my destiny

My photo
.>seterusnya akan tertegak kembali khilafah atas minhaj kenabian"

Wednesday, 23 September 2009

KHILAFAH PASTI TERTEGAK

Firman Allah ta'ala dalam surah An-Nur ayat 55 yang bermaksud,

Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepada-Ku dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain dengan-Ku. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur engkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka (fasiq). (TMQ An-Nur [24]:55)

Dalam membahaskan ayat ini, Imam Qurthubi di dalam Al-Jami’I li Ahkam Al-Quran berkomentar, “Memang benar bahawa ayat ini berlaku bagi umat Muhammad secara umum kerana kekhususan (takhsis) tidak berlaku. Kecuali penyampainya (Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam) memberitahukan tentangnya, yang berlaku adalah keumuman lafaznya”

Imam Asy-Syawkani pula berkomentar dalam Fath al-Qadir (4/74), “Ini adalah janji Allah kepada mereka yang meyakini Allah dan melakukan kebaikan, bahawa Allah akan memberikan kekuasaan di dunia kepada mereka. Sebagaimana Dia memberikan kepada umat sebelumnya. Janji ini berlaku bagi umat secara keseluruhan. Ada anggapan bahawa janji ini berlaku bagi generasi sahabat tapi tiada bukti untuk mendukung kenyataan tersebut, kerana memiliki keyakinan (iman) dan melakukan kebaikan (amal soleh) tidak dibatasi bagi para sahabat sahaja bahkan terbuka bagi setiap individu yang menjadi bahagian umat”

Maka ayat ini merupakan dalil bagi suatu ketetapan dari Allah ta'ala ke atas mereka-mereka yang beriman dan beramal soleh agar diangkat menjadi penguasa (Khalifah) di muka bumi tanpa dikhususkan waktunya ataupun tempohnya.

Manakala melalui beberapa hadis yang dilafazkan baginda melalui sanad-sanad periwayatan, mengkhususkan (takhsis al-Quran bi As-Sunnah) ayat tersebut, sebagaimana yang ditemui dalam hadis Imam Ahmad juga diriwayatkan oleh Baihaqi dari Nu'man Bin Basyir;

“Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: Masa kenabian itu ada di tengah-tengah kalian, adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya. Selanjutnya adalah masa Khilafah yang mengikuti jejak kenabian (Khilafah ’ala minhaj an-nubuwwah), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya. Selanjutnya masa kerajaan yang menggigit (Mulkan ’Adhan), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya. Setelah itu, masa kerajaan yang menyombong (Mulkan Jabariyyan), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya. Selanjutnya adalah masa Khilafah yang mengikuti jejak kenabian (Khilafah ’ala minhaj an-nubuwwah). Kemudian beliau (Nabi) diam.” [HR Ahmad dan Baihaqi dari Nuâman bin Basyir dari Hudzaifah]

Begitu juga ditakhsis ayat tersebut oleh hadis-hadis lain,

1. Imam Ahmad dalam Musnad dari Maqal Bin Yasar “Tidak lama setelah aku pergi akan muncul para tiran (pemimpin zalim). Ketika itu, keadilan akan hilang hingga orang-orang yang lahir tidak tahu apa-apa. Lalu, Allah akan turunkan keadilan dan ketika itu para tiran akan pergi sehingga orang-orang yang lahir pada masa itu tidak tahu apa-apa”

Bila direnung hadis ini dengan fikiran yang terbuka, jernih dan tulus realiti kini umat terutamanya pencinta kehidupan Islam sedang berhadapan dengan penguasa tiran dimana sahaja termasuk belahan bilad al-muslimin. Lalu apakah telah tiba tempoh waktu yang dilafazkan Baginda Sallallahu ‘alaihi wa Sallam itu sebagai "Allah turunkan keadilan" biarpun hakikatnya sekadar sekelumit sahaja dari keadilan yang dinyatakan dalam Al-Quran ?

2. Ibnu Asakir dalam Tarikh Ad-Dimasyq, Yunus Bin Maysara Bin Halbas berkata bahawa Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda “Kekuasaan ini (Khilafah) akan ada setelahku di Madinah, lalu di Syam, di Jazirah Arab, di Iraq, di Madinah lalu di Baitul Maqdis (Al-Quds). Lalu ketika kekuasaan itu di Al-Quds, itulah tempatnya yang terakhir kerana setelah itu tiada seorangpun yang akan menghapuskannya”

Menela'ah sejarah kegemilangan Islam dibawah naungan Khilafah sejak tertegaknya negara Madinah Al-Munawwarah hingga keruntuhan Othmaniyyah (3 Mac 1924) membuktikan Al-Quds tidak pernah menjadi Ibu Kota daulah Khilafah. Maka, saat Al-Quds akan muncul dengan izin Allah kelak.

3. Ibnu Sa’ad dan Al-Muttaqi Al-Hindi di dalam Kanzul Ummal 14/252, kedua-duanya meriwayatkan bahawa Abu Umairah al-Mazani mengatakan bahawa Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, “Akan ada bai’at di Baitul Maqdis”.

Satu lagi bukti bahawa bai'at yang dimaksudkan sebagai tempat tertegaknya ibu kota daulah Khilafah suatu ketika sesudah zaman Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam serta para Khulafa' ar-rasyidin. Juga sesudah zaman kejatuhan kekhilafahan Othmaniyyah.

4. Imam Ahmad dalam Musnad 5/288, Abu Daud dalam Sunan no.2535, Al-Hakim dalam Al-Mustadrak, telah bersabda Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam, “Ketika Khilafah datang ke tanah suci, maka gempa bumi, bencana dan peristiwa-peristiwa besar sudah dekat, dan Hari Kiamat akan lebih dekat dibandingkan jarak tanganku ke kepalamu”

Ketika berlaku peristiwa Fathu Makkah, peristiwa-peristiwa besar seperti tanda kemunculan al-Qiamah itu belum wujud. Maksudnya akan muncul kekhilafahan yang akan masuk ke tanah suci sekali lagi, masanya belum tiba. Menandakan masanya akan tiba dengan izin Allah ta'ala.

5. Al-Hakim dalam Al-Mustadrak 4/468, Imam Ahmad dalam Musnad 2/84, Abu Daud dalam Sunan no 2482, Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda “Akan terjadi dua hijrah dan hijrah terakhir akan terjadi ditempat bapamu, Ibrahim as berhijrah”.

Hijrah pertama adalah hijrah Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam. Sedangkan penghijrahan kedua masih belum dilakukan oleh umat ini ke tempat asal penghijrahan Ibrahim 'alaihi salam yakni Makkah.

6. An-Nawawi dalam Syarah Muslim (18/38-39), Ahmad dalam Musnad 3/317, dari Jabir, Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda “Pada saat generasi terakhir dari umat ini akan ada seorang khalifah yang membahagi-bahagikan wang tanpa menghitungnya”

7. Imam An-Nawawi dalam Syarah Muslim (18/13), Abu Daud dalam Sunan no. 4252, At-Tirmidzi (2/27), Ibnu Majah (2952), Imam Ahmad dalam Musnad (5/278 dan 5/284), Al-Hakim dalam Al-Mustadrak (4/479), dari Tawban bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, “Allah telah menyatukan seluruh bumi untukku sehingga aku dapat melihar bahagian timur dan barat sekaligus. Adapun kekuasaan umatku akan mencapai bahagian bumi yang pernah ditunjukkan kepadaku.”

8. Imam Ahmad dalam Musnad (2/176), manakala Ad-Darimi dalam Musnad-nya (1/126), Al-Hakim dalam Al-Mustadrak (3/422), dari Abu Qabil ia berkata “Kami berada dirumah Abdullah Bin Amr Bin Al-‘Ash dan ia ditanya, ‘Mana yang akan lebih dahulu ditaklukkan, Konstantinople atau Rom?’ Abdullah meminta sebuah kotak, dari kotak itu ia mengeluarkan sebuah buku, lalu berkata. ‘Kami pernah berkumpul bersama Rasulullah SAW yang sedang menulis, lalu baginda ditanya, ‘Kota mana yang lebih dahulu ditakluk ? Konstantinopel atau Rom? Baginda menjawab “Kota Heraklius (Hercules) akan ditaklukkan lebih dulu”

Khalifah Muhammad al-Fateh telah menawan Constantinople dalam 800 tahun setelah Rasulullah SAW mengeluarkan hadis ini.

9. Imam Ahmad dalam Musnad-nya dan Abu Daud dalam Sunan-nya meriwayatkan dari Syaiban bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

Di antara umat ku akan ada sebuah kelompok (thaifah) yang tetap berada dalam kebenaran, kemenangan, dan tidak akan dikalahkan oleh orang-orang yang berbeza dengan mereka sampai datang ketetapan (kemenangan) dari Allah.

10. Imam Ahmad, Muslim, dan Tirmidzi menambahkan:

Orang-orang yang mengabaikan mereka tidak akan mengganggu mereka.

11.Muslim dan Bukhari telah meriwayatkan dari Muawiyah yang berkata: Aku mendengar Rasullullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam berkata:

Sebuah kelompok dari umatku akan berdiridi atas ketetapan Allah, mereka tidak akan diganggu oleh orang-orang yang mengabaikan mereka atau yang berbeza dengan mereka, hingga datang ketetapan Allah memenangkan mereka atas orang lain.

12. Bukhari, Muslim dan Imam Ahmad dalam Musnad-nya juga meriwayatkan bahawa Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

Dari umatku akan ada segolongan umat yang berdiri di atas ketetapan Allah, orang-orang yang berbeza dengan mereka atau yang mengabaikan mereka tidak akan sanggup mengganggu mereka hingga datang ketetapan dari Allah dan mereka berada di atasnya. Mu'az bin Jabal radhiallahu 'anhu mengatakan, “Mereka berada di Syam”.

13. Imam Ahmad dan Thabrani meriwayatkan dari sanad yang tsiqah (terpercaya) dari Abu Umamah yang mengatakan bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

Akan ada sebuah kelompok dari umatku yang akan mendapat kemenangan dalam agama ini dan mereka akan mengalahkan musuh-musuh mereka. Mereka tidak akan diganggu oleh orang-orang yang berbeza dengan mereka, kecuali sekadar penyiksaan kesengsaraan sampai datang ketetapan dari Allah dan mereka berada di atasnya. Orang yang bercerita lalu bertanya, “Wahai Rasulullah, di manakah mereka berada?” Beliau menjawab, “Mereka berada di Baitul Maqdis dan sekitarnya”.

14. Ibnu Majah dalam Sunan-nya meriwayatkan dari Abu Hurairah dari Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

Akan ada sebuah kelompok dari umatku yang berdiri di atas ketetapan Allah dan mereka tidak akan diganggu oleh orang-orang yang berbeza dengan mereka.

15. Al-Hakim dalam Al-Mustadrak meriwayatkan sebuah hadis dengan sanad yang sahih dari 'Umar bin Khaththab radhiallahu 'anhu:

Akan ada sebuah kelompok dari umatku yang akan terus mendapat kemenangan di atas kebenaran hingga datang Hari Kiamat.

16. Diriwayatkan oleh ad-Darimi dari Mughirah bin Syu’bah yang mengatakan bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

Akan ada sekelompok orang dari umat ini yang akan berbeda dari orang-orang, sampai datang ketetapan Allah dan mereka akan memperoleh kemenangan.

17. Imam Ahmad dalam Musnad-nya (5/114) meriwayatkan dari Ubai bin Abi Ka’ab yang mengatakan bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

Bawalah khabar gembira kepada umat ini, bahawa umat ini akan memiliki kekuasaan, kebanggaan, agama, kemenangan dan kekuasaan di muka bumi. Jadi, barangsiapa yang lebih menginginkan pahala di dunia berbanding di akhirat, ia tidak akan mendapat apa pun di akhirat kelak.

Dalil Rasional

Orang-orang kafir barat melalui lidah pemimpin-pemimpin mereka meyakini kepada kebangkitan semula Khilafah.

1. Eric Edelman, Setiausaha Polisi Pertahanan AS, berucap dengan merujuk kepada Khilafah sekitar Nov-Dis 2005 sebelum bersidang dimeja bulat di Kaunsil Hubungan Luar “Masa depan Iraq samada dinaungi keganasan pengganas dan melebar-luaskan pengaruh serta berkebolehan mendirikan Khilafah, atau ia akan berdepan dengan kepincangan yang besar”

2. Setiausaha Pertahanan AS Donald Rumsfeld pula berucap pada 5 Disember 2005 di Washington mengatakan “Iraq akan melaksanakan dasar baru Khilafah Islamiyyah untuk (kekuasaannya) Timur Tengah, dan dimana ianya akan mengancam kekuasaan kerajaan Eropah, Afrika dan Asia. Ini rancangan mereka. Mereka menyatakan demikian. Kita melakukan kesilapan besar jika kita gagal mendengar dan memahami”. Kemudian beliau turut merujuk kepada (perkataan) Khilafah hanya tiga hari selepas itu dalam temubualnya dengan PBS.

3. Stephen Hadley, Penasihat Negara AS, merujuk kepada (perkataan) Khilafah dalam bulan Oktober 2005 ketiba berucap di New York dan Los Angeles ketika Jenderal Abizaid, pemerintah tentera AS di Timur Tengah, di Capitol Hill September lalu berkata “Mereka cuba mendirikan Khilafah diseluruh dunia kaum muslim”.

4. Carleton S, ketika memberi komentar tentang peradaban Islam dari tahun 800 hingga 1600, menyatakan, "Peradaban Islam merupakan peradaban yang paling besar di dunia. Peradaban Islam sanggup menciptakan sebuah 'continental super state' yang terbentang dari satu samudera ke samudera yang lain….Tenteranya merupakan gabungan dari pelbagai bangsa yang melindungi perdamaian dan kemakmuran yang belum pernah dikenal sebelumnya." [Ceramahnya pada 26 September 2001, dengan judul, "Technology, Business, and Our Way of Life: What's Next"].

5. George W Bush (Laknatulahi ‘Alaih) pada 6 Oktober 2005, menyatakan hal yang senada :

"Kaum militan percaya bahawa dengan menguasai satu negara akan menggerakan umat Islam dan sanggup menggulingkan pemerintahan moderat di Timur Tengah dan menegakkan kembali empayar Islam radikal yang akan menyebar dari Sepanyol hingga Indonesia."

Nyata, Khilafah adalah perkataan yang mampu mengigaukan musuhnya round the clock. Ini kerana analisis mereka berdasarkan pemerhatian yang rinci serta sokongan dalil naqli seperti yang dinyatakan diatas. Namun, malangnya keyakinan itu tiada pada sebahagian besar umat Islam tatkala ini. Bahkan pula ada yang menentang seolah-olah khilafah bukan suatu yang benar dan pasti !

Khatimah

Selain dari dalil kewajiban umat Islam mendirikan semula Khilafah sebagaimana yang dituturkan sebelum ini, hadis 'Khilafah 'Ala Minhaj An-Nubuwwah' (HR Ahmad/Baihaqi) itu juga mengiringi suatu tuntutan. Sekurang-kurangnya kaum muslimin wajib meyakini bahawa tugas merealisasikan sabda Baginda Sallallahu ‘alaihi wa Sallam tersebut merupakan perintah yang terpikul atas bahu masing-masing, bukan dibiarkan begitu saja kepada suatu golongan sedang dirinya hanya sebagai penunggu dan penanti yang setia. Paling tidak, bangun bersama mengubah pemikiran yang ada ketika ini, belajar dan mengajar, beralih dari yang sesat kepada yang lurus terang, dari yang ragu kepada yakin.

Keyakinan kepada hadis tersebut tidak berdiri sendiri pada periwayatan ahad, bahkan ianya disandarkan kepada keumuman lafaz ayat 55 surah An-Nur. Begitu juga disokong mafhum (dilalah)nya hingga mewujudkan satu maksud yakni kekhilafahan kembali merupakan suatu kepastian. Kepastiannya merupakan aqidah siyasah umat yang perlu dipikul bersama agar ia terealisasi.

Mengapa Khilafah 'Ala Minhaj An-Nubuwwah ? Kerana lafaz Baginda Sallallahu 'alaihi wa sallam dan juga sikap optimis umat perlu dikembalikan pada kegemilangan Khilafah Ar-Rasyidah.

“Sesungguhnya di belakang kalian ada hari-hari yang memerlukan kesabaran. Kesabaran pada masa-masa itu bagaikan memegang bara api. Bagi orang yang mengerjakan suatu amalan pada saat itu akan mendapatkan pahala lima puluh orang yang mengerjakan seperti amalan itu. Ada yang berkata, “Hai Rasululah, apakah itu pahala lima puluh di antara mereka?” Rasululah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam menjawab, “Bahkan lima puluh orang di antara kalian (para sahabat).” [HR. Abu Daud, dengan sanad hasan]

Wallahu ‘alam bissawaab
WSL

No comments: