my destiny

My photo
.>seterusnya akan tertegak kembali khilafah atas minhaj kenabian"

Wednesday 30 September 2009

TERDAMPAR DI ‘DARUL TAQWA’



TERDAMPAR DI ‘DARUL TAQWA’





Digosok-gosok lagi matanya. Dia seakan-akan tidak percaya apa yang dilihatnya. Apakah aku kembali ke zaman unta, ke zaman kolot dan purba? begitulah detik hatinya. Dikesat hidungnya yang berair dengan kertas tisu. Kertas itu kemudiannya dicampakkannya ke tepi jalan.

"Assalamualaikum, pakcik.. tolong kutip kertas itu. Nanti pakcik rugi di Akhirat. Kebersihan itu separuh daripada iman." Bunyi satu suara di belakangnya. Ia bingkas berpaling. Siapa berani menegurku? Aku Datuk Dr.Johar, orang besar dalam negara ini. benak hatinya. "Erm tak pelah Pakcik, biarlah saya tolong kutipkan, sebelum orang-orang Diwan ud-Daulah An Nadzhifah datang. Nanti didendanya pakcik," kata budak kecil berpakaian putih dengan serban yang melilit kepalanya. Tercengang Datuk Dr Johar dengan apa yang dikatakan budak tuh dalam hatinya berkata "apa benda tuh". Tetapi dia tidak panik, Datuk Dr. Johar terus membetulkan tali lehernya. "Ah,kalau apa yang kau crita nih budak, apa aku nak risau aku ada segalanya, nanti kalau dia datang biar aku sogok dengan duit ini" . Benar manusia mana yang tak kelabu mata tengok duit merah, biru berlapis-lapis dilambai-lambaikan (ukuran kapitalis sememangnya duit adalah segalanya, bukan lagi halal dan haram). Si Budak kecil itu, menggeleng-gelengkan kepala lalu pergi.



Namun, Datuk Dr. Johar terus hairan. Bangunan pencakar langit dengan wajah pembangunan yang sofistikated. Ada helikopter ala-ala AW129 Multi-Role Combat Helicopter malah lebih hebat lagi dengan gaya lebih ergonomik bersimpang -siur bergerak di udara. Railbus bercerakah ke sana sini. Bullet train meluncur bagaikan panah dilepaskan dari busurnya. Kesibukan yang layak dipikul oleh manusia-manusia moden. Namun peliknya, pakaian mereka, tingkah-laku mereka... Ah, di mana aku sekarang ini, gerutu hati Datuk Dr.Johar. "Hoi budak, Aku dimana sekarang ?" tanya Datuk Dr. Johar kepada seorang budak yang berlalu di hadapannya. Budak itu tersenyum. Mukanya cerah dan indah. Tenang dan bersuara lunak. Apakah ini Aladin, budak Arab dengan lampu ajaibnya: teka-teki itu terus menerjah kepala dan kotak fikir Datuk Dr. Johar. Budak itu membuka mulut hendak menjawab. Belum sempat menjawab, tiba-tiba datang sebuah kereta jenis Lamborghini model Gallardo version ke berapapun Datuk Dr Johar tak dapat pastikan kerana terlalu canggih, merah dan bercahaya berkilat, solid molid. Lantas keluar dua orang lelaki dengan pakaian yang hebat dan segak. Pakaian mereka berwarna hitam berjalur biru.

"Assalamualaikum ya akhi....Asif, pakcik. Kami terpaksa mendenda pakcik. Kesalahan membuang sampah ini sudah belasan tahun tidak berlaku di dalam Daulah Khilafah ni. Kami terpaksa mendenda pakcik. Kebersihan itukan lambang iman. Negara ini menitikberatkan ketakwaan, keharmonian, keimanan dan keadilan.... Pakcik didenda, 30 kali subhanallah, 30 kali astaghfirullah dan selawat 100 kali." Kata pegawai penguatkuasa itu dengan lembut. Datuk Dr. Johar tersentak. Apa namanya undang-undang ini. Tak ada dewan bandaraya di seluruh pelusuk dunia mengamalkannya. Dia tercengang-cengang. Namun egonya membumbung tinggi. Apa ? Dia nak marahkan aku ?
" Nah ni duit lima ratus. Aku tak mahu buat apa yang kamu minta. Kita selesaikan di sini saja. Berapa gaji yang kamu dapat sebulan? " tanyanya angkuh. "Pakcik, kami bekerja kerana Allah, Ijarah yang kami terima itu pun dah tersangat cukup buat kami. Lagipun duit bukan ada harga lagi di zaman ini. Takkan pak cik tak tahu, Kitakan telah di urusi kembali oleh Daulah, Hari ini islam TELAH BUKTIKAN KEMBALI UPAYANYA TIADA SEORANG PUN YANG LAYAK MENERIMA ZAKAT MALAH BUKAN SAHAJA DI SINI PAKCIK DI SELURUH TANAH DAULAH KHILAFAH INI. Lagipula hari ini benda tuh hanya dipandang sebagai alat, sebatas sebagai material, dan bukan matlamat hidup kami Pak Cik untuk mengejar Material," kata pegawai berjanggut dan berjambang itu dengan tenang sambil senyum sinis. "Eh, Eh .... asif pakcik. Bisa kami nak bertanya, kenapa pakcik pakai pakaian zaman dulu? Mana pakcik dapat pakaian macam itu ?" Tanya pegawai itu pula. "Aku yang gila, atau dia yang gila? dahlah sikit-sikit cakap arab, buat-buat tahu jelah" Detik hati Datuk Dr. Johar.



Dia berjalan ke arah kereta Gallardo merah yang berkilat itu. Melalui cerminnya dia nampak perawakannya dengan jelas. Tak ada yang salah. Tali leher, dan Tuxedonya masih kemas dan segak. Daripada jenama yang mahal pula - Padinni. Kasutnya hitam berkilat daripada jenis Bally. "Ah! Aku masih unggul. Lelaki tampan, lambang status dan kejayaan. Dia yang kolot, dia yang ketinggalan zaman." bentak Datuk Dr Johar "Anak muda, pakaian pakcik ni pakaian pemimpin. Pakcik orang besar di negara ini. Pakcik dah keliling dunia dengan pakaian ni. " "Pakcik, itu pakaian puluhan tahun yang lampau. Sewaktu kehidupan di telanjangi dengan Kapitalis, Waktu tuh Daulah Khilafah belum tertegak lagi. ISLAM BELUM MENDOMINASI DUNIA KEMBALI pakcik. Moyang-moyang kami dulu saja yang pertahankan pakaian macam itu. Itu pakaian orang kuno di Barat. Sekarang, kami hanya dapat lihat gambar-gambarnya saja. Itupun dalam buku sejarah zaman peralihan Islam. Orang Barat zaman moden ini dah berpakaian macam yang kami pakai. Modernistik Kot Kami nih, dan kadang kala mereka (orang barat) juga berserban. Tak ada orang yang pakai macam tu kecuali orang-orang bukan Islam yang di jamin kebebasannya dalam sebuah DAULAH ISLAMIYAH dan orang-orang yang support old school brandy. Walaupun dalam Islam tidak ada masalah pakcik, tapi kami heran dengan tingkah laku pakcik nih." panjang jawapan anak muda itu

Datuk Dr. Johar termanggu-manggu kebingungan. "Di mana aku sebenarnya ni?" Dia bertanya lagi kepada pegawai penguatkuasa dan budak kecil di tepi jalan. Dia masih kenal, jalan yang dia berdiri itu iras-iras Jalan Chow Kit ditengah bandar Kuala lumpur. Masih ada Masjid Pakistan dan Masjid Kampung Baru di sebelah sana. Tetapi itu sahaja, yang lain tak ada. "Subhanallah, Ya akhi, Pakcik di bandar Mutmainnah. Ini jalan Mujahadah, namanya. Saya Haji Din, Wali Muhtasib cabang dalam departemen Diwan ud-Daulah An Nadzhifah. Diberi amanah untuk memastikan kebersihan lahir batin bandaraya ini." Apa? Bandaraya Kuala Lumpur dah jadi Bandaraya Mutmainnah? Jalan Chow Kit dah jadi jalan Mujahadah? Apa dia mutmainnah? Apa dia mujahadah tu? Apa benda bahasa-bahasa Arab yang kau cakap dari tadi nih? Apa yang terjadi ni? Soalan-soalan itu terus menyerang benak Datuk Dr. Johar. "Pakcik, kami rayu pakcik membayar denda tadi. Kalau tak boleh sekarang, lepas sembahyang nanti pakcik laksanakanlah. Demi kebaikan pakcik dunia dan Akhirat... Dan ini kesalahan pertama pakcik saya rasa dengan denda seperti itu sudah cukup tapi pak cik perlu ingat sekiranya berulang perkara ini akan di bawa kepada pengadilan yang lebih tinggi!." Tiba-tiba terdengar suara orang memberi salam dari jauh. Nyaring dan jelas. Seorang lelaki pertengahan umur berlari kepada seorang pegawai penguatkuasa. "Tuan, hukumlah saya. Saya mengumpat tadi. Ya Allah ! seksa Neraka amat pedih..Tolonglah, tuan. Hukum saya di dunia sebelum saya di hukum di Akhirat!" rayu lelaki itu. Pegawai tadi berpaling ke arah lelaki yang baru datang dan mengambil aduan tersebut untuk diadukan kepada mereka yang selayaknya, dan kesempatan itu diambil oleh Datuk Dr. Johar. Ia lari sekuat-kuat hati. Peliknya mereka tidak mengejarnya. Datuk Dr Johar terlupa bahawa dia berada dalam dunia yang jauh lebih tinggi teknologinya, kot-kot pakaian mereka telah tersiap dengan sensor-sensor yang bisa membuatkan mereka ketahui Butiran seperti nama, gambar, tarikh dan terus sahaja di masukkan Online kedalam server pendaftaran kes di jabatan Qadhi. Lagi pula kes yang di buatnya kes-kes kecil yang dihukumi dengan hukuman mukhalafat yang sgt kecil iaitu dengan hanya bertasbih bertahmid dan berselawat, dia melanggar perintah untuk tidak melaksanakannya itu adalah tanggung jawabnya tidak akur terhadap perintah khalifah yang pasti di dunia dia terlepas tidak di akhirat. Dan mungkin kali ini dia terlepas namun sekiranya berulang dia akan tahu nasibnya.



"Fuh.. Lega.Dahaga , lapar pulak perut aku nih" kata hati kecil Datuk Dr Johar. Sejurus kehausan dan kelaparan mula menggigit tekak dan perutnya. Dia mesti makan.Dia perlu minum. Tapi di mana? Tiba-tiba ia terdengar suara komputer dari sound system di tepi-tepi jalan : Ping Pong!! "Assalamualaikum, kepada seluruh penduduk Kota Mutmainnah. Syeikh Al Syahran, hartawan besar berada di jalan Uwais Al Qarni. Dia merayu dengan sebenar-benar rayuan agar siapa yang lapar, siapa yang merasa dirinya dalam kekurangan atau yang sudi menerima sumbangan agar sudi menerima hibahnya. Hari ini ia menjamu nasi dan minuman. Sila datang!" suara komputer itu di laungkan 2 kali dengan suara yang amat jelas dalam dua bahasa iaitu arab dan bahasa yang dipahaminya. Namun Datuk Dr. Johar dengan berlagaknya meninggi dada dan mendengus yalah orang besar Ibu Kota itu dia tidak akan mencemar duli mendapat saguhati nasi. Ibarat pengemis pula. Dia ada duit, mampu membelinya sendiri.




Dia pun masuk ke sebuah restoran di tepi jalan. Di situ penuh dengan pelanggan. Tapi sekali lagi beliau dikejutkan kerana kebanyakkannya berserban dan wanita pula berjubah(berjilbab) Malahan ada yang hanya bisa dilihat mata mereka sahaja (niqab). Namun matanya tak betah lagi melihat semua itu. Tapi kerana lapar ia masuk juga. "Maaf tuan, itu pintu masuk untuk wanita. Di sini untuk lelaki." "Ceh! Diskriminasi, doubel-standard, lelaki dipisahkan daripada perempuan." Mukanya dicemekkan kepada tuan kedai yang menegurnya. "Ada restoran lain yang mengamalkan persamaan taraf antara lelaki dan perempuan? Saya tak suka pemisahan-pemisahan macam ni!". Lelaki itu tersenyum. "Empat puluh tahun yang lalu adalah.Sekarang ni kita sudah bebas dan merdeka. Zaman penjajahan fikiran dan jiwa sudah berlalu. Tak ada diskriminasi wanita di sini, tuan. Amir Muhammad, pemimpin Daulah Khilafah telah menaikkan taraf wanita tanpa Women's Libs. yang perlu di jaga adalah aturan dari Allah ikhtilat dan infishal perlu diperhatikan dan terjaga dari segala sudut. Kalau tUan ada isteri dan membawanya bersama, sila masuk ke sana. Di sana ada tempat khusus untuk makan bersama isteri dan anak perempuan,"terangnya. Mukanya jernih. Kopiah dan jubahnya serba putih. "Ini bertentangan dengan prinsip demokrasi. Sistem pemerintahan kapitalis, sosialis, nasionalis malah komunis sekalipun tak macam ni... tak ada kebebasan bersuara, kebebasan bertingkah laku, kebebasan beraqidah, kebebasan berpemilikan, tempat jahanam apa ini...?" "Masya-Allah pakcik, jangan disebut lagi nama- nama ideologi tu. Semuanya telah termaktub sebagai ajaran-ajaran sesat dalam perlembagaan Daulah Khilafah ala Minhajin Nubuwwah ini. Tak ada orang lagi yang berpegang dengan fahaman jahiliyyah tu... Subhanallah.... Pak Cik nih Kenapa? risau saya di buatnya" Keluh tuan restoran itu sambil mengurut-ngurut dadanya. Ah! Persetankan semua itu. Perut aku lapar. Datuk Dr. Johar pun duduk. "Nasi beriani sepinggan !"ujarnya kepada pelayan. "Dalam pinggan, tuan?" tanya pelayan itu kehairanan. "Ya ! Apa peliknya?", "Baik,tuan.Tapi di restoran ini, semua orang berebut-rebut pahala makan berjamaah. Tuan makan seorang?" tanya pelayan berkulit hitam itu mungkin berasal dari Nigeria namun dari gaya bibirnya seperti telah fasih berbahasa yang di pahaminya.



Dia tambah geram. direnung ke hadapan, iaitu ketempat orang menikmati makanan. Tidak ada meja makan hanya hamparan permaidani tebal dengan dulang-dulang indah yang tersusun rapi. Mereka makan satu dulang. Yek! Jijiknya. Ah! Aku tetap aku. Aku ada pendirian! Nasi beriani dengan ayam goreng kegemarannya terhidang di atas kain putih khas. "Jemput makan dengan nama Allah yang memberi rezeki," kata pelayan itu dengan sopan. Datuk Dr.Johar makan dengan seleranya. Dewan makan itu berhawa dingin lengkap dengan alatan projector maya dan blue raynnya sekali. Dia makan seorang diri bagai kera sumbang. " Ya Allah, apa musibah yang menimpa ana Subuh tadi. Ana masbuk dalam sembahyang jemaah Subuh, " ujar seorang lelaki muda dengan wajah yang kecewa. Suapnya perlahan. Macam tak lalu makan saja "Anta tak cuba tampung dengan amal nafilah atau makrufat yang lain?"tanya sahabatnya di sebelah. Dia nampak simpati. Datuk Dr. Johar pasang telinga saja. "Ana nak sedekahkan lima ribu dinar emas...malang nasib ana. Ana tunggu lima jam di tepi jalan tadi, seorang pun tak mahu terima sedekah ana" Keluhnya."Susah kita sekarang. Orang miskin yang bolot pahala redha, pahala sabar. Mereka patutnya bantulah kita.Tolonglah terima sedekah kita. Ah, susahnya jadi orang kaya macam kita ini. Dahlah nanti di Akhirat banyak hisabnya, Di dunia orang tak sudi pula terima sedekah kita.” “Oh...!” keluh seorang yang sama-sama makan dengan lelaki muda tadi."Kalaulah kita hidup zaman moyang kita dulu, kan dapat kita korbankan harta yang banyak ini. Saya pun dapat harta ni melalui warisan daripada bapa, yang diwarisi oleh datuk saya daripada moyangnya. Kita tunggulah bila kerajaan nak bangunkan projek negara atau nak gunakan duit untuk kemaskinikan kementerian-kementeriannya.... saya nak labur habis-habisan. Biar jadi saham Akhirat," kata pemuda itu menutup perbualan. Mereka pun makan dengan perlahan -lahan.



Datuk Dr.Johar makin pelik. setelah tamat makan... Datuk Dr. Johar tak tahan lagi. Ia merengus dan pergi ke kaunter bayaran. "Maaf tuan, duit ini duit lama. Kalau tuan tak mampu bayar kami halalkan sajalah ..."

Datuk Dr. Johar makin geram. Dia menderam dan berkata " Saya bayar dengan kad kredit saja!" Dia hulurkan kad kredit warna keemasannya. "Subhanallah. kad kredit!!! dari mana tuan dapatkan najis ini, tuan. Kad kredit ini bukan transaksi yang boleh kami terima, kerana dalam ekonomi hari ini tidak adalagi riba' SESUNGGUHNYA ALLAH DAN RASUL AKAN MEMERANGI ORANG YANG MENGAMBIL RIBA. KAMI TIDAK REDHA DAPAT SEDIKIT HARTA SEKALIPUN DENGAN RIBA'. maafkan kami sekiranya sungguh kami jijik melihatnya kami halalkan sajalah." "Tak, pantang saya minta sedekah. Saya ada harta simpanan berbungkal-bungkal emas di bank. Takkan saya nak bawa, nanti disambar pencuri." " Tuan dalam Daulah ini tak ada pencuri, tuan. Pencuri terakhir telah dipotong tangannya 30 tahun yang lalu ketika minta dihukum di hadapan Qadhi kerana takutkan seksa Neraka." "Ah, aku tak nak dengar semuanya. makin gila aku dibuatnya," pekik Datuk Dr. Johar lantas meluru keluar dari restoran itu.



Di luar, semua pandangan menyakitkan hati. Mengapa orang kolot ini mentadbir teknologi begini tinggi. Pemandu bullet train berserban merah tersenyum kepadanya. Pilot helikopter dengan tulisan 'KHILAFAH AIR PUBLIC TRANSPORT' sibuk dengan urusannya. Di seberang jalan tertegak papan iklan dengan tulisan yang jelas :"KELUARGA BAHAGIA GEMBIRA DENGAN SUNNAH DAN PEMBUMIAN AL QURAN DALAM JIWA". Di papan itu terpampang gambar seorang lelaki dan perempuan berserta anak-anak meraka sambil membawa al-liwa dan ar-royah untuk dikibarkan. Semuanya berkopiah, yang perempuan berjubah (jilbab).


Isy,meluatnya! Di jalan-jalan raya suasana meriah dengan salam dan senyum. Baginya, semua itu seolah-olah menyindir dan mengejek. Kenapa jadi begini? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Mengapa? Mengapa? Mengapa? Datuk Dr. Johar tiba-tiba menjerit. Tekanan dalam jiwanya yang kian tersumbat itu tiba-tiba meletus. "Datuk..!Datuk..! Bangun, Datuk. Ada berita buruk !" Datuk Dr.Johar bangun. Ia tertidur sewaktu menunggu keputusan pilihanraya hari itu. "Kenapa? Parti kita kalah? Aku kalah? "tanya Datuk Dr. Johar. "Tidak, Tuk. Rakyat bangun memprotes. Mereka tak mahu demokrasi. Mereka tak mahu lagi pilihanraya demokrasi ini. mereka tidak mahu kapitalis. askar-askar dan orang-orang berkuasa tidak dapat berbuat apa datuk. jumlah mereka sangat ramai mendunia datuk mendunia!!!" "Habis, mereka mahu apa?" "Mereka mahu Islam, Datuk! MEREKA MAHUKAN KHILAFAH! kata-kata KHILAFAH SANIAH ALA MINHAJIN NUBUWWAH ITU TERPACUL DARI MULUT2 MEREKA SAMBIL PANJI-PANJI HITAM MEREKA KIBARKAN, BUKAN SAHAJA DI SINI DATUK DARI TIMUR JAUH SANA MEREKA BERARAK SAMPAI KESINI DAN KESEMUA UMMAT ISLAM BERSAMANYA DI SELURUH DUNIA DATUK APA YANG MEREKA INGINKAN HANYALAH KHILAFAH DATUK!!! KHILAFAH!!!" kata setiausaha sulit Datuk Dr Johar. "KHILAFAH?" keluh Datuk Dr. Johar. Digosok-gosok lagi matanya. sebelum beliau pengsan terdengar sebuah teriakan yang mulanya sayup dan tapi semakin dekat dari seorang lelaki berbadan besar, tegap dan penuh kobaran semangat memakai jubah hitam berkopiah putih sambil mengibarkan PANJI HITAM BERKALIMAH TAUHID PUTIH YANG BESAR. beliau menyatakan "WAHAI SELURUH UMMAT ISLAM!!! WAHAI SELURUH UMMAT ISLAM!!! WAHAI SELURUH UMMAT ISLAM!!! HARI INI ISLAM TELAH KEMBALI SAUDARAKU.!!! ISLAM TELAH KEMBALI!!! KHILAFAH TELAH DITEGAKKAN AYOH KITA BERGERAK. MENGHANCURKAN SISTEM SEKULAR INI.. ISLAM TELAH KEMBALI.. KHILAFAH TELAH KEMBALI.. KHILAFAH TELAH KEMBALI!!!! KHILAFAH TELAH KEMBALI!!! TAKBIR!!!!!!" Dato' Dr Johar sedar dan perasan di wajah pemuda berbadan besar itu ada air mata yang berjujuran membasahi bumi yang tidak henti-henti.....
....


TAKBIR!!!!!!!


"ISLAM KAN TETAP DIJULANG WALAUPUN IA DITENTANG.. DI UZBEK MUNGKIN 3 ORANG SAUDARA KAMI DIBUNUH, DI MESIR IRAQ, PALESTIN DAN BERBAGAI TEMPAT LAGI PUNYA NASIB YANG SAMA. SEHINGGAKAN KEMATIAN PARA PEJUANG KHILAFAH DAN SYARIAH TIDAK BISA TERHITUNG LAGI DENGAN JARI, NAMUN ITU BUKAN ALASAN KAMI AKAN MUNDUR, KAMI AKAN MELEMAH, WALAUPUN KAMI DIHARAMKAN DI SELURUH DUNIA, WALAUPUN KAMI DI TENTANG DENGAN PENUH HEBAT SEKALU. JANJI DARI ALLAH AKAN TETAP TERLAKSANA, JANJI DARI RASUL AKAN TETAP TERJADI. KERANA ITULAH JANJI YANG PASTI" MUNGKIN KAMI AKAN MATI, KAMI AKAN TERSIKSA, KAMI AKAN DITINDAS, TAPI KAMI YAKIN DAN PERCAYA, "BAHAWA SIAPA SAHAJA MEMBANTU AGAMA ALLAH DENGAN SEBENAR-BENAR BANTUAN, YANG MENGIKUTI SEGALA LANGKAH YANG DITETAPKAN, DAN DIGARISKAN, MENINGGALKAN SEGALA YANG BERCANGGAHAN DENGAN ISLAM, ALLAH AKAN PASTI BERADA BERSAMA MEREKA. 3 ORANG PERGI AKAN LAHIR 30 RIBU LAGI ORANG YANG CINTA AKAN KEBENARAN. 30 ORANG KAMI TERSIKSA AKAN LAHIR 300 RIBU LAGI ORANG YANG TUNDUK DAN PATUH SEGALA PERINTAH DAN PERJUANGKANNYA DENGAN KEIKHLASAN. KERANA ITU KAMI TIDAK PERNAH KHUATIR. KAMI TIDAK PERNAH BERUNDUR BUKAN DI SINI TAPI DISELURUH DUNIA. KERANA KAMI MEMBAWA IDEOLOGI YANG BENAR. MABDA YANG LAHIR DARI AL-QURAN, AS-SUNNAH, IJMAK SAHABAT, DAN QIYAS. DAN KEHIDUPAN KAMI HANYA UNTUK MENGHARAPKAN REDHA DARI SANG MAHA PENCIPTA
DAN KINI JANJI ITU SEMAKIN HAMPIR DENGAN KEJAYAANNYA. SANGAT2 HAMPIR HANYA PERLUKAN SEDIKIT MASA DENGAN KEIZINAN DARINYA. MAKA BERUNTUNGLAH BAGI MEREKA YANG SEDAR AKAN ANUGERAH DARI ALLAH INI DAN BERGABUNG JUGA BERSAMA MENJADI SEBAHAGIAN DARI PEJUANGNYA. FASA INILAH YANG KITA NANTIKAN. YANG TELAH BERPULUH TAHUN LAMANYA DIPERJUANGKAN TANPA HENTINYA. 88 TAHUN TELAH BERLALU. TAPI KINI IANYA AKAN KEMBALI!!! IANYA AKAN KEMBALI!!! GERGASI INI AKAN KEMBALI!!! TAKBIR!!!!


TINGKATKAN USAHA!!! TEGUHKAN CITA!!! BERSAMALAH MEMPERJUANGKANNYA!!!
SESUNGGUHNYA IANYALAH SAKSI KITA DISANA, AKHIRAT YANG KEKAL SELAMANYA... TAKBIR!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Tuesday 29 September 2009

Ulama Empat Mazhab Mewajibkan Khilafah

Pada umumnya, para ulama empat mazhab tidak pernah berselisih pendapat mengenai kewajiban mengangkat seorang imam/khalifah yang bertanggungjawab melakukan tugas ri’âyah suûn al-ummah (mengatur urusan umat).

Imam al-Qurthubi, seorang ulama besar dari mazhab Maliki, ketika menjelaskan tafsir surah al-Baqarah ayat 30, menyatakan, “Ayat ini merupakan dalil paling asas mengenai kewajiban mengangkat seorang imam/khalifah yang wajib didengar dan ditaati iaitu untuk menyatukan pendapat serta melaksanakan hukum-hukum berkaitan khalifah. Tidak ada perselisihan pendapat tentang kewajiban tersebut di kalangan umat Islam mahupun di kalangan ulama, kecuali apa yang diriwayatkan dari Al-A’sham (Imam al-Qurthubi, Al-Jâmi’ li Ahkâm al-Qur’ân, 1/264-265).

Al-’Allamah Abu Zakaria an-Nawawi, dari kalangan ulama mazhab Syafii, mengatakan, “Para imam mazhab telah bersepakat, bahawa kaum Muslimin wajib mengangkat seorang khalifah.” (Imam an-Nawawi, Syarh Shahîh Muslim, XII/205). .

Ulama lain dari mazhab Syafii, Imam al-Mawardi, juga menyatakan, “Menegakkan Imamah (Khilafah) di tengah-tengah umat merupakan kewajiban berdasarkan pada Ijma’ Sahabat. (Imam al-Mawardi, Al-Ahkâm as-Sulthâniyyah, hlm. 5).

Imam ‘Alauddin al-Kasani, ulama besar dari mazhab Hanafi pun menyatakan, “Sesungguhnya mengangkat imam (khalifah) adalah fardhu. Tidak ada perbezaan pendapat di antara ahlul haq mengenai masalah ini. Manakala penafian berhubung kewajiban ini oleh sebahagian kelompok Qadariah tidak membawa apa-apa makna kerana kewajiban ini adalah didasarkan kepada dalil yang lebih kuat, iaitu Ijma’ Sahabat dan untuk membolehkan perlaksanaan hukum Islam, iaitu ketaatan umat Islam kepada pemimpin lalu menghapuskan kezaliman serta membuang perselisihan yang menjadi sumber kerosakan akibat tiadanya seorang imam.(Imam al-Kassani, Badâ’i ash-Shanai’ fî Tartîb asy-Syarâi’, XIV/406).

Imam Umar bin Ali bin Adil al-Hanbali, ulama mazhab Hanbali, juga menyatakan, “Ayat ini (QS al-Baqarah [2]: 30) adalah dalil atas kewajiban mengangkat imam/khalifah yang wajib didengar dan ditaati untuk menyatukan pendapat serta untuk melaksanakan hukum-hukum tentang khalifah. Tidak ada perbezaan tentang kewajiban tersebut di kalangan para imam kecuali apa yang diriwayatkan dari Al-A’sham dan orang yang mengikutinya.” (Imam Umar bin Ali bin Adil, Tafsîr al-Lubâb fî ‘Ulûm al-Kitâb, 1/204).

Imam Ahmad bin Hanbal dalam sebuah riwayat yang disampaikan oleh Muhammad bin ‘Auf bin Sufyan al-Hamashi, menyatakan, “Fitnah akan muncul jika tidak ada imam (khalifah) yang mengatur urusan manusia.” (Abu Ya’la al-Farra’i, Al-Ahkâm as-Sulthâniyah, hlm.19).

Imam Abu Muhammad Ali bin Hazm al-Andalusi azh-Zhahiri dari mazhab Zhahiri menyatakan, “Para ulama sepakat bahwa Imamah (Khilafah) adalah fardhu dan dengan adanya seorang imam itu merupakan suatu kewajiban, kecuali an-Najdat. Pendapat mereka benar-benar telah tertolak kerana menyalahi Ijma’ Sahabat dan pembahasan mengenai mereka telah dijelaskan sebelumnya. Para ulama bersepakat bahwa tidak boleh ada dua imam (khalifah) bagi kaum Muslimin dalam satu masa di seluruh dunia baik mereka sepakat atau tidak, baik mereka berada di satu tempat atau di dua tempat.” (Imam Ibn Hazm, Marâtib al-Ijmâ’, 1/124).

Imam Ibnu Hazm juga mengatakan, “Majoriti Ahlus-Sunnah, Murjiah, Syiah dan Khawarij bersepakat mengenai kewajiban menegakkan Imamah (Khilafah). Mereka juga bersepakat, bahawa umat Islam wajib mentaati Imam/Khalifah yang adil yang menegakkan hukum-hukum Allah di tengah-tengah mereka dan memimpin mereka dengan hukum syarak yang dibawa Rasulullah saw.” (Ibnu Hazm, Al-Fashl fî al-Milal wa al-Ahwâ’ wa an-Nihal, IV/87).

Taqarrub kepada Allah yang Paling Esa

Usaha menegakkan Khilafah Islamiyah termasuk dalam aktiviti taqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah yang Paling Esa. Syeikul Islam Imam Ibnu Taimiyyah mengatakan, “Yang wajib adalah menjadikan kepemimpinan (imârah) sebagai sebahagian dari agama dan landasan untuk bertaqarrub kepada Allah. Taqarrub kepada Allah dalam hal imârah (kepemimpinan) yang dilakukan dengan cara mentaati Allah dan Rasul-Nya adalah sebahagian dari taqarrub yang paling utama.” (Imam Ibnu Taimiyah, As-Siyâsah asy-Syar’iyyah, hlm. 161).

Al-’Allamah Ibnu Hajar al-Haitami juga menyatakan, “Ketahuilah juga bahwa para Sahabat ra. seluruhnya telah berijma’ bahawa mengangkat seorang imam (khalifah) setelah berakhirnya masa kenabian adalah wajib. Bahkan mereka telah menjadikan kewajiban ini sebagai urusan yang paling penting. Buktinya, para Sahabat lebih menyibukkan diri dengan perkara ini dibandingkan dengan menguruskan jenazah Rasulullah SAW. Perselisihan mereka dalam hal penentuan (siapa yang berhak menjadi imam) tidaklah merosak ijma’ yang telah disebutkan tadi.” (Imam Ibnu Hajar al-Haitami, Ash-Shawâ’iq al-Muhriqah, 1/25).

Malangnya, majoriti umat Islam sekarang lebih menyibukkan diri dengan amalan-amalan sunat, seperti zikir jama’i, aktiviti sedekah, shalat dhuha, puasa sunat dan lain-lain dibandingkan dengan melibatkan dirinya dalam perjuangan menegakkan Khilafah Islamiyah. Lebih menyedihkan lagi, sebahagian mereka  menganggap perjuangan menegakkan Khilafah Islamiyah tidak penting berbanding amalan-amalan sunat tersebut. Malahan mereka juga menganggap para pejuang Khilafah sebagai orang-orang yang tidak memiliki ketinggian ruhiyah dan akhlaq. Walhal menegakkan Khilafah Islamiyah dan terlibat dalam aktiviti ini termasuk dalam golongan  yang berusaha mendekatkan diri kepada Allah yang paling Esa.

Berdirinya Khilafah: Janji Allah

Ulama empat mazhab juga telah menyatakan bahawa tegaknya Khilafah Islamiyah adalah janji Allah SWT kepada orang-orang Mukmin. Al-Quran telah menyebutkan janji ini (tegaknya kekhilafahan Islam) dengan jelas dan terang. Allah SWT berfirman;

"Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman dan beramal salih di antara kalian, bahwa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka berkuasa" .(QS an-Nur [24]: 55).

Imam Ibnu Katsir, ketika menafsirkan ayat di atas, menyatakan, “Inilah janji dari Allah SWT kepada Rasulullah SAW, bahawa Allah SWT akan menjadikan umat Nabi Muhammad SAW. sebagai khulafâ’ al-ardh; yakni pemimpin dan pelindung kepada umat manusia. Dengan merekalah (para khalifah) akan memelihara negeri dan seluruh hamba Allah akan tunduk kepada mereka.” (Imam Ibnu Katsir, Tafsîr Ibn Katsîr, VI/77).

Imam ath-Thabari juga menyatakan, “Sesungguhnya Allah akan mewariskan bumi kaum musyrik dari kalangan Arab dan bukan Arab kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Sesungguhnya, Allah akan menjadikan mereka sebagai penguasa dan pengaturnya.” (Imam ath-Thabari, Tafsîr ath-Thabari, XI/208).

Janji besar ini tidak hanya berlaku bagi orang-orang yang beriman dan beramal soleh pada generasi para Sahabat sahaja, malahan berlaku juga sepanjang masa bagi orang-orang Mukmin yang beramal soleh. Imam asy-Syaukani berkata, “Inilah janji dari Allah SWT kepada orang yang beriman kepada-Nya dan melaksanakan amal soleh tentang Kekhilafahan bagi mereka di muka bumi, sebagaimana Allah pernah mengangkat sebagai penguasa kepada orang-orang sebelum mereka. Inilah janji yang berlaku umum bagi seluruh generasi umat. Ada yang menyatakan bahwa janji di dalam ayat tersebut hanya berlaku bagi Sahabat sahaja. Sesungguhnya, pendapat seperti ini tidak memiliki asas sama sekali. Alasannya adalah iman dan amal soleh tidak hanya dikhususkan  pada Sahabat sahaja, namun ia juga boleh diraih oleh setiap generasi umat Islam sesudah mereka.” (Imam asy-Syaukani, Fath al-Qadîr, V/241).

Berdasarkan huraian para ulama di atas, dapatlah disimpulkan bahawa tegaknya Khilafah Islamiyah adalah janji Allah SWT. Ini bererti bahwa Khilafah Islamiyah pasti akan ditegakkan dengan izin Allah SWT. Seorang Muslim wajib meyakini bahawa Khilafah Islamiyah pasti akan ditegakkan kembali. Seorang Muslim tidak dibenarkan sama sekali menyatakan bahawa perjuangan menegakkan kembali Khilafah Islamiyah adalah satu bentuk perjuangan uthopia, khayalan, mustahil, kenangan sejarah dan sebagainya. Kenyataan-kenyataan seumpama itu merupakan satu bentuk keraguan terhadap janji Allah SWT. Al-Quran telah menyatakan dengan jelas, bahawa janji Allah SWT pasti ditunaikan:

"Langit pun menjadi pecah-belah pada hari itu karena Allah. Janji Allah pasti terlaksana" (QS al-Muzammil [73]: 18).

"Allah tidak akan menyalahi janji-Nya, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui" (QS ar-Rum [30]: 6).

Oleh itu, bersegeralah  melibatkan diri dalam perjuangan yang penuh kemulian dan keberkatan ini. Benar, perjuangan menegakkan kembali Khilafah Islamiyah merupakan perjuangan penuh kemulian dan keberkatan .Oleh itu, inilah perjuangan yang direstui, yang dinyatakan oleh para ulama mu’tabar, dan dinaungi oleh janji Allah SWT, yang mana ia akan membuahkan kejayaan lalu menjadi sebab tertegaknya hukum-hukum Allah SWT secara syâmil, kâmil dan mutakâmil.

Wallâh al-Muwaffiq ilâ Aqwam ath-Thâriq.


Sumber: Hizbut Tahrir Indonesia

Acheh, Nusantara Dan Khilafah Islamiyah

Menggali fakta sejarah berkaitan sejarah Islam di Nusantara adalah sesuatu yang nyata, seolah-olah wujud usaha untuk memadamkannya. Namun begitu, sejarah yang benar pasti terungkap, ia tidak mampu dilenyapkan oleh tangan-tangan yang nista. Berikut adalah bukti asal dan sahih hubungan Nusantara (gugusan Melayu yakni Asia Tenggara), iaitu surat rasmi dari Sultan Aceh Alauddin Mahmud Syah kepada Khalifah Abdul Aziz, seorang Khalifah di zaman Khilafah Uthmaniyyah di Turki:

“Sesuai dengan ketentuan adat istiadat kesultanan Aceh yang kami miliki dengan batas-batasnya yang dikenal dan sudah dimiliki oleh moyang kami sejak zaman dahulu serta sudah mewarisi singgahsana dari ayah kepada anak dalam keadaan merdeka. Sesudah itu kami diwajibkan memperoleh perlindungan Sultan Salim si penakluk dan tunduk kepada pemerintahan Uthmaniyyah dan sejak itu kami tetap berada di bawah pemerintahan Yang Mulia dan selalu bernaung di bawah bantuan kemuliaan Yang Mulia Almarhum Sultan Abdul Majid penguasa kita yang agung, sudah menganugerahkan kepada almarhum moyang kami Sultan Alaudddin Mansur Syah titah yang agung berisi perintah kekuasaan.

Kami juga mengakui bahawa penguasa Turki yang Agung merupakan penguasa dari semua penguasa Islam dan Turki merupakan penguasa tunggal dan tertinggi bagi bangsa-bangsa yang beragama Islam. Selain kepada Allah SWT, penguasa Turki adalah tempat kami menaruh kepercayaan dan hanya Yang Mulialah penolong kami. Hanya kepada Yang Mulia dan kerajaan Yang Mulialah kami meminta pertolongan rahmat Ilahi, Turkilah tongkat lambang kekuasaan kemenangan Islam untuk hidup kembali dan akhirnya hanya dengan perantaraan Yang Mulialah terdapat keyakinan hidup kembali di seluruh negeri-negeri tempat berkembangnya agama Islam. Tambahan pula kepatuhan kami kepada pemerintahan Uthmaniyyah dibuktikan dengan kenyataan, bahawa kami selalu bekerja melaksanakan perintah Yang Mulia. Bendera negeri kami, Bulan Sabit terus bersinar dan tidak serupa dengan bendera manapun dalam kekuasaan pemerintahan Uthmaniyyah; ia berkibar melindungi kami di laut dan di darat. Walaupun jarak kita berjauhan dan terdapat kesukaran perhubungan antara negeri kita namun hati kami tetap dekat sehingga kami telah menyetujui untuk mengutus seorang utusan khusus kepada Yang Mulia, iaitu Habib Abdurrahman al Zahir dan kami telah memberitahukan kepada beliau semua rencana dan keinginan kami untuk selamanya menjadi warga Yang Mulia, menjadi milik Yang Mulia dan akan menyampaikan ke seluruh negeri semua peraturan Yang Mulia.

Semoga Yang Mulia dapat mengatur segala sesuatunya sesuai dengan keinginan Yang Mulia. Selain itu kami berjanji akan menyesuaikan diri dengan keinginan siapa saja Yang Mulia utus untuk memerintah kami.

Kami memberi kuasa penuh kepada Habib Abdurrahman untuk bertindak untuk dan atas nama kami.

Yang Mulia dapat bermusyawarah dengan beliau kerana kami telah mempercayai usaha perlindungan demi kepentingan kita.

Semoga harapan kami itu tercapai. Kami yakin, bahawa Pemerintah Yang Mulia sesungguhnya dapat melaksanakannya dan kami sendiri yakin pula, bahawa Yang Mulia akan selalu bermurah hati”.

Petikan isi surat tersebut dipetik dari Siri Informasi Aceh th.VI No.5 berjudul Surat-surat Lepas Yang Berhubungan Dengan Politik Luar Negeri Kesultanan Aceh Menjelang Perang Belanda di Aceh diterbitkan oleh Pusat Dokumentasi Dan Informasi Aceh tahun 1982 berdasarkan buku rujukan dari A. Reid, ”Indonesian Diplomacy a Documentary Study of Atjehnese Foreign Policy in The Reign of Sultan Mahmud 1870-1874”, JMBRAS, vol.42, Pt.1, No.215, hal 80-81 (Terjemahan : R. Azwad).

Beberapa maksud penting isi surat di atas adalah seperti berikut :

1.    Wilayah Aceh merupakan sebahagian dari wilayah kekhilafahan Uthmaniyyah sejak pemerintahan Sultan Salim (seorang Khalifah Uthmaniyyah yang sangat ditakuti dan disegani sehingga digunakan perkataan ”sang Penakluk” oleh Eropah abad ke-15 M.

2.    Pengakuan penguasa semua negeri-negeri kaum Muslimin bahawa Turki Uthmani adalah penguasa tunggal dunia Islam.

3.    Adanya perlindungan dan bantuan ketenteraan dari Khilafah Uthmaniyyah terhadap Aceh di laut dan di darat. Hal ini wajar kerana fungsi Khalifah adalah laksana perisai pelindung ummat di setiap wilayah Islam.

4.    Peraturan (undang-undang) yang berlaku di Aceh adalah hukum yang sama dilaksanakan di Turki Uthmani iaitu hukum Islam.

Dari isi surat dapat disimpulkan bahawa Kesultanan Aceh di Sumatera adalah wilayah rasmi kekuasaan Khilafah Uthmaniyyah, fakta ini tidak dapat dinafikan lagi. Sama halnya berlaku untuk daerah-daerah lain di Nusantara di mana Kesultanan Islam berdiri.

Janji Allah subhanahu wa taala  adalah benar, apatah lagi satu persatu kebenaran sejarah terungkap. Kebangkitan semula Khilafah kali kedua boleh berlaku dari mana-mana wilayah termasuk Nusantara. Sudah semestinya, sebagai umat Islam, kita wajib menyongsong semula kehilangan institusi yang mulia ini.

Sambutlah Khilafah! Sambutlah Khilafah!

Sumber : Terjemahan Dari Website Hizbut Tahrir Indonesia (Klik)

Wednesday 23 September 2009

KHILAFAH PASTI TERTEGAK

Firman Allah ta'ala dalam surah An-Nur ayat 55 yang bermaksud,

Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepada-Ku dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain dengan-Ku. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur engkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka (fasiq). (TMQ An-Nur [24]:55)

Dalam membahaskan ayat ini, Imam Qurthubi di dalam Al-Jami’I li Ahkam Al-Quran berkomentar, “Memang benar bahawa ayat ini berlaku bagi umat Muhammad secara umum kerana kekhususan (takhsis) tidak berlaku. Kecuali penyampainya (Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam) memberitahukan tentangnya, yang berlaku adalah keumuman lafaznya”

Imam Asy-Syawkani pula berkomentar dalam Fath al-Qadir (4/74), “Ini adalah janji Allah kepada mereka yang meyakini Allah dan melakukan kebaikan, bahawa Allah akan memberikan kekuasaan di dunia kepada mereka. Sebagaimana Dia memberikan kepada umat sebelumnya. Janji ini berlaku bagi umat secara keseluruhan. Ada anggapan bahawa janji ini berlaku bagi generasi sahabat tapi tiada bukti untuk mendukung kenyataan tersebut, kerana memiliki keyakinan (iman) dan melakukan kebaikan (amal soleh) tidak dibatasi bagi para sahabat sahaja bahkan terbuka bagi setiap individu yang menjadi bahagian umat”

Maka ayat ini merupakan dalil bagi suatu ketetapan dari Allah ta'ala ke atas mereka-mereka yang beriman dan beramal soleh agar diangkat menjadi penguasa (Khalifah) di muka bumi tanpa dikhususkan waktunya ataupun tempohnya.

Manakala melalui beberapa hadis yang dilafazkan baginda melalui sanad-sanad periwayatan, mengkhususkan (takhsis al-Quran bi As-Sunnah) ayat tersebut, sebagaimana yang ditemui dalam hadis Imam Ahmad juga diriwayatkan oleh Baihaqi dari Nu'man Bin Basyir;

“Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: Masa kenabian itu ada di tengah-tengah kalian, adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya. Selanjutnya adalah masa Khilafah yang mengikuti jejak kenabian (Khilafah ’ala minhaj an-nubuwwah), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya. Selanjutnya masa kerajaan yang menggigit (Mulkan ’Adhan), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya. Setelah itu, masa kerajaan yang menyombong (Mulkan Jabariyyan), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya. Selanjutnya adalah masa Khilafah yang mengikuti jejak kenabian (Khilafah ’ala minhaj an-nubuwwah). Kemudian beliau (Nabi) diam.” [HR Ahmad dan Baihaqi dari Nuâman bin Basyir dari Hudzaifah]

Begitu juga ditakhsis ayat tersebut oleh hadis-hadis lain,

1. Imam Ahmad dalam Musnad dari Maqal Bin Yasar “Tidak lama setelah aku pergi akan muncul para tiran (pemimpin zalim). Ketika itu, keadilan akan hilang hingga orang-orang yang lahir tidak tahu apa-apa. Lalu, Allah akan turunkan keadilan dan ketika itu para tiran akan pergi sehingga orang-orang yang lahir pada masa itu tidak tahu apa-apa”

Bila direnung hadis ini dengan fikiran yang terbuka, jernih dan tulus realiti kini umat terutamanya pencinta kehidupan Islam sedang berhadapan dengan penguasa tiran dimana sahaja termasuk belahan bilad al-muslimin. Lalu apakah telah tiba tempoh waktu yang dilafazkan Baginda Sallallahu ‘alaihi wa Sallam itu sebagai "Allah turunkan keadilan" biarpun hakikatnya sekadar sekelumit sahaja dari keadilan yang dinyatakan dalam Al-Quran ?

2. Ibnu Asakir dalam Tarikh Ad-Dimasyq, Yunus Bin Maysara Bin Halbas berkata bahawa Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda “Kekuasaan ini (Khilafah) akan ada setelahku di Madinah, lalu di Syam, di Jazirah Arab, di Iraq, di Madinah lalu di Baitul Maqdis (Al-Quds). Lalu ketika kekuasaan itu di Al-Quds, itulah tempatnya yang terakhir kerana setelah itu tiada seorangpun yang akan menghapuskannya”

Menela'ah sejarah kegemilangan Islam dibawah naungan Khilafah sejak tertegaknya negara Madinah Al-Munawwarah hingga keruntuhan Othmaniyyah (3 Mac 1924) membuktikan Al-Quds tidak pernah menjadi Ibu Kota daulah Khilafah. Maka, saat Al-Quds akan muncul dengan izin Allah kelak.

3. Ibnu Sa’ad dan Al-Muttaqi Al-Hindi di dalam Kanzul Ummal 14/252, kedua-duanya meriwayatkan bahawa Abu Umairah al-Mazani mengatakan bahawa Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, “Akan ada bai’at di Baitul Maqdis”.

Satu lagi bukti bahawa bai'at yang dimaksudkan sebagai tempat tertegaknya ibu kota daulah Khilafah suatu ketika sesudah zaman Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam serta para Khulafa' ar-rasyidin. Juga sesudah zaman kejatuhan kekhilafahan Othmaniyyah.

4. Imam Ahmad dalam Musnad 5/288, Abu Daud dalam Sunan no.2535, Al-Hakim dalam Al-Mustadrak, telah bersabda Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam, “Ketika Khilafah datang ke tanah suci, maka gempa bumi, bencana dan peristiwa-peristiwa besar sudah dekat, dan Hari Kiamat akan lebih dekat dibandingkan jarak tanganku ke kepalamu”

Ketika berlaku peristiwa Fathu Makkah, peristiwa-peristiwa besar seperti tanda kemunculan al-Qiamah itu belum wujud. Maksudnya akan muncul kekhilafahan yang akan masuk ke tanah suci sekali lagi, masanya belum tiba. Menandakan masanya akan tiba dengan izin Allah ta'ala.

5. Al-Hakim dalam Al-Mustadrak 4/468, Imam Ahmad dalam Musnad 2/84, Abu Daud dalam Sunan no 2482, Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda “Akan terjadi dua hijrah dan hijrah terakhir akan terjadi ditempat bapamu, Ibrahim as berhijrah”.

Hijrah pertama adalah hijrah Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam. Sedangkan penghijrahan kedua masih belum dilakukan oleh umat ini ke tempat asal penghijrahan Ibrahim 'alaihi salam yakni Makkah.

6. An-Nawawi dalam Syarah Muslim (18/38-39), Ahmad dalam Musnad 3/317, dari Jabir, Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda “Pada saat generasi terakhir dari umat ini akan ada seorang khalifah yang membahagi-bahagikan wang tanpa menghitungnya”

7. Imam An-Nawawi dalam Syarah Muslim (18/13), Abu Daud dalam Sunan no. 4252, At-Tirmidzi (2/27), Ibnu Majah (2952), Imam Ahmad dalam Musnad (5/278 dan 5/284), Al-Hakim dalam Al-Mustadrak (4/479), dari Tawban bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, “Allah telah menyatukan seluruh bumi untukku sehingga aku dapat melihar bahagian timur dan barat sekaligus. Adapun kekuasaan umatku akan mencapai bahagian bumi yang pernah ditunjukkan kepadaku.”

8. Imam Ahmad dalam Musnad (2/176), manakala Ad-Darimi dalam Musnad-nya (1/126), Al-Hakim dalam Al-Mustadrak (3/422), dari Abu Qabil ia berkata “Kami berada dirumah Abdullah Bin Amr Bin Al-‘Ash dan ia ditanya, ‘Mana yang akan lebih dahulu ditaklukkan, Konstantinople atau Rom?’ Abdullah meminta sebuah kotak, dari kotak itu ia mengeluarkan sebuah buku, lalu berkata. ‘Kami pernah berkumpul bersama Rasulullah SAW yang sedang menulis, lalu baginda ditanya, ‘Kota mana yang lebih dahulu ditakluk ? Konstantinopel atau Rom? Baginda menjawab “Kota Heraklius (Hercules) akan ditaklukkan lebih dulu”

Khalifah Muhammad al-Fateh telah menawan Constantinople dalam 800 tahun setelah Rasulullah SAW mengeluarkan hadis ini.

9. Imam Ahmad dalam Musnad-nya dan Abu Daud dalam Sunan-nya meriwayatkan dari Syaiban bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

Di antara umat ku akan ada sebuah kelompok (thaifah) yang tetap berada dalam kebenaran, kemenangan, dan tidak akan dikalahkan oleh orang-orang yang berbeza dengan mereka sampai datang ketetapan (kemenangan) dari Allah.

10. Imam Ahmad, Muslim, dan Tirmidzi menambahkan:

Orang-orang yang mengabaikan mereka tidak akan mengganggu mereka.

11.Muslim dan Bukhari telah meriwayatkan dari Muawiyah yang berkata: Aku mendengar Rasullullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam berkata:

Sebuah kelompok dari umatku akan berdiridi atas ketetapan Allah, mereka tidak akan diganggu oleh orang-orang yang mengabaikan mereka atau yang berbeza dengan mereka, hingga datang ketetapan Allah memenangkan mereka atas orang lain.

12. Bukhari, Muslim dan Imam Ahmad dalam Musnad-nya juga meriwayatkan bahawa Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

Dari umatku akan ada segolongan umat yang berdiri di atas ketetapan Allah, orang-orang yang berbeza dengan mereka atau yang mengabaikan mereka tidak akan sanggup mengganggu mereka hingga datang ketetapan dari Allah dan mereka berada di atasnya. Mu'az bin Jabal radhiallahu 'anhu mengatakan, “Mereka berada di Syam”.

13. Imam Ahmad dan Thabrani meriwayatkan dari sanad yang tsiqah (terpercaya) dari Abu Umamah yang mengatakan bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

Akan ada sebuah kelompok dari umatku yang akan mendapat kemenangan dalam agama ini dan mereka akan mengalahkan musuh-musuh mereka. Mereka tidak akan diganggu oleh orang-orang yang berbeza dengan mereka, kecuali sekadar penyiksaan kesengsaraan sampai datang ketetapan dari Allah dan mereka berada di atasnya. Orang yang bercerita lalu bertanya, “Wahai Rasulullah, di manakah mereka berada?” Beliau menjawab, “Mereka berada di Baitul Maqdis dan sekitarnya”.

14. Ibnu Majah dalam Sunan-nya meriwayatkan dari Abu Hurairah dari Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

Akan ada sebuah kelompok dari umatku yang berdiri di atas ketetapan Allah dan mereka tidak akan diganggu oleh orang-orang yang berbeza dengan mereka.

15. Al-Hakim dalam Al-Mustadrak meriwayatkan sebuah hadis dengan sanad yang sahih dari 'Umar bin Khaththab radhiallahu 'anhu:

Akan ada sebuah kelompok dari umatku yang akan terus mendapat kemenangan di atas kebenaran hingga datang Hari Kiamat.

16. Diriwayatkan oleh ad-Darimi dari Mughirah bin Syu’bah yang mengatakan bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

Akan ada sekelompok orang dari umat ini yang akan berbeda dari orang-orang, sampai datang ketetapan Allah dan mereka akan memperoleh kemenangan.

17. Imam Ahmad dalam Musnad-nya (5/114) meriwayatkan dari Ubai bin Abi Ka’ab yang mengatakan bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

Bawalah khabar gembira kepada umat ini, bahawa umat ini akan memiliki kekuasaan, kebanggaan, agama, kemenangan dan kekuasaan di muka bumi. Jadi, barangsiapa yang lebih menginginkan pahala di dunia berbanding di akhirat, ia tidak akan mendapat apa pun di akhirat kelak.

Dalil Rasional

Orang-orang kafir barat melalui lidah pemimpin-pemimpin mereka meyakini kepada kebangkitan semula Khilafah.

1. Eric Edelman, Setiausaha Polisi Pertahanan AS, berucap dengan merujuk kepada Khilafah sekitar Nov-Dis 2005 sebelum bersidang dimeja bulat di Kaunsil Hubungan Luar “Masa depan Iraq samada dinaungi keganasan pengganas dan melebar-luaskan pengaruh serta berkebolehan mendirikan Khilafah, atau ia akan berdepan dengan kepincangan yang besar”

2. Setiausaha Pertahanan AS Donald Rumsfeld pula berucap pada 5 Disember 2005 di Washington mengatakan “Iraq akan melaksanakan dasar baru Khilafah Islamiyyah untuk (kekuasaannya) Timur Tengah, dan dimana ianya akan mengancam kekuasaan kerajaan Eropah, Afrika dan Asia. Ini rancangan mereka. Mereka menyatakan demikian. Kita melakukan kesilapan besar jika kita gagal mendengar dan memahami”. Kemudian beliau turut merujuk kepada (perkataan) Khilafah hanya tiga hari selepas itu dalam temubualnya dengan PBS.

3. Stephen Hadley, Penasihat Negara AS, merujuk kepada (perkataan) Khilafah dalam bulan Oktober 2005 ketiba berucap di New York dan Los Angeles ketika Jenderal Abizaid, pemerintah tentera AS di Timur Tengah, di Capitol Hill September lalu berkata “Mereka cuba mendirikan Khilafah diseluruh dunia kaum muslim”.

4. Carleton S, ketika memberi komentar tentang peradaban Islam dari tahun 800 hingga 1600, menyatakan, "Peradaban Islam merupakan peradaban yang paling besar di dunia. Peradaban Islam sanggup menciptakan sebuah 'continental super state' yang terbentang dari satu samudera ke samudera yang lain….Tenteranya merupakan gabungan dari pelbagai bangsa yang melindungi perdamaian dan kemakmuran yang belum pernah dikenal sebelumnya." [Ceramahnya pada 26 September 2001, dengan judul, "Technology, Business, and Our Way of Life: What's Next"].

5. George W Bush (Laknatulahi ‘Alaih) pada 6 Oktober 2005, menyatakan hal yang senada :

"Kaum militan percaya bahawa dengan menguasai satu negara akan menggerakan umat Islam dan sanggup menggulingkan pemerintahan moderat di Timur Tengah dan menegakkan kembali empayar Islam radikal yang akan menyebar dari Sepanyol hingga Indonesia."

Nyata, Khilafah adalah perkataan yang mampu mengigaukan musuhnya round the clock. Ini kerana analisis mereka berdasarkan pemerhatian yang rinci serta sokongan dalil naqli seperti yang dinyatakan diatas. Namun, malangnya keyakinan itu tiada pada sebahagian besar umat Islam tatkala ini. Bahkan pula ada yang menentang seolah-olah khilafah bukan suatu yang benar dan pasti !

Khatimah

Selain dari dalil kewajiban umat Islam mendirikan semula Khilafah sebagaimana yang dituturkan sebelum ini, hadis 'Khilafah 'Ala Minhaj An-Nubuwwah' (HR Ahmad/Baihaqi) itu juga mengiringi suatu tuntutan. Sekurang-kurangnya kaum muslimin wajib meyakini bahawa tugas merealisasikan sabda Baginda Sallallahu ‘alaihi wa Sallam tersebut merupakan perintah yang terpikul atas bahu masing-masing, bukan dibiarkan begitu saja kepada suatu golongan sedang dirinya hanya sebagai penunggu dan penanti yang setia. Paling tidak, bangun bersama mengubah pemikiran yang ada ketika ini, belajar dan mengajar, beralih dari yang sesat kepada yang lurus terang, dari yang ragu kepada yakin.

Keyakinan kepada hadis tersebut tidak berdiri sendiri pada periwayatan ahad, bahkan ianya disandarkan kepada keumuman lafaz ayat 55 surah An-Nur. Begitu juga disokong mafhum (dilalah)nya hingga mewujudkan satu maksud yakni kekhilafahan kembali merupakan suatu kepastian. Kepastiannya merupakan aqidah siyasah umat yang perlu dipikul bersama agar ia terealisasi.

Mengapa Khilafah 'Ala Minhaj An-Nubuwwah ? Kerana lafaz Baginda Sallallahu 'alaihi wa sallam dan juga sikap optimis umat perlu dikembalikan pada kegemilangan Khilafah Ar-Rasyidah.

“Sesungguhnya di belakang kalian ada hari-hari yang memerlukan kesabaran. Kesabaran pada masa-masa itu bagaikan memegang bara api. Bagi orang yang mengerjakan suatu amalan pada saat itu akan mendapatkan pahala lima puluh orang yang mengerjakan seperti amalan itu. Ada yang berkata, “Hai Rasululah, apakah itu pahala lima puluh di antara mereka?” Rasululah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam menjawab, “Bahkan lima puluh orang di antara kalian (para sahabat).” [HR. Abu Daud, dengan sanad hasan]

Wallahu ‘alam bissawaab
WSL

MELAYU...KEARAH KEBANGKITAN SEBENAR

Sejarah telah membuktikan bahawa orang Melayu pernah cemerlang. Tidak dinafikan bangsa Melayu memang memiliki asas jati diri yang kuat, berdaya tahan utuh, mempunyai unsur keupayaan untuk bersaing, mampu menyesuaikan diri dan menyumbang kepada survival bangsa serta kesinambungan kuasa pemerintahan. Orang Melayulah yang memainkan peranan utama dalam menubuhkan Kerajaan Sri Wijaya di Palembang dan orang Melayu jugalah yang mempelopori Kerajaan Langkasuka, Majapahit dan Gangga Negara. Orang Melayulah yang mula-mula menyahut seruan Islam di Melaka. Orang Melayulah juga yang menerajui kegemilangan Kerajaan Melayu Melaka, Demak, Acheh, Ligor dan Champa; menjadi pejuang di barisan depan yang menentang penjajah dan berjaya mencapai kemerdekaan. Orang Melayu pernah bangkit dengan berani menidakkan kata-kata kuasa besar dengan berpegang teguh kepada prinsip keadilan dan kebenaran. Walhal, tercatat dalam sejarah, bahawa banyak bangsa lain yang telah tenggelam ditelan zaman dan pengaruh pihak penjajah - Aztec dan Maya di Amerika Selatan, Gipsi di Eropah, Red Indian di Amerika dan pribumi Aborigines di Australia dan Kepulauan Pasifik. Inilah hakikat sejarah bangsa Melayu.

Ketika merasmikan persidangan perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri dengan tema Kesinambungan dan Perubahan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, Najib Tun Razak mengatakan …“kita perlu berubah daripada sikap sambil lewa kepada sikap bersunguh-sungguh, daripada sikap berlebih kurang kepada sikap lebih tepat, daripada kepercayaan karut marut kepada kepercayaan saintifik dan daripada pemikiran beremosi kepada pemikiran rasional, daripada tumpuan taktikal kepada pemikiran strategik dan seterusnya daripada pemikiran bercelaru kepada pemikiran yang mementingkan keutamaan” [Harian Metro 17 Julai 2005]

Menurutnya lagi, “...untuk menjadi satu bangsa yang perkasa dan berjaya, orang Melayu harus berusaha untuk berada pada satu tahap yang lebih baik daripada bangsa lain. Inilah masa terbaik untuk memulakan usaha ke arah memastikan kejayaan bangsa Melayu dengan melakukan perubahan...”.

Dalam pada itu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika berucap menutup Konvensyen Umno Johor 2005 mengatakan. “Perjuangan bangsa dan tanggungjawab untuk menjayakannya adalah melalui perpaduan kukuh dan teguh yang boleh dicapai melalui tiga prinsip penting iaitu mesti serius dalam apa yang dilakukan, mempunyai perasaan penyayang serta ihsan selain bersikap adil dan saksama”. Isu membangkitkan orang Melayu sememangnya akan menjadi antara agenda utama setiap kali menjelangnya Perhimpunan Agung Umno. Namun melihat realiti orang Melayu yang masih dihimpit kemiskinan, dilemma siswazah mengganggur, peningkatan kes buli & bunuh, rasuah politik wang yang terus subur, gejala penagihan dadah, peningkatan kes HIV, karenah birokrasi dalam melayan keperluan rakyat dan seribu satu macam masalah seakan-akan terus menghambat dan melengahkan usaha ke arah itu. Sepertimana ucapan di atas, orang Melayu digesa untuk mengubah sikap dan pemikiran usang mereka ke takuk yang baru. Memang benar orang Melayu boleh berubah dan bergerak menuju era kebangkitan. Namun yang menjadi persoalannya, apakah memadai perubahan itu dilakukan dalam rangka memperbaiki status quo orang melayu semata-mata atau perubahan secara menyeluruh untuk membangkitkan umat mengikut ukuran Islam? Sautun Nahdhah kali ini mengajak pembaca budiman untuk merenung apakah bentuk kebangkitan yang sebenar.

KEBANGKITAN SEBENAR UMAT

Asas kepada kebangkitan umat ialah dengan meningkatkan kualiti pemikiran. Kebangkitan bermula dengan terbentuknya pemikiran, yang dengannya, terbentuk mafhum (kefahaman) mengenai realiti yang ada disekitar kita. Bermula dari proses berfikir yang benar, mengikut jalan berfikir yang dijelaskan di dalam Al-Quran, akan terbentuk aqidah (keyakinan) yang luhur. Seterusnya daripada aqidah tersebut akan terbentuk qaidah fikriyyah (kaedah berfikir) yang digunakan untuk membuat keputusan (kesimpulan) yang disertai dengan kesedaran penuh akan hubungan diri dengan Allah swt. Kaedah berfikir ini akan menjadi landasan dalam memahami satu-satu permasalahan. Dengan kaedah berfikir Islam yang benar ini segala permasalahan yang timbul akan difahami dengan jelas, sesuai dengan sudut pandangan dan ruang lingkup Islam. Seterusnya kefahaman yang Islami ini akan mempengaruhi muyul (kecenderungan) atau sikap seseorang individu – ini berlaku apabila dorongan keperluan jasmani dan naluri manusia diikat dengan mafhum yang Islami. Inilah kebangkitan yang sebenarnya - kebangkitan yang diasaskan kepada pemikiran dan aqidah Islam.

Apa yang kita saksikan hari ini mengenai apa yang sedang berlaku di dalam dunia Islam umumnya dan di negara kita khususnya menjadi bukti yang amat jelas bahawa apabila Islam tidak dilaksanakan sepenuhnya di dalam kehidupan, maka timbullah bermacam-macam permasalahan. Masalah bangsa Melayu sering diterjemahkan melalui ungkapan Melayu Mudah Lupa, Melayu Layu, Melayu Malas, Melayu Makin Mundur dan sebagainya dan ini tidak dapat dipisahkan dari sikap orang Melayu sendiri yang tidak mahu berfikir secara serius mencari jawapan yang menghantar kepada penyelesaian masalah mereka. Apakah bangsa Melayu Islam rela generalisasi sebegini terus-menerus dilabelkan pada diri mereka tanpa berusaha untuk mencari punca dan penyelesaiannya? Apakah bangsa Melayu tidak ingin melihat aspirasi untuk membentuk bangsa yang cemerlang, gemilang dan terbilang terealisasi? Sangatlah menyedihkan apabila langkah-langkah yang disarankan untuk membangkitkan bangsa Melayu hanyalah berkisar di sekitar peningkatan taraf perekonomian, penyemaian nilai-nilai murni, memperkasakan sistem pendidikan atau meningkatkan penguasaan bahasa asing tanpa penekanan yang serius kepada peningkatan taraf berfikir umat.

Perlu diingatkan bahawa perjuangan yang hanya disandarkan kepada unsur assobiyyah bangsa Melayu semata-mata tidak akan membawa kita ke mana-mana, sebaliknya, perjuangan dan kebangkitan orang Melayu haruslah dibincangkan di dalam konteks bangsa Melayu sebagai penganut Deen Islam. Hari ini, pemimpin-pemimpin Melayu yang sering melaungkan slogan perubahan pada hakikatnya telah gagal menerapkan perubahan yang menyeluruh di dalam diri mereka dan negara ini. Hakikatnya, sejak kemerdekaan Malaysia pada tahun 1957, kita, sebagai bangsa Melayu Muslim masih lagi berpegang kepada idea sekularisme; tiada perubahan mendasar yang dapat diperhatikan dalam menerapkan sistem Islam secara menyeluruh di dalam negara. Sewajarnya, para pemimpin Melayu Muslim yang melaungkan slogan-slogan perubahan ini haruslah mengorak langkah untuk memaparkan contoh perubahan yang mereka laungkan namun hakikatnya mereka hanyalah pandai beretorik tentang perubahan. Keadaan negara tetap sama; sistem yang diterapkan tetap sahaja sistem yang tidak Islami - yang tidak akan dapat menyelesaikan masalah-masalah yang wujud akibat dari tiadanya Islam di dalam kehidupan.

Oleh itu, perubahan yang sewajarnya ditempuh adalah dengan mendirikan pemerintahan Islam dan ianya mestilah dibangunkan di atas landasan pemikiran Islam. Bagi mencapai tujuan ini, umat, terutama kaum Melayu perlulah ditanamkan dengan pendidikan dan pemikiran Islam yang luhur, yang dibina di atas landasan aqidah Islam yang murni. Dengan demikian, kesedaran umat, khasnya golongan Melayu untuk terikat dengan seluruh perintah, larangan dan hukum-hukum Allah akan dapat diwujudkan. Jika ini dapat dilakukan oleh umat, maka akan tercapailah kebangkitan yang pasti.

Contoh terbaik yang dapat dijadikan teladan adalah sebagaimana yang telah dilakukan oleh Rasulullah Saw. Tatkala Allah membangkitkannya dengan risalah Islam, baginda menyeru umat manusia kepada aqidah Islam. Ini tidak lain bererti menyeru kepada suatu pemikiran – pemikiran yang mendasari pandangan hidup seseorang. Dan tatkala penduduk kota Madinah dari kalangan kabilah Aus dan Khazraj dapat disatukan dengan aqidah Islam, yakni dengan pemikiran ini, mereka mula memiliki arah tertentu yang memimpin kehidupan mereka. Di sinilah pemerintahan Islam mula dibina di atas dasar aqidah.

Rasulullah saw pernah bersabda “Aku diperintahkan untuk memerangi manusia sampai mereka mengatakan ‘Laa ilaha illallah Muhammad Rasulullah’, Apabila mereka mengucapkannya, maka terpeliharalah darahnya dan hartanya kecuali ditumpahkan dan diambil dengan cara yang haq (benar)”. Hadis ini pada hakikatnya menyeru kepada satu pemikiran, satu aqidah – yang akan menjadi asas kepada kebangkitan umat. Setelah pemerintahan diraih di kota Madinah maka pemikiran Islam, yang merupakan dasar kebangkitan umat mula tersebar ke kawasan lain di didalam jazirah Arab. Akhirnya dalam beberapa tahun selepas kewafatan Rasul bangsa-bangsa lain mula memeluk Islam dan meyakini pemikiran ini. Dalam beberapa tahun telah termanifestasi kebangkitan umat – kebangkitan sebenar yang didasari oleh aqidah dan pemikiran Islam.

Jalan atau thariqah (landasan yang telah ditentukan oleh syara’) untuk mencapai kebangkitan itu adalah dengan menegakkan pemerintahan yang didasarkan kepada pemikiran, bukan didasarkan kepada peraturan, perundangan ataupun hukum yang dipaksakan. Hakikat ini sebenarnya berlaku bukan sahaja untuk Ad-Deenul Islam tetapi juga bagi ideologi-ideologi dunia lain. Kebangkitan suatu umat atau bangsa hanya akan dapat direalisasikan sekiranya ia didasarkan kepada pemikiran/aqidah yang dianuti oleh umat/bangsa tersebut. Penegakkan negara yang didasarkan kepada perundangan dan hukum yang dipaksakan tidak mungkin mencapai kebangkitan. Bukti kenyataan ini cukup banyak. Antaranya adalah seperti apa yang telah dilakukan oleh Mustafa Kamal di Turki. Beliau menegakkan pemerintahan di atas dasar dan perundangan Barat yang dipaksakan keatas rakyat. Kemudian, di atasnya dibangunkan pemerintahan. Beliau melaksanakannya dengan sepenuh usaha melalui strategi pemaksaan, ugutan dan sebagainya. Meskipun demikian, Turki tetap saja tidak mampu meraih kebangkitan yang diinginkan. Turki tetap tidak mampu bangkit malah mengalami kemunduran demi kemunduran. Pada masa yang sama, Lenin (1917M) yang muncul pada zaman yang hampir sama dengan Mustafa Kamal (1924M) mampu membangkitkan Rusia sehingga menjadi negara yang kuat. Sebabnya tiada lain kerana Lenin mendirikan pemerintahannya di atas landasan pemikiran yang secara umumnya di’anuti’ oleh bangsanya, iaitu pemikiran Komunisme. Dari pemikiran ini muncul penyelesaian-penyelesaian terhadap masalah kehidupan sehari-hari, yang berupa peraturan dan perundangan yang menjadi penyelesaian terhadap segala permasalahan dalam bentuk hukum yang bersandar kepada pemikiran tersebut. Dengan kata lain, dari pemikiran ini dibangunkan pemerintahan dan seterusnya ia membawa kepada kebangkitan suatu umat/bangsa. Eropah, sebagai contoh yang lain, tatkala mengalami kebangkitan, ia didasarkan pada suatu pemikiran - pemisahan urusan agama dengan negara dalam kehidupan (sekularisme) dan kebebasan. Begitu juga dengan Amerika, tatkala mengalami kebangkitan, ia didasarkan pada pemikiran yang sama, iaitu sekularisme dan kebebasan.

Walaubagaimanapun, kebangkitan yang didasari oleh suatu pemikiran/aqidah ini tidak secara automatik membawa pengertian bahawa kebangkitan tersebut adalah kebangkitan yang benar. Kebangkitan yang berlaku di Eropah, Amerika dan Rusia ini merupakan kebangkitan yang bathil (salah) kerana tidak di dasari oleh asas ruhiyah (kesedaran akan hubungan manusia dengan pencipta iaitu Allah Swt). Kebangkitan yang sahih (benar) adalah kebangkitan yang didasari oleh asas ruhiyah dan hanya Islamlah ideologi yang membekalkan umatnya dengan asas ini.

Bangsa Arab, tatkala mengalami kebangkitan, didasarkan kepada pemikiran Islam. Di atas landasan aqidah Islam, pemerintahan dan kekuasaan Islam ditegakkan. Bangsa Arab bangkit tatkala mereka meyakini dan berpegang teguh kepada pemikiran Islam dan di atasnya dibangunkan pemerintahan dan kekuasaan. Semua ini menjadi bukti yang pasti bahawa jalan untuk mencapai kebangkitan adalah dengan menegakkan pemerintahan di atas suatu pemikiran dan bukannya di atas dasar perundangan atau hukum yang dipaksakan keatas sesuatu umat atau bangsa.

POTENSI KEBANGKITAN DALAM DIRI UMAT ISLAM.

Ketika penghuni Eropah mula meniti jalan kebangkitan, maka muncul beberapa nama yang membincangkan tentang kebangkitan (renaissance) - Immanuel Kant, Montesque, Adam Smith, John Stuart Mill dan lain-lain intelektual barat yang lain yang tidak mampu kami paparkan semuanya. Pada waktu itu, karya-karya mereka dikaji berulang-ulang oleh mereka yang dahagakan kebangkitan. Apa yang jelas dari penulisan-penulisan ini adalah pemahaman bahawa kebangkitan = anjakan paradigma. Pada zaman itu, bagi mereka, apa yang harus dilakukan adalah meletakkan akal manusia sebagai piawai dan menolak dogma gereja sejauh-jauhnya.

Hakikat ini diulangi oleh seorang pakar motivasi masyhur, Stephen R. Covey yang menggambarkan bahawa “Manusia berubah berasaskan konsep”. Tamadun Barat yang berusia kurang dari 300 tahun ini baru sahaja menemukan jawapan untuk kebangkitan, sedangkan Islam, lebih 1400 tahun yang lepas telah mengajar erti sebuah kebangkitan. Islam telah mampu membangkitkan manusia dan telah mengajarkan bahawa sebuah kebangkitan hanya boleh dikecapi melalui perubahan konsep yang menyeluruh dalam hidup. Ini tertuang di dalam Al-Quran dimana Allah swt berfirman

“Sesungguhnya, Allah tidak akan mengubah keadaan yang ada pada suatu kaum, sehingga kaum itu sendiri mengubah keadaan yang ada pada diri mereka”.
[TMQ Ara’du 13: 11]

Dari ayat di atas, umat harus mengubah keadaan yang ada pada diri mereka melalui peningkatan taraf berfikir yang didasarkan pada asas ruhiyah. Contohnya, apabila mengamalkan sistem ekonomi, umat Islam tidak menjadikan asas manfaat sebagai ukuran, malah sentiasa menjadikan aqidah Islam dan keterikatan dengan hukum Allah, kesan dari kesedaran akan hubungannya dengan Allah, sebagai ukuran. Umat Islam harus yakin bahawa potensi kebangkitan dalam diri mereka sentiasa terbuka. Yang jelas, jika kebangkitan yang dijana tidak berdasarkan Islam, maka kebangkitan itu berjalan di atas dasar yang salah. Inilah realiti musuh-musuh Islam seperti Amerika dan sekutunya. Mereka mampu dan boleh mengisytiharkan negara mereka sebagai negara maju, namun taraf berfikir bangsanya masih primitif dan bersifat haiwaniyah. Pemikiran rendah ini termanifestasi ketika mereka memerlukan sumber alam yang tidak atau kurang terdapat di negara mereka. Mereka dengan sewenang-wenangnya menjajah Iraq, membunuh rakyatnya dan merampas kekayaan minyaknya tanpa memperdulikan aspek moral/ruhiyyah dalam melaksanakan tindakannya itu. Ini jelas bertentangan dengan kebangkitan yang didasarkan kepada Islam.

