my destiny

My photo
.>seterusnya akan tertegak kembali khilafah atas minhaj kenabian"

Tuesday 6 December 2011


Bajet Menurut Islam
“Sesungguhnya pemungut cukai itu berada dalam neraka” [HR Ahmad].
haram bagi kerajaan mengaut keuntungan dari kekayaan/hak yang berupa milik awam (milkiyyah al-ammah) seperti minyak, gas, galian, air, elektrik, pendidikan, kesihatan dan seumpamanya Ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW.
Amat menyedihkan... negeri umat islam saat ini kaya dengan sumber alamnya (minyak,mas,timah,perak, uranium,gas dll) tetapi menjadi miskin dinegeri sendiri... semua ini disebabkan sistem kapitalis yang tidak berhati perut... pengagihan kekayaan yang tidak benar...milkiyah ammah(kepemilikan umum) yang seharusnya menjadi milik rakyat kini telah menjadi harta peribadi syarikat-syarikat swasta gergasi (seperti petronas, shell, exon mobil, dll)....

Sedangkan didalam hadits nabi SAW telah dijelaskan...
Dari Ibnu Abbas r.a, “Kaum Muslimin bersyarikat (berkongsi) dalam tiga perkara iaitu air, padang ragut dan api” [HR Abu Daud].

Kerosakan Undang-Undang Buatan Manusia
Keharaman ISA
Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 sebenarnya dirangka oleh R.H. Hickling pada awalnya. Kemudian ia dijadikan undang-undang pada tahun 1960.
Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (Lazimnya dikenali sebagai ISA, iaitu akronim nama bahasa Inggerisnya, Internal Security Act) merupakan undang-undang tahanan pencegahan yang sedang berkuatkuasa di Malaysia.

Sesiapa pun boleh ditahan oleh polis selama 60 hari berturut-turut tanpa perbicaraan untuk tindak-tanduk yang dijangkakan mengancam keselamatan negara atau mana-mana bahagian daripadanya. Selepas 60 hari, seseorang tahanan itu boleh ditahan lagi selama tempoh dua tahun jika diluluskan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, dan sekaligus membolehkan penahanan terus tanpa perbicaraan.

Kaedah Penghakiman Dalam Islam
Kaedah syarak yang masyhur di dalam bab penghakiman/keadilan Islam adalah “Al-Aslu bara’atu zimmah” yang bermaksud “seseorang itu tidak bersalah sehinggalah dibuktikan bersalah” (innocent until proven guilty). Mengikut kaedah ini, oleh sebab hukum asal bagi seseorang itu adalah tidak bersalah sehinggalah dibuktikan sebaliknya, maka seseorang itu tidak boleh dikenakan hukuman melainkan dengan keputusan mahkamah (setelah dibicarakan dan dibuktikan), dan seseorang itu tidak boleh sama sekali (secara mutlak) dihukum (punish) oleh mana-mana pihak selagi dia tidak disabitkan kesalahan.



Sejarah Doctrine of Separation of Powers (Pengasingan Kuasa)
Pada tahun 1748, ahli falsafah Perancis, Montesquieu mengembangkan konsep yang disarankan Locke dengan lebih jauh dalam bukunya L’Esprit des Lois (The Spirit of Laws), yang ditulisnya setelah dia melihat sifat despotisme (kuku besi) raja-raja Bourbon di Perancis. Dia ingin menyusun suatu sistem pemerintahan di mana warga negaranya akan merasa lebih terjamin hak-hak mereka.

