sebaliknya pula yang berlaku apabila falsafah berkuasa ke atas Agama. Selama mana kemanusiaan itu wujud, pertentangan tidak akan berakhir di antara kejumudan Agama dan kebebasan penyelidikan falsafah; satu pertentangan yang menakutkan yang saya khuatiri kemenangannya bukan kepada kebebasan berfikir, kerana khalayak ramai benci kepada hujjah dan ajarannya kecuali bagi sesetengah segolongan bijakpandai dari kalangan elit. Dan, juga sains itu walaubagaimana indah ianya sekalipun tidak akan dapat memuaskan sepenuhnya kemanusiaan itu yang dahagakan idealisma yang suka berada di dalam kegelapan dan wilayah yang tidak tercapai oleh ahli falsafah dan cendekiawan (sebagaimana ianya ada di dalam Agama)).
‘
Atas sumbangan besar Jamalud-Din Al-Afghani Al-Masuni dalam merealisasikan Gerakan Liberalisma di Mesir berdasarkan cita-citanya untuk mengatas-namakan falsafah ke atas Agama, nama Bapa Munafiq Abad 19 Sekular Agama ini diabadikan dan diberi dedikasi oleh Wilfrid Blunt di dalam bukunya, “Secret History of the English Occupation of Egypt” yang ditulis pada tahun 1907 sebagaimana berikut;
‘
“The true originator of the Liberal religious Reform movement among the Ulema of Cairo was, strangely enough, neither an Arab, nor an Egyptian, nor an Ottoman, but a certain wild man of genius, Sheykh Jemal-ed-din Afghani, whose sole experience of the world before he came to Egypt had been that of Central Asia. An Afghan by birth, he had received his religious education at Bokhara, and in that remote region, and apparently without coming in contact with any teacher from the more civilized centres of Mohammedan thought, he had evolved from his own study and reflection the ideas which are now associated with his name. Hitherto all movements of religious reform in Sunnite Islam had followed the lines not of development, but of retrogression. There had been a vast number of preachers, especially in the last 200 years, who had taught that the decay of Islam as a power in the world was due to its followers having forsaken the ancient ways of simplicity and the severe observance of the law as understood in the early ages of the faith. On the other hand, reformers there had been of a modern type recently, both in Turkey and Egypt, who had Europeanized the administration for political purposes, but these had introduced their changes as it were by violence, through decrees and approvals obtained by force from the unwilling Ulema, and with no serious attempt to reconcile them with the law of the Koran and the traditions. The political reforms had been always imposed from above, not suggested from below, and had generally been condemned by respectable opinion. Jemaled-din' s originality consisted in this, that he sought to convert the religious intellect of the countries where he preached to the necessity of reconsidering the whole Islamic position, and, instead of clinging to the past, of making an onward intellectual movement in harmony with modern knowledge. His intimate acquaintance with the Koran and the traditions enabled him to show that, if rightly interpreted and checked the one by the other, the law of Islam was capable of the most liberal developments and that hardly any beneficial change was in reality opposed to it.”
‘
Agen Perisik Hubungan Luar Yakjuj Makjuj British Wilfrid Blunt nampak bahawa pada manusia seperti Jamalud-Din Al-Afghani Al-Masuni ini ada kualiti-kualiti yang boleh dipergunakan bagi tujuan agenda politik Imperialis. Agenda ini berbeda dari kaedah sayap-kanan Imperialis yang agressif dalam penaklukan dan pertentangan terbuka, tetapi, mengarah kepada strategi sayap-kiri perang-saraf anti-Imperialis yang menakluki akal-budi secara halus. Usaha Bapa Munafiqin ini untuk membaik-pulih dan merubah-suai pandangan Agama ini dikira akan merintis jalan kepada perubahan dan kemajuan yang paling liberal terhadap agama itu sendiri dengan kemudiannya melahirkan sayap-sayap pemikiran yang sebanding dengan apa yang wujud di dalam kuasa Imperialis.
‘
Hakikatnya adalah, golongan kuffar Yakjuj Makjuj Britishlah juga yang mencipta kaedah keras penjajahan dan penaklukan di Mesir sesuai dengan hasrat Kongres Yakjuj Makjuj Vienna dan mereka juga yang kemudiannya pula berselindung menyelinap masuk di sebalik kaedah-kaedah halus perang-saraf penaklukan ketamadunan dan budaya berfikir Mesir dengan mewujudkan perpecahan di kalangan Ummat Islam Mesir. Segala-galanya adalah dengan matlamat yang sama yakni mewujudkan sayap-sayap yang bertentangan, pemecahan ummat dan menghilangkan wilayah taatsetia kepada Khilafah Islamiyyah hasil dari pertembungan sesama sendiri yang biasanya dipanggil sebagai pecah-dan-perintah (divide-and-rule). Komponen-komponen nifaq yang diwujudkan oleh musuh Allah subhanahu wata’ala dan NubuwwahNya ini setara dengan komponen-komponen Golongan-Golongan Pharisee yang lahir di dalam Bani Israel yang berpecah-belah selepas mereka derhaka kepada Allah subhanahu wata’ala dan NubuwwahNya sebagaimana yang dinyatakan oleh Nabi Isa ‘alaihissalam di dalam Injil Barnabas. Al-Qur’an Al-Hakim mengesahkan hal ini bagaimana firman Allah subhanahu wata’ala yang bermaksud;
‘
“Sesungguhnya [agama tauhid; Agama Islam] ini, adalah agama kamu semua, agama yang satu dan Aku adalah Tuhanmu, maka bertakwalah kepada-Ku. (52) Kemudian mereka [pengikut-pengikut rasul itu] menjadikan agama mereka terpecah belah menjadi beberapa pecahan. Tiap-tiap golongan merasa bangga dengan apa yang ada pada sisi mereka [masing-masing]. (53) Maka biarkanlah mereka dalam kesesatannya sampai suatu waktu. (54) Apakah mereka mengira bahwa harta dan anak-anak [kekayaan dan bilangan pengikut yang ramai] yang Kami berikan kepada mereka itu [berarti bahwa], (55) Kami bersegera memberikan kebaikan-kebaikan kepada mereka? Tidak, sebenarnya mereka tidak sadar. (56)
(Surah Al-Mukminuun)
‘
Sebagaimana Jamalud-Din Al-Afghani Al-Masuni dipuji melangit oleh Wilfrid Scawen Blunt Al-Yakjuj Wal Makjuj, maka Muhammad Abduh As-Salafi Al-Muktazili juga mendapat dedikasi yang sama dari musuh Allah subhanahu wata’ala dan NubuwwahNya kerana menjadi kawan, penolong dan sekutu setia Kuffar Yakjuj Makjuj ini. Di dalam buku yang sama Muhammad Abduh Al-Masuni diberi penghargaan sebagaimana berikut;
‘
“My old Egyptian friend, Sheykh Mohammed Abdu, of whom so much mention is made in it, had taken up his country residence at my doors at Sheykh Obeyd, and I found myself in almost daily intercourse with him, a most precious accident of which I did not fail to take full advantage. That great philosopher and patriot—now, alas, lost to us, for he died at Alexandria, 11th July, 1905, the day being the twenty-third anniversary of the bombardment of that city—after many vicissitudes of evil and good fortune had attained in the year 1899 t0 the supreme position in Egypt of Grand Mufti, and having thus acquired a wider sphere than ever of influence with his fellow countrymen, had it at heart to bequeath to them a true account of the events of his time, events which had become strangely misunderstood by them, and clothed with legends altogether fantastic and unreal… We had been personal friends and political allies almost from the date of my first visit to Egypt, and with his garden adjoining mine it was an easy matter for us to work together and compare our recollections of the men and things we had known.”
‘
“Sheykh Mohammed Abdu was strong on the point that what was needed for the Mohammedan body politic was not merely reforms but a true religious reformation. On the question of the Caliphate he looked at that time, in common with most enlightened Moslems, to its reconstitution on a more spiritual basis. He explained to me how a more legitimate exercise of its authority might be made to give a new impulse to intellectual progress, and how little those who for centuries had held the title had deserved the spiritual headship of believers. The House of Othman for two hundred years had cared almost nothing for religion, and beyond the right of the sword had no claim any longer to allegiance. They were still the most powerful of Mohammedan princes and so able to do most for the general advantage, but unless they could be induced to take their position seriously a new Emir el Mumenin might legitimately be looked for. Certainly a new political basis was urgently required for the spiritual needs of Islam. In all this there was a tone of moderation in the expression of his views very convincing of their practical wisdom.” [Page 81]
‘
Sungguh terhutang budi si Yakjuj Majuj Blunt (manusia yang diberi amaran oleh Sulthan Abdul Hamid rahmatuLlah ‘alaih sebagai berbahaya) kepada Muhammad Abduh Al-Masuni yang tidak henti-henti semangat setiakawannya kepada makar rancangan dan hasrat Imperialis British bagi meliberalkan Mesir. Abduh banyak berbakti dengan menolong membuahkan berbagai-bagai hasil untuk dipetik oleh musuh Allah subhanahu wata’ala dan NubuwwahNya. Revolusi Mesir, pertukaran struktur politik, reformasi Agama, memahami tanggungjawab Khilafah hanya dalam konteks spiritual dan bukannya pemerintahan fizikal, memperolok-olokkan kaum sendiri, Islam hanyalah Agama spiritual dan berbagai-bagai pandangan sesat lain yang diiktiraf oleh mereka sebagai apa yang diperlukan oleh Islam dan wajib dilaksanakan ke atas Islam. Sungguh berbudi si Kafir Blunt laknatuLlah ini yang “berkongsi menunjukkan” kepada Muhammad Abduh Al-Masuni “jalan yang haq dan kebenaran” yang sepatutnya diambil oleh Ummat Islam demi keselamatan mereka dan Agama mereka. Inilah warna kebenaran yang mereka mahu diwarnakan ke atas generasi nifaq yang dipelupuri oleh pengganti Bapa Munafiq Jamalu-Din Al-Afghani Al-Masuni. Maka celupan kebenaran inikah yang hendak dibanggakan oleh kita yakni dengan tunduk dan bertaat setia kepada pelan permainan musuh Allah subhanahu wata’ala dan NubuwwahNya?.
‘
Firman Allah subhanahu wata’ala, maksudnya;
“Andaikata kebenaran itu menuruti hawa nafsu mereka, pasti binasalah langit dan bumi ini, dan semua yang ada di dalamnya. Sebenarnya Kami telah mendatangkan kepada mereka kebanggaan mereka (Al-Qur’an dan Nubuwwah) tetapi mereka berpaling dari kebanggaan itu. (71) Atau kamu meminta upah kepada mereka?, maka upah dari Tuhanmu adalah lebih baik, dan Dia adalah Pemberi rezki Yang Paling Baik. (72) Dan sesungguhnya kamu benar-benar menyeru mereka kepada jalan yang lurus. (73) Dan sesungguhnya orang-orang yang tidak beriman kepada negeri akhirat benar-benar menyimpang dari jalan [yang lurus]. (74) Andaikata mereka Kami belas kasihani, dan Kami lenyapkan kemudharatan yang mereka alami, benar-benar mereka akan terus menerus terombang-ambing dalam keterlaluan mereka. (75) Dan sesungguhnya Kami telah pernah menimpakan azab kepada mereka, maka mereka tidak tunduk kepada Tuhan mereka, dan [juga] tidak memohon [kepada-Nya] dengan merendahkan diri. (76) Hingga apabila Kami bukakan untuk mereka suatu pintu yang ada azab yang amat sangat [di waktu itulah] tiba-tiba mereka menjadi putus-asa. (77) Dan Dialah yang telah menciptakan bagi kamu sekalian, pendengaran, penglihatan dan hati. Amat sedikitlah kamu bersyukur. (78)”
(Surah Al-Mukminuun)
‘
Sebagaimana Afghani, Abduh juga meninggalkan pengganti-penggantinya yang juga mempunyai cara pemikiran dan pergerakan yang sama yakni meneruskan agenda reformasi dan pengubah-suaian terhadap faham Agama sebagaimana yang dihasratkan oleh Yakjuj Makjuj Imperialis British. Rashid Rida, di antara orang yang paling ke depan, juga adalah salah seorang aktor nifaq yang meraba-raba dalam kekeliruan adalah di antara orang penting dalam pelan permainan penaklukan kuasa ke atas Ummat Islam di Timur-Tengah. Rashid Rida menumpukan kerja-kerjanya untuk “memurnikan Islam’ secara kebangkitan ala-Protestanisma Kristian melalui agenda tajdid dan reformasinya terhadap sistem warisan keilmuan Islam sendiri dengan melahirkan tanggapan-tanggapan baru dalam pemikiran Agama bagi menyesuaikannya dengan tuntutan zaman moden yang dibawa oleh Imperialis Barat. Beliaulah yang boleh dikatakan sebagai Bapa Aliran Salafi-Muktazili yang banyak mengambil tunjuk ajar dari Bapa Munafiq Muhammad Abduh Al-Masuni. Jika dibanding dengan dedalu api, maka Rida adalah manusia yang terbaik yang dapat dicontohi dengan tumbuhan parasit perosak itu. Membawa kerosakan di mana-mana sahaja dia hinggap di dahan dan ranting Agama Islam yang mulia. Dia dan guru-gurunya yang merasakan diri sebagai sang bijaksana adalah sebagaimana yang dinyatakan oleh Sheikh Yusuf An-Nabhani rahmatuLlah ‘alaih antara manusia-manusia dimaksudkan oleh Firman Allah subhanahu wata’ala yang bermaksud;
‘
“Di antara manusia ada yang mengatakan: "Kami beriman kepada Allah dan Hari kemudian", padahal mereka itu sesungguhnya bukan orang-orang yang beriman. (8) Mereka hendak menipu Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya menipu dirinya sendiri sedang mereka tidak sadar. (9) Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya; dan bagi mereka siksa yang pedih, disebabkan mereka berdusta. (10) Dan bila dikatakan kepada mereka: Janganlah kamu membuat kerusakan di muka bumi, mereka menjawab: "Sesungguhnya kami orang-orang yang mengadakan perbaikan (islah)." (11) Ingatlah, sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang membuat kerusakan, tetapi mereka tidak sadar. (12) Apabila dikatakan kepada mereka: "Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang lain telah beriman", mereka menjawab: "Akan berimankah kami sebagaimana orang-orang yang bodoh itu telah beriman?" Ingatlah, sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh, tetapi mereka tidak tahu. (13) Dan bila mereka berjumpa dengan orang-orang yang beriman, mereka mengatakan: "Kami telah beriman." Dan bila mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka (sekutu-sekutunya), mereka mengatakan: "Sesungguhnya kami sependirian dengan kamu, kami hanyalah berolok-olok". (14) Allah akan [membalas] olok-olokan mereka dan membiarkan mereka terombang-ambing dalam kesesatan mereka. (15) Mereka itulah orang yang membeli kesesatan dengan petunjuk, maka tidaklah beruntung perniagaan mereka dan tidaklah mereka mendapat petunjuk. (16)”
(Surah Al-Baqarah)
‘
Beliau dipuji oleh para Missionaris Kristian dengan sikap beliau yang ‘bersederhana dan toleran’ dalam menghadapi cabaran-cabaran semasa penubuhan sekolah-sekolah Missionaris Kristian di Beirut. Ketika mengiktiraf peranan Syrian Protestant College yang kemudiannya ditukarnama kepada American University of Beirut di saat Khilafah menghadapi tekanan dari Imperialis Barat, Rashid Rida dalam tahun 1909 telah memberi khutbah bersejarah di Kolej Protestan itu dengan menggalakkan pelajar-pelajar Islam supaya tidak meninggalkan Kolej Missonaris tersebut. Beliau berfatwa dengan menyatakan pendirian Liberal beliau yang jauh bertentangan dan tersasar dari pegangan arus perdana Ahl Sunnah Wal Jama’ah dan dasar Agama sebagaimana berikut;
‘
“The founders of this school have sought to use learning, which benefits all people, as a method to spread their language and their religious beliefs into the hearts and minds of those whom they educate. That is a lesson for us. We should learn from it and improve ourselves so that we should be more qualified for this achievement than they are today. You must all cooperate, work together and seek the protection of group effort and consensus. You may face in this world malice and pressure to drive you away from the right path, away from your faith, away from your desire for cooperation and agreement. It behooves you, therefore to try to be tolerant of all unacceptable treatment you might encounter from those around you, and to respond with courtesy in a work and deed... Though your conduct should seek only to satisfy your own conscience, and to apply your beliefs to your deeds, you should also seek to achieve the goal peacefully, quietly, and with courtesy. You should hold yourselves above intentional disobedience and stubbornness toward your superiors or you teachers, and above snobbery and false pride in your achievements.”
‘
(Terjemahan – Pengasas-pengasas sekolah ini telah berusaha untuk menggunakan pembelajaran, yang memberi manfaat kepada semua orang, sebagai satu kaedah untuk menyebarkan Bahasa dan Pegangan-Pegangan Agama mereka [Kristian Protestan] ke dalam hati dan pemikiran mereka-mereka yang hendak dididik oleh mereka. Ini adalah satu iktibar kepada kita. Kita sepatutnya belajar dari iktibar itu dan memperbaiki diri kita supaya kita menjadi lebih berkelayakan untuk mencapai kejayaan yang lebih baik berbanding dengan mereka hari ini. Anda mesti bertolak-ansur, berkerjasama dan mencari perlindungan dengan usaha-usaha berkumpulan dan persatuan pendapat. Anda mungkin akan berdepan di dalam dunia pembelajaran di sini kebencian dan tekanan-tekanan untuk menyimpangkan anda dari pegangan Agama anda serta menggangu keinginan anda untuk berkerjasama dan bersetuju. Ianya berfaedah untuk anda, oleh itu cubalah untuk bertolak-ansur terhadap kesemua layanan-layanan yang tidak dapat diterima dari mereka-mereka yang anda akan temui di sekeliling anda dan bertindakbalaslah dengan kesantunan dalam amalan dan pendirianmu.. Walaupun tindakan anda hanyalah ditujukan semata-mata untuk mencapai suara nurani anda dan bagi menjelmakannya di dalam tindakan anda, anda hendaklah mencari jalan untuk mencapai hasrat yang berada di dalam hati nurani anda itu secara aman, dengan senyap-senyap dan penuh tanggungjawab. Anda mesti berada di atas dari sifat-sifat biadap secara sengaja dan kedegilan terhadap mereka yang berada di atas anda serta guru-guru, dan di atas dari sifat-sifat angkuh dan perasaan bangga diri dengan pencapaian anda).
‘
Rashid Rida juga ada menyatakan bahawa beliau tidak mengira cabaran Missionaris Kristian yang dibawa oleh sekolah-sekolah Missionaris Amerika sebagai suatu yang serius berbanding dengan cabaran Imperialisma British. Beliau begitu dangkal dengan hanya kritis terhadap Imperialisma dan tidak pula kepada Missionaris yang pada hakikatnya adalah memiliki dasar yang sama yaitu untuk memecah-belahkan Ummat Islam dari sisi yang berbeda. Dalam mempertahankan pandangan songsang itu hujjah dari si Bapa Munafiq Al-Afghani diambil dimana Afghani berkata bahawa; “Kaum Missionari Kristian gagal dalam usaha-usaha missionari mereka terhadap Ummat Islam di India kerana; “Islam pada hakikatnya adalah Kristian yang telah ditambah asas kepercayaannya itu”, jadi di situlah letaknya kegagalan Missionari Kristian” . Pandangan sebegini adalah satu pegangan yang amat berbahaya yang mencerminkan nilai-nilai pluralistik kerana ianya bertentangan dengan banyak dalil-dalil di dalam Al-Qur’an Al-Hakim seperti Firman Allah subhanahu wata’ala yang bermaksud;

“Sesungguhnya Agama [yang diridhai] di sisi Allah hanyalah Islam. Tiada berselisih orang-orang yang telah diberi Al Kitab kecuali sesudah datang pengetahuan kepada mereka, karena kedengkian [yang ada] di antara mereka. Barangsiapa yang kafir terhadap ayat-ayat Allah maka sesungguhnya Allah sangat cepat hisab-Nya. (19) Kemudian jika mereka mendebat kamu [tentang kebenaran Islam], maka katakanlah: "Aku menyerahkan diriku kepada Allah dan [demikian pula] orang-orang yang mengikutiku". Dan katakanlah kepada orang-orang yang telah diberi Al Kitab dan kepada orang-orang yang ummi: "Apakah kamu [mau] masuk Islam?" Jika mereka masuk Islam, sesungguhnya mereka telah mendapat petunjuk, dan jika mereka berpaling, maka kewajiban kamu hanyalah menyampaikan [ayat-ayat Allah]. Dan Allah Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya. (20)”
(Suran Al-Mukminuun)

Pendirian Rida hanya berubah kepada lebih kritis terhadap jarum-jarum Missionari Kristian di saat terdapatnya bantahan oleh Khilafah Islamiyyah di Turki sehubungan protes yang lahir dari sebahagian Ummat Islam. Dari sini dapatlah kita simpulkan bahawa sifat kritis pada Rashid Rida adalah berasaskan kepada penilaian politik beliau dan bukannya berasaskan kepada tuntutan Agama.
‘
Rashid Rida bukan sahaja terbabit dalam shubhat untuk menjadikan Ummat Islam memandang remeh kepada cabaran Missionaris Kristian, beliau tidak berhenti di situ. Rida juga membongkar balik khazanah ketamaddunan Ilmu Islam bak seorang Mujtahid-Diin Mutlak berijtihad dengan bantuan hawanafsu dan bisikan Iblis dengan meremeh-remehkan hampir semua dasar Agama Islam yang begitu kemas-kukuh bak tembok yang teguh dan kuat yang berasaskan warisan pegangan Ahl Sunnah Wal Jama’ah yang haq yang terjamin kebenarannya zaman berzaman. Sedar bahawa Ummat Islam dan Khilafah sedang diserang dari setiap sudut oleh musuh-musuhnya, dan dengan sedar pula si Bapa Munafiq Abad 20 ini berkerjasama untuk merobek-robek asas Agama Islam dan Khilafah secara terang-terangan dari dalam dengan menyokong gerakan al-Ittihad wa al-Taraqqi pimpinan Kamal Ataturk laknatuLlah ‘alaih di dalam penulisan-penulisan beliau dalam Majallat al-Manar, dan tidak malu pula menyatakan keuzuran dan menggengam tangan dari berjihad bersama-sama Khalifah yang haq kerana memiliki perasaan, agenda dan pertimbangan yang selari dengan kaum Kuffar yang memusuhi Ummat Islam yang berselindung di sebalik tabir pembaharuan dan pemodenan. Setiap keputusan Agamanya berputar, berkisar dan beredar di sekeliling paksi sentimen politik Liberal Demokrasi yang dianutinya dari guru-guru sesatnya dan bukannya bermotivasikan haq.
'
Dia menyaingi Khilafah dengan memperkukuhkan binaan Masjid Dzirar Al-Salafi melalui igauan politiknya untuk menjadi saingan kepada Khilafah yang haq. Maka apakah cabang-cabang sendi Agama yang tidak disentuhnya berkat dari ajaran oleh warisan Bapa-Bapa Munafiq Imam-Imam terdahulu Masjid Dzirar Al-Salafi tersebut yakni Afghani dan Abduh yang diguruinya dan diperturunkan ilmu-ilmu songsang itu kepadanya ?. Hampir tidak ada ruang Agama yang tidak disentuhnya dan segala-galanya dengan kaca-mata baru bak Puak Munafiq Zionis Yahudi Parisee Bani Israel yang ditentang oleh Nabi Isa alaihissalam. Mereka mencela Kaum Muslimin di hadapan musuh-musuh Allah subhanahu wata’ala demi untuk mendapat sokongan dari mereka.
‘
Firman Allah subhanahu wata’ala, maksudnya;
“Dan [di antara orang-orang munafik itu] ada orang-orang yang mendirikan masjid untuk menimbulkan kemudharatan [pada orang-orang mu’min], untuk kekafiran dan untuk memecah belah antara orang-orang mu’min serta menunggu kedatangan orang-orang yang telah memerangi Allah dan Rasul-Nya sejak dahulu. Mereka sesungguhnya bersumpah: "Kami tidak menghendaki selain kebaikan." Dan Allah menjadi saksi bahwa sesungguhnya mereka itu adalah pendusta [dalam sumpahnya]. (107)”
(Surah At-Taubah)
‘
Inilah jenis-jenis manusia yang dicari-cari oleh musuh Allah subhanahu wata’ala untuk dijadikan sekutunya yang akan dipromosikan oleh mereka sebagai wira-wira Islam bentuk baru yang hendak mereka sifatkan sebagai Gerakan Liberal yang memperjuangkan cita-cita reformasi dan pembaharuan Ummat. Bahkan tidak sekali-kalinya mereka ini adalah para pentajdid !, mereka inilah manusia Dajjal. Wilfrid Scawen Blunt laknatuLlah ‘alaih ada menyebutkan di dalam The Future Of Islam, “A true liberal party has thus been formed, which includes in its ranks not merely political intriguers of the type familiar to Europe in Midhat Pasha, but men of sincere piety, who would introduce moral as well as political reforms into the practice of Mohammedans. These have it in their programme to make the practice of religion more austere while widening its basis, to free the intelligence of believers from scholastic trammels, and at the same time to enforce more strictly the higher moral law of the Koran, which has been so long and so strangely violated. In this they stand in close resemblance to the " Reformers " of Christianity ; and some of the circumstances which have given them birth are so analogous to those which Europe encountered in the fifteenth century that it is impossible not to draw in one's own mind a parallel, leading to the conviction that Islam, too, will work out for itself a Reformation”.
‘
Munafiqin ini adalah sebagaimana juga seperti Golongan Bahai, Qadiani, Ahmadiyyah dan sebagainya mencari nikmat kehidupan melalui sangkaan dan pedoman yang diambil dari manusia-manusia yang sombong dan lalai terhadap Allah subhanahu wata’ala dan NubuwwahNya walaupun dengan berlatarbelakang Agama. Yang membezakan mereka dengan Golongan Murtad ini hanyalah kehalusan makar mereka yang mengambil Agama sebagai topeng kekufuran dan kemunafiqan mereka. Ukuran nikmat kehidupan kepada mereka adalah kenikmatan menelan buah-buah zaqqum liberalisasi yang yang pahit yang berciri-ciri kemajuan yang progressif yang buta-hati, kekuatan material ala-Yakjuj Makjuj Kapitalis Eropah, penguasaan kelompok walaupun dengan kezaliman dan kebebasan berfikir tanpa had sambil menafikan Agama dan Tuhan dengan hujjah-hujjah yang meyakinkan. Itulah generasi yang mereka lahirkan.
‘
Mereka ini tidak lagi mensyukuri nikmat yang ada di tangan-tangan mereka yakni nikmat Khilafah dan Kekuasaan yang dianugerahkan oleh Allah subhanahu wata’ala kepada mereka yang sepatutnya mereka bertaat setia, menjaga dan mengawalnya dengan jiwa raga mereka. Di situlah ladang syahid Ummat ini. Mereka menukar taatsetia kepada sekutu-sekutu yang telah diberi amaran oleh Allah subhanahu wata’ala akan kekufuran mereka yang amat sangat yang telah pasti janji-janji azabNya sebagaimana di dalam Al-Qur’an Al-Hakim. Mereka walaupun berilmu telah dibutakan mata-hatinya daripada memurnikan keta’atan hanya kepada Allah subhanahu wata’ala dan bahawa Khilafah itu adalah satu nikmat anugerahNya sebagai bukti tanda-tanda keKuasaanNya mengamankan bumiNya sebagaimana Tanah Haram Makkah tetap diamankanNya walaupun wilayah-wilayah di sekelilingnya bergolak dan bersengketa. Dan, hakikat ini tetap berterusan hinggalah ke hari ini dan akan tetap berterusan hingga ke hari Kiamat. Maka janji siapakah yang lebih utama !!!?. Janji Kuffar dan Iblliskah atau janji dari Allah subhanahu wata’ala !!!?.
‘
Firman Allah subhanahu wata’ala, maksudnya;
“Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan senda gurau dan main-main. Dan sesungguhnya akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan, kalau mereka mengetahui. (64) Maka apabila mereka menaiki kapal mereka mendo’a kepada Allah dengan memurnikan keta’atan kepada-Nya; maka tatkala Allah menyelamatkan mereka sampai ke darat, tiba-tiba mereka [kembali] mempersekutukan [Allah], (65) agar mereka mengingkari ni’mat yang telah Kami berikan kepada mereka dan agar mereka [hidup] bersenang-senang [dalam kekafiran]. Kelak mereka akan mengetahui [akibat perbuatannya]. (66) Dan apakah mereka tidak memperhatikan, bahwa sesungguhnya Kami telah menjadikan [Makkah] tanah haram yang aman, sedang manusia sekitarnya tindas-menindas dan berseteru. Maka mengapa [sesudah nyata kebenaran] mereka masih percaya kepada yang bathil dan ingkar kepada ni’mat Allah? (67) Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang mengada-adakan kedustaan terhadap Allah atau mendustakan yang hak tatkala yang hak itu datang kepadanya? Bukankah dalam neraka Jahannam itu ada tempat bagi orang-orang yang kafir? (68) Dan orang-orang yang berjihad untuk [mencari keridhaan] Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan Kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik. (69)”
(Surah Al-Ankabut)
‘
Demi menyahut ajakan syahwat dan Iblis untuk berdusta kerana sombong dan membenci sesama Islam mereka sanggup mengambing-hitamkan sumber nikmat Khilafah yang menyuap mulut mereka sendiri demi untuk kepuasan syahwat mereka. Mereka mengambil ringan dan meremeh-remehkan asas Agama dan mereka yang berjuang mempertahankannya dengan mengira orang-orang sebegitu sebagai tidak pragmatik dan bijaksana seperti mereka. Mereka merubah-rubah ayat-ayat Allah subhanahu wata’ala dengan menyamakan Syura dan Bai’ah dengan amalan Perlembagaan Demokrasi Liberal dan Sumpah Ta’at Setia Kepartian atau Parlimen dan menjual ayat-ayat Al-Qur’an Al-Hakim dengan harga yang murah bagi menjustifikasi pedustaan dan penyelewengan mereka yang mengakibatkan Kaum Muslimin berpecah-pecah. Apakah perbandingan nikmat kehidupan yang berjaya mereka raih setelah mereka mengambil langkah membunuh diri-sendiri dan sesama diri-sendiri itu ?. Di manakah nikmat kehidupan yang mereka igau-igaukan itu ?. Lebih 100 tahun telah berakhir dan pengikut-pengikut Bapa-Bapa Munafiq ini masih meraba-raba di dalam kegelapan ciptaan tangan mereka sendiri. Mereka membahagi-bahagikan Agama sehingga akhirnya mereka menjadi lemah dan tunduk kepada musuh Agama mereka dan musuh Allah subhanahu wata’ala walaupun mereka diperintah untuk berbuat yang disebaliknya;
‘
“Janganlah sekali-kali kamu menujukan pandanganmu kepada keni’matan hidup yang telah Kami berikan kepada beberapa golongan di antara mereka [orang-orang kafir itu], dan janganlah kamu bersedih hati terhadap mereka dan berendah dirilah kamu terhadap orang-orang yang beriman. (88) Dan katakanlah: "Sesungguhnya aku adalah pemberi peringatan yang menjelaskan.”
(Surah Al-Hijr)
‘
Inilah nifaq yang terbesar yang tidak ada lagi kemunafiqan yang lebih besar dari itu. Kerana dengan itu mereka menjadi lalai dan melahirkan warisan yang lalai terhadap nikmat kehidupan hakiki yang wajib dicari sebagaimana yang dijanjikan oleh Pencipta mereka itu sendiri.

'

Firman Allah subhanahu wata'ala, maksudnya;

"Sesungguhnya Agama [yang diridhai] di sisi Allah hanyalah Islam. Tiada berselisih orang-orang yang telah diberi Al Kitab kecuali sesudah datang pengetahuan kepada mereka, karena kedengkian [yang ada] di antara mereka. Barangsiapa yang kafir terhadap ayat-ayat Allah maka sesungguhnya Allah sangat cepat hisab-Nya. (19) Kemudian jika mereka mendebat kamu [tentang kebenaran Islam], maka katakanlah: "Aku menyerahkan diriku kepada Allah dan [demikian pula] orang-orang yang mengikutiku". Dan katakanlah kepada orang-orang yang telah diberi Al Kitab dan kepada orang-orang yang ummi: "Apakah kamu [mau] masuk Islam?" Jika mereka masuk Islam, sesungguhnya mereka telah mendapat petunjuk, dan jika mereka berpaling, maka kewajiban kamu hanyalah menyampaikan [ayat-ayat Allah]. Dan Allah Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya. (20)"

(Surah Aali-Imran)

'

SadaqaLlahu Maulan al-Adziim !
''
WassallaLlahu ‘ala Sayyidina Muhammad waalihi wasohbihi ajamaiin
WabiLlahi tawfiq wal hidayah. Wassalamu'alaikum warohmatuLlah
Wal hamduliLlahi Rabbil ‘alamiin
"Tidaklah kami lupakan sesuatu pun di dalam Al-Kitab [Al-Qur’an]” (38) (Surah Al-An’am)

Tuesday, 15 September 2009

KENYATAAN AKHBAR HTB

Pilihanraya Afghanistan adalah Tajaan Barat yang Hanya Menguntungkan Penjenayah Perang, Pengedar Dadah dan Boneka Barat.
Dengan mengadakan pilihan raya Presiden di Afghanistan, sebuah Negara yang dijajah oleh 90,000 askar asing, ianya adalah suatu yang tidak masuk akal, sama seperti mengadakan pilihan raya di Poland yang dijajah oleh tentera Soviet selepas Perang Dunia Kedua. Calon di dalam pilihan raya termasuk Hamid Karzai adalah merupakan boneka-boneka Barat yang bertujuan untuk melindungi kepentingan Barat sambil  mengenepikan  kepentingan rakyat Afghanistan. Barrack Obama setelah menjawat jawatan Presiden Amerika Syarikat (AS), tidak ada apa-apa strategi baru di Afghanistan selain daripada menambahkan bilangan tentera AS dan menambahkan lagi bilangan agen perisikan Barat yang bertujuan memperpanjangkan lagi penjajahan AS di Afghanistan. Selepas 8 tahun penjajahan AS, Afghanistan masih merupakan negara yang ke-empat termiskin di dunia, dengan 70% daripada rakyat Afghanistan masih mempunyai kesukaran untuk mendapatkan makanan yang mencukup; masih terpecah kepada beberapa wilayah, penjenayah perang  masih kekal berkuasa; kemiskinan masih berleluasa, rasuah merupakan masalah besar di kalangan pemerintah; penanaman pokok poppy mencapai tahap yang tertinggi; dan usaha-usaha pembangunan selain daripada bangunan Kedutaan dan pangkalan ketenteraan, adalah tidak kelihatan.

Jadi kenapakah Barat yang diketuai oleh AS dan Britain, masih mahu meneruskan penjajahan di Afghanistan? Penduduk di negara tersebut hanyalah merupakan golongan yang sedikit bilangannya jika dibandingkan kepada negara-negara lain di Asia Selatan. Kawasan tersebut tidak terdapat apa-apa sumber kekayaan, tidak mempunyai apa-apa laluan darat dan perairan yang strategik. Tetapi apa yang dimiliki oleh Afghanistan adalah kepentingan dari segi geografinya. Kedudukannya di tengah-tengah Asia Selatan, Timur Tengah dan Asia Tengah – di tengah-tengah dunia Islam. Disebabkan oleh negara-negara jiran Afghanistan, yang menarik perhatian AS dan Britain, yang mana mempunyai kekayaan simpanan minyak dan mempunyai penduduk yang boleh menjadi juara kepada tertegaknya Daulah Khilafah.

Adapun sebab kenapa Barat mahu mengadakan pilihanraya tersebut adalah untuk menerangkan kepada penduduk di negara Barat sendiri yakni terdapat usaha-usaha pemulihan demokrasi di Afghanistan. Kekalahan tentera-tentera Barat (NATO dan AS) yang semakin berlaku setiap hari, dan sokongan terhadap misi kependudukan kententeraan Barat di Afghanistan semakin mendapat tentangan, ahli-ahli politik Barat terdesak untuk menunjukkan suatu kemajuan di dalam pendudukan ketenteraan tersebut. Jadi mereka terpaksa mengorbankan tentera-tentera mereka, yang sebahagian daripada mereka belum pun mencapai usia 20 tahun, untuk menunjukkan bahawa Afghanistan memiliki bahaya kepada tamadun Barat, sebagaimana Irak mempunyai bahaya senjata pemusnah besar-besaran.

Pada hari sebelum pilihan raya ‘rekaan’ tersebut, Hizbut Tahrir Britain ingin menegaskan perkara-perkara penting berikut:-

1. Kesemua tentera asing mesti keluar daripada Afghanistan dan kawasan sekitarnya. Bertentangan dengan apa yang dipercayai ramai, NATO sebenarnya mempunyai bilangan tentera asing terbesar yang berjumlah seramai 90,000 dengan beribu-ribu askar upahan, para anggota tentera khas dan para kakitangan awam.

2.  Apa-apa perpecahan etnik di Afghanistan yang sama berlaku seperti di Irak mestilah dihentikan. Pilihan raya Presiden tahun 2009 sekali lagi telah menampakkan ketidak-adilan demokrasi terhadap penduduk yang berlainan etnik dan keturunan, sesuatu yang diharamkan di dalam Islam. Apa-apa perpecahan  etnik kepada Pashtun, Tajik, Uzbek, Hazara dan lain-lain hanya memporak-perandakan keadaan di Afghanistan dan kawasan yang berdekatan dengannya. Ini juga mendedahkan dan sepertimana yang dapat disaksikan bahawa penjajahan Barat ke atas negara umat Islam adalah sebagai strategi permulaan mereka sebelum mereka terus-menerus memecahkan umat Islam.

3. Untuk memastikan bahawa terdapat kemajuan ekonomi untuk rakyat Afghanistan, komplot gabungan yang terdiri daripada penjenayah perang, pengedar dadah yang disokong oleh ahli politik dan syarikat multi-nasional Barat mestilah dimusnahkan. Dana pembangunan Afghanistan kebanyakannya sudah ditelan oleh komplot gabungan tersebut, yang sepatutnya digunakan untuk membasmi kemiskinan, membina sekolah dan membina infra-struktur.

4. Penjajahan NATO di Afghanistan tidak boleh dipisahkan daripada tujuannya untuk mahu mewujudkan ketidak-stabilan di rantau tersebut. Dalam usaha ini, NATO disokong oleh India yang mahu menggunakan Afghanistan sebagai proksi mereka untuk melemahkan Pakistan. Penjajahan di Afghanistan sekarang telah berkembang menjadi sebuah peperangan di wilayah utara Pakistan dengan adanya pengeboman menggunakan pesawat kawalan jauh, serangan peluru berpandu dan operasi tentera khas. Ini seterusnya membuktikan bahawa agenda AS selepas pencerobohan dan penjajahan Irak adalah untuk melemahkan negara-negara utama umat Islam.

5. Dan akhir sekali, telah terbukti dengan jelas, bahawa umat Islam seluruh dunia mahu melihat kesatuan umat di bawah Daulah Khilafah dan menghentikan kesemua penjajahan ke atas negara-negara umat Islam oleh Barat. Dalam satu pungutan suara oleh University Maryland, 65% daripada umat Islam di empat negara iaitu Mesir, Pakistan, Indonesia dan Maghribi menyokong pendirian Daulah Khilafah. Dan pungutan suara di Gallup Polls, 59% penduduk Pakistan melihat AS sebagai ancaman besar terhadap Pakistan, lebih besar daripada India dan puak Taliban. Dalam pungutan suara Pew, 72% penduduk Pakistan mahukan AS dan NATO untuk mengundurkan tentera daripada Afghanistan secepat mungkin.

Untuk menyelesaikan masalah ketidak-stabilan bukan sahaja di Afghanistan tetapi di kesemua negara umat Islam, ia memerlukan pemikiran dan politik baru. Keganasan terhadap umat Islam mestilah dihentikan, sebab inilah yang menjadi cita-cita musuh-musuh Islam, untuk melaga-lagakan di antara sesama Muslim, di antara Pashtun dengan Tajik. Ini merupakan muslihat AS di dalam membahagi-bahagikan Irak dan juga muslihat AS di Pakistan dan Afghanistan, dengan menyokong satu puak menentang puak yang lain supaya gabungan menentang AS dapat dikurangkan. Oleh yang demikian, hanya usaha-usaha ke arah penyatuan semula umat Islam di bawah Daulah Khilafah yang dapat mengketengahkan masalah ini. Hanya dengan meruntuhkan sistem perlembagaan dan perundangan ciptaan penjajah serta digantikan dengan perlembagaan dan perundangan yang sesuai dengan akidah umat Islam boleh menyelesaikan masalah penduduk umat Islam di Afghanistan.

Selepas kegagalan komplot gabungan penjenayah perang, diktator dan penjajahan Barat yang tidak berjaya membawakan perubahan kepada Afghanistan, hanya Daulah Khilafah sahajalah yang menjadi harapan untuk mewujudan kestabilan, pilihanraya sebenar, sistem ekonomi yang kuat dan segala keputusan politik dibuat di tempat tersebut dan bukannya di Washington atau London. Segala perkara negatif seperti penanaman pokok poppy, gejala rasuah dan jenayah penjenayah perang dapat dihentikan sekiranya wujud Daulah Khilafah.

Sungguh malang bagi penduduk Afghanistan, negara ini telah diceroboh dan dijajah dua kali oleh kuasa besar 30 tahun lalu dan ini masih merupakan masalah sehingga sekarang. Sekiranya penduduk Afghanistan tidak dapat mengembalikan kedaulatan mereka daripada kuasa penjajah, mereka tidak dapat menyelesaikan masalah dalam negara tersebut. Pilihanraya boneka yang dilancarkan pada Ogos 2009 tidak dapat menutup realiti penjajahan tersebut.

Hizb ut-Tahrir Britain
28th Shaban 1430
19th August 2009

Friday, 11 September 2009

stuktur daulah khilafah

Ajhizah Ad-Daulah Al-Khilafah (Struktur Daulah Khilafah)
Sejak kehancuran Daulah Khilafah pada 28 Rajab 1342H (3 Mac 1924), seluruh sistem pemerintahan Islam pun turut musnah. Sistem Khilafah yang selama ini telah menguasai dan memerintah hampir dua per tiga dunia kini telah lenyap. Sistem Khilafah yang telah menaungi manusia selama lebih 13 abad dan yang telah membawa rahmat ke seluruh alam, kini telah berkubur dengan runtuhnya Daulah Khilafah lebih 80 tahun yang lalu, sebuah institusi politik agung umat Islam. Justeru, generasi yang hidup selepas itu, hinggalah ke hari ini, sudah tidak lagi dapat merasai hidup di dalam Daulah Islam. Mereka sudah tidak dapat merasakan hidup di dalam sebuah Negara Islam yang benar-benar menerapkan sistem pemerintahan Islam.

Oleh sebab itu, di antara pelbagai kesulitan yang dijumpai di tengah-tengah umat Islam saat ini adalah bagaimana untuk mendekatkan gambaran sistem pemerintahan Islam di dalam benak mereka. Ini kerana, gambaran yang ada sekarang di dalam pemikiran umat Islam sudah tidak dapat lari dari sistem demokrasi kufur ciptaan Barat. Fikiran umat Islam sudah tidak mampu menggambarkan bentuk sistem pemerintahan Islam yang sebenar sebagaimana yang ada pada zaman Rasulullah dan para Khulafa’ Rasyidun. Jika ada dalam gambaran mereka sekalipun tentang sistem pemerintahan Islam, maka ia tidak dapat lari dari ruang lingkup sistem demokrasi kufur yang ada sekarang, dengan kata lain, mereka cuba menggambarkan atau menyesuaikan sistem Islam mengikut kehendak/acuan demokrasi yang ada, tanpa dapat lari darinya. 

Kesulitannya tidak hanya berhenti di situ. Terdapat pula kesulitan-kesulitan lain iaitu untuk mengubah pemikiran umat Islam yang telah teracuni oleh tsaqafah Barat. Tsaqafah ini benar-benar telah menjadi senjata utama Barat dalam menghadapi umat Islam. Tsaqafah inilah yang telah Barat hunjamkan ke dalam tubuh Daulah Islam sehingga melahirkan kesakitan yang amat mendalam di dalam kehidupan umat Islam. Barat kemudian membawa senjata ini (tsaqafah) dan memberikannya kepada anak cucu Daulah, di saat senjata tersebut masih menitiskan darah ‘ibunya’ (Daulah Islam) yang baru sahaja di bunuhnya. Tatkala Barat membawa senjata ini, mereka berkata kepada anak-cucu Daulah dengan angkuh dan sombong, “Sungguh aku telah membunuh ibu kalian yang memang patut dibunuh kerana penjagaannya yang buruk terhadap kalian. Sekarang aku menjanjikan penjagaan yang lebih baik yang akan membuatkan kalian merasakan kebahagiaan hidup dan kenikmatan yang nyata.” Kemudian, anak-anak itu pun menghulurkan tangannya untuk berjabat tangan dengan sang pembunuh yang mana senjatanya masih terhunus dan berlumuran dengan darah ibu mereka.

Semenjak kematian ibu mereka, umat Islam sudah kehilangan orang yang selama ini mengasuh dan menjaga mereka. Umat Islam sudah mula lupa akan orang yang selama ini menjaga dan menyayangi mereka. Racun tsaqafah yang dicucuk oleh Barat telah membiuskan mereka dari semua ini, sehingga mereka terus alpa dalam tsaqafah yang menyesatkan ini. Apabila terhantuk dan tersedar, sekali-sekala umat lalu Islam bangkit untuk memerangi Barat, tetapi sayangnya pada masa yang sama mereka masih mengambil tsaqafah Barat. Tatkala mereka bangkit menyatakan kemarahan kepada Barat, umat Islam juga dalam masa yang sama masih berpegang erat dengan sistem yang di bawa oleh Barat. Padahal dengan tsaqafah dan sistem itulah yang telah mengakibatkan mereka selama ini terjajah dan berada di dalam kehinaan. Kemudian umat Islam terhantuk lagi, dan mereka bangkit lagi untuk memerangi Barat, namun dalam masa yang sama mereka masih menghulurkan tangan kepada Barat dari arah belakang dengan mengambil racun-racun yang mematikan itu, lalu meminumnya. Lantaran itu, umat Islam terus tersungkur di dalam kelemahan, kekalahan dan kehinaan di hadapan Barat.

Justeru, pokok persoalannya sekarang adalah umat Islam itu wajib kembali menegakkan semula Daulah Islam yang akan menerapkan kepada segala hukum-hakam Islam. Umat wajib kembali menerapkan sistem pemerintahan Islam. Kita tidak mahu negeri-negeri umat Islam yang ada sekarang terus-menerus berada dalam keadaan terpecah belah dan menerapkan sistem demokrasi, kerana inilah yang dimahukan oleh Barat. Kita mahukan penyatuan semua negeri umat Islam di bawah seorang Khalifah yang menerapkan sistem yang berasal dari langit. Oleh itu, kita mesti bersatu membangun Daulah Islam yang satu untuk keseluruhan umat Islam. Dalam hal ini, kita bukannya mahu mendirikan sebuah negara yang hanya dikenali dengan ‘sebutan’ Negara Islam, tetapi berhukum dengan hukum selain hukum Allah dan Rasul. Kita juga tidak mahu mendirikan sebuah negara yang hanya ‘dikenali’ dengan Negara Islam, namun menerapkan sistem demokrasi, yang nyata-nyata sebuah sistem pemerintahan kufur. Apa yang kita mahukan adalah sebuah Daulah Khilafah yang menerapkan sistem-sistem pemerintahan Islam semata-mata. 

Sesungguhnya Daulah Islam bukanlah sebuah mimpi. Bukan pula sebuah khayalan dalam imaginasi. Sebab, ia dahulunya pernah wujud dalam bentuk yang nyata, ia benar-benar wujud dan telah memenuhi relung-relung sejarah selama lebih 13 abad. Maka dari itu, Daulah Islam yang akan kita dirikan ini pun akan wujud secara nyata sebagaimana wujudnya di masa lampau. Bukti-bukti dan unsur-unsur ke arah terwujudnya sebuah Daulah Khilafah kini, ternyata jauh lebih kuat dari suara-suara yang menganggapnya sebagai sebuah mimpi. Waktu ini, umat Islam yang memiliki akal yang jernih sudah mula nampak akan kehadirannya dan mereka semakin merindukan tegaknya sebuah institusi agung pemersatu umat ini.

Sesungguhnya orang-orang yang meniti jalan dakwah untuk mewujudkan Daulah Islam mestilah mempunyai pemikiran dan pengetahuan yang jernih akan segala sistem yang bakal diterapkan di dalam Daulah Islam nanti. Sebagaimana kita meyakini firman Allah bahawa deen Islam ini sempurna, maka kita juga meyakini bahawa sistem pemerintahan Islam juga adalah sempurna. Justeru, kesempurnaan sistem Islam itu bermaksud sistem itu “berdiri sendiri” tanpa memerlukan ‘pelengkap’ dari sistem yang lain. Dengan kata lain, umat Islam tidak memerlukan sistem demokrasi, baik sebagai ‘pelengkap’, ‘penghias’, ‘penumpang’, apatah lagi sebagai ‘asas’ untuk kita melaksanakan sistem pemerintahan Islam.

Sesungguhnya Hizbut Tahrir telah memperjelas dan merincikan segala bentuk sistem pemerintahan Islam di dalam kitab-kitabnya, yang kesemuanya disertakan dengan nas-nas dari Al-Quran dan As-Sunah. Selain itu, sistem-sistem pemerintahan ini juga telah diistinbat berdasarkan ijtihad tiga orang Amir Hizbut Tahrir iaitu Syeikh Taqiyuddin An-Nabhani, Syeikh Abdul Qadim Zallum dan yang terbaru, Syeikh Atha’ Abu Rasytah. Kesemua kitab yang membincangkan tentang sistem-sistem ini merupakan kitab yang mesti dipelajari oleh setiap orang yang ingin bergabung di dalam barisan Hizbut Tahrir.

Atas dasar untuk memudahkan kefahaman umat Islam dan juga sebagai penjernihan pemikiran tentang struktur Daulah Islam, maka Hizbut Tahrir Malaysia mempersembahkan di sini Carta Organisasi sistem-sistem Khilafah untuk tatapan semua. Carta ini adalah diambil atau di ekstrak dari sebahagian kitab-kitab keluaran Hizbut Tahrir seperti Ajhizah Daulah Al-Khilafah Fi Al-Hukm Wa Al-Idarah (Struktur Negara Khilafah Dari Segi Pemerintahan dan Administrasi, Nidzamul Hukmi Fil Islam (Sistem Pemerintahan Di Dalam Islam), Al-Amwal Fi Daulah Al-Khilafah (Harta-Harta Dalam Daulah Khilafah) dan juga kitab Nizamul Iqtisadi Fil Islam (Sistem Ekonomi Dalam Islam) di mana Hizbut Tahrir, berdasarkan nas-nas yang jelas, telah mentabanni (adopt) bahawa terdapat 13 struktur utama di dalam Daulah al-Khilafah.

Insya Allah, kandungan carta organisasi ini akan dimuatkan dengan penjelasan dari teks-teks yang diambil dari kitab-kitab tersebut dan akan dikemaskinikan dalam sedikit masa lagi. Semoga carta ini dapat memberi manfaat kepada seluruh kaum Muslimin yang menginginkan kembalinya Daulah Khilafah yang sama-sama kita perjuangkan ini. ALLAHU AKBAR!
 
 
(1) Al-Khalifah
Al-Khalifah
 
(2) Mu'awwin At-Tafwidh
Mu'awwin At-Tafwidh (Pembantu Pemerintahan)
 
(3) Mu'awwin At-Tanfiz
Mu'awwin At-Tanfiz (Pembantu Pentadbiran)
 
(4) Al-Wulat
Al-Wulat (wali-wali)
 
(5) Amirul Jihad
Amirul Jihad (Ketua Turus Angkatan Tentera)
 
(6) Da'irah Al-Amni
Da'irah Al-Amni (Jabatan Keamanan Dalam Negeri)
 
(7) Da'irah Al-Kharajiyah
Da'irah Al-Kharajiyah (Jabatan Luar Negara)
 
(8) Da'irah As-Sina'ah
Da'irah As-Sina'ah (Jabatan Perindustrian)
 
(9) Al-Qadha'
Al-Qadha' (Kehakiman)
 
(10) Al-Jihaz Al-Idariy
Al-Jihaz Al-Idariy (Jentera-jentera Pentadbiran)
 
(11) Baitul Mal
Baitul Mal
 
Baitul Mal - Al-Waradat
Baitul Mal - Al-Waradat (Pendapatan)
 
Baitul Mal - An-Nafaqat
Baitul Mal - An-Nafaqat (Perbelanjaan)
 
(12) Da'irah Al-I'lamiy
Da'irah Al-I'lamiy (Jabatan Penerangan)
 
(13) Majlis Al-Ummah
Majlis Al-Ummah (Majlis Umat)
 

PEMIKIRAN DAN KESEDARAN

• Pemikiran, akal dan kesadaran, pengertiannya adalah sama dan merupakan nama-nama yang berbeza untuk satu sebutan -->
merujuk pada proses berfikir atau hasil pemikiran, yakni suatu yang telah sampai pada manusia melalui suatu proses berfikir.
• Proses berfikir, tidak memiliki organ tubuh tertentu yang dapat ditunjuk, melainkan merupakan suatu proses yang rumit melibatkan empat unsur, yaitu: fakta yang terindera, panca indera manusia, otak manusia dan informasi sebelumnya yang
berakitan dengan fakta tersebut dan dimiliki oleh manusia. Jika keempat unsur tersebut tidak terkumpul dalam suatu proses
berfikir, maka pemikiran, akal, dan kesadaran tidak pernah terwujud.
• Orang-orang terdahulu telah mengalami suatu kekeliruan dalam membahas hakikat akal. Mereka mencoba berusaha menentukan
tempat keberadaannya, apakah ada di kepala, di hati, atau tempat lainnya. Yang jelas, mereka menduga, bahwa akal adalah
suatu organ tertentu dalam tubuh, atau bahwa akal itu memiliki organ tertentu yang bekerja secara aktif. Otak sebagai tempat
bersemadinya akal, sekaligus pusat kesadaran atau pemikiran. Pemikiran adalah refleksi otak terhadap kenyataan, ataupun
yang mengatakan sebaliknya, bahwa pemikiran adalah refleksi kenyataan ke otak.
• Otak adalah salah satu organ sebagaimana organ tubuh yang lain. Tidak ada suatu refleksi apapun yang terdapat padanya.
Sebab refleksi --> memantulkan cahaya pada suatu benda atau memantulkan suatu benda yang didalamnya terdapat kemampuan
untuk direfleksikan; yang disertai adanya cahaya.
• Dalam proses berfikir, tidak terjadi suatu refleksi apa pun, tidak menghasilkan suatu refleksi, dan tidak ada refleksi kenyataan
terhadap otak. Adapun mata yang disangka dengan perantaraannya dapat menimbulkan suatu refleksi, ternyata tidak terjadi dan
tidak menghasilkan apapun. Yang terjadi adalah suatu pencerapan saja.
• Otak bukanlah tempat bersemadinya akal. Yang sebenarnya terjadi adalah suatu perpindahan gambaran tentang fakta yang
terindera ke otak melalui perantaraan indera manusia yang lain. Jenis “gambar” tersebut tergantung pada indera yang
memindahkannya. Jika informasi sebelumnya berkaitan dengan fakta tersebut, disi akan terjadi jalinan. Maka daya ingat yang ada
dalam otak manusia terhadap kenyataan yang diindera dan telah tergambar dalam otak, maka terjadilah suatu proses berfikir
dan selanjutnya menghasilkan suatu kesadaran terhadap hakikat benda tersebut.
• Usaha berfikir yang dilakukan tanpa adanya fakta yang diindera atau tidak adanya informasi sebelumnya, adalah suatu
khayalan/imajinasi yang tidak ada wujudnya, dan bukan merupakan suatu pemikiran.
• Dikatakan penangkapan kenyataan bukan gambarannya. Sebab, yang ditangkap adalah fakta, bukan gambaran fakta tersebut
seperti halnya gambar fotografi (potret) yang merupakan gambar suatu kenyataan yang dapat diindera. Maka lebih tepat jika
dikatakan sebagai penangkapan fakta, daripada memindahkan gambaran fakta. Sebab, gambar suatu yang ditangkap adalah
pencerapan fakta, bukan sekedar gambarnya.
• Yang dapat berpengaruh pada diri manusia bukanlah informasi, melainkan persepsi. Sebab, persepsi merupakan pemikiranpemikiran
dalam benak orang-orang yang memahaminya (pemikiran-pemikiran yang memiliki penunjuk-penunjuk nyata, yang dapat
ditangkap akal secara langsung, selama masih berada dalam batas jangkauan akal). Karena itu, adalah suatu keharusan untuk
mengetahui hakikat pemikiran agar dapat diketahui bagaimana pemikiran itu dapat mempengaruhi manusia.

proses pemikiran

• Pemikiran dapat muncul pada seseorang karena terkaitnya realiti yang ada padanya dengan informasi tentang realiti tersebut.
Pemikiran tidak mungkin muncul hanya karena danya realiti semata-mata dan tidak pula hanya karena adanya informasi saja.
• Proses pemikiran akan muncul pada seseorang berdasarkan penginderaannya terhadap realiti dan setelah mendapatkan informasiinformasi
, yang disertai dengan penginderaan dari orang lain.
• Harus ada kemauan untuk senantiasa menjalani proses pemikiran tersebut, dengan jalan mengaitkan informasi dengan realiti
pada saat akan melahirkan pemikiran, atau dengan jalan mendekatkan pemikiran kepada realita yang dapat diindera oleh mereka
yang akan menerimanya, sehingga dapat terkait informasi dengan realita yang akan melahirkan pemikiran.

Thursday, 10 September 2009

perjuanganku

Aku akan terus berjuang melawan musuh-musuh Mu selama aku masih hidup
Dan aku akan menjadikan perang melawan mereka sebagai kebiasaanku
Aku akan menyingkap (kesesatan) mereka dihadapan manusia
Dan aku akan membantah mereka dengan lisanku
Aku akan membongkar kedok mereka yang tersembunyi
Dari orang-orang yang lemah dengan ilmu
Aku akan mengikuti mereka kemana mereka pergi
Hingga dikatakan dua hamba tersebut telah jauh (berjalan)
Aku akan melempari mereka dengan pena-pena petunjuk
Seperti lemparan malaikat (terhadap setan-setan) dengan bintang
Aku akan terus mengintai makar-makar mereka
Dan aku akan mengepung mereka dari segala penjuru
Aku akan menjadikan daging dan darah mereka
Sebagai bentuk persembahan kepada-Mu pada hari kemenangan-Mu
Aku akan membawa pasukan kepada mereka
Yang tidak akan lari ketika bertemunya dua pasukan
Tentara dua wahyu (Al-Qur’an dan hadits), fitrah
Akal dan dalil dengan baik
Sehingga jelas bagi yang masih memiliki akal
Siapa yang lebih sesuai dengan akal dan ilmu
Aku tetap beriman kepada Allah, kemudian Rasul-Nya
Kitab-Nya dan syariat-syariat keimanan
Jika rabb-ku berkehendak, semua akan terjadi dengan kekuatan-Nya
Atau jika tidak, semuanya ada ditangan-Nya

(Nuniyah hal 214 oleh Ibnu Qoyyim Al-Jauziyyah)

Sunday, 6 September 2009

khilafah braper lamer lagi

Hadis Pertama:
«الْخِلاَفَةُ ثَلاَثُونَ عَامًا ثُمَّ يَكُوْنُ بَعْدَ ذَلِكَ الْمُلْكُ»

”Khilafah itu tiga puluh tahun, kemudian setelah itu terdapat al-mulk”. (HR Ahmad)


Hadis Kedua:
«خِلاَفَةُ النُّبُوَّةِ ثَلاَثُوْنَ عَامًا ثُمَّ تَكُوْنُ مُلْكٌ»

”Khilafah Nubuwwah itu tiga puluh tahun, kemudian setelah itu terdapat mulk”. (HR al-Hakim)


Hadis Ketiga:
«خِلاَفَةُ النُّبُوَّةِ ثَلاَثُوْنَ سَنَةً ثُمَّ يُؤْتِي اللهُ الْمُلْكَ أَوْ مُلْكَهُ مَنْ يَشَاءُ»

”Khilafah Nubuwwah itu tiga puluh tahun, kemudian Allah memberikan kekuasaan atau kekuasaanNya kepada orang yang Dia kehendaki”. (HR Abu Dawud)

Hadis-hadis inilah yang dijadikan dalil bahawa tempoh keKhilafahan itu hanyalah selama 30 tahun dan selebihnya adalah berbentuk kerajaan. Lebih dari itu, mereka juga menyatakan bahawa perjuangan menegakkan Khilafah Islamiyyah hanyalah perjuangan yang kosong dan khayalan. Ini disebabkan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wassalam telah mengatakan dengan jelas bahawa tempoh keKhilafahan itu hanya setakat 30 tahun. Walhasil, keKhilafahan tidak mungkin lagi akan berdiri meskipun diperjuangkan oleh gerakan-gerakan Islam. Walaupun pemerintahan Islam itu kembali berdiri, maka bentuknya bukan lagi Khilafah, tetapi berbentuk kerajaan.

Jadi adakah benar bahawa hadis-hadis di atas dalalahnya menunjukkan bahawa tempoh Khilafah Islamiyyah itu hanya sekadar 30 tahun dan yang selebihnya adalah berbentuk kerajaan?

Sanad Hadis

Hadis Pertama:

Hadis pertama diriwayatkan oleh Imam Ahmad dari tiga sanad, iaitu: dari Bahzu dan dari Zaid bin al-Hubab, keduanya dari Hamad bin Salamah, dari Said bin Jumhan dari Safinah; dari Abd as-Samad, dari Said bin Jumhan, dari Safinah. Hadis tersebut juga diriwayatkan oleh Assab as-Sunan dan disahihkan oleh Ibn Hibban dan yang lain.

Hadis Kedua:

Al-Hakim dalam Al-Mustadrak meriwayatkannya dari Abu al-’Abbas Muhammad bin Ya’qub, dari Humaid bin ‘Iyasy ar-Ramli, dari al-Muammal bin Ismail, dari Hamad bin Salamah, dari Said bin Jumhan dari Safinah.

Hadis Ketiga:

Abu Dawud meriwayatkan hadis ini dari Sawwar bin Abdillah, dari Abd al-Warits bin Said, dari Said bin Jumhan, dari Safinah; juga dari Amr bin Aun, dari Husyaim, dari Awam bin Hawsyab, dari Said bin Jumhan, dari Safinah

Dalam hampir seluruh sanad hadis di atas, salah satu penuturnya adalah Said bin Jumhan. Para ulama hadis berbeza pendapat tentang Ibn Jumhan ini. Amr bin Abi Asim adh-Dhahak asy-Syaibani berkomentar tentang hadis ini: Hadis ini sahih, sanad-sanadnya hasan, kerana terdapat perbezaan pendapat yang makruf tentang Said bin Jumhan. Jamaah imam hadis menguatkannya.

Adz-Dzahabi dalam Mizan al-I’tidal fi Naqd ar-Rijal menyebutkan: Said bin Jumhan dari Safinah, Ibn Main men-tsiqah-kannya. Abu Hatim berkata: Hadis ini tidak boleh dijadikan hujah. At-Tirmidzi menilai hadis ini hasan. Abu Dawud berkata: Ia (perawinya) tsiqah. Ibn Hibban dalam Ats-Tsiqah berkata: Jamaah men-tsiqah-kannya.

Makna Hadis

Tempoh tiga puluh tahun itu sebenarnya adalah tempoh bagi Khulafaur Rasyidin dan Hasan bin Ali (Abu Bakar 2 tahun, Umar 10 tahun, Utsman 12 tahun, Ali bin Abi Thalib 5 tahun 6 bulan, dan Hasan bin Ali 6 bulan). Selama tiga puluh tahun itu, hanya ada lima Khalifah.

Jika hadis Safinah tersebut difahami sebagai pembatasan tempoh Khilafah hanya untuk 30 tahun dan setelah itu berbentuk kerajaan, maka makna seperti itu akan bertentangan dengan hadis-hadis sahih yang lain, seperti hadis Hudzaifah tentang akan kembali tertegaknya Khilafah ‘ala Minhaj an-Nubuwwah. Selain itu, jika hadis-hadis tersebut merupakan pembatasan bahawa Khilafah hanya untuk 30 tahun, bagaimana pula halnya tentang hadis-hadis lain berkaitan Khalifah dan baiat? Jika demikian, maka sudah pasti nas berkenaan hal itu (Khalifah dan baiat) menjadi tidak relevan lagi di saat ini, disebabkan tempoh 30 tahun itu telah pun berakhir. Ini menunjukkan bahawa makna seperti itu tidaklah tepat.

Kaedah usul mengatakan: I’mal dalilain aula min ihmal ahadihima (Mengamalkan dua dalil lebih utama daripada mengabaikan salah satunya). Makna hadis di atas akan menjadi jelas dengan menggandingkannya dengan hadis-hadis yang lain.

Ibn Hajar al-’Asqalani dalam Fath al-Bari berkata:

“Yang dimaksudkan dalam hadis Safinah adalah Khilafah Nubuwwah dan tidak membatasi (tempoh) Khilafah.”

Ini juga menjadi pendapat para ulama salaf, di antaranya Qadhi Iyadh, an-Nawawi, Ibn Hibban, as-Suyuthi, Ibn Taimiyah dan yang lain. Bahkan hadis riwayat al-Hakim, al-Baihaqi, dan Abu Dawud secara jelas menyebut tiga puluh tahun itu adalah tempoh Khilafah Nubuwwah. Hadis tersebut tidak menafikan wujudnya Khilafah selepas tempoh 30 tahun tersebut.

Adapun berkenaan kalimat “tsumma yakunu ba’da dzalika al-mulku” (kemudian setelah itu terdapat al-mulk), maka kata al-mulk jika diertikan sebagai negara dalam bentuk kerajaan dan pemerintahan, memang seakan-akan hadis tersebut menyatakan setelah 30 tahun itu tidak ada Khilafah (Khilafah Nubuwwah), dan berubah menjadi kerajaan.

Makna sebegini tidak tepat. Ini adalah kerana, perkataan al-mulk selain bermaksud kerajaan, ia juga boleh bererti al-hukm wa as-sulthan (pemerintahan dan kekuasaan). Makna inilah yang dinyatakan dalam riwayat Abu Dawud di atas, bahawa setelah 30 tahun tempoh Khilafah Nubuwwah, Allah akan memberikan pemerintahan dan kekuasaan kepada orang yang Dia kehendaki.

Setelah 30 tahun Khilafah Nubuwwah, pemerintahan dan kekuasaan beralih ke tangan Mu’awiyah bin Abi Sufyan. Ibn Hajar dalam Fath al-Bari menyatakan:
“Adapun Mu’awiyah dan orang sesudahnya, maka keadaan mereka berada di atas jalan para raja, meskipun mereka tetap disebut Khalifah.”

Menurut Qadhi Abu Ya’la yang dikutip Ibn Taimiyah dalam Kutub wa Rasa’il wa Fatawa Ibn Taymiyah fi al-Fiqh, “Mungkin apa yang dimaksudkan adalah Khilafah yang tidak menyerupai negara selepas Rasul sallallahu alaihi wassalam yang berlangsung selama tiga puluh tahun. Begitulah keadaan Khilafah semasa pemerintahan Khalifah yang empat (Abu Bakar, Umar, Utsman, dan Ali). Adapun Mu’awiyah, ia telah menyerupai raja, meskipun hal itu tidak menjadikan Khilafahnya cacat.”

Fakta sejarah telah menunjukkan:

Pertama, seluruh kaum Muslimin termasuk para Sahabat yang masih hidup dan para Tabi’in tetap memanggil Mu’awiyah dengan panggilan Khalifah, Amirul Mukminin. Begitu juga dengan para Khalifah sesudahnya.

Kedua, masing-masing (para khalifah) dari mereka menjadi Khalifah setelah diberi baiat oleh kaum Muslimin, bukan kerana wasiat dari Khalifah sebelumnya (bukan seperti sistem monarki).

Ketiga, kedaulatan tetap berada di tangan syariah dan sistemnya tetap sistem Khilafah, walaupun diakui bahawa terdapat berlakunya penyelewengan dan keburukan implementasi (penerapan) yang berlaku di sana sini dalam tempoh tertentu di sepanjang Khilafah itu berdiri.

Penjelasan di atas sudah cukup untuk menyanggah pendapat yang mengatakan bahawa sistem Khilafah Islamiyyah hanya berumur 30 tahun dan selebihnya adalah berbentuk kerajaan. Sistem Khilafah Islamiyyah tetap berlangsung dan terus dipertahankan di sepanjang sejarah Islam sehinggalah ke tahun 1924 Masihi. Meskipun sebahagian besar Khalifah dinasti ‘Abbasiyyah, Umayyah, dan ‘Utsmaniyyah bertingkahlaku seperti seorang raja, namun mereka tetap konsisten dengan sistem pemerintahan dan penerapan hukum yang telah digariskan oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wassalam, yakni Khilafah Islamiyyah.

Tugas kita sekarang adalah berjuang untuk menegakkan kembali Khilafah Islamiyyah sesuai dengan manhaj Rasulullah sallallahu ‘alaihi wassalam. Ini adalah kerana, tertegaknya Khilafah merupakan prasyarat bagi kesempurnaan agama Islam.