my destiny

My photo
.>seterusnya akan tertegak kembali khilafah atas minhaj kenabian"

Tuesday 15 September 2009

KENYATAAN AKHBAR HTB

Pilihanraya Afghanistan adalah Tajaan Barat yang Hanya Menguntungkan Penjenayah Perang, Pengedar Dadah dan Boneka Barat.
Dengan mengadakan pilihan raya Presiden di Afghanistan, sebuah Negara yang dijajah oleh 90,000 askar asing, ianya adalah suatu yang tidak masuk akal, sama seperti mengadakan pilihan raya di Poland yang dijajah oleh tentera Soviet selepas Perang Dunia Kedua. Calon di dalam pilihan raya termasuk Hamid Karzai adalah merupakan boneka-boneka Barat yang bertujuan untuk melindungi kepentingan Barat sambil  mengenepikan  kepentingan rakyat Afghanistan. Barrack Obama setelah menjawat jawatan Presiden Amerika Syarikat (AS), tidak ada apa-apa strategi baru di Afghanistan selain daripada menambahkan bilangan tentera AS dan menambahkan lagi bilangan agen perisikan Barat yang bertujuan memperpanjangkan lagi penjajahan AS di Afghanistan. Selepas 8 tahun penjajahan AS, Afghanistan masih merupakan negara yang ke-empat termiskin di dunia, dengan 70% daripada rakyat Afghanistan masih mempunyai kesukaran untuk mendapatkan makanan yang mencukup; masih terpecah kepada beberapa wilayah, penjenayah perang  masih kekal berkuasa; kemiskinan masih berleluasa, rasuah merupakan masalah besar di kalangan pemerintah; penanaman pokok poppy mencapai tahap yang tertinggi; dan usaha-usaha pembangunan selain daripada bangunan Kedutaan dan pangkalan ketenteraan, adalah tidak kelihatan.

Jadi kenapakah Barat yang diketuai oleh AS dan Britain, masih mahu meneruskan penjajahan di Afghanistan? Penduduk di negara tersebut hanyalah merupakan golongan yang sedikit bilangannya jika dibandingkan kepada negara-negara lain di Asia Selatan. Kawasan tersebut tidak terdapat apa-apa sumber kekayaan, tidak mempunyai apa-apa laluan darat dan perairan yang strategik. Tetapi apa yang dimiliki oleh Afghanistan adalah kepentingan dari segi geografinya. Kedudukannya di tengah-tengah Asia Selatan, Timur Tengah dan Asia Tengah – di tengah-tengah dunia Islam. Disebabkan oleh negara-negara jiran Afghanistan, yang menarik perhatian AS dan Britain, yang mana mempunyai kekayaan simpanan minyak dan mempunyai penduduk yang boleh menjadi juara kepada tertegaknya Daulah Khilafah.

Adapun sebab kenapa Barat mahu mengadakan pilihanraya tersebut adalah untuk menerangkan kepada penduduk di negara Barat sendiri yakni terdapat usaha-usaha pemulihan demokrasi di Afghanistan. Kekalahan tentera-tentera Barat (NATO dan AS) yang semakin berlaku setiap hari, dan sokongan terhadap misi kependudukan kententeraan Barat di Afghanistan semakin mendapat tentangan, ahli-ahli politik Barat terdesak untuk menunjukkan suatu kemajuan di dalam pendudukan ketenteraan tersebut. Jadi mereka terpaksa mengorbankan tentera-tentera mereka, yang sebahagian daripada mereka belum pun mencapai usia 20 tahun, untuk menunjukkan bahawa Afghanistan memiliki bahaya kepada tamadun Barat, sebagaimana Irak mempunyai bahaya senjata pemusnah besar-besaran.

Pada hari sebelum pilihan raya ‘rekaan’ tersebut, Hizbut Tahrir Britain ingin menegaskan perkara-perkara penting berikut:-

1. Kesemua tentera asing mesti keluar daripada Afghanistan dan kawasan sekitarnya. Bertentangan dengan apa yang dipercayai ramai, NATO sebenarnya mempunyai bilangan tentera asing terbesar yang berjumlah seramai 90,000 dengan beribu-ribu askar upahan, para anggota tentera khas dan para kakitangan awam.

2.  Apa-apa perpecahan etnik di Afghanistan yang sama berlaku seperti di Irak mestilah dihentikan. Pilihan raya Presiden tahun 2009 sekali lagi telah menampakkan ketidak-adilan demokrasi terhadap penduduk yang berlainan etnik dan keturunan, sesuatu yang diharamkan di dalam Islam. Apa-apa perpecahan  etnik kepada Pashtun, Tajik, Uzbek, Hazara dan lain-lain hanya memporak-perandakan keadaan di Afghanistan dan kawasan yang berdekatan dengannya. Ini juga mendedahkan dan sepertimana yang dapat disaksikan bahawa penjajahan Barat ke atas negara umat Islam adalah sebagai strategi permulaan mereka sebelum mereka terus-menerus memecahkan umat Islam.

3. Untuk memastikan bahawa terdapat kemajuan ekonomi untuk rakyat Afghanistan, komplot gabungan yang terdiri daripada penjenayah perang, pengedar dadah yang disokong oleh ahli politik dan syarikat multi-nasional Barat mestilah dimusnahkan. Dana pembangunan Afghanistan kebanyakannya sudah ditelan oleh komplot gabungan tersebut, yang sepatutnya digunakan untuk membasmi kemiskinan, membina sekolah dan membina infra-struktur.

4. Penjajahan NATO di Afghanistan tidak boleh dipisahkan daripada tujuannya untuk mahu mewujudkan ketidak-stabilan di rantau tersebut. Dalam usaha ini, NATO disokong oleh India yang mahu menggunakan Afghanistan sebagai proksi mereka untuk melemahkan Pakistan. Penjajahan di Afghanistan sekarang telah berkembang menjadi sebuah peperangan di wilayah utara Pakistan dengan adanya pengeboman menggunakan pesawat kawalan jauh, serangan peluru berpandu dan operasi tentera khas. Ini seterusnya membuktikan bahawa agenda AS selepas pencerobohan dan penjajahan Irak adalah untuk melemahkan negara-negara utama umat Islam.

5. Dan akhir sekali, telah terbukti dengan jelas, bahawa umat Islam seluruh dunia mahu melihat kesatuan umat di bawah Daulah Khilafah dan menghentikan kesemua penjajahan ke atas negara-negara umat Islam oleh Barat. Dalam satu pungutan suara oleh University Maryland, 65% daripada umat Islam di empat negara iaitu Mesir, Pakistan, Indonesia dan Maghribi menyokong pendirian Daulah Khilafah. Dan pungutan suara di Gallup Polls, 59% penduduk Pakistan melihat AS sebagai ancaman besar terhadap Pakistan, lebih besar daripada India dan puak Taliban. Dalam pungutan suara Pew, 72% penduduk Pakistan mahukan AS dan NATO untuk mengundurkan tentera daripada Afghanistan secepat mungkin.

Untuk menyelesaikan masalah ketidak-stabilan bukan sahaja di Afghanistan tetapi di kesemua negara umat Islam, ia memerlukan pemikiran dan politik baru. Keganasan terhadap umat Islam mestilah dihentikan, sebab inilah yang menjadi cita-cita musuh-musuh Islam, untuk melaga-lagakan di antara sesama Muslim, di antara Pashtun dengan Tajik. Ini merupakan muslihat AS di dalam membahagi-bahagikan Irak dan juga muslihat AS di Pakistan dan Afghanistan, dengan menyokong satu puak menentang puak yang lain supaya gabungan menentang AS dapat dikurangkan. Oleh yang demikian, hanya usaha-usaha ke arah penyatuan semula umat Islam di bawah Daulah Khilafah yang dapat mengketengahkan masalah ini. Hanya dengan meruntuhkan sistem perlembagaan dan perundangan ciptaan penjajah serta digantikan dengan perlembagaan dan perundangan yang sesuai dengan akidah umat Islam boleh menyelesaikan masalah penduduk umat Islam di Afghanistan.

Selepas kegagalan komplot gabungan penjenayah perang, diktator dan penjajahan Barat yang tidak berjaya membawakan perubahan kepada Afghanistan, hanya Daulah Khilafah sahajalah yang menjadi harapan untuk mewujudan kestabilan, pilihanraya sebenar, sistem ekonomi yang kuat dan segala keputusan politik dibuat di tempat tersebut dan bukannya di Washington atau London. Segala perkara negatif seperti penanaman pokok poppy, gejala rasuah dan jenayah penjenayah perang dapat dihentikan sekiranya wujud Daulah Khilafah.

Sungguh malang bagi penduduk Afghanistan, negara ini telah diceroboh dan dijajah dua kali oleh kuasa besar 30 tahun lalu dan ini masih merupakan masalah sehingga sekarang. Sekiranya penduduk Afghanistan tidak dapat mengembalikan kedaulatan mereka daripada kuasa penjajah, mereka tidak dapat menyelesaikan masalah dalam negara tersebut. Pilihanraya boneka yang dilancarkan pada Ogos 2009 tidak dapat menutup realiti penjajahan tersebut.

Hizb ut-Tahrir Britain
28th Shaban 1430
19th August 2009

No comments: