Menggali fakta sejarah berkaitan sejarah Islam di Nusantara adalah sesuatu yang nyata, seolah-olah wujud usaha untuk memadamkannya. Namun begitu, sejarah yang benar pasti terungkap, ia tidak mampu dilenyapkan oleh tangan-tangan yang nista. Berikut adalah bukti asal dan sahih hubungan Nusantara (gugusan Melayu yakni Asia Tenggara), iaitu surat rasmi dari Sultan Aceh Alauddin Mahmud Syah kepada Khalifah Abdul Aziz, seorang Khalifah di zaman Khilafah Uthmaniyyah di Turki:
“Sesuai dengan ketentuan adat istiadat kesultanan Aceh yang kami miliki dengan batas-batasnya yang dikenal dan sudah dimiliki oleh moyang kami sejak zaman dahulu serta sudah mewarisi singgahsana dari ayah kepada anak dalam keadaan merdeka. Sesudah itu kami diwajibkan memperoleh perlindungan Sultan Salim si penakluk dan tunduk kepada pemerintahan Uthmaniyyah dan sejak itu kami tetap berada di bawah pemerintahan Yang Mulia dan selalu bernaung di bawah bantuan kemuliaan Yang Mulia Almarhum Sultan Abdul Majid penguasa kita yang agung, sudah menganugerahkan kepada almarhum moyang kami Sultan Alaudddin Mansur Syah titah yang agung berisi perintah kekuasaan.
Kami juga mengakui bahawa penguasa Turki yang Agung merupakan penguasa dari semua penguasa Islam dan Turki merupakan penguasa tunggal dan tertinggi bagi bangsa-bangsa yang beragama Islam. Selain kepada Allah SWT, penguasa Turki adalah tempat kami menaruh kepercayaan dan hanya Yang Mulialah penolong kami. Hanya kepada Yang Mulia dan kerajaan Yang Mulialah kami meminta pertolongan rahmat Ilahi, Turkilah tongkat lambang kekuasaan kemenangan Islam untuk hidup kembali dan akhirnya hanya dengan perantaraan Yang Mulialah terdapat keyakinan hidup kembali di seluruh negeri-negeri tempat berkembangnya agama Islam. Tambahan pula kepatuhan kami kepada pemerintahan Uthmaniyyah dibuktikan dengan kenyataan, bahawa kami selalu bekerja melaksanakan perintah Yang Mulia. Bendera negeri kami, Bulan Sabit terus bersinar dan tidak serupa dengan bendera manapun dalam kekuasaan pemerintahan Uthmaniyyah; ia berkibar melindungi kami di laut dan di darat. Walaupun jarak kita berjauhan dan terdapat kesukaran perhubungan antara negeri kita namun hati kami tetap dekat sehingga kami telah menyetujui untuk mengutus seorang utusan khusus kepada Yang Mulia, iaitu Habib Abdurrahman al Zahir dan kami telah memberitahukan kepada beliau semua rencana dan keinginan kami untuk selamanya menjadi warga Yang Mulia, menjadi milik Yang Mulia dan akan menyampaikan ke seluruh negeri semua peraturan Yang Mulia.
Semoga Yang Mulia dapat mengatur segala sesuatunya sesuai dengan keinginan Yang Mulia. Selain itu kami berjanji akan menyesuaikan diri dengan keinginan siapa saja Yang Mulia utus untuk memerintah kami.
Kami memberi kuasa penuh kepada Habib Abdurrahman untuk bertindak untuk dan atas nama kami.
Yang Mulia dapat bermusyawarah dengan beliau kerana kami telah mempercayai usaha perlindungan demi kepentingan kita.
Semoga harapan kami itu tercapai. Kami yakin, bahawa Pemerintah Yang Mulia sesungguhnya dapat melaksanakannya dan kami sendiri yakin pula, bahawa Yang Mulia akan selalu bermurah hati”.
Petikan isi surat tersebut dipetik dari Siri Informasi Aceh th.VI No.5 berjudul Surat-surat Lepas Yang Berhubungan Dengan Politik Luar Negeri Kesultanan Aceh Menjelang Perang Belanda di Aceh diterbitkan oleh Pusat Dokumentasi Dan Informasi Aceh tahun 1982 berdasarkan buku rujukan dari A. Reid, ”Indonesian Diplomacy a Documentary Study of Atjehnese Foreign Policy in The Reign of Sultan Mahmud 1870-1874”, JMBRAS, vol.42, Pt.1, No.215, hal 80-81 (Terjemahan : R. Azwad).
Beberapa maksud penting isi surat di atas adalah seperti berikut :
1. Wilayah Aceh merupakan sebahagian dari wilayah kekhilafahan Uthmaniyyah sejak pemerintahan Sultan Salim (seorang Khalifah Uthmaniyyah yang sangat ditakuti dan disegani sehingga digunakan perkataan ”sang Penakluk” oleh Eropah abad ke-15 M.
2. Pengakuan penguasa semua negeri-negeri kaum Muslimin bahawa Turki Uthmani adalah penguasa tunggal dunia Islam.
3. Adanya perlindungan dan bantuan ketenteraan dari Khilafah Uthmaniyyah terhadap Aceh di laut dan di darat. Hal ini wajar kerana fungsi Khalifah adalah laksana perisai pelindung ummat di setiap wilayah Islam.
4. Peraturan (undang-undang) yang berlaku di Aceh adalah hukum yang sama dilaksanakan di Turki Uthmani iaitu hukum Islam.
Dari isi surat dapat disimpulkan bahawa Kesultanan Aceh di Sumatera adalah wilayah rasmi kekuasaan Khilafah Uthmaniyyah, fakta ini tidak dapat dinafikan lagi. Sama halnya berlaku untuk daerah-daerah lain di Nusantara di mana Kesultanan Islam berdiri.
Janji Allah subhanahu wa taala adalah benar, apatah lagi satu persatu kebenaran sejarah terungkap. Kebangkitan semula Khilafah kali kedua boleh berlaku dari mana-mana wilayah termasuk Nusantara. Sudah semestinya, sebagai umat Islam, kita wajib menyongsong semula kehilangan institusi yang mulia ini.
Sambutlah Khilafah! Sambutlah Khilafah!
Sumber : Terjemahan Dari Website Hizbut Tahrir Indonesia (Klik)
Politikus Duniawi
-
Politikus Duniawi. ———————- Jangan kau percaya politikus duniawi Untuk
membela nasib walangmu. Setiap simpati dan keprihatian yang dia tunjukkan
Bukan seja...
5 years ago
No comments:
Post a Comment