Montesquieu membahagi kekuasaan dalam tiga cabang yang menurutnya haruslah terpisah antara satu sama lain; kekuasaan Legislatif (kekuasaan untuk membuat undang-undang), kekuasaan Eksekutif (kekuasaan untuk melaksanakan undang-undang, dan kekuasaan Judikatif (kekuasaan mengadili atas pelanggaran undang-undang).
Sumber konsep ini adalah manusia, di mana manusia memberikan penilaian baik buruknya sesuatu berdasarkan akal semata-mata. Konsep ini dibuat oleh para ahli falsafah sebagai pemecahan/penyelesaian terhadap masalah penindasan dan pemerintahan kuku besi para raja dan gerejawan di Eropah terhadap rakyatnya. Dalam Islam, yang berhak memberikan penilaian baik buruknya sesuatu hanyalah Allah semata-mata, yakni syara’, bukannya akal.
“Tentang sesuatu apa pun yang kamu berselisih, maka hukumnya (kembali) kepada Allah”
[TMQ Asy-Syura (42):10].
Demokrasi telah menetapkan bahawa rakyatlah yang memiliki kedaulatan. Adapun Islam telah menetapkan bahawa kedaulatan adalah milik syara’, bukan milik rakyat. Syara’lah yang menjadi rujukan tertinggi dalam segala sesuatu, bukannya rakyat. Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala,

Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul(Nya) dan Ulil Amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu.” (An-Nisa’: 59)
Kedaulatan di tangan syara’). Ini bermaksud kekuasaan Legislatif (menggubal undang-undang) hanyalah milik Allah semata-mata, bukan milik manusia. Firman Allah,

Menetapkan hukum hanyalah hak Allah” [TMQ al-An’am (6):57].
“Apakah hukum Jahiliyyah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin?” [TMQ al-Ma’idah (5):50].

Sistem Pendidikan Wajib Percuma
Negara wajib menyempurnakan bahagian pendidikannya melalui sistem pendidikan yang percuma untuk semua rakyatnya. Pendidikan termasuk hak-hak asas (basic rights) rakyat dalam negara Islam. Oleh yang demikian negaralah yang perlu memastikan hak asas ini diperolehi oleh setiap warganya.

Dalil yang menunjukkan bahawa pendidikan adalah percuma menjadi tanggungjawab Khilafah Islamiyyah adalah berdasarkan Ijma' Sahabat yang memberikan gaji kepada para pengajar dari Baitul Mal dengan jumlah yang tertentu. Diriwayatkan daripada Ibnu Abi Syaibah, dari Sadaqoh ad-Dimasyqi, dari al-Wadl-iah bin Atha; bahawasanya ada tiga orang guru di Madinah yang mengajar anak-anak, dan Khalifah Umar bin al-Khathab memberi gaji lima belas dinar (~63.75g emas) setiap bulan.

Apabila Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Sallam menentukan hukum tebusan tawanan Perang Badar adalah berbentuk kemestian mengajarkan sepuluh orang Muslim, ini membuktikan bahawa masalah pendidikan adalah tanggungjawab negara, kerana ia menyangkut perkara yang menjadi hajat hidup rakyat yang utama (vital), berbentuk menangani masalah kebodohan dan pembenterasan buta huruf. Adapun dalil syara' yang menjadi dasar bahawa negara mempunyai kewajiban memelihara, mengatur dan melindungi urusan rakyat, adalah berdasarkan sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Sallam : ‟Seorang imam(pemimpin) adalah bagaikan pengembala, dan ia akan dipertanggungjawabkan atas gembalaannya." [H.R. Ahmad, Syaikhan, Tirmidzi, Abu Dawud, dari Ibnu Umar]
Gejala Sosial
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia melaporkan jumlah penceraian pada tahun 1990 adalah 11,194 kes berbanding dengan penceraian pada tahun 2008 iaitu 22,289 kes. Setiap hari pula, lebih daripada 56 kes perceraian terjadi. Ini hanyalah statistik yang didaftarkan yang mana tidak termasuk lagi kes-kes yang tidak direkodkan seperti kes isteri yang digantung tidak bertali, tidak dipedulikan baik dalam hal pemberian nafkah kepada pasangannya mahupun anak-anak.  
Punca krisis rumahtangga ini adalah kerana poligami, kecurangan, masalah kesihatan pasangan termasuk kesuburan, suami isteri bermain kayu tiga, masalah hutang banyak, masalah ekonomi, pengangguran, peluang kerja terhad, komitmen kerja dan kerjaya yang terlalu tinggi, penderaan, serta pengabaian.
Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun 2001 pula melaporkan jumlah bilangan Ibu Tunggal di Malaysia dianggarkan seramai 895,000 orang berbanding 444,000 orang pada tahun 1980. Ini bermakna ia mencatatkan penambahan dua kali ganda sejak 20 tahun yang lalu atau 63 orang wanita menjadi Ibu Tunggal setiap hari. Bagitu maraknya penceraian sehingga masyarakat terpaksa mendirikan persatuan-persatuan bagi ibu tunggal yang pada hakikatnya masih tidak dapat menyelesaikan masalah yang timbul. Buktinya, ibu tunggal semakin bertambah-tambah setiap saat! Pertubuhan Ibu Tunggal Islam Wilayah Persekutuan & Selangor mempunyai seramai seramai 1,246 orang ahli. Kebanyakan ahli Pertubuhan ini terdiri daripada wanita yang telah bercerai dan tidak mendapat nafkah anak dari bekas suami walaupun telah diputuskan oleh pihak Mahkamah. Mereka sebagai ketua keluarga terpaksa menanggung beban kewangan secara bersendirian untuk menyara persekolahan anak-anak, sewa rumah, perbelanjaan harian dan keperluan lainnya. Statistik kes keganasan terhadap rumah tangga menunjukkan bilangan sebanyak 3,897 kes yang dilaporkan sepanjang 2007 kepada Polis Diraja Malaysia.
Statistik oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menunjukkan secara purata empat wanita dirogol atau dicabul setiap hari. Tujuh wanita pula menjadi mangsa gangguan seksual manakala 100 kanak-kanak didera setiap hari. Statistik yang sama menunjukkan 52 peratus mangsa rogol berusia bawah 15 tahun dan lebih daripada 80 peratus mangsa rogol mengenali identiti perogol. Kementerian itu juga menyatakan bahawa kes rogol meningkat sekali ganda kepada 2,431 kes pada 2006 berbanding 1,217 kes pada 2001.
Statistik Guttmacher Institute yang berbasis di New York, Amerika menunjukkan sedikitnya 70 ribu wanita yang menjalani pengguguran bayi mati setiap tahun. Guttmacher juga memperkirakan bahawa jumlah kes pengguguran bayi di seluruh dunia turun dari sekitar 45.5 juta di tahun 1995 menjadi 41.6 juta di tahun 2003. Setiap tahun, 190 juta wanita hamil dan kira-kira 50 juta menggugurkan kandungan di seluruh dunia. Di anggarkan 68,000 wanita mati setiap tahun kerana melakukan pengguguran yang tidak selamat.
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melaporkan terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008. Ini bermakna secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari. Jika diunjurkan lagi, satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat! MasyaALLAH, 44% daripada bayi yang dilahirkan di Malaysia adalah bayi luar nikah! Ini hanya secebis daripada apa yang direkodkan, hanya Allah saja yang tahu jumlah sebenarnya, sungguh mengerikan!
Maka apakah penyelesaian terbaik yang ditawarkan oleh sistem demokrasi? Pendidikan seks? Pemberian kondom secara percuma? Membuat rumah lindungan bagi wanita terlanjur serta pusat khas bagi bayi yang tidak dikehendaki? Memberi lesen arak, judi, pembukaan kasino dan rumah urut? Membenarkan konsert-konsert berleluasa? Mengampunkan peminum arak? Mengenakan denda RM5000 dan sebatan 6 kali untuk penzina? Inilah penyelesaian yang muncul daripada akal-akal manusia yang pastinya tidak mampu menghapuskan masalah yang timbul. Sungguh, umat ini telah benar-benar dirosakkan oleh sistem demokrasi keparat ini!

No comments: