my destiny

My photo
.>seterusnya akan tertegak kembali khilafah atas minhaj kenabian"

Saturday 17 October 2009

Bro, Apalah Kau Ni...

Menuju Kebangkitan Syabab ul-Islam





Berikut adalah soal jawab seorang pemuda biasa dengan seorang pemuda yang berideologikan Islam.

S: Aduhai, kenapa perempuan ramai tak pakai tudung? Diorang ni tak belajar agama ke?

J: Asyik bertanya tetapi tak tahu jawapannya. Kau sendiri nak pergi marah lepas tu paksa dia pakai tudung? Kau agak dia nak dengar ke cakap kau? Bajet la weeehhhhh! Kau siapa nak suruh dia pakai tudung? Memanglah kau ikhlas buat semua tu kerana Allah, tapi kau ingat sikit, apa kuasa yang kau ada nak paksa dia pakai tudung? Kalau perempuan tu bukan anak kau, bukan bini kau, tapi perempuan ntah mana-mana ntah, apa kau boleh buat nak suruh dia pakai tudung? TAK DAPAT BUAT APA-APA BEB! Balik-balik benci dengan hati jelah! Tapi yang peliknya lepas tu kau berpendapat nak ubah seluruh masyarakat kena ubah sorang-sorang sampai semua jadi baik, jadi soleh solehah! Kat mana kau letak otak kau, kat lutut? Mana mungkin kau nak ubah sorang-sorang sampai semua jadi baik! Nabi sendiri pun tak boleh nak ajak semua ahli keluarga dia peluk Islam, lagikan kau manusia biasa! Wah, hebat kau? Jadi apa solusinya? Masa nilah kau kena gerakkan sikit kepala hotak kau tu, bahawa memegang kekuasaan itu sangat penting untuk mengubah masyarakat! Dengan kekuasaan baru kau dapat PAKSA masyarakat berubah! Sebab perubahan tu berlaku bila adanya kekuasaan pada satu-satu pihak! Itu pasal la kau tengok adanya pemerintahan junta, ada yang menggulingkan kerajaan dengan kekerasan, ada cubaan bunuh pemerintah. Sebab apa tu? Sebab kekuasaan la bang. Siapa berkuasa, dialah yang boleh ubah semuanya. Balik pada cerita tak pakai tudung tadi. Aku bagi contoh senang la. Kau tengok universiti lain selain UIA. Ada saja student perempuan tak pakai tudung yang Islam tu. Sebab apa? Sebab undang-undang universiti tu takda mewajibkan pakai tudung, jadi diorang pun amalkan prinsip Hak Asasi Manusia la. Kalau kau tengok UIA pulak, UIA paksa student pakai tudung. Nah, kan semua student perempuan situ pakai tudung! Takda pulak yang buat partition nak mansuhkan undang-undang tu? Aku cakap UIA tu bukan nak banggakan UIA, sebab UIA tu pun banyak sangat maksiat, tapi kurang sikit la banding universiti lain. Lagi pun aku nak bagi contoh untuk kau paham pentingnya kekuasaan tu. Dah paham? Kalau dah paham, buangkan dalam pemikiran kau yang politik tu tak penting atau kau tak nak terlibat dalam politik kononnya politik tu kotor dan patut tak terlibat. Begitulah kalau kau nak tegakkan Islam, nak tegakkan hukum Allah. Kalau kau yang pegang kekuasaan tu, kau yang jadi PMnya, apa lagi, mansuhkan perlembagaan yang ada, terapkan Quran dan Sunnah, barulah lepas tu semua perempuan tutup aurat. Bukan je orang Islam, orang bukan Islam pun kena ikut undang-undang yang kau dah terapkan tu!


S: Tapi aku tengok politik ni memang kotor, banyak terlibat dengan dosa, tak kan la aku nak join gak? Aku tak nak share saham kat neraka.

J: Bro, kau ni salah paham maksud politik la bro. Kau sebut-sebut politik tu kau tau ke apa maksud politik tu bro? Kalau kau paham politik tu melalui kaca mata Machiavelli, memang kau akan nampak politik tu kotor sesangat la beb! Sebab politik Machiavelli tu la yang benarkan kau buat apa je janji kau peroleh apa yang kau nak. Ala yang orang sibuk cakap matlamat menghalalkan cara tu, tak kan tak pernah dengar kot? Tak caya kau boleh tengok buku The Prince yang Machiavelli tulis tu. Eh, kau ni tau tak Islam ada cara politik dia sendiri? Ni la politik yang aku suruh kau involve tu, politik Islami, bukan Macehiavelli yang ada sekarang ni. Apa pulak maksud politik Islam ni, kau tau tak? Maksudnya mengatur segala urusan umat berdasarkan hukum syara’. Kan kau nak semua perempuan tutup aurat, jadi kena la terlibat dengan politik Islam yang sebenarnya! Kau pergi ambik Quran jap, kau bukak surah Ali Imran ayat 104. Ayat apa tu? Ayat politik la weh. Kan selari maksud ayat tu dengan maksud politik yang aku bagitau tadi. Sekarang kau tengok politik yang diamalkan tu kotor sangat, jadi kau la kena terjun di kalangan kotoran tu untuk bersihkan balik tahi-tahi yang bersepah tu! Lagi satu yang aku nak bagitau kau ni, politik tu wajib beb. Kalau Islam tu takde politik, tak lengkap la Islam tu. Kan dah bertentangan dengan ayat Quran alyauma akmaltu deenakum tu? Islam ada system ekonomi, pergaulan, sanksi, dan macam-macam lagi. Jadi ingat, nak ubah masyarakat kena memegang kekuasaan politik. Dan kalau kau tengok sirah pun, itu yang nabi buat dulu. Kau ingat tak peristiwa nabi dakwah kat Thaif sampai berdarah kena baling batu? Kau ingat sebab apa tu? Sebab nabi mintak tolong kat diorang la. Nabi offer nak jadi ketua Negara, nak terapkan Islam dan diorang taat pada nabi. Itu yang penduduk Thaif benci tu dan baling batu kat nabi. Dah tu last-last nabi jumpa puak Aus dan Khazraj. Diorang nilah yang bai’at nabi. Lepas tu la baru kau nampak nabi jadi ketua Negara, terapkan Islam. Itulah MADINAH beb! Tu kan politik semua tu? Tak kan kau tak paham lagi kot?


S: Oh ok-ok sekarang aku dah nampak sikit. Apa lagi, jom lah angkat senjata, tembak orang-orang yang pegang kekuasaan ni, kita ambik alih pulak untuk terapkan Islam!

-wowowo relax bro. Semangat la plak budak ni. Itu emosi weh, bukan rasional. Saidina Ali pun bunuh musuh sebab Allah tau, bukan sebab emosi, tu pasal dia tak pancung musuh yang ludah kat dia time perang tu. Kau ni, aku baru cerita tadi, kau dah gopoh. Mana ada nabi buat macam tu. Nabi yang berdarah ada la, tapi nabi tak tumpahkan darah orang lain. Nabi buat secara aman je. Mana ada tumpah-tumpah darah ni.


S: Oh aku paham sekarang. Macam ni takda cara lain, join demokrasi yang ada ni la. Betol tak idea aku ni?

J: Kau ni semangat bagus dah, cuma thoriqoh kau tu tak ikut syariat la plak. Aku lupa nak bagitau kau, demokrasi tu haram. Sebab apa haram? Sebab demokrasi tu mendaulatkan rakyat. Maknanya rakyat hidup dengan undang-undang mereka sendiri. Diorang berhak nak pinda atau mansuh undang-undang berdasarkan suara majority. Ala 2/3 tu, takkan tak biasa dengar. Sebab tu la ada wakil rakyat kat parlimen. Tu wakil kepada kehendak rakyat la. Sebenarnya bukan macam tu pun. Sedangkan Islam pulak kedaulatan tu pada Allah. Allah yang berhak menggubal hukum. Kita ni pelaksana hukum je. Nama pun hamba, buatlah stail hamba. Ni hamba nak berlagak jadi tuhan la pulak nak buat undang-undang lain setelah Allah dah tetapkan. Jadi terlibat dengan demokrasi tu haram.


S: So sekarang ni aku dah paham. Tapi kan, kau sibuk duk cakap pasal system Islam ni, apa ada dengan system Islam? Maksud aku apa beza dengan system yang ada sekarang dan apa jaminan kau system Islam ni boleh ubah keadaan sekarang?

Aha kali ni kepala hotak kau dah boleh berpusing sikit, kalau tak beku je dari tadi. Meh sini aku tunjukkan perbandingan sikit la, tapi kita ambik roughly je. Kang kalau tulis detail habis, penuh la pulak ruangan jundu asy-Syabab ni dengan dialog kita dua orang je hehe. Kita mula dengan ekonomi dulu. Kau tengok reality kehidupan sekarang. Yang kaya jadi makin kaya, yang miskin jadi makin miskin. Kau tau tak kenapa jadi macam tu bro? Tu la yang dinamakan kecelakaan dalam system kapitalis. Kapitalis tu pemegang modal kau tau tak. Orang yang pegang modal ni dia banyak benda dia boleh buat, banyak duit la katakan. Jadi manusia-manusia yang otak rosak ni menetapkan yang diaorang boleh miliki apa saja. APA SAJA kau tau tak. Semua jenis galian, sumber alam, pendidikan, perubatan dan lain-lain lagi. Diorang akan buat pelaburan dengan modal yang diorang ada untuk miliki perkara-perkara yang aku sebut tadi tu. Diorang tak sedar yang diorang dah merampas suatu benda yang tak boleh dimiliki oleh sesiapa pun. Kau pernah baca kisah bagaimana susahnya kehidupan Muslim di satu kawasan tanah arab dulu pada zaman nabi sebab sumber air diorang dikawal oleh seorang kafir yang menjadikan air tu bahan niaga. Dah tu orang ada duit jela yang dapat beli air tu. Macam ngok ngek je. Lalu nabi tanya sesiapa yang boleh beli satu perigi tu untuk kaum Muslim lalu ada la seorang sahabat yang mulia beli perigi tu dan lepas tu kaum Muslimin dah takda masalah nak dapatkan air secara percuma. Kau tengok la dengan reality sekarang bro. Air, jalan, elektrik semua diswastakan, diniagakan. Itu semua hak kita bro! mana boleh orang ambik lepas tu jual kat kita. Kau pernah baca hadith yang mengatakan kita ni berkongsi dalam air, rumput dan api? Jelas dah beb! Sebab tu yang kaya makin kaya, sebab yang ada modal ni dia buat untung dengan hak umat, pastu orang yang miskin ni jadi lagi miskin la sebab diorang terpaksa keluarkan harta diorang untuk dapatkan sesuat yang patutnya diorang dapat FREE bro!

Kau tengok pulak pendidikan. Kenapa zaman dulu Islam menguasai pendidikan, tapi kenapa sekarang Islam antara umat yang mundur dan jumud dalam pendidikan? Sebab ramai yang tak dapat belajar sebab takda duit bro! yuran mahal-mahal. Takda scholarship tak dapat belajar kalau orang susah. Yang ada duit pulak belajar main-main. Dulu zaman khilafah cari ilmu free, jadi orang cari ilmu bersungguh-sungguh. Tu yang munculnya khawarizmi, ibn haytham, al-farabi, ibn sina, algebra, imam 4 mazhab, imam muslim, bukhari, abu daud dan ramai lagi la. Ada yang khilafah support lagi untuk diorang tulis buku, cari ilmu dan sebarkan. Tu yang umat dulu maju gila daripada barat. Barat pun salute gila dengan kaum Muslim masa tu. Sekarang ni ada pelajar yang hak mereka dinafikan untuk sambung belajar. Sebab apa, sebab takda duit! Sampai ada yang buat part time, malahan ada yang jadi pelacur! Aku ni pun nasib baik la dapat cari duit sikit nak bayar yuran, kalau tak aku memang kena halau je dari university tu sebab tak bayar yuran. Ni ke dikatakan pemimpin yang ada tu berjiwa rakyat? Macam Saidina Umar? Bajet la wehh. Dah tu barat perkenalkan pulak copyright. Kau ingat sebab apa tu? Sebab mereka nak mendominasi la lagi-lagi dalam bidang Ilmu. Supaya orang akan terhegeh-hegeh pada diorang untuk mintak kebenaran nak ambik ilmu diorang. Lagi sedih pulak, umat Islam sekarang tabanni la pulak copyright tu jadi hukum baru dalam Islam. APA BENDA NI WEH? Dah buku-buku ilmu tak boleh nak copy. Kalau copy kena saman. MATERIALISTIK! Lepas tu ramai lah yang jadi bodoh, pemikiran makin mundur, ilmu pun makin hilang.

Jadi kau bayangkan betapa umat Islam ni boleh jadi canggih balik kalau diterapkan system yang dulu mereka pegang, iaitu system Islam. Tapi aku nak bagitau kau satu lagi benda penting ni. Islam bagi benda tu benda ni percuma sebab tu hak umat, dan Allah dan RasulNya perintahkan kita buat demikian. Beza dengan sosialis. Diorang bagi certain benda tu free sebab diorang kecewa dengan kapitalis, bukan sebab aqidah diorang yang mewajibkan perkara tu. Islam pulak mewajibkan apa yang milik umat itu diagihkan kepada umat. Sangat berbeza la pulak.


S: Ush mantap la hujah kau ni. Soalan aku terakhir pulak. Mana kau belajar benda-benda ni hah? Pelek aku dengar. Kau bukan study bab-bab bangunan ke? Macam mana boleh cakap pasal system Islam pulak?

Hah tu la kau aku ajak datang halaqah maftuhah hizbut tahrir kau tak nak. Ni semua aku belajar dengan depa la, syabab-syabab hizbut tahrir. Kalau nak belajar jugak, jom ikut sama.

Lalu ikutlah pemuda tadi tu dengan kawan dia ke halaqah maftuhah. Begitulah kisah bukan sebenar seorang daris menarik seorang contact baru hehehe…

Keutamaan Menuntut Ilmu Agama


Dari Mu’awiyah bin Abi Sufyan radhiallahu ‘anhu dia berkata: Aku mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
من يرد الله به خيرا يفقهه في الدين
“Barangsiapa yang Allah kehendaki baginya kebaikan maka Dia akan memahamkan baginya agama (Islam).” [1]

Hadits yang mulia ini menunjukkan agungnya kedudukan ilmu agama dan keutamaan yang besar bagi orang yang mempelajarinya, sehingga Imam an-Nawawi dalam kitabnya Riyadhush Shalihin [2], pada pembahasan “Keutamaan Ilmu” mencantumkan hadits ini sebagai hadits yang pertama.

Imam an-Nawawi berkata: “Hadits ini menunjukkan keutamaan ilmu (agama) dan keutamaan mempelajarinya, serta anjuran untuk menuntut ilmu.” [3]
Imam Ibnu Hajar al-’Asqalaani berkata: “Dalam hadits ini terdapat keterangan yang jelas tentang keutamaan orang-orang yang berilmu di atas semua manusia, dan keutamaan mempelajari ilmu agama di atas ilmu-ilmu lainnya.” [4]
Mutiara hikmah yang dapat kita petik dari hadits ini adalah:
  1. Ilmu yang disebutkan keutamaannya dan dipuji oleh Allah Ta’ala dan Rasul-Nya adalah ilmu agama. [5]
  2. Salah satu ciri utama orang yang akan mendapatkan taufik dan kebaikan dari Allah Ta’ala  adalah dengan orang tersebut berusaha mempelajari dan memahami petunjuk Allah Ta’ala dan Rasul-Nya shallallahu ‘alaihi wa sallam dalam agama Islam. [6]
  3. Orang yang tidak memiliki keinginan untuk mempelajari ilmu agama akan terhalang untuk mendapatkan kebaikan dari Allah Ta’ala. [7]
  4. Yang dimaksud dengan pemahaman agama dalam hadits ini adalah ilmu/pengetahuan tentang hukum-hukum agama yang mewariskan amalan shaleh, karena ilmu yang tidak dibarengi dengan amalan shaleh bukanlah merupakan ciri kebaikan. [8]
  5. Memahami petunjuk Allah Ta’ala dan Rasul-Nya shallallahu ‘alaihi wa sallam dengan benar merupakan momentum bagi manusia untuk mencapai darjat takwa kepada Allah Ta’ala. [9]
  6. Pemahaman yang benar tentang agama Islam hanyalah bersumber dari Allah semata, oleh karena itu hendaknya seorang muslim disamping giat menuntut ilmu, selalu berdoa dan meminta pertolongan kepada Allah Ta’ala agar dianugerahkan pemahaman yang benar dalam agama. [10]
***
Penulis: Ustadz Abdullah Taslim, M.A.
Artikel www.muslim.or.id

Footnote:
[1] HSR al-Bukhari (no. 2948) dan Muslim (no. 1037).
[2] 2/463- Bahjatun Naazhiriin.
[3] Syarah Shahih Muslim (7/128).
[4] Fathul Baari (1/165).
[5] Lihat keterangan Syaikh Muhammad bin Shaleh al-’Utsaiman dalam kitab al-Ilmu (hal. 9).
[6] Lihat kitab Miftaahu Daaris Sa’aadah (1/60).
[7] Lihat kitab Fathul Baari (1/165) dan Miftaahu Daaris Sa’aadah (1/60).
[8] Lihat kitab Miftaahu Daaris Sa’aadah (1/60).
[9] Lihat kitab Syarah Shahih Muslim (7/128) dan Faidhul Qadiir (3/510).
[10] Lihat Bahjatun Naazhiriin (2/463).

Friday 16 October 2009





Nasionalisme & Patrotisme Penghancur Kesatuan Umat Islam




Nasionalisme adalah satu konsep yang bercanggah dengan ajaran Islam kerana ia mengikat dan menyatukan manusia atas dasar bangsa atau keturunan, walhal satu-satunya cara yang benar untuk mengikat dan menyatukan umat Islam adalah berdasarkan ikatan akidah. Bersatu atas dasar jalur keturunan atau bangsa jelas-jelas diharamkan oleh Islam. Abu Daud meriwayatkan bahawa Rasullullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda,

“Bukanlah dari kami orang-orang yang menyeru kepada assabiyyah, berperang atas dasar assabiyyah dan mati kerana (mempertahankan) assabiyyah”.

Terdapat banyak peristiwa di dalam sirah di mana Rasulullah mencela mereka yang cuba mempertahankan sikap assabiyyah ini. Dalam satu kejadian, sekumpulan Yahudi merancang untuk memecahkan kesatuan kaum Muslimin setelah dengki melihat bersatunya Auz dan Khazraj atas dasar Islam. Mereka menghantar beberapa orang pemuda untuk melaga-lagakan Aus dan Khazraj dengan mengungkit semula kisah Perang Bu’ath di mana golongan Aus berjaya mengalahkan Khazraj. Hasilnya terjadilah perkelahian antara Aus dan Khazraj dan hal ini kemudiannya sampai ke pengetahuan Rasulullah.

Nabi dengan tegas lalu bersabda,

“Wahai kaum Muslimin, ingatlah kalian kepada Allah, ingatlah kalian kepada Allah! Kenapa kalian mengikuti seruan Jahiliyyah, padahal aku masih berada di tengah-tengah kalian. Dan Allah sebelumnya telah memberi petunjuk kepada kalian dengan Islam, memuliakan kalian dengannya, memutuskan segala kejahiliyyahan dari kalian, menyelamatkan kalian dari kekafiran dan menyatukan hati kalian.”

Apabila mendengar sabda Nabi ini, kaum Aus dan Khazraj terus sedar bahawa seruan Jahilliyah adalah tipuan syaitan, dan salah satu dari makar musuh Allah terhadap mereka. Mereka terus menangis dan berpelukan antara satu sama lain. Peristiwa ini merupakan asbabun nuzul Surah Ali Imran (3):102-103. [Sirah Ibn Hisyam].

At-Thabrani dan al-Hakim melaporkan bahawa pada suatu hari beberapa orang sedang berbual tentang Salman al-Farisi dengan merendah-rendahkan bangsa Parsi berbanding bangsa Arab. Apabila mendengar hal ini, Rasulullah terus bersabda, “Salman adalah dari ahli al-bait (keluarga Rasulullah).” Kata-kata Nabi ini sebenarnya memutuskan segala bentuk ikatan berdasarkan keturunan atau bangsa.

Dikisahkan juga oleh Ibn Al-Mubarak di dalam dua kitabnya, Al-Birr dan As-Salah bahawa terjadi perselisihan antara Abu Zar dan Bilal, lalu Abu Dzar berkata kepada Bilal, “Engkau anak orang hitam.”“Engkau sudah melampau wahai Abu Dzar. Orang yang mempunyai ibu yang putih langsung tidak ada kelebihan di atas orang yang mempunyai ibu yang hitam.” Kata-kata Rasulullah ini memberi kesan yang mendalam ke atas Abu Dzar sehingga beliau meletakkan kepalanya ke tanah dan bersumpah tidak akan mengangkat kepalanya selagi Bilal tidak memijak kepalanya. Rasulullah amat marah mendengar kata-kata Abu Zar ini lalu bersabda,

Peristiwa-peristiwa di atas menunjukkan kepada kita bahawa ikatan assabiyyah dan wathaniyyah langsung tidak ada tempat di dalam Islam. Kaum Muslimin diperintahkan agar bersatu atas dasar persamaan akidah dan tidak membezakan antara satu sama lain hanya disebabkan oleh perbezaan bangsa atau asal keturunan.
Rasulullah mengingatkan kita bahawa kaum Muslimin adalah umpama tubuh yang satu, jika salah satu bahagian sakit maka keseluruhan tubuh akan terasa sakit. Ini bermakna setiap Muslim tidak kira Arab, Melayu, Cina, Turki, Kurdi, Pakistan dan sebagainya adalah ummatan wahidah dan kita tidak boleh dibezakan antara satu sama lain berdasarkan bangsa mahupun tanahair.

Sesetengah orang mendakwa bahawa Rasulullah membenarkan assabiyyah berdasarkan peristiwa hijrah di saat Rasulullah bersabda tentang Mekah dengan air mata membasahi pipinya, “Engkau (Mekah) adalah bumi Allah yang paling aku sayangi.” Sebenarnya kata-kata Nabi ini langsung tidak ada kena-mengena dengan assabiyyah (nasionalisme) mahupun wathaniyyah (patriotisme). Kesalahfahaman ini timbul kerana hadis ini selalunya tidak dibaca atau dipetik secara sepenuhnya, yang berbunyi, “Engkau (Mekah) adalah bumi Allah yang paling aku sayangi kerana engkau adalah bumi yang paling Allah sayangi”.

Oleh itu, kecintaan Rasulullah kepada Mekah adalah kerana kedudukannya yang suci yang Allah berikan dan bukannya kerana Rasulullah dilahirkan di sana. Setiap Muslim justeru mesti cinta dan sayangkan Mekah kerana bumi ini adalah bumi yang paling Allah sayangi dan hal ini langsung tidak ada hubung-kaitnya dengan nasionalisme atau patriotisme!

Sesungguhnya keharaman assabiyyah dan wathaniyyah adalah jelas dan nyata, sebagaimana jelasnya malapetaka dan perpecahan yang dibawa keduanya.

Justeru, adalah menjadi kewajiban setiap Muslim untuk menghilangkan sifat dan sikap ini dari diri mereka, seterusnya bergerak dan berusaha bersungguh-sungguh ke arah melenyapkan kekufuran ini di mana jua mereka temui.

Setiap Muslim juga wajib memuhasabah (bukannya bersekongkol dengan) pemimpin yang mengamalkan fahsya’ (kekejian) ini dan berusaha menyatukan kaum Muslimin di bawah bendera ‘La ilaha illallah Muhammad Rasulullah’ tanpa mengenal batas sempadan, bangsa mahupun keturunan.

Dalam konteks ini, seluruh negeri kaum Muslimin sepatutnya bergabung membentuk satu negara dan melantik seorang Khalifah yang akan menerapkan pemerintahan berdasarkan Al-Kitab dan As-Sunnah. Jika dulu Rom dan Parsi yang asalnya negara kufur, boleh tunduk dan bergabung di bawah satu Daulah, apatah lagi kini, Malaysia dan Indonesia yang sememangnya negara kaum Muslimin, tentunya lebih mudah untuk digabungkan, Insya Allah.

Apakah ertinya kemerdekaan ini?

Setelah 52 tahun merdeka dan memerintah sendiri dan mempunyai kuasa untuk menentukan nasib sendiri, anehnya Malaysia masih mematuhi syarat yang telah ditetapkan British lebih 52 tahun dahulu.

Apakah jika Malaysia melanggar syarat ini sekarang, maka Malaysia terpaksa diserahkan semula (atau otomatik jatuh) ke tangan British?

Atau apakah musuh Islam ini akan datang menyerang Malaysia sekali lagi jika syarat kemerdekaan tersebut dilanggar?

Atau apakah Malaysia sebenarnya ‘sengaja’ mengekalkan segala yang diwarisi dari penjajah ini kerana pemikiran para pemimpin yang ada sudah sebati dengan akidah sekular yang telah dibawa oleh penjajah?

Jadi, merdekakah umat ini sebenarnya, dengan hanya menyaksikan British keluar dari bumi Malaysia, walhal sistem dan undang-undang British masih bertapak kukuh?

Merdekakah umat ini apabila Perlembagaan yang digubal dan ditinggalkan oleh British masih menjadi undang-undang tertinggi negara yang lebih tinggi dari Al-Quran dan As-Sunnah?

Merdekakah umat ini apabila pemikiran mereka sebenarnya masih lagi terjajah?

Sungguh aneh apa yang dikatakan ‘kemerdekaan’ ini; kita mohon kemerdekaan dari John kerana benci dengan apa yang dia bawa, lalu John menganugerahkan kemerdekaan. Setelah merdeka, kita melantik Johan sebagai pemimpin, yang membawa idea sama sebagaimana John, lalu kita mengatakan kita telah merdeka!

Kemerdekaan Hakiki

Wahai kaum Muslimin! Kami ingin bertanya, adakah kalian akan bergembira jika Kelantan terpisah dari Malaysia, lalu menyambut kemerdekaan? Adakah kalian akan bergembira jika Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia dan mereka menyatakan bahawa mereka telah merdeka, sebagaimana Singapura mencapai kemerdekaan dari Malaya dahulu? Adakah penduduk Johor dan penduduk Malaysia lainnya akan berpesta kegembiraan jika Johor berjaya keluar dari Malaysia dan merdeka? Apakah ini yang dikatakan kemerdekaan, dan apakah kita bergembira dengan kenyataan ini, kenyataan bahawa negeri-negeri umat Islam menjadi terpecah belah, semakin lemah dan kecil dan terpisah antara satu sama lain dan mewujudkan pemerintahan sendiri-sendiri?

Jika kalian gembira dengan sambutan kemerdekaan ini, kalian sebenarnya sedang berkongsi kegembiraan dengan kafir Barat, yang setiap tahun tersenyum menyaksikan sambutan kemerdekaan yang diadakan besar-besaran di negeri kaum Muslimin.

Golongan kuffar ketawa riang menyaksikan kejayaan mereka memecah-belahkan kaum Muslimin dengan negara-bangsa yang ‘merdeka’, yang dahulunya mereka berjaya pisahkan dari satu bumbung pemerintahan yakni Daulah Khilafah.

Kini, semuanya terpecah belah dan ‘merdeka’ dengan berjalan mengikut ketetapan penjajah. Wahai saudaraku, bukankah kita umat yang satu dan Rasulullah telah menyatukan kita dengan kalimah syahadah yang baginda bawa, tanpa memerhatikan lagi bangsa dan negara manakah kita berada. Begitulah juga dengan para Khalifah sesudah baginda dan para pejuang-pejuang Islam yang ikhlas berjuang menyatukan umat Islam dan memerdekakan mereka dari belenggu kekufuran. Kesemua mereka ini membawa kemerdekaan yang hakiki untuk umat Islam.

Mereka membebaskan manusia dari hidup di dalam kekufuran dan kezaliman menuju rahmat Allah, membebaskan manusia dari berada di bawah telunjuk dan naungan kufur kepada petunjuk dan cahaya Islam.

Firman Allah,

“Allah Pelindung orang-orang yang beriman. Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan menuju cahaya. Adapun orang-orang kafir, pelindung-pelindung mereka adalah syaitan, yang mengeluarkan mereka dari cahaya menuju kegelapan.” [TMQ al-Baqarah (2):256]

Rab’i bin Amir, Hudzaifah bin Mihshin, dan Mughirah bin Syu‘bah ketika ditanya oleh Jeneral Rustum (Parsi) secara bergantian pada hari yang berbeza pada Perang Qadisiyah, di mana Rustum bertanya,

“Apa yang menyebabkan kalian datang ke sini?”. Mereka menjawab, “Allah telah mengutus kami untuk membebaskan/memerdekakan siapa saja dari penghambaan kepada hamba (manusia) menuju penghambaan hanya kepada Allah semata, dari kesempitan dunia menuju keluasanNya, dan dari kezaliman agama-agama selain Islam menuju keadilan Islam...” [Tarikh at-Thabari, II/401].

Thursday 15 October 2009

Tantawi Menyemarakkan Agenda Anti-Islam Kerajaan Barat

Pada hari Isnin, 5 Oktober, ketika mengunjungi sebuah sekolah perempuan di Kaherah, Syeikh Mohamed Sayyed Tantawi, Rektor Universiti Al-Azhar, Mesir, telah mengarahkan seorang pelajar perempuan supaya membuka purdahnya dan menyatakan bahawa dia akan mengarahkan agar penutupan muka diharamkan di semua sekolah yang berkaitan dengan Al-Azhar. Kenyataannya telah memberi lampu hijau kepada usaha beberapa kerajaan Barat seperti Perancis, Belanda dan Belgium dalam mengharamkan purdah di negara masing-masing, ini suatu tindakan yang disifatkan oleh kebanyakan Muslim sebagai salah satu sekutu (Barat) yang terdesak dalam usaha menipu untuk mengheret mereka ke arah nilai-nilai sekular dan menjauhkan dari Islam. Sehari selepas komen tersebut dikeluarkan, Liga Utara (parti politik bersayap kanan dan ahli sekutu Silvio Berlusconi) mencadangkan perundangan dituju pada pengharaman penutupan wajah di Itali.