KHATIMAH

Hakikatnya, di dalam rahim umat Islam sudah lahir berjuta-juta Muslim yang memiliki potensi besar, baik sebagai ulama, ilmuan, saintis, teknokrat, ataupun usahawan. Malah kekayaan sumber alam yang melimpah ruah di sebahagian besar wilayah negara-negara Islam mampu menjana kebangkitan yang diinginkan. Sayangnya, ibarat penyapu yang lidinya bertaburan, sumber umat Islam tidak dapat difokuskan agar boleh digunakan secara efektif. Ketahuilah, umat ini telahpun mempunyai modal yang cukup kuat untuk bangkit. Yang perlu dilakukan adalah menggiatkan da'wah agar umat Islam kembali kepada Islam, dengan menjadikan syari'at Islam sebagai tolok ukur (miqyas) dalam menyelesaikan setiap permasalahan kehidupannya. Jika umat telah bangkit taraf berfikirnya, tentu saja mereka menginginkan agar Islam mengatur kehidupannya. Marilah kita merenung hadis Rasulullah
"Masa kenabian akan hadir di tengah-tengah kalian selama Allah menghendaki. Allah kemudian mencabutnya apabila Dia berkehendak untuk mencabutnya. Muncullah kemudian Khilafah yang tegak di atas manhaj kenabian yang akan tetap ada selama Allah menghendakinya. Allah lalu mencabutnya apabila Dia berkehendak untuk mencabutnya. Muncullah kemudian kekuasaan yang zalim selama Allah menghendakinya. Allah kemudian mencabutnya apabila Dia berkehendak untuk mencabutnya. Selanjutnya, muncullah kembali Khilafah yang tegak diatas manhaj kenabian. Setelah itu, Rasulullah saw diam” [HR Ahmad]

Allah swt. berjanji bahawa umat Islam akan bangkit semula dengan menegakkan kembali kepimpinan Khilafah menurut minhaj kenabian. Inilah manifestasi kebangkitan sebenar bagi umat Islam. Dan bagi bangsa Melayu, inilah perubahan dan kebangkitan yang kita inginkan selama ini. Dengan kebangkitan Islam sahajalah, tidak Melayu hilang di dunia!!

Wednesday 16 September 2009

nasionalisme:idea yahudi yang menafikan peranan wahyu dan syriat islam

ZIONISME: SEBUAH NASIONALISME SEKULER YANG MENGKHIANATI PERANAN AGAMA DALAM KEHIDUPAN
Zionisme dibawa ke dalam agenda dunia di akhir-akhir abad ke sembilan belas oleh Theodor Herzl (1860-1904), seorang wartawan Yahudi asal Austria. Baik Herzl maupun rakan-rakannya adalah orang-orang yang memiliki keyakinan agama yang sangat lemah, jika tidak ada sama sekali. Mereka melihat “Keyahudian” sebagai sebuah nama ras, bukan sebuah masyarakat beriman. Mereka mengusulkan agar orang-orang Yahudi menjadi sebuah ras terpisah dari bangsa Eropa, yang mustahil bagi mereka untuk hidup bersama, dan bahwa penting artinya bagi mereka untuk membangun tanah air mereka sendiri. Mereka tidak mengandalkan pemikiran keagamaan ketika memutuskan tanah air manakah itu seharusnya. Theodor Herzl, sang pendiri Zionisme, suatu kali memikirkan Uganda, dan ini lalu dikenal sebagai “Uganda Plan.” Sang Zionis kemudian memutuskan Palestina. Alasannya adalah Palestina dianggap sebagai “tanah air bersejarah bagi orang-orang Yahudi”, dibandingkan segala kepentingan keagamaan apa pun yang dimilikinya untuk mereka.
Petani dan Tembok Ratapan di depannya, yang menggambarkan pemimpin Zionis Max Nordau, Theodor Herzl, dan Prof. Mandelstamm, melukiskan “Impian Zionis.”
Sang Zionis melakukan perancangan besar untuk mengajak orang-orang Yahudi lainnya menerima gagasan yang menyalahi agama ini. Organisasi Zionis Dunia yang baru melakukan usaha propaganda besar di hampir semua negara yang berpenduduk Yahudi, dan mulai berpendapat bahwa Yahudi tidak dapat hidup dengan damai dengan bangsa-bangsa lainnya dan bahwa mereka adalah “ras” yang terpisah. Oleh karena itu, mereka harus bergerak dan menaklukki Palestina. Sebagian besar orang Yahudi mengabaikan himbauan ini.
Menurut negarawan Israel Amnon Rubinstein: “Zionisme (dulu) adalah sebuah pengkhianatan atas tanah air mereka (Yahudi) dan mengekploitasi para Rabbi”.15 Oleh karena itu banyak orang-orang Yahudi yang mengkritik ideologi Zionisme. Rabbi Hirsch, salah satu pemimpin keagamaan terkemuka saat itu berkata, “Zionisme ingin menamai orang-orang Yahudi sebagai sebuah lembaga nasional…. yang merupakan sebuah penyimpangan.”16
Pemikir Islam Prancis yang terkenal Roger Garaudy melukiskan hal ini dalam sebuah pembahasan:
Dengan cara ini, Zionisme memasuki politik dunia sebagai sebuah ideologi rasis yang menganut fahaman bahwa Yahudi seharusnya tidak hidup bersama dengan bangsa-bangsa lain. Pertama-tama, ini adalah gagasan yang keliru yang menciptakan masalah parah bagi dan tekanan atas orang-orang Yahudi yang hidup dalam belenggu ini. Kemudian, bagi orang-orang Islam di Timur Tengah, paham ini membawa kebijakan Israel tentang pendudukan dan perebutan wilayah bersama-sama dengan kemiskinan, teror, pertumpahan darah, dan kematian.
Pendeknya, Zionisme sebenarnya adalah sebuah bentuk nasionalisme sekuler yang berasal dari filsafat sekuler, bukan dari agama. Akan tetapi, seperti dalam bentuk nasionalisme lainnya, Zionisme juga berusaha menggunakan agama untuk tujuannya sendiri.
Kesalahan Penafsiran Taurat oleh Para Zionis
Taurat adalah sebuah kitab suci yang diwahyukan kepada Nabi Musa. Allah berkata dalam Al-Qur’an: “Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab Taurat di dalamnya (ada) petunjuk dan cahaya (yang menerangi)…” (Al-Qur’an, 5:44). Al-Qur’an juga berkata bahwa Taurat kemudian akan dikotori oleh perkataan manusia di dalamnya. Inilah kenapa apa yang kita miliki saat ini adalah “Taurat yang menyimpang.”
Akan tetapi, sebuah penelitian lebih dekat mengungkap adanya kebanyakan kebenaran agama yang terkandung dalam Kitab yang pernah diwahyukan ini, seperti keimanan kepada Allah, penghambaan diri kepada-Nya, bersyukur kepada-Nya, takut kepada Allah, cinta kepada Allah, keadilan, kasih sayang, cinta kasih, melawan kekejaman dan ketidakadilan, yang semuanya ditemukan di seluruh Taurat dan kitab lainnya dari Perjanjian Lama.
Terlepas dari ini, perang yang terjadi dalam sejarah dan pembunuhan yang terjadi karenanya juga disebutkan di dalam Taurat. Jika manusia ingin menemukan sebuah dasar, meskipun dengan memutarbalikkan kenyataan, untuk kekejaman, pembantaian, dan pembunuhan, mereka menjadikan bab-bab dalam Taurat tersebut sebagai acuan. Zionisme memilih cara mutlak yang mengesahkan keganasannya, yang sebenarnya adalah sebuah terorisme fasis. Dan, ini sangat berhasil. Misalnya, Zionisme menggunakan bab-bab (dari Taurat) yang terkait dengan perang dan pembantaian untuk mengesahkan pembantaian orang-orang Palestina yang tak berdosa. Padahal, ini adalah sebuah penafsiran menyimpang yang disengaja. Zionisme menggunakan agama untuk mengesahkan nasionalismenya dan ideologi rasisnya.
Para Zionis juga mendasarkan pernyataan mereka pada penafsiran mereka tentang ayat-ayat yang berhubungan dengan “orang pilihan” yang pernah dikaruniakan Allah kepada orang Yahudi suatu kali. Beberapa ayat Al-Qur’an berhubungan dengan persoalan ini:
Hai Bani Israil, ingatlah akan ni’mat-Ku yang telah Aku anugerahkan kepadamu dan (ingatlah pula) bahwasanya Aku telah melebihkan kamu atas segala umat45. (Qur’an, 2:47)
Dan sesungguhnya telah Kami berikan kepada Bani Israil Al Kitab (Taurat), kekuasaan dan kenabian dan Kami berikan kepada mereka rezki-rezki yang baik dan Kami lebihkan mereka atas bangsa-bangsa (pada masanya). (Qur’an, 45:16)
Al-Qur’an menerangkan bagaimana pada suatu kali Allah memberkati orang-orang Yahudi, dan bagaimana pada kali lainnya Dia menjadikan mereka berkuasa atas bangsa-bangsa lain. Namun ayat-ayat ini tidaklah bermaksud “orang pilihan” seperti apa yang dipahami orang-orang Yahudi radikal. Ayat-ayat tersebut menunjukkan kenyataan bahwa banyak nabi-nabi yang datang dari keturunan ini, dan bahwa orang-orang Yahudi memerintah di daerah yang luas pada saat itu. Ayat-ayat tersebut menerangkan bahwa dengan berkat kedudukan kekuasaan mereka, mereka “lebih diutamakan di atas semua manusia lain.” Ketika mereka menolak Isa, ciri ini pun berakhir.
Al-Qur’an menyatakan bahwa orang yang terpilih tersebut adalah para nabi dan orang-orang beriman yang Allah tunjuki kepada kebenaran. Ayat-ayat ini menyebutkan bahwa para nabi itu telah dipilih, ditunjuki jalan yang benar, dan diberkati. Berikut ini adalah beberapa ayat yang terkait dengan persoalan ini:
Dan tidak ada yang benci kepada agama Ibrahim, melainkan orang yang memperbodoh dirinya sendiri, dan sungguh Kami telah memilihnya90 di dunia dan sesungguhnya dia di akhirat benar-benar termasuk orang-orang yang saleh. (Qur’an, 2: 130)
Dan Kami lebihkan (pula) derajat sebahagian dari bapak-bapak mereka, keturunan dan saudara-saudara mereka. Dan Kami telah memilih mereka (untuk menjadi nabi-nabi dan rasul-rasul) dan Kami menunjuki mereka ke jalan yang lurus. Itulah petunjuk Allah, yang dengannya Dia memberi petunjuk kepada siapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya. Seandainya mereka mempersekutukan Allah, niscaya lenyaplah dari mereka amalan yang telah mereka kerjakan. Mereka itulah orang-orang yang telah Kami berikan kitab, hikmat dan kenabian Jika orang-orang (Quraisy) itu mengingkarinya, maka sesungguhnya Kami akan menyerahkannya kepada kaum yang sekali-kali tidak akan mengingkarinya. (Qur’an, 6:87-89)
Mereka itu adalah orang-orang yang telah diberi ni’mat oleh Allah, yaitu para nabi dari keturunan Adam, dan dari orang-orang yang Kami angkat bersama Nuh, dan dari keturunan Ibrahim dan Israil, dan dari orang-orang yang telah Kami beri petunjuk dan telah Kami pilih. Apabila dibacakan ayat-ayat Allah Yang Maha Pemurah kepada mereka, maka mereka menyungkur dengan bersujud dan menangis. (Qur’an, 19:58)
Namun orang-orang Yahudi radikal, yang mempercayai keterangan menyimpang, melihat “orang yang terpilih” sebagai ciri kebangsaan sehingga mereka menganggap setiap orang Yahudi terlahir unggul dan bahwa Bani Israil selamanya dianggap unggul dari semua manusia lainnya.
Penyimpangan kedua yang terbesar dari sudut pandang ini menampilkan anggapan keunggulan ini sebagai “suatu perintah untuk melakukan keganasanatas bangsa lain.” Untuk tujuan ini, para Zionis membenarkan perilaku mereka melalui kebencian-kebencian turun-temurun yang bisa ditemukan dalam beberapa hal pada Yudaisme Talmud. Menurut pandangan ini, hal yang lumrah bagi orang-orang Yahudi untuk menipu orang-orang non-Yahudi, untuk merampas hak milik dan bangunan mereka, dan, ketika diperlukan bahkan membunuh mereka, termasuk wanita dan anak-anak.18 Kenyataan menunjukkan, semua ini adalah kejahatan yang melecehkan agama sejati, karena Allah memerintahkan kita untuk melestarikan keadilan, kejujuran, dan hak orang-orang tertindas, dan hidup dalam kedamaian dan cinta.
Lebih jauh lagi, pernyataan anti-non-Yahudi ini bertentangan dengan Taurat itu sendiri, seperti ayat-ayat yang mengutuk penindasan dan kekejaman. Akan tetapi, ideologi rasis Zionisme mengabaikan ayat-ayat seperti itu untuk menciptakan sistem kepercayaan berdasarkan amarah dan kebencian. Tanpa mempedulikan pengaruh ideologi Zionis, beberapa orang Yahudi yang benar-benar percaya pada Allah akan mengetahui bahwa agama mereka mengajarkan mereka untuk tunduk pada ayat-ayat lainnya ini yang memuji perdamaian, cinta, kasih, dan perilaku etis, seperti:
Janganlah kamu berbuat curang dalam peradilan; janganlah engkau membela orang kecil dengan tidak sewajarnya dan janganlah engkau terpengaruh oleh orang-orang besar, tetapi engkau harus mengadili orang sesamamu dengan kebenaran. Janganlah engkau pergi kian ke mari menyebarkan fitnah di antara orang-orang sebangsamu; janganlah engkau mengancam hidup sesamamu manusia; Akulah Tuhan. Janganlah engkau membenci saudaramu di dalam hatimu, tetapi engkau harus berterus terang menegur orang sesamamu dan janganlah engkau mendatangkan dosa kepada dirimu karena dia. (Perjanjian Lama, Imamat, 19:15-17)
Hai manusia, telah diberitahukan kepadamu apa yang baik. Dan apakah yang dituntut Tuhan dari padamu: selain berlaku adil, mencintai kesetiaan, dan hidup dengan rendah hati di hadapan Allahmu?” (Perjanjian Lama, Mikha, 6:8)
Jangan membunuh. Jangan berzinah. Jangan mencuri. Jangan mengucapkan saksi dusta tentang sesamamu. Jangan mengingini rumah sesamamu … (Perjanjian Lama, Keluaran, 20:13-17)
Menurut Al-Qur’an , perang hanyalah khusus sebagai alat mempertahankan diri. Bahkan jika perang akan diumumkan dalam suatu masyarakat, kehidupan orang-orang tak berdosa dan aturan hukum harus dilindungi. Suatu perintah untuk membunuh wanita, anak-anak, dan orang-orang tua tidak dapat disampaikan oleh agama manapun, kecuali hanya oleh tipu-daya yang bertentangan agama. Dalam Al-Qur’an, Allah tidak hanya mengutuk jenis kebencian seperti ini namun juga menyatakan bahwa semua manusia sama dalam pandangan-Nya dan bahwa kelebihan seseorang itu tidaklah didasarkan pada ras, keturunan, atau segala kelebihan keduniaan lainnya, melainkan pada ketakwaan - cinta bagi dan kedekatan kepada Allah.
Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal. (Qur’an, 49:13)
Terlepas dari olah agamanya yang palsu, alasan sesungguhnya dari ketidakmanusiawian dan keganasanya Zionisme adalah hubungannya dengan mentalitas penjajahan Eropa di abad kesembilan belas. Penjajahan bukan semata sebuah sistem politik atau ekonomi; penjajahan juga sekaligus sebuah ideologi. Zionisme, yang percaya bahwa negara-negara industri Barat mempunyai hak untuk menjajah dan menduduki bangsa-bangsa terkebelakang di wilayah ini, melihat ini sebagai akibat alami dari sebuah proses “seleksi alam” internasional. Dengan kata lain, Zionisme adalah sebuah produk Darwinisme Sosial. Dalam kerangka ideologi ini, Inggris menjajah India, Afrika Selatan, dan Mesir. Prancis menjajah Indocina, Afrika Utara, dan Guyana. Karena terinspirasi oleh contoh-contoh ini, para Zionis memutuskan untuk menjajah Palestina bagi orang-orang Yahudi.
Kolonialisme Zionis menjadi jauh lebih buruk dibanding “rakan-rakannya” Inggris dan Prancis, karena paling tidak mereka (Inggris dan Prancis) mengizinkan daerah pendudukan mereka untuk hidup (setelah menyerah) dan bahkan memberi sumbangan kepada negara pendudukan dengan pendidikan sekuler, pemerintahan sekuler, dan prasarana. Namun, seperti yang akan kita lihat nanti, para Zionis tidak mengakui hak-hak orang Palestina untuk hidup; mereka melakukan penghapusan etnik, dan tidak memberi apa pun kepada orang-orang yang mereka jajah. Anda mungkin bahkan berkata mereka tidak memberi satu batu bata pun bagi orang-orang Palestina.
Pertentangan Zionisme dengan Yahudi
Sifat lainnya dari Zionisme adalah kepercayaannya kepada tema-tema propaganda palsu, mungkin yang paling penting adalah semboyan “sebuah tanah tanpa manusia untuk seorang manusia tanpa tanah.” Dengan kata lain,
Deklarasi Balfour pada 1917 diputuskan di awang-awang… setiap hari dan setiap jam dalam 10 tahun terakhir ini, ketika membuka surat kabar, saya berpikir: kapan hembusan angin surga lainnya datang? Saya terguncang karena takut Pemerintah Inggris akan memanggil saya dan bertanya: “Beritahu kami, apakah Organisasi Zionis ini? Di manakah mereka, para Zionismu?”… Orang-orang Yahudi, mereka tahu, menentang kami; kami berdiri sendiri di sebuah pulau kecil, sebuah kelompok Yahudi yang amat kecil dengan masa lalu yang asing.19
Surat yang dikirim oleh Menteri Luar Negeri Inggris Sir Arthur Balfour pada Lord Rothschild yang dikenal sebagai “Deklarasi Balfour.” Kanan: gambar surat aslinya; Atas: Sir Balfour.
Oleh karena itu para Zionis mulai terlibat dalam “kegiatan-kegiatan khusus” untuk “mendorong” pindahnya orang Yahudi ke Palestina, bahkan memaksa jika diperlukan, seperti mengganggu orang-orang Yahudi di negara-negara asalnya dan bekerja sama dengan para anti-Semit untuk meyakinkan bahwa pemerintah akan mengusir orang-orang Yahudi. (Lihat Harun Yahya, Soykirim Vahseti (The Holocaust Violence,), Vural Yayincilik, Istambul, 2002). Dengan demikian, Zionisme mengembangkannya sebagai gerakan yang mengganggu dan menghantui rakyatnya sendiri.
Pertentangan Zionisme dengan Masyarakat Arab
Para Zionis tidak dinafikan lagi telah melakukan kekejaman terburuk kepada orang-orang yang memiliki “sebuah tanah tanpa manusia”: orang-orang Palestina. Semenjak hari ketika Zionisme memasuki Palestina, para pengikutnya telah berusaha untuk menghancurkan orang-orang Palestina. Untuk memberi ruang bagi para imigran Yahudi, baik dipengaruhi oleh gagasan Zionis maupun takut pada anti-Semitisme, orang-orang Palestina terus ditekan, diasingkan, dan diusir dari rumah-rumah dan tanah mereka. Gerakan untuk menduduki dan mengasingkan ini, yang didorong oleh didirikannya Israel pada tahun 1948, menghancurkan kehidupan ratusan ribu orang-orang Palestina. Hingga hari ini, sekitar 3,5 juta orang Palestina masih berjuang untuk kehidupannya sebagai pengungsi dalam keadaan yang paling sulit.
Semenjak 1920an, perpindahan orang Yahudi yang dirancang oleh Zionis dengan cepat mengubah keadaan demografi Palestina dan telah menjadi sebab terpenting berkepanjangannya pertentangan. Statistik yang terkait dengan peningkatan penduduk Yahudi ini secara langsung membuktikan kenyataan ini. Angka-angka ini adalah petunjuk penting tentang bagaimana sebuah kekuatan penjajahan dari luar negeri, kekuatan tanpa hak hukum atas tanah tersebut datang untuk merampas hak-hak penduduk asal islam palastine.
1) Negara tempat perpindahan di mulai 2) Jumlah Imigran Yahudi3) Akhir perpindahanProgram perpindahan yang diorganisir oleh para pemimpin Zionis diejawantahkan dengan kecepatan mengejutkan, dimulai pada awal 1900an. Orang-orang Yahudi yang pindah dari Afrika Utara, Uni Soviet, dan berbagai negara Timur Tengah menggeser perbandingan penduduk di Palestina untuk keuntungan orang-orang Yahudi.




Tanah Palestina Dibagi


1) Wilayah Inggris2) Wilayah Arab3) Wilayah Yahudi4) Wilayah InternasionalKetika Palestina berada di bawah kendali Inggris setelah Perang Dunia I, gelombang besar perpindahan Yahudi ke daerah ini dimulai. Perpindahan ini lambat laun mulai meningkat pesat. Selama masa ini, beberapa badan didirikan untuk menentukan bagaimana orang Yahudi dan Palestina berbagi tanah. Badan yang terkenal adalah the Peel Commission, yang dikepalai oleh bekas Menteri Luar Negeri Inggris untuk India Lord Earl Peel, dan Komisi Morrison-Grady, yang dibentuk melalui kemitraan Amerika-Inggris. The Peel Commission mengusulkan agar pengawasan Inggris ditingkatkan dan daerah ini dibagi antar kedua kelompok, hanya Yerusalem dan Haifa yang tetap di bawah kendali Inggris dan akan terbuka untuk pengamat internasional. Morrison-Grady Plan mengusulkan agar Palestina dibagi atas empat daerah kantong terpisah. Namun, anggota badan ini tidak memperhitungkan bahwa tanah yang sedang mereka bagi ini dimiliki oleh orang-orang Palestina selama berabad-abad, dan tak seorang pun punya hak untuk memaksa mereka membaginya bertentangan dengan kehendak mereka.






Polisi Inggris ikut campur dengan paksa ketika orang-orang Palestina memprotes meningkat pesatnya perpindahan Yahudi. Akibat bentrokan di Jaffa pada 1933, sebanyak 30 orang Palestina tewas dan lebih dari 200 orang terluka.
merka, diusir dari rumah dan dipaksa meninggalkan tanah asal seseorang mengakibatkan banyak kesulitan. Namun, inilah takdir Allah. Sepanjang sejarah, masyarakat Muslim telah terusir dari rumah mereka dan menghadapi berbagai jenis tekanan, penyiksaan, dan ancaman oleh orang-orang yang tak beriman. Para pemimpin yang kejam atau orang-orang yang menggunakan kekuasaan sering mengusir orang-orang yang tak berdosa dari tanah mereka hanya karena keturunan atau keyakinan mereka. Apa yang diderita oleh orang-orang Islam di banyak negara, juga orang-orang Palestina, telah diwahyukan di dalam Al-Qur’an. Namun Allah membantu semua orang yang tetap sabar, menunjukkan akhlak terpuji, dan menolak menakut-nakuti pemimpin yanglalai meskipun mengalami kekerasan. Seperti yang Allah nyatakan dalam Al-Qur’an:
Maka Tuhan mereka memperkenankan permohonannya (dengan berfirman): “Sesungguhnya Aku tidak menyia-nyiakan amal orang-orang yang beramal di antara kamu, baik laki-laki atau perempuan, (karena) sebagian kamu adalah turunan dari sebagian yang lain259. Maka orang-orang yang berhijrah, yang diusir dari kampung halamannya, yang disakiti pada jalan-Ku, yang berperang dan yang dibunuh, pastilah akan Ku-hapuskan kesalahan-kesalahan mereka dan pastilah Aku masukkan mereka ke dalam surga yang mengalir sungai-sungai di bawahnya, sebagai pahala di sisi Allah. Dan Allah pada sisi-Nya pahala yang baik.” (Qur’an, 3:195)
Dengan demikian, akan datang suatu hari ketika semua orang-orang Palestina akan hidup dalam kedamaian, keamanan, dan persaudaraan. Tapi ini hanya terlaksana dengan DAULAH KHILAFAH ISLAMIAH DIATAS JALAN KENABIAN bangkit mempersatu kaum muslim di seluruh dunia .Menyebarkan rahmat ke seluruh penjuru alam dan membasmi kejahatan –kejahatan yang zahir seperti perhambaan sesama manusia kepada perhambaan kepada AL-KHALIK iaitu pencipta manusia.khalifah islamiah juga akan membasmi kejahatan maknawiah seperti idealogi-idaelogi dan fahaman merosakan fitrah manusia yang mendorong manusia melakukan maksiat kepada AL-KHALIK.kebangkitan daulah ISLAMIAH adalah janji yang di janjikan oleh ALLAH melalui lidah suci Nabi Muhamad SAW yang bermaksud “………Seterusnya akan kembali KHILAFAH atas jalan penerapan Kenabian.dan nabi diam”.Berdasarkan maksud hadis tersebut sebelum kiamat akhbar berlaku ,dunia dinaungi oleh system khilafah yang di pimpin oleh para khalifah melaksanakan peraturan hidup mengikut syariat islam secara menyeluruh .
.
Rujukan.
15- Amnon Rubinstein, The Zionist Dream Revisited, hlm. 1916- Washington Post, Oktober 3, 197817- Roger Garaudy, “Right to Reply: Reply to the Media Lynching of Abbe Pierre and Roger Garaudy”, Samizdat, Juni 199618- For Talmud’s anti-gentile remarks, see Israel Shahak, Jewish History, Jewish Religion:, The Weight of Three Thousand Years (AMEU: 1994)19- United Nations Report, “The Origins and Evolution of the Palestine Problem 1917-1988,” New York, 1990, tanda penegasan ditambahkan.20- British Government, The Political History of Palestine under the British Administration, (Memorandum to the United Nations Special Committee on Palestine) Jerusalem, 1947, hlm. 279.21- Royal Institute of International Affairs, Great Britain and Palestine, (London, Chatham House: 1946), hlm. 61.22- Ralph Schoenman, The Hidden History of Zionism, (Veritass Press: 1988), tanda penegasan ditambahkan23- Baudouin Loos, “An Interview of Ilan Pappe,” November 29 1999, http://msanews.mynet.net/Scholars/Loos/pappe.html.24- Weite Diary, A 24617, entry dated 20 December 1940, Central Zionist Archives, Jerusalem, hlm. 1090-1091.25. Uri Davis, Israel: An Apartheid State (London and New Jersey, Zed Books: 1987), Introduction, tanda penegasan ditambahkan.26. Schoenman, The Hidden History of Zionism, tanda penegasan ditambahkan.
1.www.harunyahya.com