Dr. Nazreen Nawaz, wakil Media Muslimat Hizbut-Tahrir Britain memberi kenyataan:



“Sheikh Tantawi bukanlah orang yang asing dalam memukul gendang mengikut irama kerajaan sekular Barat. Antara perkara yang telah dilakukan termasuklah menyokong pengharaman tudung di Perancis, menasihati perempuan-perempuan Muslim untuk membuka tudung mereka dalam memenuhi kehendak undang-undang, serta bersalaman dengan Presiden Israel Shimon Peres – seorang penyembelih yang mana tangannya berlumuran dengan darah ribuan rakyat Palestin.



“Berlatarbelakangkan kerajaan Eropah yang sedang berusaha untuk mencantas kebangkitan Islam dalam masyarakat mereka dan memaksa untuk menerapkan nilai-nilai Barat melalui undang-undang seperti pengharaman tudung dan purdah, kata-katanya telah dijadikan sebagai hujah dalam agenda mereka. Tambahan pula, kenyataannya yang mutakhir ini telah menyediakan bantuan kepada propaganda peperangan kerajaan Barat terhadap Islam dan pakaian wanita Muslim. Oleh itu, daripada dia menyuruh para remaja Muslim untuk menanggalkan tudung mereka, adalah lebih baik dia menyorokkan wajahnya yang memalukan”.



“Dia menunjukkan kemarahan terhadap wanita yang berpurdah tetapi langsung tidak menghiraukan kebenaran kerajaan yang diberikan kepada para pengunjung wanita untuk berarak separuh bogel di dalam pusat percutian di Mesir. Dia mempergunakan Islam untuk berhujah bahawa wanita Muslim mestilah membuka wajah mereka tetapi mendiamkan diri terhadap pemerintahan sekular rejim Mubarak yang zalim yang cuba sedaya upaya dalam menyingkirkan Islam dari masyarakat, termasuk memenjara dan menyeksa sesiapa yang menyeru kepada pemerintahan Islam”.



“Tantawi dan orang yang seumpama dengannya adalah orang-orang yang bersedia untuk memberi khidmat apabila dibayar, yang menawarkan perkhidmatan memberi fatwa atas permintaan dalam menandatangani dan bersetuju tanpa sebarang persoalan terhadap tindakan pemerintahan autokratik dan kerajaan Barat, dia tidak mempunyai kewibawaan di kalangan umat Islam. Maka para pemimpin Barat tidak sepatutnya diperbodohkan dengan mempercayai bahawa perintah daripada ulamak kerajaan sebegini akan dapat meyakinkan kaum Muslimin untuk beralih arah daripada pegangan kepercayaan Islam yang kuat kepada menerapkan nilai-nilai yang korup, cacat dan rendah moral. Jika inilah harapan mereka, maka merekalah yang perlu membuka tudung daripada mata mereka dan bukannya wanita Muslim”.

Friday 9 October 2009

Politik Wajib di dalam Islam?



Politik yang dianjurkan Islam…

Wujud segolongan ulama Islam yang selalu berhujah bahawa agama Islam terpisah sama sekali dari politik. Islam adalah wahyu sedangkan politik adalah kejahatan, propaganda dan permainan manusia. Bagi mereka, mencampurkan Islam dengan politik merupakan perbuatan memburukkan kesucian agama Islam contohnya, kelakuan orang yang menggunakan dalil al-Quran untuk menjastifikasikan agenda politik mereka. Maka Islam dan politik seharusnya terpisah!

Kesan fakta ini turut mempengaruhi “mind setting” sebilangan masyarakat kampus yang “elergi” dengan suasana menjelangnya pilihanraya kampus yang penuh dengan pemainan politik. Perasaan ini diperkukuh dengan suasana politik tahah air yang dikatakan cukup sensitif. Perlu berhati-hati apabila berbicara tentang politik jika tidak mahu ditangkap pihak penguasa. Realiti ini menyebabkan penyelewengan kuasa politik dan pertelingkahan di antara parti politik dan gerakan mahasiswa adalah lumrah dalam berpolitik. Artikel ini hadir untuk menjawab pertanyaan adakah benar Islam terpisah dari politik? Dan, apakah perspektif politik yang sepatutnya difahami oleh kita semua?


Politik Sebahagian Daripada Islam

Politik di dalam bahasa arab dikenali dengan istilah siyasah. Oleh sebab itu, di dalam buku-buku para ulama salafus salih dikenal istilah siyasah syar’iyyah, misalnya dalam Al-Muhith, siyasah berakar kata sasa-yasusu. Kalimah Sasa addawaba yasusuha siyasatan bererti Qama alaiha wa radlaha wa adabbaha (mengaturnya, melatihnya, dan mendidiknya). Bila dikatakan sasa al-amra ertinya dabbarahu (mengatur sesuatu perkara).

Pada asalnya, makna siyasah (politik) digunakan dalam pengurusan dan latihan pengembalaan. Kemudian, kata tersebut digunakan dalam pengaturan urusan-urusan manusia. Pengurus urusan-urusan manusia tersebut dinamakan sebagai siyasiyun (ahli politik). Jadi, Ulul-amri (pemimpin) tugasnya adalah mengurus, mengatur, dan menjaga rakyatnya. Maka benarlah pujangga Arab yang bermaksud “mana mungkin keadaan rakyat akan baik apabila pemimpinnya rosak seperti anai-anai yang menghancurkan kayu”. Kesimpulannya, politik adalah riaayah (pemeliharaan), islah (perbaikan), taqwim (pelurusan), irsyad (pemberi arah petunjuk), dan ta`dib (pendidikan).

Pengertian yang lebih jelas lagi, telah dibuat oleh seorang ulama’ timur tengah, Syaikh Abdul Qadim Zallum di dalam Kitab-nya Al-afkaru Siyasi iaitu ”Siyasah bermaksud aktiviti mengatur urusan umat baik di dalam dan di luar negera berlandaskan batas-batas syarak”. Definisi inilah yang dipraktikkan oleh Rasullullah saw dan para sahabat yang sering digelar sebagai ahli politik oleh sarjana barat. Rasulullah saw. sendiri pernah menggunakan istilah politik (siyasah) seperti sabdanya;

“Adalah Bani Israil, mereka diurusi urusannya oleh para nabi (tasusuhumul anbiya). Ketika seorang nabi wafat, nabi yang lain datang menggantinya. Tidak ada nabi setelahku, namun akan ada banyak para khalifah yang mengurusi kalian” (HR. Bukhari dan Muslim).

Definisi ini semestinya jauh sekali dengan perspektif yang difahami oleh mahasiswa dan masyarakat kita diluar sana. Inilah pengertian politik Islam berdasarkan dalil yang terkuat. Aktiviti politik melibatkan pemerintah negara dan juga masyarakat. Negara adalah institusi penerapan secara praktikal dan masyarakat pula memuhasabah pemerintah dalam melakukan urusan rakyatnya. Sebagai mahasiswa di kampus, kita berpolitik untuk memuhasabah sesama sendiri dan menegur kesalahan pihak atasan universiti. Juga sebagai seorang muslim, kita perlu “terjun ke dalam aktiviti politik” iaitu memperhatikan keadaan kaum muslimin untuk memastikan kezaliman tidak berlaku dan melenyapkan kejahatan dari musuh-musuh kita, kafir laknatullah.

Oleh itu, kita tidak sepatutnya benci dan mengelakkan diri dari terlibat dengan politik. Malah, setiap muslim yang mengaku beriman kepada Allah swt. perlu berpolitik iaitu peka dengan isu yang berlaku di dalam dan di luar negara, membongkar keburukan, menuntut keadilan, menasihati pemimpin yang menderhakai rakyatnya, serta memeranginya kekufuran yang nyata (kufran bawaahan). Peranan ini adalah perintah dari Allah swt melalui kekasih-nya, Rasulullah saw seperti di dalam sebuah hadis yang bersifat mutawattir bi makna ini,

“Siapa saja yang bangun pagi dengan perhatiannya bukan Allah maka ia bukanlah (hamba) Allah, dan siapa saja yang bangun pagi namum tidak memperhatikan urusan kaum muslimin maka ia bukan dari golongan mereka" (HR. Al Hakim).

Dalam hadis yang lain, Rasulullah saw ditanya oleh sahabat tentang apakah jihad yang paling utama. Baginda menjawab :

“Kalimah yang haq disampaikan kepada penguasa yang keji” (HR. Ahmad).

Kefahaman politik yang beraqidahkan ideologi sekularisma yang berprinsip “matlamat menghalalkan cara” untuk meraih kuasa hendaklah dihapuskan sepenuhnya. Pemikiran berbahaya inilah yang selama ini menjahanamkan kesatuan mahasiswa dan masyarakat dengan konflik politik busuk, mencaci maki, jatuh-menjatuhkan dan sampai ke tahap kafir-mengkafir! Mahasiswa muslim yang ikhlas dalam memperjuangkan Islam jangan terperangkap dengan permainan yang disogok dan dicipta oleh musuh Islam untuk memesongkan tujuan sebenar kita.

Wahai sahabat-sahabat, siswa-siswi dan semua pembaca ukhwatul muslimin sekalian. Sedarlah sebagai seorang muslim, kita secara qathi’e (mutlak) harus melaksanakan Islam secara kaffah (sempurna) dan menyeluruh seperti yang diamalkan oleh umat Islam terdahulu iaitu jauh dari segala perkara yang bertentangan dengan hukum-hukum Islam baik taklifan berbentuk urusan individu (solat, puasa, zakat dsb.) mahupun melibatkan interaksi sesama manusia. Setiap muslim haram baginya melakukan pendustaan, kezaliman, khianat, tipu daya, dan sebagainya seperti yang dilakukan oleh golongan sekular atas nama politik.

Hapuskanlah propaganda-propaganda yang digunakan untuk menutupi kesilapan kita dan perancangan jahat menjatuhkan pihak lawan. Kewajipan politik kita sekarang adalah memperbaiki kebengkokan yang ditempuh ahli-ahli politik yang masih belum sedar, gerakan-gerakan mahasiswa yang terleka, pihak autoriti dan penguasa agar semuanya dapat bersama-sama menyerukan kalimatul haq dan menghapuskan kezaliman agar sesuai dengan ajaran Islam.

Politiknya seorang muslim tidak boleh lari dengan usaha menerapkan dan menegakkan ajaran Islam dalam segala aspek kehidupan. Jika kita mengelak, kitalah yang sebenarnya menjadikan Islam jauh dari aktiviti politik, iaitu: pertama, menyimpang dari perintah Allah swt. untuk mengurus dan memperhatikan urusan kaum muslimin. Kedua, membenarkan pengertian politik seperti yang digambarkan ideologi kapitalisma dan sosialisma padahal politik demikian adalah politik yang bertentangan dengan politik Islam. Ketiga, melarang sesuatu yang merupakan perintah Allah swt dan Rasul-Nya.

Islamlah satu-satunya sumber politik seorang Muslim seperti diteladankan oleh baginda Nabi Muhammad saw. Politik atas dasar ajaran Islam adalah mengimplementasikan seluruh hukum-hukum Islam dalam setiap aspek kehidupan. Dengan demikian politik bukanlah terpisah dari ajaran Islam.

Konflik yang tersimpul dengan 1001 jalinan ini perlu dileraikan. Kezaliman, penindasan dan pergaduhan sesama saudara seaqidah ini perlu dihentikan. Untuk itu, setiap individu perlu melakukan perubahan sikap dan cara berfikir. Pertama, menggunakan sudut pandang syariat pada setiap pemecahan permasalahan. Kedua, yang digali dari ajaran Islam dimunculkan dalam bentuk konsepsi strategik mahupun praktikal, bukan sekadar taklid buta atau aqal semata-mata. Ketiga, perilaku berdasarkan roh Islam iaitu terpancar sifat-sifat Islam padanya. Keempat, bertegas kepada kebenaran dan kemaslahatan seluruh masyarakat sesuai syariat Islam kerana rahmatan lil ‘alamin (rahmat sekalian alam) hanya tercapai dalam penerapannya. Hanya dengan ini, kita mampu merubah suasana politik kampus dan seterusnya mencorak pandangan politik baru di masyarakat luar.

Wallahu muwafiq ila aqwamit thariq..

Islamikkah sistem pendidikan kita??


Islamikkah sistem pendidikan kita??


Pernahkah kalian terfikir? Negara kita ini sudah lama merdeka. Negara Malaysia di kategorikan sebagai sebuah negara membangun. Banyak tenaga mahir yg telah dilahirkan.Tetapi mengapakah kita masih tidak mampu melahirkan individu-individu seperti al-khindi, al-farabi, dan lain-lain? Kenapakah umat islam hari ini tidak mampu melahirkan produk-produk seperti di zaman Khalifah Turki Uthmaniah? Mengapakah kita tidak mampu membina peradaban seperti di zaman keagungan Islam dahulu? Di manakah silapnya? Adakah kerana kelemahan sistem pendidikan negara?

Saya teringat masa zaman sekolah dulu. Walaupun di sebuah sekolah harian yang pendidikannya sekular, sahabat-sahabat saya masih lagi boleh berfikir tentang Islam. Antara pemikiran yang dilontarkan ialah, "subjek pendidikan islam kita sekarang ni dah macam nak sama je dengan pendidikan moral". Agak tepat juga kata-kata kawan saya tersebut. Mana tidaknya, ada beberapa pelajar India dan Cina mampu belajar subjek pendidikan islam dan mendapat A dalam subjek tersebut sedangkan mereka bukan beragama Islam. Topik dalam subjek itu juga banyak yang bersifat umum. Mata pelajaran PAFA pula, nama sahaja Fardhu Ain, tetapi skop Fardhu Ain itu telah dikecilkan sehingga hanya ibadah khusus seperti solat, wudhuk,dan puasa sahaja yang dapat dilihat. Akhinya, pelajar itu sendiri ramai yang walaupun telah dewasa tetapi masih lagi bergelut dengan persoalan perihal agama yang tidak berkesudahan.

Jika kita masih berharap pada pendidikan kita, maka kita akan dihadapkan pada dua pilihan:
1. Apakah pendidikan kita akan mencetak manusia yang dapat menjadikan bangsa ini menjadi bangsa pemimpin dunia? atau
2. Akan mencetak manusia yang akan menjadikan bangsa ini sebagai bangsa budak, kuli, atau hamba?

Jika memilih pilihan pertama, maka kita harus meninjau format ilmu yang selama ini telah diberikan dalam sistem pendidikan kita. Apabila diteliti dengan lebih mendalam, kita dapati bahawa masih ada yang kurang dalam tingkatan ilmu yang ada dalam pendidikan kita.

Apa yang kurang?
pernahkah anda dengar jurusan kungfu ada peringkat atau tahap yang perlu dicapai? Begitu jugalah sistem pendidikan kita.

Sesungguhnya sistem pendidikan kita hanya mengajarkan ilmu pengetahuan sampai peringkat ke tiga sahaja. Seharusnya pendidikan kita harus mengajarkan ilmu pengetahuan sampai ke peringkat ke enam, dan itulah peringkat yang paling tinggi.

Ilmu peringkat pertama:
Ia merupakan tingkatan keilmuan yang paling dasar. Ilmu yang diberi akan mampu membuat anak didik mengidentifikasi objek yang dapat diindera secara langsung yang dapat diperoleh melalui 4 unsur dalam berfikir:
1. adanya fakta yang diindera
2. adanya pancaindera
3. adanya otak
4. adanya maklumat assabiqah (maklumat sebelumnya)
hasilnya, manusia mengenali apa itu meja, kerusi dan lain-lainnya kerana mempunyai maklumat sebelumnya dan dapat mengindera objek tersebut.

Ilmu peringkat ke-2:
Ilmu yang mengajar kita supaya mampu mengidentifikasi objek yang tidak dapat diindera secara langsung. Ia meliputi:
1. sesuatu yang tersembunyi
2. suatu kejadian di masa lampau
3. meramalkan kejadian di masa depan
Untuk memperoleh ilmu ini, perlulah kita menggunakan metodologi tertentu. Ilmu ini disebut sebagai Pure Science. Contohnya: kimia, biologi, fizik, dll.

Ilmu peringkat ke-3:
Inilah peringkat yang tertinggi dapat dicapai dengan sistem pendidikan yang kita ada sekarang. Di peringkat ini, anak didik mampu memanfaatkan produk pengetahuan yang didapati dari peringkat ke-2. Ia juga disebut sebagai Applied Science iaitu memanfaatkan ilmu peringkat ke-2 dalam bentuk produk atau perkhidmatan. Sebagai contoh, kedoktoran, pertanian, penternakan, kejuruteraan, dll.

kesannya??
Lahirlah manusia 'tukang'atau kuli yang siap untuk dimanfaatkan oleh pemesannya. Manusia itu berkerja membuat sesuatu kerana ada yang memesannya.Pemesan itu sudah pastinyalah penjajah. Mereka mencengkam kukunya di negeri ini namun dengan bentuk penjajahan model baru.

Penjajahan Model Baru:
Penjajah tidak perlu datang menjajah ke negeri kita dengan membawa senjata dan tentera. Cukup sekadar membawa wang Dolar, Euro, dll, untuk membeli segenap kekayaan sumber alam kita. Padahal kita semua tahu bahawa kertas-kertas wang itu tidak ada nilainya sama sekali, kerana ia dicetak tanpa ada logam mulia yang digunakan sebagai penjaminnya. Inilah bentuk penjajahan baru.

Apa ertinya?
Sistem pendidikan kita tidak dapat menghasilkan manusia yang faham dengan apa yang harus dikerjakan. Seramai mana pun pakar, mereka hanyalah sebagai "tukang" yang siap untuk menerima arahan. Sistem seperti ini menyebabkan manusia menjadi bangsa mudah terjajah dan hanya mengikuti agenda dan arahan dari para penjajahnya sahaja.
Maka di sinilah seharusnya kita memilih sistem pendidikan Islam. Adapun sistem pendidikan Islam itu bersambung ke tahap 4 hingga 6.

Ilmu peringkat ke-4:
Mengajak anak didik untuk memikirkan tentang hakikat dan eksistensi dari kehidupan. 3 pertanyaan mendasar yang berkaitan:
1. tujuan hidup (untuk tunduk pada sang Pencipta)
2. asal-usul kita (Kehidupan ini ada Penciptanya)
3. kemana kita selepas kehidupan ini (adanya akhirat)
Sistem yang ideal akan mampu memberi jawapan yang benar. Jika telah mendapat jawapan bererti anak didik sudah mempunyai aqidah.

Ilmu peringkat ke-5:
Merupakan manifestasi dari peringkat ke-4. Ilmu yang terpancar dari aqidah (dari peringkat ke-4) ialah:
1. gambaran jelas tentang pengaturan yang benar terhadap kehidupan manusia di dunia ini
2. Ia meliputi: sistem pemerintahan, ekonomi, sosial, politik, pendidikan, dan hukuman.

Boleh juga ilmu ini disebut sebagai mabda' atau ideologi, atau satu cara hidup. Jika aqidahnya adalah aqidah Islam, maka terpancarlah Mabda Islam. Hasilnya anak didik faham apa yang harus dikerjakan untuk mengelola negeri ini dengan betul sesuai dengan kehendak Islam. Dia akan kebal dari ancaman terjadinya penjajahan. Dia akan mampu mempertahankan, mengembangkan, dan menyebarluaskan mabda Islam yang telah diyakininya.

Ilmu peringkat ke-6:
Peringkat inilah yang paling tinggi. Ilmu ini memberi kemampuan kepada anak didik untuk menyelesaikan segala masalah harian sesuai dengan kehendak Islam iaitu metod ijtihad. Inilah ciri-ciri ideal seorang anak didik yang mampu menggambarkan peraturan kehidupan bermasyarakat dan kemudian turut mampu menyelesaikan segala masalah yang muncul dalam kehidupan masyarakat tersebut dengan melakukan ijtihad.

Manusia yang seperti ini akan menjadi manusia yang sejati dan tidak mudah diperbudakkan oleh kaum penjajah. Dia juga akan mempertahankan kehormatan dan harga diri negerinya, sekaligus mampu membantu menyebarkan rahmat Islam ke seluruh alam. Model yang melahirkan manusia seperti ini tidak lain tidak bukan adalah SISTEM PENDIDIKAN ISLAM.

Inilah rahsia kejayaan umat terdahulu dalam membentuk peradaban dunia sebelum ia dijatuhkan oleh Laknatullah Mustapha Kamal di turki.

Hebat bukan?

Wallahua'lam.

Rujukan dari buku "ILMU RETORIKA UNTUK MENGGONCANG DUNIA" karangan Dwi Condro Triono

SIS: Bertaubatlah! Buanglah Ideologi Femisime mu!




Press Release Jundu Syabab

(edisi ke-2)

Isu penyebatan ke atas Kartika benar-benar telah mendapat liputan yang meluas di dalam media, untuk menentang pelaksanaan hukuman sebatan ke atasnya. Hujah-hujah golongan ini ialah mereka mengatakan perlakuan sebatan itu sangat bertentangan dengan Hak Asasi Manusia, maka didalam hal ini, Sisters in Islam (SIS) muncul kehadapan menonjolkan diri mereka didalam masyarakat sekali lagi dalam usaha mengangkat hak-hak wanita. Persoalannya, apakah golongan feminis ini benar-benar telah membela golongan wanita yang tertindas???

Feminisme

Untuk mengupas soal SIS, mari kita tanya diri kita, apakah feminisme ini pemikiran yang berasal dari Islam? Pemikiran Feminisme itu sendiri muncul disebabkan ketidakadilan yang berlaku di barat ketika zaman kegelapan (dark ages) yang mana kaum perempuan dipandang sebagai sumber kepada segala kejahatan. Makanya, kedudukan perempuan ketika itu telah diletakkan dalam kedudukan yang paling rendah didalam masyarakat sehinggalah berlakunya revolusi perancis (french revolution). Bermula dari detik ini, para feminis mula mendengungkan isu kesamarataan antara lelaki dan perempuan. Jadi, disini kita sudah jelas bahawa pergerakan feminisme itu sendiri muncul disebabkan latar belakang masyarakat barat itu sendiri yang rosak.

Hak Asasi Manusia

Di dalam persoalan Hak Asasi Manusia (Human Rights) ini, Amerika sering mendabik dada mengatakan bahawa merekalah jaguh dalam memperjuangkan Hak Asasi Manusia. Sedangkan statistik pada tahun 2003 menunjukkan telah berlakunya 93,233 kes rogol di jantung peradaban sekular itu! Ini bermakna, setiap 6 minit akan berlaku 1 kes rogol, na'udzubillahi min dzalik! Kerosakan yang telah dicipta didunia mereka itu kemudiannya telah dibawa ke tanah-tanh umat Islam. Sebagai contoh di Malaysia sahaja, seramai 36,858 wanita ditahan kerana melacur diseluruh negara! (lihat: Berita Harian 5/10/09). Dimanakah SIS yang sering memperjuangkan hak wanita? Dimanakah pembelaan SIS terhadap wanita-wanita yang hanyut didalam sistem kapitalis ini? Atau pun SIS hanya berminat didalam isu-isu untuk mencabar kesucian agama Islam?

Agen Amerika

Seorang orientalis bernama Cheryl Benard, dibawah naungan RAND Corporation, sebuah badan inteligen Amerika telah menulis sebuah buku yang berjudul "Civil Democratic in Islam". Didalam buku tersebut, dia telah menyenaraikan enam isu utama yang harus digunakan untuk mengubah dunia umat Islam sesuai dengan acuan sekular iaitu:

1. Demokrasi
2. Hak Asasi Manusia
3. Hudud
4. Poligami
5. Isu pemakaian wanita Islam
6. Isu suami mendera isteri

Propaganda yang digunakan oleh barat telah berjaya mengubah pemikiran umat Islam sehinggakan seluruh dunia berusaha mendapatkan 'title' negara demokrasi yang terbaik, termasuklah negara Malaysia yang mendalwa diri mereka mengamalkan demokrasi yang adil. Isu Hak Asasi Manusia juga sering digunakan oleh barat untuk menjadikannya sebagai justifikasi ketika mereka menghina Rasulullah saw dengan dalih 'kebebasan bersuara' (freedom of speech). Hudud juga telah dilihat sebagai suatu hukuman yang bersifat kejam, kuno dan tidak bertamadun sehingga ada yang sanggup menghina hukum Allah ini dengan mengatakan jika hukum hudud ini diterapkan, nescaya akan ramailah orang yang kudung tangannya! Poligami pula sentiasa menjadi perbincangan hangat sehinggakan Malaysia sendiri telah membuat perundangan yang mewajibkan suami untuk meminta izin terlebih dahulu daripada isteri pertama untuk berkahwin lebih daripada satu, malah Di Indonesia pula lelaki-lelaki tidak dibenarkan secara mutlak untuk berkahwin lebih daripada satu! Media-media barat pula sering mememerangi pakaian wanita Islam seperti Perancis yang telah meluluskan undang-undang pengharaman pemakaian tudung ke atas pelajar sekolah, malah mereka mengatakan bahawa Islam telah menindas dan mengongkong wanita dengan pakaian yang sedimikian rupa! Undang-undang barat ini benar-benar telah mencelarukan pemikiran umat Islam sehinggakan munculnya istilah 'suami merogol isteri'???

Hairan sekali, rupa-rupanya apa yang SIS perjuangkan selama ini adalah sangat mirip kepada apa yang disarankan oleh orientalis barat itu! SIS juga berjaya mempopularkan kumpulan mereka dengan menolak hukum Allah yang qat'i iaitu poligami dan mengatakan bahawa memakai tudung itu tidak wajib!

Hakikat sebenarnya yang harus kita ketahui ialah bahawa SIS ini tidak lain tidak bukan adalah agen kepada barat dalam menghancurkan Islam. Untuk memastikan kejayaan mereka, mereka sanggup memutar-belit ayat Al-Qur'an dan Hadith sebagai justifikasi kepada hujah mereka. Mereka mendakwa bahawa "kemaslahatan sesorang individu hendaklah diletakkan pada diri manusia itu sendiri", "masyarakat ideal ialah masyarakat yang menyamaratakan lelaki dan perempuan agar mereka bebas berhubung".

Sesungguhnya apa yang dilakukan oleh SIS ini benar-benar telah melampau dan menghina ajaran Islam yang suci. Apa yang mereka bawakan bukanlah kesejahteraan, malah kerosakan yang lebih parah lagi, lihat saja angka penceraian di Malaysia yang semakin meningkat dari tahun ke tahun, menurut Statistik perceraian mengikut sumber Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dari tahun 1990 hingga 2001, kes-kes perceraian yang dilaporkan adalah 144,137 kes! Untuk sepanjang tahun 2007 dan 2008 sahaja, sebanyak 75,299 Kes Penceraian Rumahtangga telah direkodkan!

Masyarakat ideal sebeginikah yang diidam-idamkan oleh SIS? SIS telah menjadi barah pada umat Islam di Malaysia dengan menghancurkan hubungan suami isteri. Propaganda racun mereka iaitu "menuntut hak sama rata antara lelaki dan perempuan" telah membuatkan wanita-wanita mula mempersoalkan hukum Allah mengenai poligami lantas telah mengeruhkan hubungan suami isteri yang membawa kepada penceraian. Propaganda SIS juga telah berjaya meningkatkan "Andalusia" (Anak dara lanjut usia) di Malaysia. Seorang wartawan pernah bertanya kepada pengasas SIS, Zainah Anwar mengenai persoalan kenapa dia masih belum berkahwin. Zainah Anwar dengan bersahaja menjawab, " Saya tak kahwin lagi sebab tak mahu jadi hamba kepada lelaki!"

Islam sebagai penyelesai masalah

Sebagai seorang muslim, kita seharusnya mempercayai bahawa kemaslahatan itu hendaklah dikembalikan kepada syariat. Kalaulah kemaslahatan itu diserahkan kepada manusia untuk menentukan, sudah pastinya ia akan berubah-ubah. Sebagai contoh, kalau dahulu undang-undang di barat ialah perempuan yang tidak memakai skirt adalah salah disisi undang-undang, tetapi hari ini, mereka boleh saja untuk tidak memakai pakaian sekalipun di pantai-pantai mahupun di kelab-kelab. Inilah yang terjadi apabila mashlahat itu diserahkan kepada manusia untuk menentukan.

Didalam sebuah Negara Islam, negaralah yang bertanggungjawab mewujudkan sistem sosial Islam dan aturan keluarga Islam yang Islami dimana perempuan bertanggungjawab sebagai pengurus rumah tangga manakala lelaki adalah sebagai ketua rumah tangga.

Islam melindungi maruah wanita

Hal ini terbukti kerana di zaman jahiliyah, wanita telah diletakkan di tahap yang sangat hina sehinggakan apabila mereka mendapat berita bahawa mereka telah mendapat anak perempuan, dengan serta-merta wajah mereka akan berubah. Mereka merasa malu dan sangat marah atas kelahiran anak perempuan tersebut sehingga sanggup ditanam hidup-hidup! Inilah yang terjadi pada Saidina Umar ketika zaman jahiliyahnya.

Islam telah datang memartabatkan kedudukan wanita. Pernah terjadi suatu insiden di mana orang Yahudi daripada Bani Qainuqa' telah menjatuhkan maruah seorang wanita muslimah (sexual harrassment). Apabila Rasulullah saw mendengar sahaja berita tersebut, baginda telah mengepung perkampungan Bani Qainuqa' selama 5 hari sehingga seluruh Bani Qainuqa' itu dihalau keluar dari Madinah.

Hal yang sama juga telah berlaku kepada seorang wanita muslimah di Amuriah (sempadan antara Syria dan Iraq) yang telah diikat dan disingkapkan auratnya. Wanita muslimah itu telah menjerit dengan menyebut nama khalifah pada ketika itu, iaitu Khalifah Mu'tasim. Sebaik sahaja khalifah mendapat berita tersebut, tentera-tentera kaum muslimin telah diarahkan untuk memerangi kerajaan Rom tersebut yang mana kepala tentera berada dihadapan pintu kota Amuriah dan ekornya berada di kota Baghdad!

Khatimah

Pada tahun 2006, telah dikeluarkan surat dari sebuah penjara di Iraq. Di dalam surat tersebut wanita muslimah itu menceritakan tentang nasibnya di penjara. Dia menyatakan kesedihannya dengan mengatakan, didalam perutnya sedang mengangdungkan kekturunan babi dan kera diatas sebab dia diperkosa setiap hari oleh askar-askar Amerika! Kisah ini hanyalah salah satu daripada ribuan wanita muslimah yang tidak terbela. Feminisme pastinya tidak akan mampu menyelamatkan wanita muslimah daripada segala musibah yang berlaku ini.

Sesungguhnya, Islam tidak pernah membezakan antara lelaki dan perempuan kerana yang berbeza diantara mereka disisi Allah hanyalah taqwa.